School of Multimedia Technology & Communication UUM Official FB

Call Directions Website

School of Multimedia Technology & Communication UUM Official FB School of Multimedia Technology & Communication (SMMTC), Universiti Utara Malaysia (UUM) was formed t

CERITA UUM ANGKAT KISAH KOMUNITI CHANGLUN MELALUI PENULISAN MEDIACHANGLUN, 25 Oktober 2026 – Kumpulan Penyelidik CERITA,...
25/10/2026

CERITA UUM ANGKAT KISAH KOMUNITI CHANGLUN MELALUI PENULISAN MEDIA

CHANGLUN, 25 Oktober 2026 – Kumpulan Penyelidik CERITA, Universiti Utara Malaysia (UUM), bersama pelajar kursus SCCTK2033 Penulisan Media telah menganjurkan Majlis Penghargaan Bersama Komuniti Changlun bertempat di BME, SMMTC sebagai tanda penghargaan atas kerjasama masyarakat setempat dalam menjayakan program berasaskan komuniti.

Program di bawah bimbingan Dr. Aselawati Che Abd Aziz ini bertujuan menghubungkan pembelajaran akademik dengan pengalaman sebenar masyarakat melalui aktiviti temu bual, pengumpulan maklumat dan penghasilan penulisan media yang mengetengahkan kisah komuniti Changlun.

Lima komuniti terlibat dalam mendokumentasikan kisah masyarakat daripada pelbagai latar belakang, termasuk sektor pertanian, keusahawanan kecil dan individu setempat.
Lima komuniti itu terdiri daripada:
1. Pengusaha pertanian
2. Peniaga kecil dan usahawan tempatan
3. Pengusaha mkanan dan minuman
4. Kisah individu dan komuniti
5. Warisan budaya dan identiti tempatan

Antara individu yang terlibat ialah Omar bin Shaari, pengusaha limau bali, Shaiful Shamri bin Shauri @ Sauddi daripada Sintok Coffee Valley dan Nur Asmida binti Mansor, yang mewakili sektor keusahawanan kecil.

Turut terlibat ialah Uzir bin Abd Majid, Izzwan bin Bakeri, Yamilah binti Sataseng, Fauziah binti Jahrollain, Fatima Abdullah @ Fatima Bamrungsuk, Dr. Mohammad Ikram bin Ahmad Fuzi, Zulzuren, Lee Mee Yook dan Sow Min.

Inisiatif ini bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan kemahiran penulisan media dalam situasi sebenar, malah meningkatkan kepekaan sosial serta kefahaman terhadap pengalaman dan sumbangan masyarakat setempat.

Penganjuran majlis penghargaan ini turut mencerminkan komitmen Kumpulan Penyelidik CERITA dalam memperkukuh hubungan universiti dengan komuniti, sekali gus menjadikan penulisan media sebagai platform untuk mengangkat suara, identiti dan kisah masyarakat Changlun.

Laporan Dari: RG Cerita
Dr Syazwani Mahsal Khan
Pensyarah Kanan
SMMTC, UUM

2NDBASE PRODUCTION UNGGULI PERTANDINGAN FILEM PENDEK ‘SATU MANGKUK, SERIBU CERITA’, RANGKUL TIGA ANUGERAHSINTOK, 12 Okto...
14/10/2026

2NDBASE PRODUCTION UNGGULI PERTANDINGAN FILEM PENDEK ‘SATU MANGKUK, SERIBU CERITA’, RANGKUL TIGA ANUGERAH

SINTOK, 12 Oktober 2026 – Kumpulan 2NDBASE Production dari Universiti Utara Malaysia (UUM) mencipta kejayaan membanggakan apabila dinobatkan sebagai juara Pertandingan Filem Pendek “Satu Mangkuk, Seribu Cerita” menerusi karya bertajuk “Waktu Ada”, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 serta dua anugerah khas, iaitu Best Cinematography dan Most Emotional Video.
Majlis penyampaian hadiah pertandingan tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif First Grade Resources Sdn. Bhd., Mukhlis Zulkifli, yang turut merasmikan majlis berkenaan.

Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UUM, Prof. Dr. Mohd. Azizuddin bin Mohd Sani, bersama barisan penjawat dan pensyarah Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC).
Pertandingan anjuran Jawatankuasa Pembangunan Pelajar dan Alumni SMMTC dengan kerjasama Tok Babah (First Grade Resources Sdn. Bhd.) merupakan antara inisiatif yang memberi peluang kepada mahasiswa mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang komunikasi, multimedia serta penerbitan kandungan kreatif melalui penghasilan filem pendek.
Kemenangan 2NDBASE Production yang memperoleh markah keseluruhan tertinggi sebanyak 94.03 peratus membuktikan kemampuan mahasiswa UUM menghasilkan karya berkualiti yang menggabungkan kekuatan penceritaan, kreativiti visual dan penghayatan emosi.

