30/04/2026
Selamat Hari Pekerja 2026! π²πΎπ·ββοΈπ©βπ»πΌ
Tahun ini, kita meraikan titik peluh dan dedikasi setiap individu dengan tema yang sangat bermakna: "Pekerja MADANI Kesuma Bangsa". πΊβ¨
Tema ini bukan sekadar kata-kata, tetapi melambangkan betapa tingginya nilai setiap pekerjaβdari mereka yang berada di barisan hadapan, sektor kolar biru, hinggalah ke wira-wira digital, pengaturcara (programmer), jurutera rangkaian, dan pembangun AI yang memacu inovasi teknologi negara. Anda semua adalah 'kesuma' atau bunga bangsa yang mengharumkan dan membangunkan Malaysia! π»ππ€
Kepada rakan-rakan sekerja dan seluruh tenaga kerja di Malaysia:
Terima kasih atas segala pengorbanan, penat lelah, dan komitmen anda. Tanpa keringat dan kreativiti anda, tiadalah kemajuan yang kita kecapi hari ini.
Semoga Hari Pekerja tahun ini memberi suntikan semangat baharu untuk kita terus maju, berinovasi, dan menyumbang bakti kepada keluarga, masyarakat, dan negara.
Selamat berehat dan nikmati cuti anda bersama keluarga tersayang! β€οΈβοΈ
23/04/2026
ποΈ 23 April 2026
π Bilik Mesyuarat DMDC
π Mesyuarat bagi Persediaan Pre-Go Live UniFASt
Perbincangan ini memberi fokus kepada perkara-perkara berikut:
β
Persediaan bagi FAT Integrasi Sistem-Sistem Sokongan
β
Pelaksanaan FAT Integrasi
β
Pelaksanaan Security Test dan Load & Performance Test
β
Persediaan Pre-Go Live
β
Status Pelaksanaan Sistem-Sistem Sokongan ketika Pre-Go Live
Sesi ini dihadiri oleh pegawai-pegawai pentadbir sistem-sistem sokongan UniFASt, pegawai Pusat Data dan wakil pembekal.
23/04/2026
ποΈ 22 April 2026
π Bilik Mesyuarat DMDC
π SESI PEMBENTANGAN SERTA DEMO GERBANG PEMBAYARAN FIUU
Sesi ini memberi fokus kepada perkara-perkara berikut:
β
Perkhidmatan yang ditawarkan
β
Jenis integrasi dengan sistem merchant
β
Customization laporan
β
dan lain-lain hal berkepentingan
Sesi ini dihadiri oleh Seksyen Digital Kewangan dan wakil Jabatan Bendahari.
20/04/2026
SESI LATIHAN TEKNIKAL (HANDS-ON CONFIGURE SWITCH TO ACCESS INTERNET) OLEH SYARIKAT SEJATI SOLUTIONS SDN.BHD. BERSAMA PUSAT PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN DIGITAL, UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS.
Pusat Pengurusan dan Pembangunan Digital (DMDC) telah diberi sesi latihan teknikal rangkaian menggunakan produk H3C oleh wakil syarikat Sejati Solutions Sdn.Bhd. pada 17hb hingga 19hb April 2026, bertempat di Bilik Seminar Fez, Bertam Resort, Pulau Pinang.
Sesi latihan bertujuan memenuhi keperluan projek pemasangan 50-unit Access Switch H3C di asrama PFI1 dan FPK Jejawi 1 (IKOM) bagi menggantikan switch yang telah usang. Selain itu, pihak pembekal turut berkongsi maklumat teknikal dan mengajar kepada staf teknikal DMDC mengenai βHands-on Configure Switch to Access Internet with Rogue WiFi Routerβ iaitu simulasi kepada situasi sistem rangkaian sediaada projek berkenaan. Sesi Q & A oleh pihak DMDC kepada pembekal berkenaan perkara teknikal operasi rangkaian WiFi turut diadakan bagi memantapkan pemahaman peserta.
Wakil DMDC sempena sesi latihan ini adalah berjumlah 10 orang iaitu Ketua Bahagian Infrastruktur ICT, Seksyen Rangkaian Kampus dan Seksyen Keselamatan Rangkaian.
15/04/2026
MAKLUMAN PENGANJURAN AUDIT DALAM BAGI INFORMATION SECURITY MANAGEMENT SYSTEM (ISMS) ISO/IEC 27001:2022 PADA 13 SEHINGGA 14 APRIL 2026.
Audit Dalaman Information Security Management System (ISMS) ISO/IEC 27001:2022 telah berlangsung pada 13 hingga 14 April 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat DMDC, Kampus Pauh Putra serta Bilik Server di Kampus Kubang Gajah mengikut perancangan yang telah ditetapkan.
Audit ini memberi tumpuan kepada pematuhan kawalan keselamatan maklumat serta keberkesanan pelaksanaan ISMS. Pelaksanaan audit melibatkan ketua juruaudit yang dilantik dari INTAN Bukit Kiara, iaitu Puan Wan Noor Asiah Binti Wan Mohamad Nawi, bersama beberapa orang juruaudit dalaman dari DMDC.
