Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pulau Pinang

Directions Website Contact the organization

Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pulau Pinang Page Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pulau Pinang

Jom Layari Pusat Pautan Rasmi JIMPP di https://linktr.ee/jimpulaupinang
(klik juga pautan ini di bio kami)

“INTEGRITI, PROFESIONAL, MESRA”

© Bahagian Perancangan Strategik & Khidmat Korporat | Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pulau Pinang

PEMANTAUAN DITERUSKAN, PEMATUHAN DIPASTIKAN !!!OPS SAPUBAHAGIAN PENGUATKUASA JIM PULAU PINANG TARIKH: 03/11/2026 (SELASA...
06/11/2026

PEMANTAUAN DITERUSKAN, PEMATUHAN DIPASTIKAN !!!

OPS SAPU

BAHAGIAN PENGUATKUASA JIM PULAU PINANG

TARIKH: 03/11/2026 (SELASA)
LOKASI:

1. DAERAH TIMUR LAUT








Jika anda mempunyai maklumat berkaitan PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI), laporkan segera ADUAN PATI kepada Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pulau Pinang (JIMPP) melalui saluran berikut:

Telefon: 04-3973011
E-mel: [email protected]
SISPAA: https:/imi.spab.gov.my

Identiti anda DIRAHSIAKAN

DEEPAVALI MEMBAWA CAHAYA KEHARMONIAN, IMIGRESEN PULAU PINANG MENYEMAI SEMANGAT PERPADUAN.PULAU PINANG | 3 NOVEMBER 2026 ...
03/11/2026

DEEPAVALI MEMBAWA CAHAYA KEHARMONIAN, IMIGRESEN PULAU PINANG MENYEMAI SEMANGAT PERPADUAN.

PULAU PINANG | 3 NOVEMBER 2026 – Dalam menyemarakkan semangat perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pulau Pinang hari ini telah mengadakan sesi pemberian manisan sempena sambutan Hari Deepavali yang bakal menjelang tiba.

Program pemberian manisan tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Imigresen Negeri Pulau Pinang, YBrs. Tuan Syamsul Fitry bin Ahmad, bersama-sama Tuan Sanjeetharan a/l Mathavan, Timbalan Pengarah Imigresen Negeri (Pengurusan) dan Tuan Khwaja Banthey Navaz bin Mohamed Haneef, Timbalan Pengarah Imigresen Negeri (Kawalan).

Manisan turut diagihkan kepada pegawai dan warga kerja jabatan serta orang awam yang hadir berurusan di Pejabat Imigresen Negeri Pulau Pinang, Seberang Jaya.

Inisiatif ini bukan sekadar tanda ingatan menjelang perayaan, malah mencerminkan keprihatinan jabatan dalam menyemai nilai kebersamaan, menghormati kepelbagaian budaya serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga kerja dan masyarakat.

Perbezaan diraikan, keharmonian dipelihara.

Selamat menyambut Hari Deepavali kepada seluruh masyarakat Hindu yang bakal meraikannya.

IMIGRESEN PERKASA, MALAYSIA MADANI.

PEMANTAUAN DITERUSKAN, PEMATUHAN DIPASTIKAN !!!OPS MAHIR BAHAGIAN PENGUATKUASA JIM PULAU PINANG TARIKH: 3/11/2026 (SELAS...
03/11/2026

PEMANTAUAN DITERUSKAN, PEMATUHAN DIPASTIKAN !!!

OPS MAHIR

BAHAGIAN PENGUATKUASA JIM PULAU PINANG

TARIKH: 3/11/2026 (SELASA)
LOKASI:

1. Seberang Perai Tengah








Jika anda mempunyai maklumat berkaitan PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI), laporkan segera ADUAN PATI kepada Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pulau Pinang (JIMPP) melalui saluran berikut:

Telefon: 04-3973011
E-mel: [email protected]
SISPAA: https:/imi.spab.gov.my

Identiti anda DIRAHSIAKAN

PEMANTAUAN DITERUSKAN, PEMATUHAN DIPASTIKAN !!!OPS KUTIP/ OPS SERKAPBAHAGIAN PENGUATKUASA JIM PULAU PINANG TARIKH: 1/11/...
01/11/2026

PEMANTAUAN DITERUSKAN, PEMATUHAN DIPASTIKAN !!!