Kumpulan tersebut dianggotai oleh Nur Afiqah binti Mustafa selaku ketua kumpulan bersama Muhammad Alfian Haikal bin Hafidzi, Aini Sofiya Nazifa binti Arzehar, Muhammad Mir Haqqi bin Mohd Hairul dan Muhammad Aiman Farhani bin Serif.

Sementara itu, tempat kedua dimenangi oleh Stella Production menerusi filem “Menanti”, manakala OSCARS menduduki tempat ketiga melalui karya “Kasih Tanpa Suara”. Tempat keempat dan kelima masing-masing menjadi milik Mystic Falls Productions dan Dream Frame.

Bagi kategori anugerah khas, Dream Frame turut meraih Best Storytelling & Creativity, manakala “Kasih Tanpa Suara” memenangi kategori Most Engagement – YouTube dan “Menanti” bagi kategori Most Engagement – TikTok.
Menurut Dekan SMMTC, Prof. Madya Dr. Mohd Khairie Ahmad, penganjuran pertandingan seumpama ini merupakan pendekatan strategik pusat pengajian dalam memperkukuhkan pembelajaran berasaskan pengalaman serta merapatkan hubungan antara universiti dengan pihak industri.

“Pertandingan ini bukan sekadar medan untuk mahasiswa mempamerkan kreativiti, tetapi turut memberi peluang kepada mereka memahami proses penerbitan sebenar, bermula daripada pembangunan idea, penulisan skrip, penggambaran sehinggalah kepada penyuntingan dan penyampaian mesej kepada khalayak.

“Kerjasama bersama pihak industri seperti Tok Babah amat penting bagi memastikan mahasiswa mendapat pendedahan terhadap standard, jangkaan dan keperluan industri kreatif yang sentiasa berkembang,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada First Grade Resources Sdn. Bhd., khususnya Tok Babah, atas kesediaan menjalinkan kerjasama strategik dengan SMMTC dalam menyediakan ruang kepada mahasiswa untuk menyerlahkan bakat serta potensi mereka.

Katanya, SMMTC akan terus mempergiatkan program pembangunan bakat dan kerjasama industri bagi melahirkan graduan yang bukan sahaja mempunyai pengetahuan akademik, malah berkemahiran, kreatif dan bersedia menghadapi cabaran dunia pekerjaan.

Pertandingan yang menghimpunkan 14 kumpulan penyertaan itu turut menjadi platform bagi menggalakkan penghasilan kandungan kreatif yang mempunyai nilai kemanusiaan, mesej bermakna serta keupayaan menyentuh emosi masyarakat.

Pembaca yang ingin menyaksikan karya “Waktu Ada” terbitan 2NDBASE Production, yang dinobatkan sebagai juara Pertandingan Filem Pendek “Satu Mangkuk, Seribu Cerita”, boleh menonton video tersebut menerusi pautan berikut: https://www.facebook.com/share/v/19VhzzSg5y/

13/10/2026

JUARA BERGANDA, TIGA ANUGERAH DIBAWA PULANG!

Tahniah dan syabas kepada 2NDBASE PRODUCTION atas kejayaan luar biasa menerusi filem pendek “Waktu Ada” dalam Pertandingan Filem Pendek “Satu Mangkuk, Seribu Cerita” anjuran Tok Babah x SMMTC apabila berjaya merangkul TEMPAT PERTAMA dengan membawa pulang wang tunai RM2,000, di samping membolot dua anugerah khas, iaitu Best Cinematography dan Most Emotional Video.

Kejayaan membanggakan ini merupakan hasil kreativiti, komitmen dan semangat kerja berpasukan lima mahasiswa hebat:

Nur Afiqah binti Mustafa (Ketua)

Muhammad Alfian Haikal bin Hafidzi

Aini Sofiya Nazifa binti Arzehar

Muhammad Mir Haqqi bin Mohd Hairul

Muhammad Aiman Farhani bin Serif

🎓✨ Selamat Menyambut Hari Akademia 2026 ✨🎓"Sinergi ilmu, teknologi dan inovasi dalam akademia"📅 5 Oktober 2026Ikhlas dar...
05/10/2026

🎓✨ Selamat Menyambut Hari Akademia 2026 ✨🎓

"Sinergi ilmu, teknologi dan inovasi dalam akademia"

📅 5 Oktober 2026

Ikhlas daripada Dekan dan Seluruh Warga Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC), Universiti Utara Malaysia.

🎉 TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG! 🎉Pertandingan Inovasi Pendidikan Peringkat Kebangsaan (PIP) 2026✨ EduPulse 2026: The Rh...
05/10/2026

🎉 TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG! 🎉

Pertandingan Inovasi Pendidikan Peringkat Kebangsaan (PIP) 2026
✨ EduPulse 2026: The Rhythm of Human-Centred Intelligence ✨

Syabas dan tahniah kepada semua pemenang yang telah mempamerkan inovasi pendidikan yang kreatif dan berimpak tinggi!

