Johor Skills Development Centre - Johor Skills

Call Directions Website

Johor Skills Development Centre - Johor Skills JSkills menyediakan latihan "upskilling" untuk pekerja industri, program kerjaya untuk graduan dan laluan TVET bagi lepasan sekolah.
(217)

Fokus kami ialah kemahiran sebenar, keperluan industri dan pembangunan kerjaya.

📞 Tempah konsultasi PERCUMA hari ini! JSkills menyediakan latihan untuk pekerja industri, program kerjaya untuk graduan dan laluan TVET bagi lepasan sekolah. Fokus kami ialah kemahiran sebenar, keperluan industri dan pembangunan kerjaya.

12/11/2026
đźš‘ KURSUS BASIC FIRST AIDIlmu pertolongan cemas merupakan kemahiran penting yang boleh membantu menyelamatkan nyawa ketik...
12/11/2026

đźš‘ KURSUS BASIC FIRST AID

Ilmu pertolongan cemas merupakan kemahiran penting yang boleh membantu menyelamatkan nyawa ketika berlakunya kecemasan.

Kursus Basic First Aid ini dikendalikan oleh Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Johor dengan penglibatan peserta daripada PERHEBAT.

Melalui kursus ini, peserta didedahkan kepada pengetahuan dan kemahiran asas pertolongan cemas serta tindakan awal yang tepat dalam menghadapi situasi kecemasan.

Bersedia untuk membantu, berilmu untuk menyelamatkan nyawa!

PROGRAM ADVANCED MICROSOFT EXCEL BERSAMA KAREX INDUSTRIES SDN. BHD.Program Advanced Microsoft Excel telah berlangsung pa...
11/11/2026

PROGRAM ADVANCED MICROSOFT EXCEL BERSAMA KAREX INDUSTRIES SDN. BHD.

Program Advanced Microsoft Excel telah berlangsung pada 10 hingga 11 November 2026 dengan penglibatan peserta daripada Karex Industries Sdn. Bhd.

Sepanjang dua hari latihan, peserta didedahkan kepada pelbagai fungsi dan teknik lanjutan Microsoft Excel bagi meningkatkan kemahiran mengurus, menyusun serta menganalisis data dengan lebih sistematik dan efisien.

Penguasaan Microsoft Excel bukan sahaja membantu melancarkan tugasan harian, malah meningkatkan kecekapan dalam pengurusan maklumat dan penyediaan laporan di tempat kerja.

Berminat untuk mengikuti latihan bersama JSkills? Hubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai program latihan yang ditawarkan.

Jom tingkatkan kemahiran anda bersama Johor Skills Development Centre!

🪔✨ SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI!Ikhlas daripada seluruh warga Johor Skills (JSkills).Semoga perayaan cahaya ini memb...
07/11/2026

🪔✨ SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI!

Ikhlas daripada seluruh warga Johor Skills (JSkills).

Semoga perayaan cahaya ini membawa kebahagiaan, kedamaian dan kemakmuran buat semua.

06/11/2026

“It’s not just about managing projects, it’s about managing people.” — CompTIA Project Management Essentials Participant

JSkills successfully conducted the CompTIA Program Management Essentials (PME) training, equipping participants with practical knowledge and essential skills in programme planning, project management, stakeholder engagement and effective implementation.

Hear directly from our participants as they share their learning experiences and key takeaways from the training!

JSKILLS & JTDC MEMPERKASA BAKAT DIGITAL JOHOR MELALUI PROGRAM DIGITAL MASTERY & LEAN EXCELLENCEJohor Skills Development ...
06/11/2026

JSKILLS & JTDC MEMPERKASA BAKAT DIGITAL JOHOR MELALUI PROGRAM DIGITAL MASTERY & LEAN EXCELLENCE

Johor Skills Development Centre (JSkills) bersama Johor Talent Development Council (JTDC), dengan kerjasama Republic Polytechnic, Singapura, meneruskan komitmen dalam memperkasa pembangunan bakat digital menerusi Program Digital Mastery & Lean Excellence yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri Johor.

Program selama sembilan hari ini melibatkan 50 peserta dan memberi tumpuan kepada empat bidang utama, iaitu Pembangunan Profesional, Agentic AI, Automasi Aliran Kerja serta Transformasi Lean dan Internet of Things (IoT).

Inisiatif ini turut menyokong agenda Johor-Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ) dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi, berdaya saing dan bersedia memenuhi keperluan industri masa hadapan.

Memperkasa Kemahiran, Memacu Masa Hadapan.

PREMIUM UPSKILLING INITIATIVE BY THE STATE OF JOHORJohor Skills Development Centre (JSkills) telah menganjurkan Majlis P...
06/11/2026

PREMIUM UPSKILLING INITIATIVE BY THE STATE OF JOHOR

Johor Skills Development Centre (JSkills) telah menganjurkan Majlis Perasmian Program Digital Mastery & Lean Excellence dengan kerjasama Republic Polytechnic melalui Johor Talent Development Council (JTDC), sebagai usaha memperkukuh kompetensi dan meningkatkan keupayaan tenaga kerja dalam bidang pendigitalan serta kecemerlangan operasi industri.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dr. Muhammad Naqib bin Md Ghazali, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor.

