06/11/2026
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT.
Merafak sembah dan menjunjung kasih kepada DYMM Tuanku Sultan Ibrahim Sultan Iskandar atas perkenan pengampunan kepada Dato’ Sri Mohd Najib Razak.
KENYATAAN MEDIA
1. UMNO ingin mengumumkan bahawa jumlah kutipan dana melalui Tabung Solidariti Najib Razak yang dilancarkan pada 18 September lalu bagi membantu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudahpun mencapai sasaran dan mencukupi.
2. UMNO telah menyelesaikan segala proses pembayaran kepada pihak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi.
3. UMNO dengan ini secara rasmi menutup akaun khas Tabung Solidariti Najib Razak yang diwujudkan untuk penerimaan dana sumbangan orang ramai dan tiada lagi keperluan untuk pendanaan awam (crowdfunding) bagi tujuan tersebut.
4. UMNO ingin merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah dan merakamkan ucapan penghargaan kepada ahli UMNO seluruh Malaysia dan orang ramai yang tidak putus-putus menyumbang ke dalam akaun yang disediakan sejak hari pertama.
DR ASYRAF WAJDI BIN DUSUKI
SETIAUSAHA AGUNG UMNO
6 NOVEMBER 2026