JAKOA Cameron Highlands

Call Directions Contact the organization

JAKOA Cameron Highlands Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from JAKOA Cameron Highlands, Government Organization, Tanah Rata.

𝗛𝗘𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗠𝗢𝗛𝗢𝗡𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗠𝗨𝗦𝗜𝗠 𝗧𝗘𝗡𝗚𝗞𝗨𝗝𝗨𝗛 (𝗕𝗠𝗧) 𝟮𝟬𝟮𝟲Dimaklumkan bahawa Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2026 te...
07/10/2026

𝗛𝗘𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗠𝗢𝗛𝗢𝗡𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗠𝗨𝗦𝗜𝗠 𝗧𝗘𝗡𝗚𝗞𝗨𝗝𝗨𝗛 (𝗕𝗠𝗧) 𝟮𝟬𝟮𝟲

Dimaklumkan bahawa Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2026 telah dilanjutkan sehingga 31 Oktober 2026.

📌 Dokumen yang perlu dilampirkan:

1. ✅ Borang BMT yang telah lengkap diisi
2. ✅ Salinan Kad Pengenalan (IC)
3. ✅ Salinan penyata akaun bank
4. ✅ Salinan Kad PAT-G yang masih aktif

📆 Tarikh tutup permohonan: 31 Oktober 2026

Mohon kerjasama semua pihak untuk sebarkan hebahan ini kepada mereka yang berkenaan agar tidak terlepas peluang untuk membuat permohonan.

Terima kasih atas kerjasama dan perhatian semua. 🤝

22/09/2026
22/09/2026

ℹ️ 𝐈𝐍𝐅𝐎@𝐊𝐊𝐃𝐖: 𝐀𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀 𝐀𝐒𝐋𝐈 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐚𝐤𝐬𝐞𝐬 𝐤𝐞𝐦𝐚𝐡𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐥𝐮𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐛𝐞𝐥𝐢𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐥𝐢𝐚𝐰𝐚𝐧𝐢𝐬 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐬𝐥𝐢

Tahun ini, ASPIRA ASLI berjaya menghimpunkan 400 peserta yang mempelajari pelbagai kemahiran seperti 𝑇𝑖𝑘𝑇𝑜𝑘 𝐴𝑓𝑓𝑖𝑙𝑖𝑎𝑡𝑒, Asas AI, Asas Solekan Wajah Wanita, Asas Gunting Rambut Lelaki, Aktiviti Seni Tangan, Kemahiran Pembuatan Minyak Urut Moden dan Kemahiran Pembuatan Lipstick.





𝗣𝗘𝗡𝗗𝗔𝗙𝗧𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡: 𝗞𝗘𝗝𝗢𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗙𝗨𝗧𝗦𝗔𝗟 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗦𝗟𝗜 𝗧𝗘𝗥𝗧𝗨𝗧𝗨𝗣 𝗣𝗔𝗛𝗔𝗡𝗚 𝟮𝟬𝟮𝟲Pendaftaran kini dibuka untuk Kejohanan Futsal Oran...
15/09/2026

𝗣𝗘𝗡𝗗𝗔𝗙𝗧𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡: 𝗞𝗘𝗝𝗢𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗙𝗨𝗧𝗦𝗔𝗟 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗦𝗟𝗜 𝗧𝗘𝗥𝗧𝗨𝗧𝗨𝗣 𝗣𝗔𝗛𝗔𝗡𝗚 𝟮𝟬𝟮𝟲

Pendaftaran kini dibuka untuk Kejohanan Futsal Orang Asli Tertutup Pahang 2026 yang dianjurkan oleh Kelab 4x4 Orang Asli Pahang!

Ringkasan Peraturan & Maklumat Pendaftaran:
* Yuran Penyertaan: RM300 / pasukan (Pembayaran secara online transfer atau bank-in sahaja; tunai tidak diterima). Bukti pembayaran perlu dihantar kepada urusetia.

Tarikh Penting:
* Tarikh Tutup Penyertaan: 19 September 2026
* Undian Kumpulan: 26 September 2026 (tertakluk kepada perubahan)

Syarat Borang Penyertaan:
* Hantar borang lengkap bersama salinan IC pemain kepada urusetia sebelum kejohanan bermula.
* Pemain di bawah umur 17 tahun wajib mengisi borang kebenaran ibu bapa / penjaga.

