Pemuda PAS DUN Wakaf Bharu

Directions

Pemuda PAS DUN Wakaf Bharu Laman Rasmi Jawatankuasa Pemuda PAS DUN Wakaf Bharu

Page Rasmi Pemuda Dun Wakaf Bharu ditubuhkan untuk memaparkan berita berkenaan aktiviti Pemuda PAS Dun Wakaf Bharu

04/11/2026

🌟 PENDAFTARAN MURID BAHARU PASTI AT-TAQWA KG ANA SESI 2027 KINI DIBUKA! 🌟
Assalamualaikum w.b.t.
Ibu bapa yang sedang mencari pendidikan awal terbaik untuk anak-anak, inilah peluang untuk mendaftarkan permata hati anda ke PASTI At-Taqwa, Kg Ana, DUN Wakaf Bharu. 💚
📚 Pengambilan murid baharu:
✅ Umur 4, 5 & 6 tahun
✅ Sesi persekolahan 2027
🌈 Keistimewaan PASTI:
📖 Pra Tahfiz Smart 5M
✍️ Jawi & Bahasa Arab
📚 Ibadah & Akhlak
🎨 Kreativiti & Inovasi
💻 Asas Digital
Kami komited melahirkan generasi soleh, cemerlang dan berakhlak melalui pendidikan Islam berkualiti, kurikulum seimbang serta bimbingan tenaga pengajar terlatih.
📲 Untuk pendaftaran dan pertanyaan:
Cikgu Shuhadah: 017-959 4041
Cikgu Rohani: 017-932 9140
🌐 Pendaftaran online: www.pastimalaysia.com
📍 PASTI AT-TAQWA, KG ANA
(Kod PASTI: D010410)
DUN WAKAF BHARU
💚 Tempat adalah terhad. Daftar segera!
"Mendidik dengan Kasih Sayang, Melahirkan Generasi Rabbani."

Tabung Pembangunan PASTI Dun Wakaf Bharu

02/11/2026

📢 PENDAFTARAN MURID BAHARU PASTI SESI 2027 KINI DIBUKA! 💚
🌟 PASTI Al-Irsyad, Padang Rokma
📍 DUN Wakaf Bharu
📝 Kod PASTI: D010406
Mencari pendidikan awal yang terbaik untuk anak-anak? Jom sertai keluarga besar PASTI!
Pendidikan berteraskan Islam yang membina anak-anak dengan akhlak terpuji, ilmu berkualiti dan generasi cemerlang.
✨ Antara pengisian menarik:
✅ Pra Tahfiz
✅ SMART 5M
✅ Nurul Quran
👧🏻👦🏻 Terbuka kepada kanak-kanak berumur 4, 5 dan 6 tahun.
📲 Pendaftaran secara online:
www.pastimalaysia.com
☎️ Sebarang pertanyaan:
- Cikgu Zarini: 013-986 5376
- Cikgu Siti: 016-748 6557
Jangan lepaskan peluang untuk memberikan pendidikan awal yang terbaik buat permata hati anda.
💚 PASTI Pilihanku, Masa Depanku!
See less

Tabung Pembangunan PASTI Dun Wakaf Bharu

🌟 SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPKK 2026 🌟Sekalung doa dan ucapan selamat maju jaya buat semua calon Ujian Penilaian Ke...
02/11/2026

🌟 SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPKK 2026 🌟

Sekalung doa dan ucapan selamat maju jaya buat semua calon Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2026, khususnya murid- murid di DUN Wakaf Bharu.

Semoga Allah SWT mengurniakan ketenangan hati, kelapangan fikiran, kesihatan yang baik serta memudahkan urusan anak-anak sepanjang menghadapi peperiksaan.

Teruskan berusaha, iringi dengan doa dan bertawakallah kepada Allah SWT. Semoga segala penat lelah dan kesungguhan selama ini membuahkan kejayaan yang cemerlang.