🥇 PINGAT EMAS – KATEGORI A
(Pensyarah IPT/IPTS, IPG, Kolej Komuniti dan Guru Sekolah; Agensi, Industri)
1️⃣ Hajj Quest: Gamifying Pillars of Hajj Learning Through Roblox – Pn. Nur Fadziana Binti Faisal Mohamed
2️⃣ DG-WIRA: Digital Interactive Education on Malaysian Warriors Among Primary School Students – En. Jasni Bin Ahmad
3️⃣ GAPEA: Animate Quest – Dr. Norhana Yusof
4️⃣ AoRSeta Quest: Aplikasi Edu-Pelancongan Berasaskan Gamifikasi dan AR untuk Pembelajaran Sejarah Interaktif – En. Abd Hadi Bin Abd Razak

🥉 PINGAT GANGSA – KATEGORI A
1️⃣ The Doorway of Hope: Cultivating Empathy and Anti-Bullying Awareness Through Interactive Storytelling – Dr. Nurulhuda Ibrahim
2️⃣ Visualise, Create, and Innovate: Designing Human-Centred Experiences Through Technology – Dr. Aselawati Che Ab Adziz

🥇 PINGAT EMAS – KATEGORI B
(Pelajar IPT, IPG, Politeknik, Kolej Komuniti)
1️⃣ MLE4ACA-Qougong – Cui Jia

Semoga kejayaan ini terus memberi inspirasi kepada warga pendidik dan pelajar untuk terus berinovasi demi memperkasakan pendidikan negara. 🇲🇾

Ikhlas daripada,
Dekan dan Seluruh Warga
Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC)
Universiti Utara Malaysia

*✨KESEJAHTERAAN DIRI ANDA WAJAR DIBERI PERHATIAN✨*Kami, *Kaunselor Pelatih di SMMTC* sedang membuka slot sesi kaunseling...
30/09/2026

*✨KESEJAHTERAAN DIRI ANDA WAJAR DIBERI PERHATIAN✨*

Kami, *Kaunselor Pelatih di SMMTC* sedang membuka slot sesi kaunseling.🌸

Kalau ada apa-apa yang nak dikongsikan, nak kenal diri dengan lebih baik, nak bincang tentang study, relationship, future, atau sekadar perlukan ruang untuk bercakap boleh je.

Tak perlu tunggu ada masalah besar untuk datang. 🌱

Anda berminat? Jom terus scan QR pada poster atau klik link di bawah:
📱Raudah: https://wa.me/60143141684?text=Nak%20jumpa%20kaunselor
📱Aina : https://forms.gle/f6DcFM5Qj34rwKmS7

Melaka - Prof. Madya Ts. Dr. Nadia Diyana binti Mohd Muhaiyuddin dari Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikas...
22/09/2026

Melaka - Prof. Madya Ts. Dr. Nadia Diyana binti Mohd Muhaiyuddin dari Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC), Universiti Utara Malaysia (UUM), merupakan salah seorang penyelidik dalam projek “An Industry–Community Model for Sustainable Islamic Astrotourism as a Cultural Heritage Product within Malaysia’s Muslim-Friendly Tourism Sector” di bawah Islamic Tourism Research Grant (ITRG) 2026 dengan sokongan Islamic Tourism Centre (ITC), Kementerian Pelancongan, Seni, dan Budaya Malaysia (MOTAC). Penglibatan beliau bersama pasukan penyelidik pelbagai disiplin UUM membawa perspektif multimedia dalam meneliti potensi Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, sebagai destinasi yang menggabungkan ilmu, teknologi, pendidikan dan warisan Islam. Kompleks yang merangkumi Balai Cerap, Planetarium dan Pusat Latihan, selain ruang pameran, kemudahan tayangan dan pembelajaran serta penginapan, menawarkan pengalaman daripada pengenalan ilmu, interpretasi, tayangan, latihan hingga pencerapan siang dan malam. Kajian lapangan bersama Pegawai Sains (Kontrak), Bahagian Falak Syarie, Jabatan Mufti Negeri Melaka, Nor Nazmi Razali, turut memberi peluang kepada pasukan UUM memahami pengurusan, program dan kemudahan kompleks serta potensi pembangunan kandungan sejarah dan warisan, interpretasi digital dan produk astropelancongan Islam. Kajian ini menghimpunkan kepakaran sejarah dan tamadun, pelancongan serta teknologi bagi menilai Kompleks Falak Al-Khawarizmi bukan sahaja sebagai lokasi astronomi, tetapi sebagai ruang pendidikan, warisan dan pengalaman pelancongan yang berpotensi menghidupkan ilmu falak sebagai warisan tamadun Islam.

Address

School Of Multimedia Technology And Communication, Universiti Utara Malaysia, UUM Sintok.
Sintok
06010

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 15:30
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6049285801

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when School of Multimedia Technology & Communication UUM Official FB posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby government services