Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands

Website

Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands, Government Organization, Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands, Tanah Rata.

LAWATAN KERJA BENCHMARKING KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN KE TAMAN EKO-RIMBA MOSSY FORESTCameron Highlan...
06/11/2026

LAWATAN KERJA BENCHMARKING KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN KE TAMAN EKO-RIMBA MOSSY FOREST

Cameron Highlands|6 November 2026โ€“ Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Pelaburan (BDI), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah mengadakan lawatan kerja benchmarking ke Taman Eko-Rimba (TER) Mossy Forest, Cameron Highlands, Pahang.

Lawatan yang melibatkan seramai 30 orang peserta ini turut disertai oleh YBrs. En. Khalid bin Ibrahim, SUB Gred M14, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan pendedahan serta perkongsian berkaitan pengurusan dan potensi pembangunan kawasan ekopelancongan hutan.

Semoga lawatan ini dapat menjadi platform perkongsian ilmu dan pengalaman dalam usaha memperkukuh pengurusan serta pembangunan sektor ekopelancongan hutan secara mampan.




AKTIVITI REKREASI PERLU DIHENTIKAN SEMENTARA SEPANJANG MUSIM MONSUN TIMUR LAUT (MTL)Dimaklumkan bahawa aktiviti rekreasi...
06/11/2026

AKTIVITI REKREASI PERLU DIHENTIKAN SEMENTARA SEPANJANG MUSIM MONSUN TIMUR LAUT (MTL)

Dimaklumkan bahawa aktiviti rekreasi di kawasan ekopelancongan dan laluan pendakian yang terlibat di Daerah Cameron Highlands perlu dihentikan sementara sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL).

Langkah ini diambil sebagai langkah keselamatan dan pencegahan berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu serta risiko yang boleh mengancam keselamatan pengunjung dan pendaki, antaranya:

๐ŸŒง๏ธ Risiko Cuaca Buruk โ€“ Hujan lebat, angin kencang dan kabus tebal.

โ›ฐ๏ธ Risiko Tanah Runtuh dan Pokok Tumbang โ€“ Keadaan cerun dan laluan yang tidak stabil boleh membahayakan pengunjung.

๐ŸŒฟ Melindungi Trek dan Ekosistem โ€“ Mengelakkan kerosakan laluan, hakisan tanah serta gangguan terhadap habitat flora dan fauna.

Sehubungan itu, semua pengunjung dan pendaki diminta untuk mematuhi arahan penutupan sementara yang dikeluarkan serta tidak memasuki kawasan rekreasi yang ditutup sehingga dimaklumkan dibuka semula.

Kerjasama semua pihak amatlah dihargai demi memastikan keselamatan pengunjung sentiasa terpelihara serta kelestarian hutan terus terjamin.






SEMINAR GERAN PENYELIDIKAN DAN PENDIDIKAN PERHUTANAN TAMAN NEGERI ROMPIN DAN TAMAN NEGERI LUBUK YU, PAHANG TAHUN 2026Gra...
06/11/2026

SEMINAR GERAN PENYELIDIKAN DAN PENDIDIKAN PERHUTANAN TAMAN NEGERI ROMPIN DAN TAMAN NEGERI LUBUK YU, PAHANG TAHUN 2026

Grand Darul Makmur Hotel, Kuantan|06 November 2026 - Seminar Geran Penyelidikan dan Pendidikan Perhutanan Taman Negeri Rompin dan Taman Negeri Lubuk Yu, Pahang Tahun 2026 telah melabuhkan tirainya menerusi majlis penutupan yang berlangsung pada 05 November 2026.

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh YB Tuan Ahmad Sazilee bin Abdul Khairi, YB. Penasihat Undang-Undang Negeri, serta diiringi oleh YH. Dato' Roslan bin Rani, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar dan Perancangan), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.

