Batalion 16 PGA Kota Kinabalu

Call Directions

Batalion 16 PGA Kota Kinabalu GERBANG INFORMASI RASMI BATALION 16 PASUKAN GERAKAN AM (PGA)

29/10/2026
𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐀 𝐁𝐀𝐓𝐀𝐋𝐈𝐎𝐍 𝟏𝟔 𝐏𝐆𝐀 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐊𝐈𝐍𝐀𝐁𝐀𝐋𝐔 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐎𝐋𝐀 𝐓𝐀𝐌𝐏𝐀𝐑 𝐏𝐈𝐀𝐋𝐀 𝐊𝐎𝐌𝐀𝐍𝐃𝐄𝐑 𝐁𝐑𝐈𝐆𝐄𝐃 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔...
26/10/2026

𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐀 𝐁𝐀𝐓𝐀𝐋𝐈𝐎𝐍 𝟏𝟔 𝐏𝐆𝐀 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐊𝐈𝐍𝐀𝐁𝐀𝐋𝐔 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐎𝐋𝐀 𝐓𝐀𝐌𝐏𝐀𝐑 𝐏𝐈𝐀𝐋𝐀 𝐊𝐎𝐌𝐀𝐍𝐃𝐄𝐑 𝐁𝐑𝐈𝐆𝐄𝐃 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

Kinarut, 26 Oktober 2026 (Isnin) – Satu majlis penyerahan bendera Batalion 16 PGA Kota Kinabalu sempena Pertandingan Bola Tampar Piala Komander Briged Sabah Tahun 2026 telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Batalion 16 PGA Kota Kinabalu.

Majlis penyerahan bendera tersebut telah disempurnakan oleh YDH Pegawai Pemerintah Batalion 16 PGA Kota Kinabalu kepada pasukan yang akan menyertai Pertandingan Bola Tampar Piala Komander Briged Sabah Tahun 2026 sempena Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) Briged Sabah Tahun 2026.

Turut hadir ialah DSP Ricky bin Juantin, Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 16 PGA dan ASP Bickley Jude, Ajutan Batalion 16 PGA.

Pasukan yang menyertai pertandingan tersebut terdiri daripada 3 Pegawai Kanan Polis (PKP) dan 11 Pegawai Rendah Polis (PRP), termasuk seorang Pengurus Pasukan yang bertanggungjawab menyelaras serta mengurus penyertaan pasukan sepanjang pertandingan berlangsung.

Dalam amanatnya, YDH Pegawai Pemerintah Batalion 16 PGA Kota Kinabalu mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua peserta serta menitipkan kata-kata semangat agar mereka memberikan komitmen, iltizam dan semangat kesukanan yang tinggi. Beliau turut menekankan kepentingan menjaga disiplin sepanjang kejohanan berlangsung.

Penyerahan bendera ini melambangkan amanah dan kepercayaan batalion kepada pasukan yang bakal membawa nama Batalion 16 PGA Kota Kinabalu dalam pertandingan berkenaan. Penyertaan ini juga menjadi platform untuk mengukuhkan semangat berpasukan, memupuk disiplin serta meningkatkan kecergasan fizikal dalam kalangan warga batalion.

Selamat maju jaya kepada seluruh Pasukan Bola Tampar Batalion 16 PGA Kota Kinabalu. Semoga semua peserta dapat memberikan persembahan yang cemerlang serta mengharumkan nama Batalion 16 PGA Kota Kinabalu dalam Pertandingan Bola Tampar Piala Komander Briged Sabah Tahun 2026.