OPS KUTIP/ OPS SERKAP

BAHAGIAN PENGUATKUASA JIM PULAU PINANG

TARIKH: 1/11/2026 (AHAD)
LOKASI:

1. Daerah Timur Laut








Jika anda mempunyai maklumat berkaitan PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI), laporkan segera ADUAN PATI kepada Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pulau Pinang (JIMPP) melalui saluran berikut:

Telefon: 04-3973011
E-mel: [email protected]
SISPAA: https:/imi.spab.gov.my

Identiti anda DIRAHSIAKAN

ZUMBA MERIAHKAN HARI SUKAN NEGARA 2026 PERINGKAT JIMPP!SEBERANG JAYA | 29 OKTOBER 2026 – Semangat kecergasan dan gaya hi...
29/10/2026

ZUMBA MERIAHKAN HARI SUKAN NEGARA 2026 PERINGKAT JIMPP!

SEBERANG JAYA | 29 OKTOBER 2026 – Semangat kecergasan dan gaya hidup sihat terus disemarakkan apabila Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pulau Pinang (JIMPP) menganjurkan program Zumba bersempena dengan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang 2026, hari ini.

Berlangsung di perkarangan Pejabat Imigresen Seberang Jaya, program itu menyaksikan warga JIMPP bersama-sama menggerakkan langkah dalam suasana penuh bertenaga, sekali gus menyemai semangat kesukanan, mengeratkan ukhuwah dan memperkukuh kerjasama dalam kalangan warga jabatan.

Turut bersama memeriahkan program ialah Pengarah Imigresen Negeri Pulau Pinang, YBrs. Tuan Syamsul Fitry bin Ahmad, yang memberikan sokongan terhadap usaha membudayakan amalan hidup aktif dan sihat dalam kalangan warga kerja.

Penganjuran program seumpama ini bukan sahaja menjadi platform untuk meningkatkan kecergasan fizikal dan kesejahteraan mental, malah turut memperkukuh semangat berpasukan serta membentuk warga kerja yang lebih cergas, positif dan produktif.






27/10/2026

𝗝𝗜𝗠 𝗕𝗘𝗥𝗧𝗜𝗡𝗗𝗔𝗞 𝗧𝗘𝗚𝗔𝗦 𝗧𝗘𝗥𝗛𝗔𝗗𝗔𝗣 𝗞𝗘𝗚𝗜𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗟𝗦𝗨𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗦𝗣𝗢𝗥𝗧 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗧𝗨𝗝𝗨𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗘𝗥𝗜𝗞𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗔𝗦𝗜𝗡𝗚

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengambil maklum mengenai penularan semula hantaran di media sosial berkaitan dakwaan penggunaan pasport palsu bagi tujuan pemeriksaan kesihatan pekerja asing. Hantaran berkenaan sebelum ini pernah tular pada April 2026.

JIM ingin menjelaskan bahawa kegiatan pemalsuan pasport dan pengubahsuaian maklumat biodata bagi tujuan pemeriksaan kesihatan pekerja asing telah dikenal pasti melalui risikan dan operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan sejak tahun 2024.

📌 Fakta penguatkuasaan JIM (2024 hingga kini):
- 17 operasi penguatkuasaan dilaksanakan.
- 71 individu ditangkap berkaitan kegiatan pemalsuan dokumen dan dokumen perjalanan.

Kegiatan ini dikenal pasti berkaitan urusan pemeriksaan kesihatan dan lanjutan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS). Ia tidak semestinya bermaksud dokumen berkenaan digunakan untuk memasuki Malaysia.

JIM akan terus mempergiat risikan dan operasi serta mengambil tindakan tegas terhadap individu, sindiket dan pihak yang bersubahat mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan ini diminta menyalurkannya kepada JIM bagi membantu tindakan penguatkuasaan.

KERJASAMA STRATEGIK JADI TUMPUAN, EXCO KEUSAHAWANAN NEGERI KUNJUNGI JIM PULAU PINANGSEBERANAG JAYA | 26 OKTOBER 2026 – D...
26/10/2026

KERJASAMA STRATEGIK JADI TUMPUAN, EXCO KEUSAHAWANAN NEGERI KUNJUNGI JIM PULAU PINANG

SEBERANAG JAYA | 26 OKTOBER 2026 – Dalam usaha memperkukuh sinergi antara agensi kerajaan bagi memacu pembangunan ekonomi negeri, YB Dato’ Haji Rashidi Zinol, EXCO Keusahawanan Negeri Pulau Pinang, bersama delegasi telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pulau Pinang (JIMPP) hari ini.

