Terengganu Skills

Directions Website Contact the organization

Terengganu Skills Dulu dikenali sebagai Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC)

Segala kekasaran dan rasa tidak puas hati di dalam gelanggang, tinggalkan di dalam gelanggang, jangan dibawa keluar bers...
29/10/2026

Segala kekasaran dan rasa tidak puas hati di dalam gelanggang, tinggalkan di dalam gelanggang, jangan dibawa keluar bersama.

Sebab...

Apabila diluar gelanggang, kita semua adalah sebuah keluarga. 🤝🫶🤝

Dengan semangat kesukanan yang tinggi daripada setiap pemain, alhamdulillah Kejohanan Futsal (L) Dan Tuju Gol (W) Terengganu Skills 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 27 - 28 Oktober 2026.

Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif TESDEC, Tuan Haji Mohd Rashdan Bin Muda di Gelanggang Futsal Terengganu Skills.

Tahniah kepada semua pemenang dan pasukan yang bertanding!!

InsyaAllah berjumpa lagi di lain program.

" 𝑻𝑬𝑹𝑬𝑵𝑮𝑮𝑨𝑵𝑼 𝑺𝑲𝑰𝑳𝑳𝑺 "
" 𝑩𝑼𝑰𝑳𝑫 𝒀𝑶𝑼𝑹 𝑺𝑲𝑰𝑳𝑳𝑺 𝑾𝑰𝑻𝑯 𝑼𝑺 "
" 𝑰𝑳𝑴𝑼 • 𝑲𝑬𝑴𝑨𝑯𝑰𝑹𝑨𝑵 • 𝑳𝑬𝑺𝑻𝑨𝑹𝑰 "

📝 𝑨𝒅𝒎𝒊𝒏 𝑯𝑬𝑷

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗣𝗥𝗢𝗠𝗢𝗦𝗜 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗠𝗨𝗟𝗔𝗦𝗜 𝗛𝗔𝗝𝗜 𝗕𝗘𝗟𝗜𝗔 𝟮.𝟬 𝟮𝟬𝟮𝟲Seramai 107 orang pelajar Darul Huffaz, UC TATI telah menyerta...
28/10/2026

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗣𝗥𝗢𝗠𝗢𝗦𝗜 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗠𝗨𝗟𝗔𝗦𝗜 𝗛𝗔𝗝𝗜 𝗕𝗘𝗟𝗜𝗔 𝟮.𝟬 𝟮𝟬𝟮𝟲

Seramai 107 orang pelajar Darul Huffaz, UC TATI telah menyertai Program Promosi Kemasukan Dan Simulasi Haji Belia 2.0 yang berlangsung di Darul Huffaz, UC TATI pada Jumaat, 23 Oktober 2026, dengan penglibatan seramai 23 orang pelajar dan pensyarah Diploma Pelancongan, Haji dan Umrah (DPHU), Kolej TESDEC.

Program ini bukan sekadar memberi pendedahan tentang tatacara pelaksanaan ibadah haji, malah menjadi satu pendekatan pembelajaran yang interaktif dan bermakna dalam membantu para pelajar membuat persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal menjelang tiba.

Melalui simulasi ini, para pelajar berpeluang merasai pengalaman pembelajaran secara praktikal, membina keyakinan diri, meningkatkan fokus serta memupuk nilai disiplin dan kesungguhan dalam menghadapi cabaran akademik. Bak kata pepatah, belajar melalui pengalaman menjadikan ilmu lebih dekat, lebih bermakna dan lebih mudah dihayati.

Dalam masa yang sama, sesi promosi kemasukan DPHU turut membuka ruang kepada para pelajar untuk mengenali peluang melanjutkan pengajian dalam bidang pelancongan, pengurusan haji dan umrah serta prospek kerjaya yang menanti dalam industri pelancongan Islam.

Semoga program ini menjadi pemangkin semangat kepada seluruh pelajar Darul Huffaz untuk terus melangkah dengan penuh keyakinan, berusaha bersungguh-sungguh dan mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan SPM. Insya-Allah.