Turut hadir ialah Dr. Mohamad Anas bin Mohamad Annuar, Ketua Pegawai Eksekutif Johor Skills Development Centre (JSkills); Encik Hilmy bin Hj Hussain, Ketua Penyelarasan JTDC; Encik Shamsul Nizam bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Penyelaras JTDC; serta delegasi daripada Republic Polytechnic, iaitu Mr. Ashley Chua, Senior Director (Student Services); Mr. Stanley Kwek, Acting Director, Office of International Relations; dan Mr. Jason Tey, General Manager, Republic Polytechnic International.

Kerjasama strategik ini mencerminkan komitmen dalam memperluas peluang pembangunan kemahiran, perkongsian kepakaran antarabangsa serta memperkasa tenaga kerja dengan pengetahuan dan kemahiran yang relevan dengan keperluan industri masa kini.

Semoga pelaksanaan program ini menjadi pemangkin kepada pembangunan bakat berkemahiran tinggi dan menyokong aspirasi Johor ke arah ekosistem industri yang lebih berdaya saing.

Memperkasa Kemahiran, Memacu Kecemerlangan.

Dari Berkhidmat kepada BerdikariYayasan JCorp dengan kerjasama Johor Skills dan PERHEBAT telah menganjurkan Bengkel Serv...
04/11/2026

Dari Berkhidmat kepada Berdikari

Yayasan JCorp dengan kerjasama Johor Skills dan PERHEBAT telah menganjurkan Bengkel Servis & Penyelenggaraan Penghawa Dingin dari 26 Oktober hingga 3 November 2026 di JSkills, melibatkan 20 pesara tentera daripada PERHEBAT Johor.

Dikendalikan oleh Pegawai Pengesahan Dalaman, Tc. Mohammad Azizi bin Samsudin dan Pegawai Penilai Tc Hafizi bin Muhamad Rusli, bengkel ini memberi tumpuan kepada kemahiran pemasangan, penyelenggaraan dan pembaikan asas yang boleh diaplikasikan dalam pekerjaan mahupun bekerja sendiri.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha Yayasan JCorp untuk memperkasa para veteran dengan kemahiran dan pensijilan yang relevan, sekali gus membuka lebih banyak peluang menjana pendapatan selepas bersara.

BUILD YOUR PROJECT MANAGEMENT EDGE WITH COMPTIA!Program latihan CompTIA Project Management Essential telah berlangsung s...
04/11/2026

BUILD YOUR PROJECT MANAGEMENT EDGE WITH COMPTIA!

Program latihan CompTIA Project Management Essential telah berlangsung selama dua hari, memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas pengurusan projek merangkumi perancangan, pengurusan masa, komunikasi, kerja berpasukan dan pengurusan risiko.

Pensijilan bertaraf antarabangsa ini membantu peserta membina kemahiran pengurusan projek yang relevan merentas pelbagai industri, sekali gus meningkatkan kompetensi profesional dan kebolehpasaran dalam dunia pekerjaan.

Berminat untuk meningkatkan kemahiran dan mendapatkan pensijilan profesional yang diiktiraf antarabangsa? Ikuti media sosial JSkills untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program latihan yang ditawarkan!

PELAKSANAAN PROGRAM BUILDING WIRING INSTALLATION | PERHEBAT 2026Program Building Wiring Installation di bawah Program Ku...
03/11/2026

PELAKSANAAN PROGRAM BUILDING WIRING INSTALLATION | PERHEBAT 2026

Program Building Wiring Installation di bawah Program Kursus Peningkatan Kemahiran Pesara PERHEBAT Negeri Johor 2026 memberi peluang kepada para pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mempelajari dan menguasai kemahiran asas pendawaian elektrik bangunan.

Menerusi latihan yang dijalankan di Johor Skills Development Centre (JSkills), para peserta mengikuti sesi amali dengan melaksanakan kerja-kerja pendawaian secara praktikal. Pendekatan pembelajaran secara hands-on ini membolehkan peserta mengaplikasikan pengetahuan teknikal serta membiasakan diri dengan penggunaan peralatan dan kaedah kerja berkaitan pendawaian elektrik.

Melalui kerjasama Yayasan Johor Corporation (YJC), PERHEBAT Negeri Johor dan JSkills, program ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperkasa kemahiran pesara tentera serta menyediakan peluang untuk mereka memanfaatkan kemahiran yang diperoleh bagi membina laluan kerjaya baharu selepas persaraan.

Yayasan Johor Corporation
Perhebat JOHOR Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera

Address

Pasir Gudang
81700

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6072521608

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Johor Skills Development Centre - Johor Skills posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Nearby government services