Kunjungan tersebut disambut oleh Pengarah Imigresen Negeri Pulau Pinang, YBrs. Tuan Syamsul Fitry bin Ahmad, Timbalan Pengarah Imigresen Negeri (Kawalan), Tuan Haji Khwaja Banthey Navaz bin Mohamed Haneef bersama barisan kepimpinan JIMPP.

Pertemuan itu memberi tumpuan kepada taklimat berkaitan fungsi, penguatkuasaan serta dasar-dasar terkini imigresen. Selain itu, perbincangan turut meneroka ruang kerjasama strategik bagi memperkukuh ekosistem keusahawanan tempatan.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan JIMPP dalam memperkukuh hubungan antara agensi kerajaan, sekali gus menyokong agenda pembangunan negeri melalui kerjasama yang lebih tersusun, berkesan dan berimpak tinggi.






PEMANTAUAN DITERUSKAN, PEMATUHAN DIPASTIKAN !!!OPS DANDANBAHAGIAN PENGUATKUASA JIM PULAU PINANG TARIKH: 26/10/2026 (ISNI...
26/10/2026

PEMANTAUAN DITERUSKAN, PEMATUHAN DIPASTIKAN !!!

OPS DANDAN

BAHAGIAN PENGUATKUASA JIM PULAU PINANG

TARIKH: 26/10/2026 (ISNIN)
LOKASI:

1. Seberang Perai Tengah








Jika anda mempunyai maklumat berkaitan PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI), laporkan segera ADUAN PATI kepada Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pulau Pinang (JIMPP) melalui saluran berikut:

Telefon: 04-3973011
E-mel: [email protected]
SISPAA: https:/imi.spab.gov.my

Identiti anda DIRAHSIAKAN

PEMANTAUAN DITERUSKAN, PEMATUHAN DIPASTIKAN !!!OPS SELERA BAHAGIAN PENGUATKUASA JIM PULAU PINANG TARIKH: 22/10/2026 (KHA...
24/10/2026

PEMANTAUAN DITERUSKAN, PEMATUHAN DIPASTIKAN !!!

OPS SELERA

BAHAGIAN PENGUATKUASA JIM PULAU PINANG

TARIKH: 22/10/2026 (KHAMIS)
LOKASI:

1. Daerah Barat Daya








Jika anda mempunyai maklumat berkaitan PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI), laporkan segera ADUAN PATI kepada Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pulau Pinang (JIMPP) melalui saluran berikut:

Telefon: 04-3973011
E-mel: [email protected]
SISPAA: https:/imi.spab.gov.my

Identiti anda DIRAHSIAKAN

WAKAF MAINPP KUNJUNGI JIMPP, PERKUKUH JALINAN KERJASAMA STRATEGIKPULAU PINANG, 23 OKTOBER 2026 – Hubungan strategik anta...
24/10/2026

WAKAF MAINPP KUNJUNGI JIMPP, PERKUKUH JALINAN KERJASAMA STRATEGIK

PULAU PINANG, 23 OKTOBER 2026 – Hubungan strategik antara agensi terus diperkukuh menerusi kunjungan hormat Wakaf Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Wakaf MAINPP) ke Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pulau Pinang (JIMPP), pada Khamis.

Kunjungan tersebut disambut oleh Pengarah Imigresen Negeri Pulau Pinang (PIN), YBrs. Tuan Syamsul Fitry bin Ahmad, bersama Tuan Ahmad Fitri bin Ahmad Rabudzi, Ketua Bahagian Penguatkuasa JIMPP, dan Tuan Izham bin Idris, Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasa JIMPP.

Pertemuan berkenaan menjadi platform untuk mengeratkan hubungan profesional, memperkukuh komunikasi serta meneroka peluang kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.

Jalinan kerjasama seumpama ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperluas jaringan hubungan antara agensi, di samping mewujudkan kesepakatan yang mampu menyokong pelaksanaan tanggungjawab dan kepentingan bersama.

JIMPP akan terus memperkukuh hubungan strategik dengan pelbagai pihak berlandaskan semangat profesionalisme, integriti dan komitmen terhadap penyampaian perkhidmatan yang berkualiti.






Address

Jalan Kelasah
Perai

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00
Saturday 08:00 - 12:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pulau Pinang:

Shortcuts

Share

Nearby government services