Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah Rasmi

Directions

Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah Rasmi Melaksanakan Program-program Belia, Sukan dan Rakan Muda di Bahagian Mukah.

Sesi ke 2 gaiss kita di Dataran Pehin Setia Raja..Tinggal 4 siri lagi ya kita di sini...Terbaik semua.. Malaysia Aktif  ...
28/10/2026

Sesi ke 2 gaiss kita di Dataran Pehin Setia Raja..Tinggal 4 siri lagi ya kita di sini...Terbaik semua.. Malaysia Aktif Bahagian Mukah 2026

Antara beberapa pengisian aktiviti setelah 4 hari berkampung di Kem Belia Mukah Program Kursus Rekreasi Luar Tahap 2 (Ou...
26/10/2026

Antara beberapa pengisian aktiviti setelah 4 hari berkampung di Kem Belia Mukah Program Kursus Rekreasi Luar Tahap 2 (Outrec 2) Peringkat Zon Borneo 2026. Akan ada lagi tambahan gambar nanti.. Program ini bermula pada 23-30 Oktober 2026 dengan penyertaan 10 orang peserta.

ISNIN, 26 OKTOBER 2026- Program Kursus Latihan Asas Sukan (KLAS) Pribumi Peringkat Bahagian Mukah 2026 bagi sesi terakhi...
26/10/2026

ISNIN, 26 OKTOBER 2026- Program Kursus Latihan Asas Sukan (KLAS) Pribumi Peringkat Bahagian Mukah 2026 bagi sesi terakhir telah terlaksana dengan jayanya dengan penglibatan lebih 100 orang peserta di MRSM Mukah. Mini Pertandingan Bola Jaring Wanita dan Futsal Lelaki telah diadakan pada 24 Oktober 2026 setelah selesai 3 sesi latihan dilaksanakan sebelum ini pada 3 Oktober 2026 sehingga 17 Oktober 2026.

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan Encik Bonnie Manau Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah. Turut hadih Puan Keliman Law, wakil Timbalan Pengetua, Pembangunan Bakat MRSM Mukah dalam majlis tersebut.Pejabat mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program serta syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan yang telah memang dalam kedua-dua sukan.

Mini Game Titan Badminton Club dan jemputan sempena Hari Sukan Negara Mukah 2026 telah diadakan pada 18 Oktober 2026  di...
19/10/2026

Mini Game Titan Badminton Club dan jemputan sempena Hari Sukan Negara Mukah 2026 telah diadakan pada 18 Oktober 2026 di Dewan MDDM. Pertandingan ini disertai 24 orang pemain yang terdiri daripada pelbagai kategori umur.

Turut memeriahkan program Encik Mohammad Arbi Rosli daripada Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah dengan penyertaan beliau dalam pertandingan tersebut. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah dengan kerjasama Titan Badminton Club ini bertujuan untuk mengeratkan ikatan ukhuwah pemain terutama ahli kelab.

Johan telah merangkul hadiah wang tunai RM300 beserta piala dan pingat. Tempat kedua p**a telah membawa p**ang hadiah wang tunai RM200 beserta pingat manakala ketiga bersama mendapat hadiah wang tunai RM100 beserta pingat.

Pejabat mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan kerjasama Titan Badminton Club dalam membantu memeriahkan HSN di Mukah. Syabas dan Tahniah diucapkan.

Program Port Healing Rakan Muda turut memeriahkan Hari Sukan Negara telah diadakan pada 17 Oktober 2026 di Dataran Pehin...
19/10/2026

Program Port Healing Rakan Muda turut memeriahkan Hari Sukan Negara telah diadakan pada 17 Oktober 2026 di Dataran Pehin Setia Raja Mukah. Program ini melibatkan 120 orang peserta yang terdiri daripada para belia di Mukah, Giatmara Mukah,Sarawak Skills Mukah,MRSM Mukah dan SMK Three Rivers Mukah.

Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah dengan kerjasama Kelab Belia Tunas Rencana dan Karisma Boulevard diisi pelbagai aktiviti antaranya perkongsian bersama pihak PDRM mengenai Buli.Selain itu, aktiviti karaoke kump**an, mari mencuba dam gergasi serta beberapa lagi aktiviti turut dilaksanakan.

Kehadiran Encik Bonnie Manau Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah turut memeriahkan program. Walaupun keadaan cuaca hujan, para belia dan peserta tetap bersemangat bersama pejabat sehingga tamat program..Pejabat mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program.

SABTU, 17 OKTOBER 2026-Pertandingan Petanque sempena Hari Sukan Negara Bahagian Mukah 2026 dianjurkan Persatuan Sukan Bo...
18/10/2026

SABTU, 17 OKTOBER 2026-Pertandingan Petanque sempena Hari Sukan Negara Bahagian Mukah 2026 dianjurkan Persatuan Sukan Bouls Bahagian Mukah melibatkan 48 team..Syabas dan Tahniah semua..Terima kasih semua pihak atas sokongan menjayakan aktiviti đź’Şđź’Şđź’Ş

AHAD, 18 OKTOBER 2026- Program Balingian Fun Walk 4KM anjuran Balingian Brotherhood Sport and Recreation Club sempena Ha...
18/10/2026

AHAD, 18 OKTOBER 2026- Program Balingian Fun Walk 4KM anjuran Balingian Brotherhood Sport and Recreation Club sempena Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Kecil Balingian melibatkan 680 orang peserta..Syabas dan Tahniah semua..Terima kasih atas sokongan semua pihak yang menjayakannya

SABTU, 17 OKTOBER 2026-Hari Sukan Negara Bahagian Mukah diserikan lagi Pertandingan Aerobicthon Peringkat Bahagian Mukah...
17/10/2026

SABTU, 17 OKTOBER 2026-Hari Sukan Negara Bahagian Mukah diserikan lagi Pertandingan Aerobicthon Peringkat Bahagian Mukah 2026.Peesembahan yang cukup bertenaga ditunjukkan oleh para peserta.Syabas dan Tahniah semua..

Keputusan Pertandingan

JOHAN- Param Ungerr (RM500.00)
NAIB JOHAN-Slay By Heart (RM300.00)
KETIGA-La Fuerte Medix (RM200.00)
KEEMPAT-91(RM100.00)
KELIMA-Jatumrian (RM100.00)

Terbaik Lelaki- 91 No.EO3 Dickthur Jevak George (RM100.00)
Terbaik Wanita-Bratz No.KO3 Moniska Eva anak Giling (RM100.00)

Gambar-gambar sekitar Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Mukah 2026 di Dataran Pehin Setia Raja Mukah
17/10/2026

Gambar-gambar sekitar Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Mukah 2026 di Dataran Pehin Setia Raja Mukah

SABTU, 17 OKTOBER 2026-Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Mukah 2026 di Dataran Pehin Setia Raja Mukah..Terim...
17/10/2026

SABTU, 17 OKTOBER 2026-Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Mukah 2026 di Dataran Pehin Setia Raja Mukah..Terima kasih atas sokongan penuh semua.

Address

Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Mukah, Sub Lot 11, Tingkat 1&2, Mukah NewTownship, Mukah
Mukah
96400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby government services