19/10/2026
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐀𝐑𝐓𝐄𝐑𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐔𝐋𝐔 𝐌𝐔𝐊𝐈𝐌 𝐔𝐋𝐔 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀
𝟏𝟔 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐉𝐔𝐌𝐀𝐀𝐓) - Majlis Penyerahan dan Perasmian Kuarters Penghulu Mukim Ulu Selama yang telah diadakan di Kediaman Rasmi Pejabat Penghulu Mukim Ulu Selama.
Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Nasrul bin Menhat, Pegawai Daerah Larut, Matang dan Selama.
Turut hadir ialah Encik Mustoffa bin Aliman, Ketua Penolong Pegawai Daerah Selama; Encik Mohd Rizwan bin Rozi, Penolong Pegawai Daerah Selama; Penghulu Tertinggi Daerah Larut, Matang dan Selama; penghulu-penghulu mukim serta pegawai daripada pelbagai agensi.
Penganjuran majlis ini menandakan penyerahan dan perasmian kuarters rasmi bagi Penghulu Mukim Ulu Selama, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh kemudahan serta menyokong kelancaran pelaksanaan tugas pentadbiran di peringkat mukim.