27/07/2026
FUN RUN RELA 5.4KM SEMPENA HARI ULANG TAHUN KE-54 RELA DAERAH SANDAKAN.
TARIKH: 25.07.2026
MASA: 7.00AM SEHINGGA SELASAI
TEMPAT: DAERAH SANDAKAN
PENYERTAAN: 83 ORANG DARI DAERAH SANDAKAN DAN 3 ORANG DARI DAERAH KINABATANGAN.
Program Fun Run RELA 5.4KM sempena sambutan Hari Ulang Tahun Ke-54 Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
Larian sejauh 5.4 kilometer ini dianjurkan sebagai simbolik kepada 54 tahun penubuhan RELA, sekali gus mencerminkan komitmen jabatan dalam memperkukuh semangat kesukarelawanan, memupuk gaya hidup sihat serta mengeratkan hubungan antara RELA dan masyarakat.
Selain acara larian, program turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti sampingan seperti cabutan bertuah, pertandingan merwarna kanak-kanak berumur 9 tahun kebawah, dan penyampaian pingat penamat (finisher medal).
Penganjuran program ini bukan sahaja menyemarakkan sambutan Hari Ulang Tahun Ke-54 RELA, malah membuktikan sokongan padu masyarakat terhadap peranan dan sumbangan RELA dalam menjaga keselamatan, kesejahteraan komuniti serta memperkukuh semangat perpaduan.
Semoga semangat “Setia Bakti, Komuniti Sejahtera” terus menjadi inspirasi dalam memperkasakan budaya kesukarelawanan demi kesejahteraan masyarakat dan kemajuan negara.