Perpustakaan Desa Tmn Desa Cempaka Nilai

Call Directions Contact the organization

Perpustakaan Desa Tmn Desa Cempaka Nilai Menyediakan perkhidmatan pinjaman buku secara percuma..
Jom daftar jadi ahli perpustakaan sekarang!!!
Segalanya percuma disini..

29/10/2026
29/10/2026

Baru je rasa kaya masa gaji masuk. Tup tup, belum hujung bulan dah mula kira berapa hari lagi nak tunggu gaji seterusnya.

Pelik juga kan?

Cuba check, kot-kot kita selalu buat benda ni.

- PayLater jadi kawan baik
Nampak barang berkenan, terus checkout. Dalam kepala, “Alaaa, bayar bulan depan je.” Sekali bulan depan, semua benda nak kena bayar serentak.

- Kereta biar bergaya, janji mampu bayar
Ansuran kereta dah makan banyak gaji. Belum campur minyak, servis, insurans lagi. Hujung-hujung, kereta cantik tapi poket menangis.

- Kesihatan selalu nombor dua
Bab jaga kesihatan selalu tangguh. Bila badan dah mula buat hal, baru terasa kos rawatan pun boleh tahan mahal juga.

- Skincare belum habis, dah beli baru
Nampak orang review produk viral, terus rasa nak cuba. Walhal dekat rumah tu, botol yang lama pun masih penuh. Siapa pernah?

- Makan sedap setiap kali keluar
“Sekali-sekala je reward diri.” Tapi kalau sekali-sekala tu hampir setiap hari, memang terasa juga dekat dompet.

- Barang branded asyik memanggil
Nampak sale, terus rasa rugi kalau tak beli. Ikutkan kalau tak beli, duit tu masih ada dalam akaun. Betul tak?

Sebenarnya, tak salah pun nak belanja untuk diri sendiri. Penat kerja, mestilah nak merasa juga hasil titik peluh sendiri.

Cuma jangan sampai kita seronok masa awal gaji, tapi stres dah datang seminggu lepas gaji.

Yang penting, belanja ikut kemampuan dan jangan lupa simpan sikit untuk hari kemudian.

28/10/2026

Jangan sangka ujian itu tanda Allah membenci kita.

Terus bersangka baik,

Mungkin ada hikmah yang belum kita nampak.
Kredit: d_m_r_1_3

Kongsikan kemusykilan, pertanyaan, luahan atau ilmu secara rahsia di
www.waktusolat.digital/kotak-luahan/

28/10/2026

"Awak ni kenapa? Sikit-sikit nak marah."

Suami cakap perlahan je. Tapi isteri terus diam, masuk bilik, tutup pintu.

Pukul 2 pagi, isteri bangun. Kipas laju, tapi badan basah. Selimut ditolak. Lima minit kemudian sejuk p**a.

Esok pagi dia penat. Tak cukup tidur. Benda kecil pun rasa berat. Dan suami fikir, "Dia merajuk lagi."

Kalau isteri anda dalam lingkungan umur 40-an atau 50-an, berhenti sekejap sebelum fikir dia sengaja.


Rupa-rupanya, badan dia sedang berubah.

Menopaus biasanya berlaku antara umur 45 hingga 55 tahun. Doktor mengesahkan menopaus bila wanita tak datang haid selama setahun atau lebih.

Tapi perubahan bermula lebih awal, dalam fasa yang dipanggil perimenopaus. Ada yang bermula seawal umur 40-an.

Ovari makin kurang menghasilkan hormon estrogen. Bayangkan termostat dalam rumah yang tiba-tiba rosak. Sekejap terlalu panas, sekejap terlalu sejuk, dan tak siapa sentuh suisnya.


Tanda yang selalu dilalui termasuk rasa panas menyerbu di muka, leher dan dada, berpeluh malam, susah tidur, emosi cepat berubah, mudah resah dan cepat marah.

Ada juga yang mengalami sakit kepala, jantung berdebar, sendi sakit, susah fokus, dan f***j kering sehingga hubungan intim rasa sakit.

Banyak isteri tak cerita. Sebab malu. Sebab tak nak nampak lemah. Sebab takut suami kata, "Biasalah, orang perempuan."


Apa suami boleh buat?

Tukar soalan. Daripada "Kenapa awak marah?", cuba "Awak tidur tak semalam?"

Biar dia tidur dulu bila dia penat. Turunkan suhu bilik, beri dia ruang selimut sendiri, dan jangan ambil hati bila dia tolak dipeluk masa badan rasa panas.

Teman dia jumpa doktor. Simptom menopaus boleh dibantu, dan ada rawatan yang doktor boleh nilai ikut keadaan setiap orang. Ini juga masa yang sesuai untuk pemeriksaan tahunan seperti mamogram dan pap smear.

Dan jangan jadikan menopaus bahan lawak depan kawan-kawan.

Dia tak berubah jadi orang lain.

Dia sedang berjuang dengan badan sendiri, dan dia perlukan anda di sebelah dia, bukan di seberang.

28/10/2026

Ya Allah, kami bersyukur dengan nikmat pancaindera yang Engkau kurniakan, berikanlah kepada kami kemenangan ketika menghadapi musuh yang nyata atau yang tidak dapat dilihat, Amin Ya Rabbal 'Alamin.





28/10/2026
28.10.2026Kuiz Geografi
28/10/2026

28.10.2026
Kuiz Geografi

28/10/2026

🌧️ Monsun Timur Laut 2026/2027 dijangka bermula pada 27 Oktober 2026 dan berterusan hingga Mac 2027.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa bersiap siaga dan mengikuti perkembangan serta amaran cuaca terkini melalui laman web www.met.gov.my dan aplikasi myCuaca.





28/10/2026

Kita masih sibuk dengan urusan dunia, masih mengejar macam-macam, sedangkan kematian sedang menunggu kita di penghujung perjalanan.

Address

2°48'03. 4"N 101°45'59. 6"E
Nilai
71800

Telephone

+60123103810

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Desa Tmn Desa Cempaka Nilai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perpustakaan Desa Tmn Desa Cempaka Nilai:

Shortcuts

Share

Category

Nearby government services