Perpustakaan Desa Kampung Jelutong

Directions Website Contact the organization

Perpustakaan Desa Kampung Jelutong Ini adalah akaun rasmi facebook Perpustakaan Desa Kampung Jelutong

📚✨ Aktiviti Perpustakaan Desa Kampung Jelutong ✨📚🗓️ Tarikh: 29/10/2026 (Khamis)  💻 Aktiviti Atas Talian: READ, THINK & L...
29/10/2026

📚✨ Aktiviti Perpustakaan Desa Kampung Jelutong ✨📚

🗓️ Tarikh: 29/10/2026 (Khamis)
💻 Aktiviti Atas Talian: READ, THINK & LEARN! 🧠💖

🌈 Cerita Ringkas, Ilmu Bermakna! 📖

Aktiviti kali ini menampilkan lembaran kerja Reading Comprehension yang menarik dan berwarna-warni untuk membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran membaca, memahami petikan serta menjawab soalan dengan betul. 📝🌟

💡 Membaca Jadi Seronok, Ilmu Bertambah! 💕📚

✨ Aktiviti Perpustakaan Desa Kampung Jelutong ✨📚Tarikh: 28/10/2026 (Rabu) Aktiviti: Number Search Puzzle  Peserta: 4 Ora...
28/10/2026

✨ Aktiviti Perpustakaan Desa Kampung Jelutong ✨📚

Tarikh: 28/10/2026 (Rabu)
Aktiviti: Number Search Puzzle
Peserta: 4 Orang
Tempat: Perpustakaan Desa Kampung Jelutong 📚

Aktiviti Number Search Puzzle menguji ketelitian dan fokus adik-adik dalam mencari nombor yang tersembunyi. Aktiviti ini juga membantu meningkatkan kemahiran mengenal nombor dan daya tumpuan melalui aktiviti yang menyeronokkan.

💖 Terima kasih adik-adik kerana turut serta dan memeriahkan aktiviti hari ini! 🥰📚✨

🌿📚 Aktiviti Atas Talian: Ulasan Buku 📚🌿🗓️ Tarikh: 25/10/2026 (Ahad)  📖 Tajuk: Ribut Biru🌪️ Jom ikuti ulasan buku Ribut B...
25/10/2026

🌿📚 Aktiviti Atas Talian: Ulasan Buku 📚🌿

🗓️ Tarikh: 25/10/2026 (Ahad)
📖 Tajuk: Ribut Biru

🌪️ Jom ikuti ulasan buku Ribut Biru karya Aiman Nasriq, sebuah novel yang menggabungkan aksi, misteri, teknologi dan pengkhianatan. Kisah Naufal yang terperangkap dalam eksperimen rahsia Blue Storm membawanya ke dalam konflik berbahaya antara pihak kerajaan dengan sindiket jenayah. Mampukah Naufal mempertahankan dirinya, dan siapakah yang benar-benar boleh dipercayai?

📚 Buku ini boleh dipinjam di Perpustakaan Desa Kampung Jelutong.

💳 Pendaftaran keahlian adalah PERCUMA! Jom daftar sebagai ahli dan terokai pelbagai koleksi bahan bacaan yang menarik.

✨ Membaca Menambah Ilmu, Ilmu Membina Generasi. 💚

📚✨ Aktiviti Perpustakaan Desa Kampung Jelutong ✨📚🗓️ Tarikh: 20/10/2026 (Selasa)🔎 Aktiviti: Misi Detektif Sirah 👧👦 Pesert...
20/10/2026

📚✨ Aktiviti Perpustakaan Desa Kampung Jelutong ✨📚

🗓️ Tarikh: 20/10/2026 (Selasa)
🔎 Aktiviti: Misi Detektif Sirah
👧👦 Peserta: 1 Orang
📍 Tempat: Perpustakaan Desa Kampung Jelutong 📚

📝 Aktiviti Misi Detektif Sirah dijalankan bagi menguji pengetahuan peserta tentang sirah Nabi agama serta menggalakkan pembelajaran secara menyeronokkan.

📚✨ Aktiviti Dalaman: Permainan Congkak ✨📚🗓️ Tarikh: 15/10/2026 (Khamis) 👥 Bilangan Peserta: 2 orang 📍 Tempat: Perpustaka...
15/10/2026

📚✨ Aktiviti Dalaman: Permainan Congkak ✨📚

🗓️ Tarikh: 15/10/2026 (Khamis)
👥 Bilangan Peserta: 2 orang
📍 Tempat: Perpustakaan Desa Kg. Jelutong

🎯 Impak: Memupuk minat terhadap permainan tradisional Melayu serta mengasah kemahiran mengira, berfikir secara strategik dan bersabar.

💐✨ Aktiviti Perpustakaan Desa Kampung Jelutong ✨💐🗓️ Tarikh: 14/10/2026 (Rabu)🎨 Aktiviti: Flower Pot Puppet Craft 🌼👧👦 Pes...
14/10/2026

💐✨ Aktiviti Perpustakaan Desa Kampung Jelutong ✨💐

🗓️ Tarikh: 14/10/2026 (Rabu)
🎨 Aktiviti: Flower Pot Puppet Craft 🌼
👧👦 Peserta: 2 Orang
📍 Tempat: Perpustakaan Desa Kampung Jelutong 📚

Peserta berpeluang menghasilkan pasu bunga kreatif menggunakan kertas dan batang aiskrim. Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, malah membantu meningkatkan kreativiti, koordinasi motor halus serta keyakinan diri dalam menghasilkan hasil kraf yang menarik.

Tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya menyiapkan hasil kraf masing-masing. Semoga aktiviti seperti ini dapat terus memupuk minat terhadap seni, kreativiti dan pembelajaran secara interaktif.

🌼 "Kreativiti berkembang, imaginasi mekar."

✨📚 Aktiviti Perpustakaan Desa Kampung Jelutong 📚✨🗓️ Tarikh: 27/7/2026 (Isnin)  💻 Aktiviti Atas Talian: Rumah Ngaji – Ama...
11/10/2026

✨📚 Aktiviti Perpustakaan Desa Kampung Jelutong 📚✨

🗓️ Tarikh: 27/7/2026 (Isnin)
💻 Aktiviti Atas Talian: Rumah Ngaji – Amalan Ketika Azan 🤲

Apabila azan berkumandang, marilah kita merebut peluang mengumpul pahala dengan mengamalkan sunnah Rasulullah ﷺ, antaranya menjawab azan, berselawat, membaca doa selepas azan dan berdoa antara azan dengan iqamat.

✨ Antara kelebihannya:
🕌 Menghidupkan sunnah Rasulullah ﷺ.
🤲 Memohon keampunan daripada Allah SWT.
💖 Mendapat ganjaran pahala berselawat.
🌸 Berpeluang memperoleh syafaat Nabi ﷺ.
🙏 Merebut waktu mustajab untuk berdoa.

Amalan yang ringkas, tetapi besar ganjarannya. Semoga kita sentiasa istiqamah mengamalkan sunnah dan memperbanyakkan doa dalam kehidupan seharian. 🤍

🌿 Sebarkan kebaikan dan selamat beramal!

📚✨ Program Door to Door : Keluargaku Membaca  ✨📚🗓️ Tarikh: 8/10/2026 (Khamis)👨‍👩‍👧‍👦 Penyertaan: 3 Keluarga📍 Lokasi: Sek...
08/10/2026

📚✨ Program Door to Door : Keluargaku Membaca ✨📚

🗓️ Tarikh: 8/10/2026 (Khamis)
👨‍👩‍👧‍👦 Penyertaan: 3 Keluarga
📍 Lokasi: Sekitar Kampung Jelutong

Program Keluargaku Membaca diteruskan melalui kunjungan ke rumah penduduk oleh Pengawas Perpustakaan Desa bagi berkongsi maklumat tentang perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di perpustakaan. 📖🏡

Terima kasih atas sambutan dan kerjasama yang diberikan. Semoga usaha ini terus menyemai minat membaca dalam kalangan keluarga dan komuniti. 💖📚

📚🌿 Aktiviti Atas Talian  🌿📚📅 Tarikh: 6/10/2026 (Selasa)📖 Tajuk: INFO KESIHATAN – Jerawat Belakang Badan Jerawat di bahag...
06/10/2026

📚🌿 Aktiviti Atas Talian 🌿📚

📅 Tarikh: 6/10/2026 (Selasa)
📖 Tajuk: INFO KESIHATAN – Jerawat Belakang Badan

Jerawat di bahagian belakang badan boleh berlaku apabila minyak dan sel kulit mati menyumbat pori. Peluh, pakaian ketat, geseran beg serta penggunaan produk badan atau rambut tertentu juga boleh menyebabkan jerawat menjadi lebih teruk.

✨ Tip Penjagaan:
• Mandi dan tukar pakaian selepas berpeluh.
• Pilih pakaian yang longgar dan selesa.
• Elakkan memicit atau menggosok jerawat dengan kuat.
• Gunakan pencuci badan yang sesuai untuk kulit berjerawat.
• Dapatkan pemeriksaan doktor jika jerawat semakin teruk atau meninggalkan parut.

💚 Jaga kebersihan kulit, cegah jerawat dan sayangi kesihatan diri.

🎭🍎 Aktiviti Perpustakaan Desa Kampung Jelutong 🍓🎭🗓️ Tarikh: 1/10/2026 (Khamis)🎨 Aktiviti: Topeng Muka (Buah-buahan) 🍎🍌🍉👧...
01/10/2026

🎭🍎 Aktiviti Perpustakaan Desa Kampung Jelutong 🍓🎭

🗓️ Tarikh: 1/10/2026 (Khamis)
🎨 Aktiviti: Topeng Muka (Buah-buahan) 🍎🍌🍉
👧👦 Peserta: 2 Orang
📍 Tempat: Perpustakaan Desa Kampung Jelutong 📚

Peserta telah menyertai aktiviti Topeng Muka (Buah-buahan) dengan menghasilkan topeng yang berwarna-warni menggunakan tema pelbagai jenis buah-buahan. Aktiviti ini dapat merangsang kreativiti, meningkatkan kemahiran motor halus serta membantu kanak-kanak mengenali pelbagai jenis buah-buahan melalui pembelajaran yang menyeronokkan.

Tahniah kepada semua peserta yang berjaya menyiapkan topeng muka masing-masing dengan penuh kreativiti dan imaginasi. Semoga aktiviti seperti ini dapat terus memupuk minat terhadap seni, pembelajaran dan gaya hidup sihat.

🍎✨ "Berkreativiti sambil mengenali buah-buahan, belajar jadi lebih menyeronokkan!"

Address

Perpustakaan Desa Kampung Jelutong, Jalan Chepir S*k
S*k
08200

Opening Hours

Monday 09:00 - 06:00
Tuesday 09:00 - 06:00
Wednesday 09:00 - 06:00
Thursday 10:30 - 06:00
Sunday 09:00 - 06:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Desa Kampung Jelutong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perpustakaan Desa Kampung Jelutong:

Shortcuts

Share

Category

Nearby government services


Other Libraries in Sik

Show All