𝐒𝐏𝐄𝐄𝐃 • 𝐑𝐄𝐋𝐈𝐀𝐁𝐋𝐄 • 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐆𝐑𝐈𝐓𝐘

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐓𝐈𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐏𝐀 𝐊𝐀𝐍𝐃𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐑𝐏 𝐊𝐎𝐌𝐏𝐄𝐍𝐈 𝐀, 𝐁𝐀𝐓𝐀𝐋𝐈𝐎𝐍 𝟏𝟔 𝐏𝐆𝐀 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐊𝐈𝐍𝐀𝐁𝐀𝐋𝐔Papar, 22 Oktober 2026 (Khami...
23/10/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐓𝐈𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐏𝐀 𝐊𝐀𝐍𝐃𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐑𝐏 𝐊𝐎𝐌𝐏𝐄𝐍𝐈 𝐀, 𝐁𝐀𝐓𝐀𝐋𝐈𝐎𝐍 𝟏𝟔 𝐏𝐆𝐀 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐊𝐈𝐍𝐀𝐁𝐀𝐋𝐔

Papar, 22 Oktober 2026 (Khamis) — Satu lawatan kebajikan ziarah kematian telah diadakan bagi menziarahi Sjn Mohd Azri bin Ismail, PRP Kompeni A, Batalion 16 PGA Kota Kinabalu serta ahli keluarga beliau di Kampung Luagan, Bongawan, Papar, Sabah.

Bapak kandung beliau telah dimasukkan ke wad pada 7 Oktober 2026 akibat mengalami masalah lemah jantung, luka pada usus dan bengkak buah pinggang. Allahyarham telah menjalani pembedahan usus dan dibenarkan keluar dari wad pada 21 Oktober 2026, kira-kira jam 1400 Hrs. Walau bagaimanapun, Allahyarham telah meninggal dunia pada 22 Oktober 2026, kira-kira jam 0300 Hrs dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pikat, Bongawan, Papar.

Turut hadir dalam lawatan kebajikan tersebut ialah Insp. Rosdi bin Rastam, Platun Komander Platun 5, Kompeni B, BN 16 PGA, Insp. Sudirman bin Garamah, Platun Komander Platun 2, Kompeni A, BN 16 PGA, Insp. Hamdi bin Haris, Platun Komander Platun 7, Kompeni C, BN 16 PGA, SI AG Isa bin AG Alli, CIPS BN 16 PGA serta enam PRP Batalion 16 PGA Kota Kinabalu.

Lawatan kebajikan ini bertujuan untuk memberikan sokongan moral dan semangat kepada Sjn Mohd Azri bin Ismail serta ahli keluarga beliau dalam menghadapi kehilangan insan tersayang. Dalam lawatan tersebut, sumbangan daripada Kelab Polis BN 16 PGA Kota Kinabalu telah disampaikan oleh Insp. Sudirman bin Garamah, Platun Komander Platun 2, Kompeni A, BN 16 PGA sebagai tanda sokongan, keprihatinan dan kebersamaan warga pasukan terhadap keluarga yang ditimpa musibah.

Lawatan kebajikan seperti ini mencerminkan semangat setiakawan serta keprihatinan warga Batalion 16 PGA Kota Kinabalu dalam menjaga kebajikan anggota dan ahli keluarga, khususnya ketika berdepan dengan saat-saat sukar. Kehadiran warga pasukan diharapkan dapat memberikan kekuatan dan sokongan moral kepada keluarga Allahyarham.

Seluruh warga Batalion 16 PGA Kota Kinabalu merakamkan ucapan takziah kepada Sjn Mohd Azri bin Ismail serta seluruh ahli keluarga Allahyarham atas kehilangan insan tersayang. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman, serta seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan dipermudahkan segala urusan.

𝐒𝐏𝐄𝐄𝐃 • 𝐑𝐄𝐋𝐈𝐀𝐁𝐋𝐄 • 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐆𝐑𝐈𝐓𝐘

22/10/2026

365 HARI KEPIMPINAN — SATU AMANAH, SERIBU PENGORBANAN, DEMI KEDAULATAN NEGARA.

Pada 22 Oktober 2025, YDH SAC DATUK NOR OMAR BIN SAPPI telah mula berkhidmat dan melapor diri sebagai Komander Briged Sabah Pasukan Gerakan Am (PGA). Kini, genap setahun perjalanan kepimpinan beliau dalam menerajui Briged Sabah PGA dengan membawa amanah, tanggungjawab dan komitmen demi kecemerlangan pasukan.

