Bomba & Penyelamat Shah Alam

Call Directions Website

Bomba & Penyelamat Shah Alam "CEPAT DAN MESRA"

Balai ini mempunyai kekuatan anggota seramai 117 pegawai termasuk lain-lain pangkat dan diketuai oleh TPgB II MOHD FAIZAL BIN HJ MD ZAIN selaku Ketua Balai dan dibantu oleh PPgB MUHAMMAD FADELI BIN ABU SIRIN.Sebarang aduan atau pertanyaan lanjut sila hubungi 0355196444 atau layari di laman web rasmi Jabatan www.bomba.gov.my

07/11/2026
07/11/2026

07.11.2026 (𝙎𝙖𝙗𝙩𝙪) - 𝙆𝙚𝙟𝙤𝙝𝙖𝙣𝙖𝙣 𝙎𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙋𝙞𝙖𝙡𝙖 𝙆𝙚𝙩𝙪𝙖 𝘽𝙖𝙡𝙖𝙞 𝘽𝘽𝙋. 𝙎𝙝𝙖𝙝 𝘼𝙡𝙖𝙢.

Pertandingan KAROM antara Pasukan telah berlangsung dengan meriah. Program ini bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat, semangat kesukanan serta mengeratkan hubungan silaturahim antara pegawai dan anggota bomba.

Beberapa pasukan telah menunjukkan semangat juang tinggi sepanjang perlawanan dengan aksi-aksi menarik dan penuh sportif. Keputusan akhir menyaksikan Pasukan Charlie dinobatkan sebagai juara pertandingan. Manakala Pasukan Bravo di tempat kedua dan Pasukan Alfa di tempat ketiga.

ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA, SALAM JBPM BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA.*BBP SHAH ALAM*Tarikh  : *22/10/2026*Ha...
22/10/2026

ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA, SALAM JBPM BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA.

*BBP SHAH ALAM*

Tarikh : *22/10/2026*
Hari. : *KHAMIS*
Masa : *0930*
Aktiviti : *KAWAD MAHIR (SIMULASI KEMALANGAN JALAN RAYA)*
Penyelia: *PBK I MOHD SYARIM BIN A MALEK*
Lokasi : *BBP SHAH ALAM*

SEKIAN UNTUK MAKLUMAN YS DATO DAN TUAN.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Kumpulan Shah Alam Fighter dan GiatMara Malaysia dinobatkan sebagai naib johan bagi ...
02/10/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Kumpulan Shah Alam Fighter dan GiatMara Malaysia dinobatkan sebagai naib johan bagi Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif Terbaik (Kategori Jabatan) menerusi projek S.A.F.E Glove. Sempena Hari Inovasi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (HIKPKT) Tahun 2026.

02/10/2026

Alhamdulillah, Tahniah dan syabas diucapkan kepada Kumpulan Shah Alam Fighter & GIATMARA Malaysia atas pencapaian membanggakan sebagai Naib Johan di pentas Hari Inovasi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (HIKPKT) Tahun 2026

Daripada 54 penyertaan yang melibatkan pelbagai Bahagian, Jabatan dan Agensi di bawah KPKT, kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat bermakna buat seluruh pasukan.

Dengan membawa inovasi S.A.F.E Glove (Sensory Alert For Electric), perjuangan yang bermula dari “Zero to Hero”akhirnya membuahkan hasil. 💪🔥

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan, komitmen, idea dan tenaga sepanjang perjalanan ini, khususnya GIATMARA Malaysia serta seluruh warga Shah Alam Fighter.

“Memperkasa Inovasi, Memacu Prestasi, Menyejahtera Rakyat.”
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor@top fans







01/10/2026

01 Oktober 2026 | Dewan Kristal, KPKT

Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam berbesar hati menerima kunjungan anak-anak murid Pendidikan Khas (PEKAK) bagi menyertai Lawatan Sambil Belajar ke Majlis Sambutan Hari Inovasi Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan 2026 di booth pameran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. 🚒👨‍🚒
Program ini menjadi satu platform yang bermakna dalam memberikan pendedahan berkaitan keselamatan kebakaran, kesedaran terhadap bahaya kebakaran serta inovasi yang dihasilkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Selain itu, lawatan ini turut membuka ruang kepada para pelajar untuk mengenali dengan lebih dekat peranan 𝗝𝘂𝗿𝘂𝗯𝗮𝗵𝗮𝘀𝗮 dalam membantu komunikasi yang inklusif, khususnya dalam penyampaian maklumat keselamatan kepada komuniti Pendidikan Khas.
Semoga kunjungan ini memberikan pengalaman, pengetahuan dan kenangan yang bermakna kepada semua peserta.