📲 Cara Mendaftar: Scan kod QR pada poster untuk pendaftaran pasukan anda!

𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗞𝗨𝗟 𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗠𝗣𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗦𝗟𝗜 𝗦𝗨𝗡𝗚𝗔𝗜 𝗨𝗕𝗜, 𝗖𝗔𝗠𝗘𝗥𝗢𝗡 𝗛𝗜𝗚𝗛𝗟𝗔𝗡𝗗𝗦 𝗔𝗞𝗜𝗕𝗔𝗧 𝗠𝗨𝗦𝗜𝗕𝗔𝗛 𝗧𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗥𝗨𝗡𝗧𝗨𝗛Hari ini, 1...
10/09/2026

𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗞𝗨𝗟 𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗠𝗣𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗦𝗟𝗜 𝗦𝗨𝗡𝗚𝗔𝗜 𝗨𝗕𝗜, 𝗖𝗔𝗠𝗘𝗥𝗢𝗡 𝗛𝗜𝗚𝗛𝗟𝗔𝗡𝗗𝗦 𝗔𝗞𝗜𝗕𝗔𝗧 𝗠𝗨𝗦𝗜𝗕𝗔𝗛 𝗧𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗥𝗨𝗡𝗧𝗨𝗛

Hari ini, 10 September 2026, pasukan JAKOA Negeri Pahang telah menyempurnakan pengagihan 110 bakul makanan kepada keluarga yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh di Kampung Orang Asli Sungai Ubi, Cameron Highlands. Sumbangan ini diharapkan dapat meringankan beban serta memenuhi keperluan asas penduduk terkesan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua petugas, sukarelawan, serta kepimpinan tempatan atas komitmen dan kerjasama padu dalam menjayakan misi bantuan ini.






𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗝𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗦𝗔𝗞𝗜𝗧Hari ini telah berlangsung sesi penyerahan barangan keperluan kebajikan kepada Yan...
09/09/2026

𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗝𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗦𝗔𝗞𝗜𝗧

Hari ini telah berlangsung sesi penyerahan barangan keperluan kebajikan kepada Yang Beradat Batin Rizad Bin Biyah dari KOA Cheros, Pos Telanok, Cameron Highlands.
Barangan kebajikan yang diserahkan meliputi:
🧑‍🦽 Kerusi roda
📦 Pampers pakai buang
🥛 Susu Ensure
🦯 Tongkat

Semoga bantuan barangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan memudahkan urusan harian beliau serta keluarga. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penyampaian sumbangan ini. 🌸




🏆 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜-𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜 𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 & 𝗦𝗬𝗔𝗕𝗔𝗦!  🌿Tahniah buat seluruh warga SJK(T) Ladang Boh 2 — barisan pentadbir, guru-guru, AKP...
09/09/2026

🏆 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜-𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜 𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 & 𝗦𝗬𝗔𝗕𝗔𝗦! 🌿

Tahniah buat seluruh warga SJK(T) Ladang Boh 2 — barisan pentadbir, guru-guru, AKP, pekerja sekolah, murid-murid serta seluruh warga sekolah yang telah menyumbang tenaga, masa dan usaha tanpa jemu.

Kejayaan meraih Tempat Kedua Penganugerahan Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Kategori Sekolah Rendah Peringkat Negeri Pahang 2026 ini adalah bukti nyata hasil komitmen, kerjasama padu dan semangat kebersamaan kita semua.

Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk kita terus mengekalkan budaya kelestarian dan menghijaukan sekolah tercinta.




Sorotan suasana sekitar Program Kelas Komuniti Orang Asli (PKKOA): Kursus Masakan dan Asas Solekan & Dandanan Diri yang ...
09/09/2026

Sorotan suasana sekitar Program Kelas Komuniti Orang Asli (PKKOA): Kursus Masakan dan Asas Solekan & Dandanan Diri yang telah berlangsung dengan jayanya pada 7 September 2026 bertempat di Dewan Kampung Sungai Ruil dan GIATMARA Cameron Highlands! Program anjuran Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Pahang dengan kerjasama KEMAS Negeri Perak serta GIATMARA Cameron Highlands ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah JAKOA Negeri Pahang, En. Ahmad Marzuki bin Salleh, dan berjaya melatih seramai 30 orang beliawanis Orang Asli menerusi pendedahan teori serta latihan praktikal. Inisiatif ini bukti komitmen berterusan JAKOA dalam memacu pemerkasaan sosioekonomi masyarakat Orang Asli menerusi pendekatan TVET—melahirkan generasi belia yang holistik, berilmu, berdaya saing, serta mampu mencipta peluang pendapatan demi kesejahteraan masa depan.

