29/10/2026
PROGRAM STEM CAMP MOSTI @ SK BRINCHANG 2026 DENGAN KERJASAMA MOSTI & UNIMAP
📆 RABU, 23/09/2026
🏬 Sekolah Kebangsaan Brinchang
Alhamdulillah, syabas dan tahniah diucapkan kepada murid-murid SK RPS Terisu atas kejayaan meraih ANUGERAH EMAS🏆🥇 dalam pertandingan sempena Program STEM Camp MOSTI @ SK Brinchang 2026 yang berlangsung pada 23 September 2026 (Rabu) lepas, bertempat di Sekolah Kebangsaan Brinchang.
Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada semua murid untuk terus meneroka ilmu, berfikir secara kreatif, berinovasi dan berani mencipta sesuatu yang baharu.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), warga SK Brinchang, PPD Cameron Highlands serta semua pihak yang telah menjayakan program ini. Tidak dilupakan, tahniah dan terima kasih kepada guru-guru pembimbing atas usaha, komitmen dan bimbingan yang diberikan kepada murid-murid.
❤️