Sepanjang tempoh kepimpinan ini, semangat kebersamaan, disiplin, integriti dan profesionalisme terus menjadi asas dalam memperkukuh kesiapsiagaan serta meningkatkan keupayaan pasukan bagi menghadapi pelbagai cabaran keselamatan.

Kepimpinan bukan sekadar tentang kedudukan, tetapi juga tentang amanah yang dipikul, pengorbanan yang dicurahkan dan kepercayaan yang dipelihara. Setiap langkah dan usaha merupakan sebahagian daripada perjuangan berterusan dalam memastikan Briged Sabah PGA kekal teguh sebagai pasukan yang berwibawa, cekap dan sentiasa bersedia berkhidmat demi keselamatan serta kesejahteraan rakyat.

Sempena ulang tahun pertama ini, semoga Allah SWT terus mengurniakan kesihatan, kekuatan, kebijaksanaan dan petunjuk kepada YDH SAC DATUK NOR OMAR BIN SAPPI dalam meneruskan kepimpinan yang cemerlang. Semoga Briged Sabah PGA terus maju, kukuh dan bersatu dalam menjunjung amanah serta mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara.

CEKAL • BERANI • SETIA

SPEED • RELIABLE • INTEGRITY

Setahun melakar bakti, bersama memperkukuh integriti, demi pasukan dan pertiwi.













20/10/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KE-34 BRIGED SABAH PGA! 🇲🇾

Tanggal 19 Oktober 2026 menjadi detik bermakna dalam lipatan sejarah Briged Sabah Pasukan Gerakan Am (PGA) yang kini genap berusia 34 tahun sejak penubuhannya.

Sepanjang 34 tahun perjalanan, Briged Sabah PGA terus komited dalam melaksanakan amanah menjaga keselamatan negara, mempertahankan kedaulatan tanah air serta memastikan keamanan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara, khususnya di Negeri Sabah.

Pengorbanan, keberanian dan kesetiaan setiap warga Briged Sabah PGA menjadi lambang kekuatan pasukan dalam menghadapi pelbagai cabaran serta ancaman keselamatan. Segala jasa dan bakti warga pasukan terdahulu menjadi inspirasi kepada generasi masa kini untuk terus berkhidmat dengan penuh integriti, disiplin dan semangat setiakawan.

Semoga Briged Sabah PGA terus unggul, mantap dan disegani dalam mendukung tanggungjawab sebagai benteng keselamatan negara.

Selamat Ulang Tahun Ke-34 Briged Sabah PGA!

Teruskan perjuangan dengan semangat yang tidak pernah luntur demi agama, bangsa dan negara.

CEKAL • BERANI • SETIA

SPEED • RELIABLE • INTEGRITY











SOROTAN GAMBAR PROGRAM KETAHANAN FIZIKAL UJIAN MARA LASAK BATALION 16 PGA KOTA KINABALU TAHUN 2026
18/10/2026

SOROTAN GAMBAR PROGRAM KETAHANAN FIZIKAL UJIAN MARA LASAK BATALION 16 PGA KOTA KINABALU TAHUN 2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐅𝐈𝐙𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐔𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐑𝐀 𝐋𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐁𝐀𝐓𝐀𝐋𝐈𝐎𝐍 𝟏𝟔 𝐏𝐆𝐀 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐊𝐈𝐍𝐀𝐁𝐀𝐋𝐔 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔Papar, 17 Oktober 2026 (Sabtu) – Prog...
17/10/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐅𝐈𝐙𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐔𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐑𝐀 𝐋𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐁𝐀𝐓𝐀𝐋𝐈𝐎𝐍 𝟏𝟔 𝐏𝐆𝐀 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐊𝐈𝐍𝐀𝐁𝐀𝐋𝐔 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

Papar, 17 Oktober 2026 (Sabtu) – Program Ketahanan Fizikal Ujian Mara Lasak Batalion 16 PGA Kota Kinabalu Tahun 2026 telah berlangsung di Ibu Pejabat Briged Sabah, Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan penyertaan pasukan daripada setiap batalion Briged Sabah PGA dan pasukan jemputan.