" 𝑲𝑶𝑳𝑬𝑱 𝑻𝑬𝑺𝑫𝑬𝑪 "
" 𝑩𝑼𝑰𝑳𝑫 𝒀𝑶𝑼𝑹 𝑺𝑲𝑰𝑳𝑳𝑺 𝑾𝑰𝑻𝑯 𝑼𝑺 "
" 𝑰𝑳𝑴𝑼 • 𝑲𝑬𝑴𝑨𝑯𝑰𝑹𝑨𝑵 • 𝑳𝑬𝑺𝑻𝑨𝑹𝑰 "

📝 𝑨𝒅𝒎𝒊𝒏 𝑯𝑬𝑷

𝗞𝗘𝗝𝗢𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗙𝗨𝗧𝗦𝗔𝗟 (𝗟) 𝗗𝗔𝗡 𝗧𝗨𝗝𝗨 𝗚𝗢𝗟 (𝗪) 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨 𝗦𝗞𝗜𝗟𝗟𝗦 𝟮𝟬𝟮𝟲Sekitar kehangatan dan kemeriahan malam pertama peringkat ku...
27/10/2026

𝗞𝗘𝗝𝗢𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗙𝗨𝗧𝗦𝗔𝗟 (𝗟) 𝗗𝗔𝗡 𝗧𝗨𝗝𝗨 𝗚𝗢𝗟 (𝗪) 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨 𝗦𝗞𝗜𝗟𝗟𝗦 𝟮𝟬𝟮𝟲

Sekitar kehangatan dan kemeriahan malam pertama peringkat kump**an kejohanan.

InsyaAllah malam ini p**a akan berlangsung Kejohanan Tuju Gol (W), separuh akhir, tempat ke 3/4 dan perlawanan akhir untuk Futsal (L).

📌 Gelanggang Futsal Terengganu Skills

" 𝑻𝑬𝑹𝑬𝑵𝑮𝑮𝑨𝑵𝑼 𝑺𝑲𝑰𝑳𝑳𝑺 "
" 𝑩𝑼𝑰𝑳𝑫 𝒀𝑶𝑼𝑹 𝑺𝑲𝑰𝑳𝑳𝑺 𝑾𝑰𝑻𝑯 𝑼𝑺 "
" 𝑰𝑳𝑴𝑼 • 𝑲𝑬𝑴𝑨𝑯𝑰𝑹𝑨𝑵 • 𝑳𝑬𝑺𝑻𝑨𝑹𝑰 "

📝 𝑨𝒅𝒎𝒊𝒏 𝑯𝑬𝑷

26/10/2026

‼️TEMUDUGA TERBUKA
TERENGGANU SKILLS!

Jom rebut peluang membina masa depan bersama Terengganu Skills!
Tarikh: 28/10/2026 (Rabu)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Dewan Ibnu Khaldun, Kolej
TESDEC

Jangan lupa bawa dokumen berikut:
✅Salinan IC pemohon
✅Salinan IC ibubapa
✅Salinan slip SPM
✅Salinan sijil berhenti sekolah
✅Salinan slip gaji ibubapa

Jangan lepaskan peluang ini! Permohonan masih dibuka ,Jom datang beramai-ramai 🔥


𝗖𝗦𝗥 𝗗𝗣𝗛𝗨 𝗞𝗢𝗟𝗘𝗝 𝗧𝗘𝗦𝗗𝗘𝗖 x 𝗭𝗢𝗢 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗠𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲 Seramai 22 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar Diploma Pe...
26/10/2026

𝗖𝗦𝗥 𝗗𝗣𝗛𝗨 𝗞𝗢𝗟𝗘𝗝 𝗧𝗘𝗦𝗗𝗘𝗖 x 𝗭𝗢𝗢 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗠𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲

Seramai 22 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar Diploma Pelancongan, Haji dan Umrah (DPHU), Kolej TESDEC telah menjayakan Program Corporate Social Responsibility (CSR) di Zoo Kemaman, Terengganu pada Sabtu, 24 Oktober 2026.

Pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat telah dilaksanakan antaranya ialah memberi makan gajah, aktiviti mengecat menceriakan persekitaran zoo dan meneroka keunikan pelbagai spesies haiwan yang ada disini (Zoo Tour).