📚 USAHA • DOA • TAWAKAL

💚 Anda Pasti Boleh!

Ikhlas daripada:
Pemuda PAS DUN Wakaf Bharu

28/10/2026

[PASTI ANAS BIN MALIK, BUNUT SARANG BURUNG]

📣🌟 KINI DIBUKA! PENDAFTARAN MURID BAHARU PASTI SESI 2027 🌟📣

Assalamualaikum w.b.t. 💚

✨ Jom sertai PASTI Anas bin Malik, Bunut Sarang Burung!

Pendaftaran murid baharu bagi sesi 2027 kini dibuka untuk anak-anak berumur 4, 5 dan 6 tahun.

🌈 Kenapa pilih PASTI?
✅ Pendidikan Islam berkualiti
✅ Pra Tahfiz & Smart 5M
✅ Pembelajaran Jawi dan Bahasa Arab
✅ Ibadah, akhlak dan pembentukan sahsiah
✅ Kreativiti, inovasi dan asas digital
✅ Persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif

📍 PASTI Anas bin Malik, Bunut Sarang Burung
DUN Wakaf Bharu
📌 Kod PASTI: D010407

📲 Hubungi kami untuk pendaftaran:
👩‍🏫 Cikgu Nik Azizah: 011-1290 6009
👩‍🏫 Cikgu Nor Azah: 011-1509 6125

🌐 Pendaftaran online: www.pastimalaysia.com

💚 Mendidik dengan kasih sayang, melahirkan generasi Rabbani.

Tempat adalah terhad! Ayuh ibu ayah, daftarkan anak-anak sekarang untuk membina asas ilmu, iman dan akhlak sejak usia awal.

Tabung Pembangunan PASTI Dun Wakaf Bharu

⚽🔥 PIALA MB KELANTAN 2026 🔥⚽WAKAF BHARU 5️⃣ – 0️⃣ KADOKALHAMDULILLAH! 🤲💚Permulaan yang cukup membanggakan buat Wakaf Bha...
24/10/2026

⚽🔥 PIALA MB KELANTAN 2026 🔥⚽

WAKAF BHARU 5️⃣ – 0️⃣ KADOK

ALHAMDULILLAH! 🤲💚

Permulaan yang cukup membanggakan buat Wakaf Bharu! Kubang Batang FC berjaya menewaskan pasukan Kadok dengan keputusan bergaya 5-0.

Tahniah buat seluruh pemain, barisan kejurulatihan dan pengurusan pasukan atas semangat juang yang ditampilkan. 💪

Satu langkah telah bermula, perjalanan masih panjang. Teruskan momentum, kekalkan fokus dan berikan yang terbaik untuk Wakaf Bharu!

Wakaf Bharu, Gu Kito! 🔥




⚽🔥 MATCHDAY! KUBANG BATANG FC – WAKAF BHARU 🔥⚽Misi bermula hari ini! 💪🏻🏆Ayuh berikan sokongan padu kepada Kubang Batang ...
24/10/2026

⚽🔥 MATCHDAY! KUBANG BATANG FC – WAKAF BHARU 🔥⚽

Misi bermula hari ini! 💪🏻🏆

Ayuh berikan sokongan padu kepada Kubang Batang FC dalam aksi pembukaan Piala Menteri Besar Kelantan 2026 menentang Remaja Kadok FC!

📅 Tarikh: 24 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 5.00 petang
📍 Tempat: Padang Gelong Badak, Bachok

👕💚 JOM MILIKI BAJU KUBANG BATANG FC!

Setiap pembelian baju bukan sekadar tanda sokongan, malah turut menyumbang kepada dana pasukan Kubang Batang FC dalam mengharungi saingan Piala Menteri Besar Kelantan 2026.