✨ 𝗣𝗘𝗟𝗨𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗘𝗠𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗕𝗘𝗟𝗜𝗔𝗪𝗔𝗡𝗜𝗦 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗦𝗟𝗜 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗖𝗔𝗠𝗘𝗥𝗢𝗡 𝗛𝗜𝗚𝗛𝗟𝗔𝗡𝗗𝗦! ✨Panggilan khas buat beliawanis Orang Asli beru...
28/08/2026

✨ 𝗣𝗘𝗟𝗨𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗘𝗠𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗕𝗘𝗟𝗜𝗔𝗪𝗔𝗡𝗜𝗦 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗦𝗟𝗜 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗖𝗔𝗠𝗘𝗥𝗢𝗡 𝗛𝗜𝗚𝗛𝗟𝗔𝗡𝗗𝗦! ✨

Panggilan khas buat beliawanis Orang Asli berumur 18 hingga 30 tahun! Jom tingkatkan kemahiran dan jana pendapatan melalui Program Kelas Komuniti Orang Asli (PKKOA) Tahun 2026.
Penyertaan adalah PERCUMA! 🥳🎉

🎨 KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN:
🍪 1. Kursus Biskut
💄 2. Kursus Solekan & Dandanan Diri

𝑴𝑨𝑲𝑳𝑼𝑴𝑨𝑻 𝑷𝑹𝑶𝑮𝑹𝑨𝑴:
* 🗓️ 𝑻𝒂𝒓𝒊𝒌𝒉: 07 𝑺𝒆𝒑𝒕𝒆𝒎𝒃𝒆𝒓 2026 (𝑰𝒔𝒏𝒊𝒏)
* ⏰ 𝑾𝒂𝒌𝒕𝒖: 8.00 𝒑𝒂𝒈𝒊 – 5.00 𝒑𝒆𝒕𝒂𝒏𝒈
* 📍 𝑻𝒆𝒎𝒑𝒂𝒕: 𝑫𝒆𝒘𝒂𝒏 𝑲𝑶𝑨 𝑺𝒖𝒏𝒈𝒂𝒊 𝑹𝒖𝒊𝒍 & 𝑮𝑰𝑨𝑻𝑴𝑨𝑹𝑨 𝑫𝒂𝒆𝒓𝒂𝒉 𝑪𝒂𝒎𝒆𝒓𝒐𝒏 𝑯𝒊𝒈𝒉𝒍𝒂𝒏𝒅𝒔

📲 JOM DAFTAR SEKARANG!
Jangan lepaskan peluang ini. Tempat adalah terhad!
Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, sila hubungi:
📞 Roslina: 019-3022535
Anjuran: JAKOA Negeri Pahang dengan kerjasama GIATMARA dan KEMAS.

Program Kenduri Rakyat Sempena Sambutan Hari Orang Asli 2026 yang berlangsung di Padang Awam, Kampung Orang Asli Sungai ...
19/08/2026

Program Kenduri Rakyat Sempena Sambutan Hari Orang Asli 2026 yang berlangsung di Padang Awam, Kampung Orang Asli Sungai Mok, Rompin, Pahang telah disempurnakan dengan penuh meriah oleh Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. Majlis ini turut dihadiri oleh pemimpin utama negara dan negeri, termasuk Timbalan Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Besar Pahang, kepimpinan KKDW, JAKOA, serta tokoh masyarakat tempatan. Sambutan ini disemarakkan dengan pelbagai pengisian budaya seperti persembahan artis Noraniza Idris, pameran enam suku kaum Orang Asli, demonstrasi kraf tangan, serta aktiviti tradisional yang berjaya mengetengahkan keunikan warisan dan identiti masyarakat Orang Asli kepada orang ramai.

Address

Tanah Rata

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6054911433

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JAKOA Cameron Highlands posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JAKOA Cameron Highlands:

Shortcuts

Share

Nearby government services