Ujian ini bertujuan menguji tahap kecergasan, ketahanan fizikal dan mental serta daya tahan peserta dalam menghadapi cabaran. Para peserta perlu menamatkan laluan sejauh 16 kilometer dengan membawa beban seberat 7 kilogram serta senjata. Jarak 16 kilometer tersebut dipilih secara simbolik bersempena dengan Batalion 16 PGA Kota Kinabalu selaku penganjur program.

Ujian ini melibatkan 13 pasukan terdiri daripada sembilan pasukan daripada batalion-batalion di bawah Briged Sabah PGA, satu pasukan daripada Ibu Pejabat Briged Sabah PGA serta empat pasukan jemputan. Pasukan-pasukan yang mengambil bahagian ialah Ibu Pejabat Briged Sabah PGA, Batalion 14 PGA Tawau, Batalion 15 PGA Sandakan, Batalion 16 PGA Kota Kinabalu "A", Batalion 16 PGA Kota Kinabalu "B", Batalion 17 PGA Lahad Datu, Batalion 20 PGA Beluran, Batalion 21 PGA Keningau, Batalion 22 PGA Kunak, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPK Sabah, Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, IPD Kota Kinabalu dan IPD Papar.

Hadir merasmikan Majlis Penutupan adalah YDH SAC Datuk Nor Omar Bin Sappi, Komander Briged Sabah PGA. Turut hadir adalah YDH ACP Alhusin Bin Halil, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sabah, YDH ACP Andrew Gani Anak Jimmy, Timbalan Komander Zon Timur Briged Sabah PGA, YDH ACP Ijid Landu bin Binju, Timbalan Komander Zon Barat Briged Sabah PGA, Supt Jaswent Singh A/L Sadu Singh, Pegawai Pemerintah Batalion 16 PGA Kota Kinabalu selaku Pengerusi Penganjur, Supt Heryan Bin Mohd Tahir, Ketua Polis Daerah Papar, Supt Nasrol Sain Bin Hamzah, Ajutan Briged Sabah PGA, Supt Raji Hussin Bin Haji Suhodin, Pegawai Pemerintah Batalion 15 PGA Sandakan, Penolong-penolong Pegawai Pemerintah Batalion, Pegawai-pegawai Turus Briged Sabah PGA, pegawai-pegawai kanan Batalion 16 PGA Kota Kinabalu serta pegawai kanan daripada setiap pasukan bertanding.

Keputusan ujian menyaksikan Batalion 17 PGA Lahad Datu muncul sebagai Johan dengan catatan masa 2 jam 8 minit 51 saat, naib johan Batalion 21 PGA Keningau dengan catatan masa 2 jam 8 minit 55 saat dan tempat ketiga Batalion 16 PGA Kota Kinabalu "A" dengan catatan masa 2 jam 13 minit 00 saat.