Program ini bukan sekadar aktiviti CSR, malah menjadi platform untuk memupuk semangat kesukarelawanan, mengeratkan ukhuwah antara pensyarah dan pelajar serta menyemai nilai tanggungjawab sosial terhadap komuniti dan alam sekitar.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Zoo Kemaman atas kesudian menerima kunjungan warga DPHU Kolej TESDEC serta memberikan peluang kepada para peserta untuk melaksanakan program CSR di sana.

Kerjasama dan layanan baik yang diberikan amat kami hargai. Semoga hubungan strategik ini terus terjalin dan membuka lebih banyak peluang kerjasama pada masa hadapan.

" 𝑲𝑶𝑳𝑬𝑱 𝑻𝑬𝑺𝑫𝑬𝑪 "
" 𝑩𝑼𝑰𝑳𝑫 𝒀𝑶𝑼𝑹 𝑺𝑲𝑰𝑳𝑳𝑺 𝑾𝑰𝑻𝑯 𝑼𝑺 "
" 𝑰𝑳𝑴𝑼 • 𝑲𝑬𝑴𝑨𝑯𝑰𝑹𝑨𝑵 • 𝑳𝑬𝑺𝑻𝑨𝑹𝑰 "

📝 𝑨𝒅𝒎𝒊𝒏 𝑯𝑬𝑷

Merafak sembah takziah ke hadapan KebawahDuli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu serta seluruh kerabat diraja Terengganu ...
24/10/2026

Merafak sembah takziah ke hadapan Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu serta seluruh kerabat diraja Terengganu atas kemangkatan adinda Baginda, Allahyarham YAM
Dato' Seri Dr. Tengku Baderul Zaman ibni
Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah
Shah.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampuni segala dosa serta menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan
beramal soleh.

Al-Fatihah.

Assalamualaikum.Dipelawa kepada semua Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :-...
20/10/2026

Assalamualaikum.

Dipelawa kepada semua Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :-

𝟏) 𝐏𝐄𝐍𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐇 ( 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐒𝐀 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐘𝐔 ) - 𝐃𝐆𝟒𝟏

1. Permohonan hendaklah dibuat melalui borang jawatan kosong yang boleh dimuat turun pada Qr iklan atau link berkenaan.:
https://drive.google.com/file/d/1Nnt1Ge4N5ZskPwZFAdo38gNvJjEfW3hG/view?usp=sharing

2. Mohon disertakan bersama permohonan ini butiran peribadi (resume), salinan kad pengenalan, salinan sijil-sijil akademik, serta sekeping gambar berukuran pasport. Untuk makluman, semua dokumen yang dihantar tidak akan dikembalikan.

3. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada :-
𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐇𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 (𝐓𝐄𝐒𝐃𝐄𝐂)
𝐊𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐊𝐈𝐓 𝐊𝐇𝐎𝐑,
𝟐𝟏𝟔𝟎𝟎 𝐌𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆, 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔.
( 𝐮/𝐩 : 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐦𝐛𝐞𝐫 𝐌𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚 )

4 .Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat di atas selewat-lewatnya 𝟓 𝐍𝐎𝐕𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 ( 𝐊𝐇𝐀𝐌𝐈𝐒 )
5.Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga. Calon-calon yang tidak menerima jawapan selepas 𝐭𝐢𝐠𝐚 (𝟑) 𝐛𝐮𝐥𝐚𝐧 iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. Lihat Sedikit

TAZKIRAH BULANAN TERENGGANUSKILLS KALI KE-9/2026Alhamdulillah, bersama warga kerja dan tenaga pengajar Terengganu Skills...
19/10/2026

TAZKIRAH BULANAN TERENGGANU
SKILLS KALI KE-9/2026

Alhamdulillah, bersama warga kerja dan tenaga pengajar Terengganu Skills dalam program Tazkirah Bulanan Kali Ke-9 bagi tahun 2026.
Majlis seperti ini menjadi ruang untuk kita sama-sama menambah ilmu, memperkukuh nilai kerohanian serta mengingatkan diri tentang amanah dan tanggungjawab yang dipikul dalam setiap pekerjaan.
Mudah-mudahan perkongsian ilmu dan peringatan yang disampaikan menjadi pedoman dalam kehidupan, seterusnya melahirkan warga
kerja yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang kemahiran, malah turut unggul dari sudut akhlak, integriti dan nilai keagamaan.

