03/11/2026
📚 TEROKAI E-RESOURCES PUSTAKA! 💻🌐
Tahukah anda bahawa Pustaka Negeri Sarawak menyediakan pelbagai sumber maklumat digital yang boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja?
Daripada E-Book, E-Journal, Pangkalan Data hinggalah kepada sumber digital seperti National Geographic dan PressReader, semuanya tersedia untuk membantu anda meneroka ilmu, menambah pengetahuan dan menyokong pembelajaran serta penyelidikan.
✨ Apa yang boleh anda terokai?
📖 E-Book – Baca pelbagai bahan digital mengikut keselesaan anda.
📰 E-Journal – Akses maklumat terkini untuk pembelajaran dan penyelidikan.
🔍 Pangkalan Data – Pelbagai sumber rujukan di hujung jari.
🌍 Sumber Digital Lain – Terokai National Geographic, PressReader dan banyak lagi!
Ilmu Digital, Tanpa Batasan!
✨ Belum menjadi ahli Pustaka? ✨
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pelbagai kemudahan dan akses kepada sumber ilmu digital yang disediakan oleh Pustaka. Lebih menarik, pendaftaran keahlian adalah PERCUMA! 🎉
📩 Sebarang pertanyaan? Hubungi pustakawan kami melalui e-mel:
📗 Mohamad Zarees Bin Mohamad Amit – [email protected]
📗 Mohd Tarmizi bin Malek – [email protected]
Atau hubungi kami melalui WhatsApp:
👉 013-802 4095
Jom jadi ahli dan mulakan penerokaan ilmu tanpa batasan!
Baca. Reka. Cemerlang. 🌏