YDH SAC Datuk Nor Omar Bin Sappi, Komander Briged Sabah PGA dalam ucapannya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pasukan yang telah mengambil bahagian dalam Program Ketahanan Fizikal Ujian Mara Lasak Batalion 16 PGA Kota Kinabalu 2026 ini. Penganjuran program ini bukan sahaja menguji ketahanan fizikal dan mental peserta, malah turut memperkukuh disiplin, semangat juang dan kerjasama antara pasukan. Program ini juga menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta meningkatkan semangat kesukanan dalam PDRM amnya dan dalam Pasukan Gerakan Am khususnya. YDH Datuk Komander Briged Sabah PGA juga berharap program seumpama ini tidak terhenti setakat pertandingan semata-mata, sebaliknya dijadikan sebagai pemangkin untuk membudayakan gaya hidup sihat, meningkatkan kecergasan secara berterusan dan memperkukuhkan kesiapsiagaan operasi dalam kalangan warga PDRM. Penyertaan daripada pelbagai formasi dan jabatan ini membuktikan bahawa program seperti ini mempunyai nilai yang besar dalam mengeratkan hubungan silaturahim, memperkukuhkan kerjasama dan membina semangat setiakawan dalam PDRM.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan juga semua pasukan yang telah mengambil bahagian. Adat bertanding ada kalah dan menang. Kepada pasukan yg kurang bernasib baik, bangkit kembali dalam program akan datang. Semoga program seumpama ini terus menjadi pemangkin kepada peningkatan kecergasan, ketahanan diri dan semangat berpasukan dalam kalangan warga pasukan.

Batalion 16... Onsoiiii..

𝐒𝐏𝐄𝐄𝐃 • 𝐑𝐄𝐋𝐈𝐀𝐁𝐋𝐄 • 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐆𝐑𝐈𝐓𝐘

𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐀 𝐁𝐀𝐓𝐀𝐋𝐈𝐎𝐍 𝟏𝟔 𝐏𝐆𝐀 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐊𝐈𝐍𝐀𝐁𝐀𝐋𝐔 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐔𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐇𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐌𝐁𝐀𝐊 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐔𝐑 𝐉𝐊𝐃𝐍𝐊𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔Kinarut, 16 Okto...
16/10/2026

𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐀 𝐁𝐀𝐓𝐀𝐋𝐈𝐎𝐍 𝟏𝟔 𝐏𝐆𝐀 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐊𝐈𝐍𝐀𝐁𝐀𝐋𝐔 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐔𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐇𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐌𝐁𝐀𝐊 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐔𝐑 𝐉𝐊𝐃𝐍𝐊𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

Kinarut, 16 Oktober 2026 (Jumaat) – Satu majlis penyerahan bendera Batalion 16 PGA Kota Kinabalu sempena Ujian Kemahiran Tembak Tempur JKDNKA Tahun 2026 telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Batalion 16 PGA Kota Kinabalu.

Majlis penyerahan bendera tersebut telah disempurnakan oleh YDH Supt. Jaswent Singh A/L Sadu Singh, Pegawai Pemerintah Batalion 16 PGA Kota Kinabalu, kepada Pasukan Tembak Tempur Batalion 16 PGA yang akan menyertai Ujian Kemahiran Tembak Tempur JKDNKA Tahun 2026.

Turut hadir ialah DSP Ricky bin Juantin, Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 16 PGA dan ASP Bickley Jude, Ajutan Batalion 16 PGA.

Pasukan yang menyertai ujian tersebut terdiri daripada 2 Pegawai Kanan Polis (PKP) dan 3 Pegawai Rendah Polis (PRP), termasuk seorang Pengurus Pasukan yang bertanggungjawab menyelaras serta mengurus penyertaan pasukan sepanjang ujian berlangsung.

Dalam amanatnya, YDH Pegawai Pemerintah Batalion 16 PGA mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua peserta serta menitipkan kata-kata semangat agar mereka melaksanakan ujian dengan penuh komitmen, iltizam dan semangat juang yang tinggi. Beliau turut menekankan kepentingan menjaga disiplin, mengutamakan keselamatan serta menunjukkan kemahiran dan prestasi terbaik sepanjang ujian berlangsung.

Penyerahan bendera ini melambangkan amanah dan kepercayaan batalion kepada pasukan yang bakal membawa nama Batalion 16 PGA Kota Kinabalu dalam ujian berkenaan. Ujian ini juga menjadi platform untuk menguji tahap kemahiran menembak, ketepatan dan kecekapan peserta, di samping memupuk semangat berpasukan serta meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan warga batalion.

