JKR Daerah Larut Matang dan Selama

Directions

JKR Daerah Larut Matang dan Selama Page rasmi JKR Daerah Larut Matang dan Selama

🪔✨ SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI 2026 ✨🪔Jurutera Daerah dan seluruh warga kerja JKR Daerah Larut, Matang dan Selama m...
08/11/2026

🪔✨ SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI 2026 ✨🪔

Jurutera Daerah dan seluruh warga kerja JKR Daerah Larut, Matang dan Selama merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua penganut agama Hindu yang meraikannya.

Semoga sambutan Deepavali kali ini mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan, menyemai semangat muhibah serta memperkukuh perpaduan dalam masyarakat yang berbilang kaum.

Nikmatilah detik istimewa ini bersama keluarga dan insan tersayang dengan penuh keceriaan.

Ikhlas daripada:
Jurutera Daerah dan Seluruh Warga Kerja
Jabatan Kerja Raya Daerah Larut, Matang dan Selama

🪔 HAPPY DEEPAVALI 2026! 🪔





DAULAT TUANKUWarga Jabatan Kerja Raya Daerah Larut, Matang dan Selama merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Duli...
06/11/2026

DAULAT TUANKU

Warga Jabatan Kerja Raya Daerah Larut, Matang dan Selama merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda bagi Tahun 2026.

Semoga Allah SWT melanjutkan usia dan memayungi pemerintahan Tuanku.

Dirgahayu Tuanku.

LAWATAN KERJA JURUTERA DAERAH JKR LM&S KE DAERAH KECIL SELAMA4 November 2026 : Telah diadakan lawatan kerja oleh Juruter...
04/11/2026

LAWATAN KERJA JURUTERA DAERAH JKR LM&S KE DAERAH KECIL SELAMA

4 November 2026 : Telah diadakan lawatan kerja oleh Jurutera Daerah JKR LM&S ke Daerah Kecil Selama bagi meninjau keadaan semasa, mengenal pasti isu-isu berbangkit serta membincangkan langkah penyelesaian berkaitan skop kerja JKR.

Lawatan ini juga bertujuan memastikan setiap isu yang dikenal pasti dapat diberi perhatian dan tindakan sewajarnya, di samping memperkukuh penyampaian perkhidmatan JKR yang lebih cekap, berkualiti dan berkesan kepada masyarakat.

PROGRAM TEAM BUILDING JKR LMS 2026 ERATKAN SEMANGAT KERJASAMA WARGA KERJAIPOH, 31 Oktober 2026 - Jabatan Kerja Raya Daer...
04/11/2026

PROGRAM TEAM BUILDING JKR LMS 2026 ERATKAN SEMANGAT KERJASAMA WARGA KERJA

IPOH, 31 Oktober 2026 - Jabatan Kerja Raya Daerah Larut, Matang dan Selama (JKR LMS) telah menganjurkan Program Team Building JKR LMS 2026 bertempat di Sunway Lost World of Tambun, Ipoh.

Program yang bertemakan "Memperkukuh Semangat Kerjasama, Komunikasi dan Kekitaan" ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan silaturahim, meningkatkan komunikasi berkesan serta memupuk semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga JKR LMS.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan termasuk Super Adventure Race yang menguji ketahanan fizikal dan mental serta Theme Park Experience yang memberi peluang kepada warga untuk menyelesaikan tugas yang diberikan secara berpasukan.

Program ini selaras dengan moto jabatan di mana semangat pasukan yang utuh adalah kunci kepada penyampaian perkhidmatan yang cemerlang kepada rakyat.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan bagi membentuk pasukan yang lebih dinamik dan berdaya saing.

Bersama Melakar Kenangan, Mencipta Pasukan Cemerlang!





Taiping, 30 Oktober 2026. Satu Pertandingan Pingpong Silaturahim diantara JKR LMS dan JPS Daerah Larut Matang dan Selama...
02/11/2026

Taiping, 30 Oktober 2026. Satu Pertandingan Pingpong Silaturahim diantara JKR LMS dan JPS Daerah Larut Matang dan Selama telah diadakan.

Perlawanan turut diserikan lagi dengan kehadiran Tuan JD JPS LMS dan Tuan JD JKR LMS.

Semoga aktiviti seperti ini dapat mengeratkan lagi ukhwah dan hubungan kerjasama diantara agensi kerajaan.

Jabatan Kerja Raya Negeri Perak
JPS Daerah Larut Matang dan Selama

📢 NOTIS PEMAKLUMAN PENYENGGARAAN JALAN PERSEKUTUANDimaklumkan bahawa kerja-kerja mengecat semula garisan jalan yang puda...
30/10/2026

📢 NOTIS PEMAKLUMAN PENYENGGARAAN JALAN PERSEKUTUAN

Dimaklumkan bahawa kerja-kerja mengecat semula garisan jalan yang pudar akan dilaksanakan di laluan FT060, Seksyen 73.00 hingga 85.00, Daerah Larut, Matang dan Selama, Perak.