Jom kita sama-sama bantu pasukan kebanggaan Wakaf Bharu! Sokongan anda, pembakar semangat pemain di atas padang. 🔥

Satu pasukan, satu perjuangan!
Kubang Batang FC — Anak Mudo Gu Kito! 💪🏻

⚽🍽️ MAKAN MALAM BERSAMA SKUAD PIALA MB DUN WAKAF BHARUAlhamdulillah, satu ruang untuk mengeratkan ukhuwah dan memperkuku...
23/10/2026

⚽🍽️ MAKAN MALAM BERSAMA SKUAD PIALA MB DUN WAKAF BHARU

Alhamdulillah, satu ruang untuk mengeratkan ukhuwah dan memperkukuh semangat kebersamaan bersama pengurusan serta pemain Kubang Batang FC yang bakal membawa cabaran DUN Wakaf Bharu ke Piala Menteri Besar Kelantan 2026.

Semoga pertemuan ini menjadi pembakar semangat buat seluruh skuad untuk terus memberikan komitmen terbaik demi mengharumkan nama Wakaf Bharu. 💪🏻🔥

Misi bermula, perjuangan kita bersama!

Ayuh, Kubang Batang FC! Bawa semangat Wakaf Bharu! 🟢⚽





💚

⚽🔥 KUBANG BATANG FC SEDIA GEGARKAN PIALA MB KELANTAN 2026🏆Ayuh seluruh rakyat DUN Wakaf Bharu! Sama-sama kita berikan so...
22/10/2026

⚽🔥 KUBANG BATANG FC SEDIA GEGARKAN PIALA MB KELANTAN 2026🏆

Ayuh seluruh rakyat DUN Wakaf Bharu! Sama-sama kita berikan sokongan padu kepada KUBANG BATANG FC, pasukan yang membawa cabaran DUN WAKAF BHARU dalam Kejohanan Bola Sepak Piala Menteri Besar Kelantan 2026.

Berada dalam Kumpulan F, pasukan DUN Wakaf Bharu bakal meneruskan perjuangan dengan aksi berikut:

⚽ WAKAF BHARU 🆚 KADOK
📅 24 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ 5.00 petang
📍 Padang Gelong Badak, Bachok

⚽ PALOH 🆚 WAKAF BHARU
📅 6 November 2026 (Jumaat)
⏰ 5.00 petang
📍 Padang MRSM, Kuala Krai

💪 Semoga seluruh barisan pemain dan pengurusan KUBANG BATANG FC terus mempamerkan semangat juang yang tinggi, disiplin serta kesungguhan dalam setiap perlawanan.

🔥 SATU PASUKAN, SATU SEMANGAT, SATU IMPIAN

Ayuh penyokong DUN Wakaf Bharu! Turun beramai-ramai memberikan sokongan. Semoga kejayaan menjadi milik kita!

KUBANG BATANG FC, KEBANGGAAN WAKAF BHARU💚⚽

KARNIVAL RAKYAT KELANTAN 2026Pelbagai aktiviti segmen rakyat dianjurkan
21/10/2026

KARNIVAL RAKYAT KELANTAN 2026

Pelbagai aktiviti segmen rakyat dianjurkan

🎓 TAHNIAH ATAS KEJAYAAN KONVOKESYEN!Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Muhammad Asyraf Hanif bin Mustffa Kamal, Ke...
20/10/2026

🎓 TAHNIAH ATAS KEJAYAAN KONVOKESYEN!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Muhammad Asyraf Hanif bin Mustffa Kamal, Ketua Penerangan Pemuda PAS DUN Wakaf Bharu, atas kejayaan menerima Diploma Lepasan Ijazah dalam Pengajaran sempena Majlis Konvokesyen Ke-31.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan, menabur bakti dalam dunia pendidikan dan memberi manfaat kepada agama, masyarakat serta ummah.

Semoga Allah SWT memberkati segala usaha dan mengurniakan kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

Tahniah.

Pemuda PAS DUN Wakaf Bharu! 🌹

Address

Kampung Belukar
Wakaf Baharu
16250

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda PAS DUN Wakaf Bharu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby government services


Other Political Organizations in Wakaf Baharu

Show All