Semoga setiap usaha dan khidmat yang dicurahkan oleh seluruh warga Terengganu Skills dikurniakan keberkatan serta menjadi amal soleh di sisi Allah SWT.

TEMUDUGA TERBUKA PELAJAR BAHARUTERENGGANU SKILLS!Jom sertai Temuduga Terbuka Terengganu Skills Minggu Kedua dan pilih bi...
19/10/2026

TEMUDUGA TERBUKA PELAJAR BAHARU
TERENGGANU SKILLS!

Jom sertai Temuduga Terbuka Terengganu Skills Minggu Kedua dan pilih bidang kemahiran yang sesuai dengan minat anda.
📌Tarikh: 21 Oktober 2026 (Rabu)
📌Masa: 10.00 pagi
📌Tempat: Dewan Ibnu Khaldun, Kolej TESDEC Marang, Terengganu

📚KURSUS YANG DITAWARKAN:
✔️Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik 1
Fasa
✔️Perkhidmatan Pembaikan Kenderaan Ringan ✔️Pemasangan & Penyelenggaraan Sistem Solar
Fotovolta (PV)
✔️Sijil Hybrid Electric Vehicle (HEV)
✔️Pemasangan Paip Gas

✅SYARAT KELAYAKAN:
☑️Berumur 16 tahun ke atas bagi kursus Kursus Elektrik dan Pembaikan Kenderaan Ringan.
☑️Mampu 3M ( Membaca, Mengira, Menulis) ☑️Kursus Solar Fotovolta (PV): Minimum SPM.
☑️Kursus HEV: SKM Tahap 3, diploma atau ijazah dalam bidang berkaitan.
✔️Kursus Pemasangan Paip Gas: Kelayakan
SPM.

𝗣𝗘𝗥𝗞𝗛𝗘𝗠𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗧𝗜 𝗗𝗜𝗥𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗞𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗔𝗞𝗜𝗗𝗔𝗛 𝟮𝟬𝟮𝟲Membina dan mengetahui kekuatan diri, memupuk semangat kerjasama berpasu...
18/10/2026

𝗣𝗘𝗥𝗞𝗛𝗘𝗠𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗧𝗜 𝗗𝗜𝗥𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗞𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗔𝗞𝗜𝗗𝗔𝗛 𝟮𝟬𝟮𝟲

Membina dan mengetahui kekuatan diri, memupuk semangat kerjasama berpasukan dan memperteguh keimanan dalam kalangan pelajar adalah antara objektif penganjuran program kali ini.

Pelbagai pengisian telah diisi sepanjang program dua hari satu malam ini dan melibatkan 50 orang peserta. Solat berjemaah, kuliah Maghrib/Subuh, Qiamullail, refleksi diri, team building dan tadabbur alam adalah antaranya.

Semoga program ini menjadi medan untuk membentuk pelajar yang bukan sahaja berkemahiran tinggi, malah memiliki akhlak mulia, akidah yang kukuh, jati diri yang mantap serta semangat juang yang tinggi.

📍 Lokasi: Campsite Bukit Jelutong, Kuala Berang
📅 Tarikh: 16 – 17 Oktober 2026

" 𝑻𝑬𝑹𝑬𝑵𝑮𝑮𝑨𝑵𝑼 𝑺𝑲𝑰𝑳𝑳𝑺 "
" 𝑩𝑼𝑰𝑳𝑫 𝒀𝑶𝑼𝑹 𝑺𝑲𝑰𝑳𝑳𝑺 𝑾𝑰𝑻𝑯 𝑼𝑺 "
" 𝑰𝑳𝑴𝑼 • 𝑲𝑬𝑴𝑨𝑯𝑰𝑹𝑨𝑵 • 𝑳𝑬𝑺𝑻𝑨𝑹𝑰 "

📝 𝑨𝒅𝒎𝒊𝒏 𝑯𝑬𝑷

Address

Marang
21600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 16:00
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Terengganu Skills posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Terengganu Skills:

Shortcuts

Share

Nearby government services