03/11/2026
اللَّهُمَّ يَسِّرْ وَلَا تُعَسِّرْ، وَتَمِّمْ بِالْخَيْرِ
Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami pada hari esok. Lancarkanlah perjalanan pertandingan ini, berikanlah ketenangan, kekuatan dan keyakinan kepada seluruh warga Balai Polis Gual Ipoh.
Ya Allah, berkatilah segala usaha, pengorbanan dan kerjasama yang telah dicurahkan. Kurniakanlah kami kejayaan yang terbaik dan jadikanlah segala usaha ini sebagai satu kebanggaan buat seluruh warga balai.
Semoga segala urusan berjalan lancar, dipermudahkan segala penilaian dan dikurniakan rezeki untuk memperoleh kemenangan.
آمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ 🤍
Semoga Balai Polis Gual Ipoh dipermudahkan segala urusan dan beroleh kejayaan esok. Aamiin! ❤
Bagi Zon Timur, Kontinjen Kelantan telah berjaya muncul sebagai Johan bagi Kategori ‘C’.
Kini, marilah kita bersama-sama mendoakan agar Balai Polis Gual Ipoh, di bawah naungan YDH Supt. Mohd Haki bin Hasbullah, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, IPD Tanah Merah, terus diberikan kejayaan dan kecemerlangan dalam mengharumkan nama Kontinjen Kelantan di peringkat pusat.
Semoga segala usaha, komitmen dan kerja keras seluruh warga Balai Polis Gual Ipoh dan IPD Tanah Merah membuahkan hasil yang membanggakan serta berjaya membawa pulang gelaran JUARA!
🤲 Sama-sama kita berikan sokongan dan doa agar kejayaan ini menjadi milik Balai Polis Gual Ipoh, IPD Tanah Merah Kontinjen Kelantan.
KELANTAN BOLEH! KELANTAN JUARA! 🏆💪
📌 SEMPENA ANUGERAH PENGURUSAN PERUMAHAN TERBAIK PDRM (APPTPDRM) PERINGKAT PUSAT (AKHIR) 2026.