Selamat maju jaya kepada Pasukan Tembak Tempur Batalion 16 PGA Kota Kinabalu. Semoga semua peserta dapat melaksanakan ujian dengan cemerlang serta mengharumkan nama Batalion 16 PGA.

𝐒𝐏𝐄𝐄𝐃 • 𝐑𝐄𝐋𝐈𝐀𝐁𝐋𝐄 • 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐆𝐑𝐈𝐓𝐘

𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐀 𝐁𝐀𝐓𝐀𝐋𝐈𝐎𝐍 𝟏𝟔 𝐏𝐆𝐀 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐊𝐈𝐍𝐀𝐁𝐀𝐋𝐔 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐅𝐈𝐙𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐔𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐑𝐀 𝐋𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐁𝐀𝐓𝐀𝐋𝐈𝐎𝐍 𝟏𝟔 𝐏𝐆𝐀 𝐊𝐎𝐓𝐀...
16/10/2026

𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐀 𝐁𝐀𝐓𝐀𝐋𝐈𝐎𝐍 𝟏𝟔 𝐏𝐆𝐀 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐊𝐈𝐍𝐀𝐁𝐀𝐋𝐔 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐅𝐈𝐙𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐔𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐑𝐀 𝐋𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐁𝐀𝐓𝐀𝐋𝐈𝐎𝐍 𝟏𝟔 𝐏𝐆𝐀 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐊𝐈𝐍𝐀𝐁𝐀𝐋𝐔

Kinarut, 16 Oktober 2026 (Jumaat) – Satu majlis penyerahan bendera Batalion 16 PGA Kota Kinabalu sempena Program Ketahanan Fizikal Ujian Mara Lasak Batalion 16 PGA Kota Kinabalu telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Batalion 16 PGA Kota Kinabalu.

Majlis penyerahan bendera tersebut telah disempurnakan oleh YDH Supt. Jaswent Singh A/L Sadu Singh, Pegawai Pemerintah Batalion 16 PGA Kota Kinabalu, kepada pasukan yang akan menyertai Program Ketahanan Fizikal Ujian Mara Lasak Batalion 16 PGA Kota Kinabalu.

Turut hadir ialah DSP Ricky bin Juantin, Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 16 PGA dan ASP Bickley Jude, Ajutan Batalion 16 PGA.

Pasukan yang menyertai program tersebut terdiri daripada 4 Pegawai Kanan Polis (PKP) dan 20 Pegawai Rendah Polis (PRP), termasuk seorang Pengurus Pasukan yang bertanggungjawab menyelaras serta mengurus penyertaan pasukan sepanjang program berlangsung.

Dalam amanatnya, YDH Pegawai Pemerintah Batalion 16 PGA mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua peserta serta menitipkan kata-kata semangat agar mereka melaksanakan ujian dengan penuh komitmen, iltizam dan semangat juang yang tinggi. Beliau turut menekankan kepentingan menjaga disiplin, mengutamakan keselamatan serta menunjukkan ketahanan fizikal dan mental yang tinggi sepanjang ujian berlangsung.

Penyerahan bendera ini melambangkan amanah dan kepercayaan batalion kepada pasukan yang bakal membawa nama Batalion 16 PGA Kota Kinabalu dalam ujian berkenaan. Program ini juga menjadi platform untuk menguji tahap kecergasan, daya tahan fizikal dan mental serta memupuk semangat berpasukan dalam kalangan warga batalion.

Selamat maju jaya kepada seluruh pasukan yang menyertai Program Ketahanan Fizikal Ujian Mara Lasak Batalion 16 PGA Kota Kinabalu. Semoga semua peserta dapat melaksanakan ujian dengan cemerlang serta mengharumkan nama Batalion 16 PGA

𝐒𝐏𝐄𝐄𝐃 • 𝐑𝐄𝐋𝐈𝐀𝐁𝐋𝐄 • 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐆𝐑𝐈𝐓𝐘

Address

Papar
89600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088513222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Batalion 16 PGA Kota Kinabalu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share