“Keselamatan Milik Bersama, Inovasi Demi Kesejahteraan.”

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor
fans









30/09/2026

Alhamdulillah, hari ini 𝗞𝘂𝗺𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗦𝗵𝗮𝗵 𝗔𝗹𝗮𝗺 𝗙𝗶𝗴𝗵𝘁𝗲𝗿 tampil membawa inovasi 𝗦.𝗔.𝗙.𝗘 𝗚𝗟𝗢𝗩𝗘 (𝗦𝗲𝗻𝘀𝗼𝗿𝘆 𝗔𝗹𝗲𝗿𝘁 𝗙𝗼𝗿 𝗘𝗹𝗲𝗰𝘁𝗿𝗶𝗰) dalam 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗥𝗘𝗥𝗨𝗔𝗜 𝗣𝗔𝗠𝗘𝗥𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗢𝗩𝗔𝗦𝗜 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗔𝗜𝗞 sempena 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗜𝗡𝗢𝗩𝗔𝗦𝗜 𝗞𝗘𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗨𝗠𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗠𝗣𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲

𝗦.𝗔.𝗙.𝗘 𝗚𝗟𝗢𝗩𝗘 bukan sekadar sebuah inovasi, tetapi merupakan satu usaha untuk membantu meningkatkan 𝗸𝗲𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗮𝗻𝗴𝗴𝗼𝘁𝗮 𝗯𝗼𝗺𝗯𝗮 𝗸𝗲𝘁𝗶𝗸𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗿𝗶𝘀𝗶𝗸𝗼 𝗲𝗹𝗲𝗸𝘁𝗿𝗶𝗸 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂𝗶 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗲𝘀𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗸𝗲𝘄𝘂𝗷𝘂𝗱𝗮𝗻 𝗮𝗿𝘂𝘀 𝗲𝗹𝗲𝗸𝘁𝗿𝗶𝗸 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝘀𝗲𝗻𝘁𝘂𝗵𝗮𝗻 (𝗻𝗼𝗻-𝗰𝗼𝗻𝘁𝗮𝗰𝘁)
🚒 Dari idea…
💡 kepada inovasi…
🔥 dari inovasi…
🏆 kepada satu perjuangan!
Terima kasih kepada semua yang sentiasa memberikan sokongan, kepercayaan dan dorongan kepada 𝗞𝘂𝗺𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗦𝗵𝗮𝗵 𝗔𝗹𝗮𝗺 𝗙𝗶𝗴𝗵𝘁𝗲𝗿.

𝙎.𝘼.𝙁.𝙀 𝙂𝙇𝙊𝙑𝙀
𝙎𝙖𝙛𝙚𝙩𝙮 𝙏𝙝𝙧𝙤𝙪𝙜𝙝 𝙄𝙣𝙣𝙤𝙫𝙖𝙩𝙞𝙤𝙣.

🏆🔥 𝑺𝑯𝑨𝑯 𝑨𝑳𝑨𝑴 𝑭𝑰𝑮𝑯𝑻𝑬𝑹 — 𝑰𝑵𝑶𝑽𝑨𝑺𝑰 𝑫𝑬𝑴𝑰 𝑲𝑬𝑺𝑬𝑳𝑨𝑴𝑨𝑻𝑨𝑵!🔥🏆














Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat dan Mesra.Sala...
26/09/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat dan Mesra.
Salam Malaysia Madani.

Pelaksanaan Program Hari Cuci Malaysia di Balai Bomba & Penyelamat Shah Alam melibatkan gotong royong zon, balai dan kuarters.
YS Dato' Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor turut hadir bagi sama-sama menjayakan program ini serta menyumbangkan 1 unit peralatan Water Jet bagi kegunaan dibalai.

12/09/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.
Salam Malaysia Madani.

10 Sept 2026 - Konvensyen KIK Kategori Jabatan/ Agensi KPKT Tahun 2026. BBP Shah Alam bersama Giat MARA Malaysia, atas nama kumpulan KIK Shah Alam Fighter turut memberi saingan kali ini mewakili Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor


Address

Balai Bomba Dan Penyelamat Shah Alam
Shah Alam
40200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bomba & Penyelamat Shah Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category


Other Fire Stations in Shah Alam

Show All