Majlis turut menyaksikan gimik perasmian dan pelancaran buku hasil penulisan Profesor Dr. Rusea Go, iaitu In Cameron Highlands Enchanted Forests โ€“ The Awes of Alluring Wild Orchids, hasil penulisan Profesor Dr. Rusea Go, yang mengetengahkan keunikan dan kepelbagaian spesies orkid liar di Cameron Highlands.

Penerbitan buku ini merupakan salah satu usaha dalam mendokumentasikan keunikan biodiversiti dan khazanah hutan Cameron Highlands.

Penganjuran seminar ini menjadi platform perkongsian ilmu, hasil penyelidikan dan pengalaman dalam memperkukuh usaha penyelidikan, pendidikan, pemeliharaan serta pemuliharaan sumber hutan secara mampan.

Semoga segala hasil penyelidikan dan perkongsian ilmu sepanjang seminar ini dapat dimanfaatkan dalam memperkukuh pengurusan hutan serta memastikan kelestarian khazanah alam semula jadi negeri Pahang untuk generasi akan datang.






05/11/2026
05/11/2026

๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—ง๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ง๐—œ๐— ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—›๐—จ๐—ง๐—”๐—ก๐—”๐—ก (๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐——๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ž๐—ก๐—œ๐—ž๐—”๐—Ÿ) ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ฅ๐—จ

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada YBrs. En. Muhamad bin Abdullah di atas pelantikan sebagai ๐—ง๐—ถ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐˜๐˜‚๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ต๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป (๐—ข๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฒ๐—ธ๐—ป๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—น), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia yang baharu berkuat kuasa mulai 5 November 2026.

Sumber: Unit Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam

"๐—›๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ฅ๐—œ, ๐—ฅ๐—”๐—ž๐—ฌ๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—˜๐—๐—”๐—›๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”"






TransformasiPerhutanan
NetZeroCarbon2050
SDG2030
taatsetia
fyp

KERJA-KERJA PENUTUPAN SEMENTARA LALUAN PENDAKIAN BERIKUTAN MUSIM MONSUN TIMUR LAUT (MTL) DI DAERAH CAMERON HIGHLANDSCame...
03/11/2026

KERJA-KERJA PENUTUPAN SEMENTARA LALUAN PENDAKIAN BERIKUTAN MUSIM MONSUN TIMUR LAUT (MTL) DI DAERAH CAMERON HIGHLANDS

Cameron Highlands|03 November 2026 - Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands telah melaksanakan kerja-kerja mengunci pintu masuk laluan pendakian, memasang pita larangan masuk serta notis penutupan di kesemua laluan pendakian dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) sekitar Daerah Cameron Highlands pada 02 November 2026.

Pelaksanaan kerja-kerja ini bertujuan untuk memastikan keselamatan pendaki dan pengunjung serta mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini susulan keadaan cuaca yang tidak menentu sepanjang Monsun Timur Laut (MTL)

Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan penutupan yang telah ditetapkan serta tidak memasuki laluan pendakian yang ditutup demi keselamatan bersama.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR DELEGASI KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM (NRES) KE TAMAN EKO-RIMBA (TER) MOSSY FORES...
03/11/2026

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DELEGASI KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM (NRES) KE TAMAN EKO-RIMBA (TER) MOSSY FOREST, CAMERON HIGHLANDS

Cameron Highlands|03 November 2026 - Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands telah menerima kunjungan delegasi Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) yang diketuai oleh Pn. Pathma Selvaraju, Pegawai Perhubungan Awam Kanan pada 31 Oktober 2026 bertempat di TER Mossy Forest.

Lawatan ini diadakan bertujuan memberikan pendedahan kepada para peserta mengenai keunikan ekosistem hutan berlumut, kepelbagaian biodiversiti serta kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan sumber asli dan alam sekitar.

Diharapkan lawatan ini dapat meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai kepentingan kelestarian alam sekitar serta memperkukuh kerjasama antara agensi kerajaan dalam usaha memelihara khazanah alam semula jadi negara.



31/10/2026
31/10/2026

Address

Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands
Tanah Rata
39000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share