AADK Daerah Maran, Pahang

AADK Daerah Maran, Pahang

Share

LEBIH BAIK CEGAH
#Dadah Terkawal 2025
#Pencegahan Dadah Tanggungjawab Bersama

26/05/2026

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H | 2026M

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1447 Hijrah kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Aidiladha mengajak kita menghayati nilai pengorbanan, keikhlasan, ketaatan dan kebersamaan dalam memperkukuh keluarga, masyarakat dan negara.

Semoga sambutan yang penuh keberkatan ini membawa ketenangan, mempererat ukhuwah serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam masyarakat yang sejahtera, bebas dadah dan berdaya tahan.

Ikhlas daripada
Dato’ Ruslin Jusoh
Ketua Pengarah
dan seluruh warga Agensi Antidadah Kebangsaan


Shamsul Anuar Nasarah




26/05/2026

🎥 AADK PERKUKUH SINERGI KOMUNITI DI PULAU BANGGI MENERUSI PROGRAM JABD

AADK terus memperkukuh sinergi komuniti hingga ke kawasan pedalaman dan kepulauan menerusi Program Jerayawara SKUAD Antidadah Dua Roda sempena Jelajah Aspirasi Bebas Dadah (JABD) di Pulau Banggi, Kudat.

Program ini bukan sekadar menyampaikan mesej pencegahan dadah, malah menjadi platform mendekati masyarakat, mempererat kerjasama strategik serta memperkasa komuniti melalui penubuhan Anjung Komuniti AADK sebagai pusat aktiviti dan khidmat sokongan setempat.

Terima kasih kepada seluruh komuniti Pulau Banggi atas sambutan dan komitmen bersama dalam menjayakan aspirasi Malaysia Bebas Dadah.

“Turun padang, mendekati rakyat, menyantuni komuniti.”








26/05/2026

LENSA PENCEGAHAN AADK DAERAH MARAN SEPANJANG MEI 2026.

Program : Minggu PPDa SK Chenor

Aktiviti :Ceramah dan Pameran

Tarikh : 07/05/2026

Tempat : SK Chenor
________________________________________________________________________________________________________

Rugi kalau terjebak. Keprihatinan kepulihan adalah kehidupan. Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari adk.gov.my ketahui perkhidmatan AADK.






26/05/2026

LENSA PENCEGAHAN AADK DAERAH MARAN SEPANJANG MEI 2026.

Program : Minggu PPDa SK (LKTP) Jengka 7

Aktiviti Ceramah dan Pameran

Tarikh : 04/05/2026

Tempat : SK (LKTP) Jengka 7
________________________________________________________________________________________________________

Rugi kalau terjebak. Keprihatinan kepulihan adalah kehidupan. Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari adk.gov.my ketahui perkhidmatan AADK.






26/05/2026

SELAMAT HARI ARAFAH 1447H

Hari Arafah merupakan antara hari yang paling mulia dalam Islam, penuh dengan rahmat, keampunan dan peluang untuk memperbanyakkan doa serta amal ibadah.

Sempena Hari Arafah 1447H, marilah kita bersama-sama memperkukuh keimanan, memperbaiki akhlak dan mendekatkan diri kepada Allah SWT demi membina kehidupan yang lebih sejahtera dan bermakna.

Semoga 9 Zulhijjah ini diisi dengan amalan-amalan rohani seperti berdoa, berzikir, muhasabah diri untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah





Photos from Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia's post 26/05/2026

Ha, sebelum ni mesti pernah nampak kan, pokok yang tumbuh subur walaupun tak letak baja? 🌱

Itu bukti, bila sesuatu dijaga dengan betul, ia boleh tumbuh dengan baik. Sama macam kita manusia. Tak perlu alat tambahan macam dadah untuk rasa kuat atau tenang.

Kadang kita lupa, badan dan minda kita sebenarnya dah cukup power kalau kita jaga apa yang patut 💛Kalau semua dijaga, hidup kita boleh sihat, bahagia, dan penuh tenaga TANPA perlu dadah. ✨

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



Photos from Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia's post 26/05/2026

MAJLIS APRESIASI ERAT 2026 PERKUKUH JALINAN KERJASAMA STRATEGIK AGENSI PENGUATKUASAAN

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Tuan Zainudin Abdullah telah menghadiri Majlis Apresiasi ERAT 2026 (Encouraging, Responsibility, Accountability and Trustworthiness) anjuran Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) yang berlangsung di Putrajaya pada Isnin.

Majlis ini diadakan sebagai platform penghargaan kepada agensi penguatkuasaan, ketua-ketua jabatan, dan rakan media atas komitmen serta kerjasama berterusan dalam memperkukuh budaya integriti, akauntabiliti, tanggungjawab, dan kepercayaan dalam penyampaian perkhidmatan awam.

Acara penyampaian anugerah dan sijil penghargaan pada majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar kepada para penerima.

Dalam majlis berkenaan, Tuan Zainudin Abdullah telah menerima sijil penghargaan sebagai pengiktirafan terhadap komitmen dan kerjasama erat AADK dalam mendukung usaha memperkasakan budaya integriti serta tadbir urus yang cemerlang.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengarah Integriti AADK, Tuan Ramli Ismail yang bersama-sama memberikan sokongan terhadap usaha pemantapan nilai murni tersebut.

Penglibatan aktif AADK dalam majlis ini jelas membuktikan komitmen berterusan agensi dalam menyokong agenda integriti, mempererat kerjasama strategik antara agensi penguatkuasaan, serta membudayakan nilai amanah dalam pelaksanaan tugas

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah





TikTok · Muhammad Noor bin Zakaria 26/05/2026

Memang maaf shakappp. Memang
banyak sangat mdno tengok gen-z
sekarang s**a FOMO. So apa yang mdno
boleh tegur, mdno tegur sebab abg mdno
sayaaaang korang sume..❤️

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



TikTok · Muhammad Noor bin Zakaria 405 likes, 10 comments. “Memang maaf shakappp. Memang banyak sangat mdno tengok gen-z sekarang s**a FOMO. So apa yang mdno boleh tegur, mdno tegur sebab abg mdno sayaaaang korang sume ❤️ Nada”

26/05/2026

Ramai orang berhenti di tengah jalan bukan sebab mereka gagal, tapi sebab mereka tak nampak hasil serta-merta. Dalam dunia yang serba pantas (TikTok, instant delivery, AI yang bagi jawapan dalam sesaat), kita makin hilang sabar dengan proses pertumbuhan diri yang organik.

Bayangkan sebuah kiub ais di dalam bilik yang sejuk (-5°C).
👉🏻 Anda naikkan suhu ke -4°C... tiada apa berlaku.
👉🏻 Naikkan ke -3°C... masih tiada apa berlaku.
👉🏻 Naikkan ke -2°C, kemudian -1°C... kiub ais masih beku.
👉🏻 Tiba-tiba, pada suhu 0°C, ais mula cair.

Adakah kenaikan suhu dari -5°C ke -1°C itu sia-sia? Tidak❌❗. Itu adalah persediaan. Cairnya ais pada 0°C adalah hasil terkumpul (compounded) daripada usaha-usaha kecil yang nampak macam tak jadi apa sebelum ini.

Jangan berhenti hanya sebab anda belum nampak "pencairan" itu lagi.
Percaya pada proses. Teruskan menaikkan "suhu" usaha anda. Bila sampai masanya, semua usaha itu akan meledak sekaligus.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



Want your business to be the top-listed Government Service in Maran?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


NO. 18-20, Lorong Maran Impian1, Taman Maran Impian
Maran
26500