Sehubungan itu, semua pengguna jalan raya dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati, mematuhi papan tanda keselamatan serta arahan petugas di lokasi kerja. Pengguna jalan raya juga disarankan agar merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Kerjasama dan perhatian semua pengguna jalan raya amatlah dihargai bagi memastikan kelancaran pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan ini serta keselamatan semua pihak.

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Sekian, terima kasih.

Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Jabatan Kerja Raya Negeri Perak







LAWATAN TAPAK BERHUBUNG ADUAN AKTIVITI PEMBALAKAN DI HULU TAPAK PROJEK SOLAR LADANG MALAKOFF30 Oktober 2026 (Jumaat)Satu...
30/10/2026

LAWATAN TAPAK BERHUBUNG ADUAN AKTIVITI PEMBALAKAN DI HULU TAPAK PROJEK SOLAR LADANG MALAKOFF
30 Oktober 2026 (Jumaat)

Satu lawatan tapak telah diadakan bagi meninjau keadaan semasa di kawasan yang terlibat susulan aduan berhubung aktiviti pembalakan di hulu tapak Projek Solar Ladang Malakoff.

Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai situasi sebenar di lapangan, di samping meneliti isu-isu yang dibangkitkan serta mengenal pasti tindakan yang bersesuaian.

Lawatan turut melibatkan kerjasama beberapa pihak berkepentingan bagi membolehkan perkara ini diteliti secara menyeluruh, khususnya dari aspek keselamatan, kepentingan masyarakat setempat dan pemeliharaan alam sekitar.

Diharapkan hasil lawatan dan kerjasama semua pihak dapat membantu mengenal pasti langkah penyelesaian yang terbaik demi kesejahteraan masyarakat serta kepentingan bersama.

📢 PEMAKLUMAN KERJA-KERJA BERKALA PAVEMENDimaklumkan bahawa pihak JKR akan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan jalan...
29/10/2026

📢 PEMAKLUMAN KERJA-KERJA BERKALA PAVEMEN

Dimaklumkan bahawa pihak JKR akan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan jalan bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya.

📅 𝗧arikh Mula : 29 Oktober 2026
📍Lokasi : FT074 Jalan Taiping-Kuala Sepetang, Seksyen 15.20-15.80 (Localise)

Sehubungan dengan itu, semua pengguna jalan raya dinasihatkan supaya 𝘀𝗲𝗻𝘁𝗶𝗮𝘀𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗵𝗮𝘁𝗶-𝗵𝗮𝘁𝗶 𝗸𝗲𝘁𝗶𝗸𝗮 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂𝗶 𝗸𝗮𝘄𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮, 𝗺𝗲𝗺𝗮𝘁𝘂𝗵𝗶 𝗽𝗮𝗽𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗮𝗺𝗮𝗿𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮 𝗮𝗿𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗸𝗮𝘄𝗮𝗹𝗮𝗻 𝘁𝗿𝗮𝗳𝗶𝗸 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗱𝗶𝗮𝗸𝗮𝗻 bagi memastikan keselamatan semua pihak.

Pihak JKR Daerah Larut Matang Dan Selama memohon maaf atas segala kesulitan dan amat menghargai kerjasama serta kesabaran semua pengguna jalan raya.

Sekian, terima kasih.

Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Jabatan Kerja Raya Negeri Perak







📢 NOTIS PEMAKLUMAN PENYENGGARAAN JALAN PERSEKUTUANDimaklumkan bahawa Pihak JKR akan melaksanakan kerja pembaikan jalan a...
29/10/2026

📢 NOTIS PEMAKLUMAN PENYENGGARAAN JALAN PERSEKUTUAN

Dimaklumkan bahawa Pihak JKR akan melaksanakan kerja pembaikan jalan arah tuju ke jambatan bailey, gabion wall, perabot jalan dan lain-lain kerja berkaitan pada Jambatan Sg Ijok di laluan FT147, Seksyen 22.70 Daerah Larut, Matang dan Selama, Perak.

📅 Tarikh: 29 Oktober hingga 23 November 2026
🕗 Masa: 8.00 pagi hingga 6.00 petang

Sehubungan itu, semua pengguna jalan raya dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati, mematuhi papan tanda keselamatan serta arahan petugas di lokasi kerja. Pengguna jalan raya juga disarankan agar merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Kerjasama dan perhatian semua pengguna jalan raya amatlah dihargai bagi memastikan kelancaran pelaksanaan kerja-kerja penyenggaraan ini serta keselamatan semua pihak.

Segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali.

Sekian, terima kasih.

Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Jabatan Kerja Raya Negeri Perak







Address

Jabatan Kerja Raya Daerah Larut Matang Dan Selama
Taiping
34000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JKR Daerah Larut Matang dan Selama posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby government services