Hasil daripada dapatan audit ini akan digunakan sebagai persediaan untuk siri Audit Pemantauan Kedua oleh SIRIM pada bulan Mei. Tindakan pembetulan dan penambahbaikan akan dilaksanakan bagi memastikan pematuhan berterusan terhadap keperluan ISMS. Komitmen kami berterusan dalam memastikan keselamatan maklumat sentiasa terpelihara.
14/04/2026
Bengkel pengendalian Laman Web Baharu FKTM yang telah disampaikan oleh En. Mohd Afif Md Jamel Khair, Pen. Pegawai Teknologi Maklumat Kanan DMDC
08/04/2026
Sekalung tahniah kepada staf Pusat Digital [DMDC], UniMAP yang menerima Anugerah Perkhidmatan Lama(APL), Anugerah Khas Perkhidmatan Cemerlang(AKPC) & Anugerah Perkhidmatan Cemerlang(APC) sempena Anugerah Seri Gemilang UniMAP (ASG) 2025...didoakan semoga terus sukses dan menyumbang ke arah kecemerlangan Pusat Digital [DMDC], UniMAP.
02/04/2026
31 MAC 2026 (Selasa) | Bilik Diskusi 1, Jabatan Pendaftar, Bangunan Canselori
Satu sesi perbincangan dan demo ringkas sistem e-Mesyuarat Jabatan Pendaftar telah berlangsung dengan jayanya. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Pn. Aziana, Pn. Ros, Pn. Liyana dan En. Zehan iaitu wakil staf daripada jabatan Pendaftar. Manakala pihak DMDC UniMAP p**a telah diwakili oleh Pn. Sharifah dan En. Zairi.
Terima kasih kepada Pendaftar UniMAP, Cik Shahiza yang sudi meluangkan masa untuk melihat sendiri demo aplikasi ini dan memberikan input berharga dari sudut pandangan pengguna. Syabas juga buat semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas usaha pembangunan dan pengurusan data yang mantap! π»β¨
Apa yang menarik?
β
Tidak melibatkan sebarang kos (menggunakan open-source software).
β
Antaramuka yang lebih mesra pengguna.
β
Proses pengurusan dan penyimpanan fail yang lebih sistematik dan selamat.
β
Bakal digunakan secara rasmi pada bulan April 2026.
Kami komited untuk terus bekerjasama bersama pihak Jabatan Pendaftar bagi memastikan urusan peluncuran sistem berjalan dengan lancar.
02/04/2026
30 MAC 2026 (Isnin) | Bilik Diskusi SQM, Aras 3, Bangunan Canselori
Satu langkah proaktif dalam memacu transformasi digital universiti telah dilaksanakan menerusi sesi perbincangan pembangunan Sistem UniMAP 2030 yang melibatkan kerjasama antara pihak SQM dan DMDC UniMAP.
Mesyuarat penting ini telah dipengerusikan oleh Dr. Tan, dengan kehadiran :
π₯ Wakil SQM: Dr. Tan, Dr. Hamzah & Pn. Isma.
π₯ Pasukan DMDC: Pn. Rohazna (Pengarah DMDC), En. Roshimi (Ketua Seksyen) & Pn. Sharifah.
Fokus Utama:
β
Menyelaraskan keperluan pengguna (user requirements) dengan solusi teknikal yang inovatif.
β
Memastikan pembangunan sistem baharu oleh Seksyen Digital Analitik Data memenuhi visi UniMAP 2030.
β
Penyelenggaraan dan penambahbaikan sistem sedia ada akan terus diperkasa sementara menantikan sistem baharu siap sepenuhnya.
Kolaborasi antara jabatan adalah kunci utama bagi memastikan ekosistem digital UniMAP sentiasa efisien dan relevan. Syabas kepada semua yang terlibat! πβ¨
31/03/2026
30 Mac 2026 | Pusat Data, Pusat Pengurusan dan Pembangunan Digital (DMDC), Kampus Alam UniMAP Pauh Putra
Lawatan YBhg. Dato' Naib Canselor ke Pusat Data DMDC bagi meninjau kerja-kerja penggantian perkakasan usang dan menaiktaraf perkakasan ICT (menggunakan peruntukan RMK12RP5 tahun 2025) yang telah siap dilaksanakan pada 26 Februari 2026.
Antara komponen utama yang telah disiapkan termasuklah:
> Penggantian Perkakasan Rangkaian Utama Pusat Data: Melibatkan unit Main Core Switch , Management Switch, dan Rack Switch untuk kestabilan capaian rangkaian yang lebih pantas.
> Naik Taraf Infrastruktur E-Learning: Peningkatan kapasiti dengan menggunakan Hyper-converge Infrastructure (HCI) bagi menjamin kelancaran platform pembelajaran digital warga kampus.
> Naik Taraf Ruang Pusat Data: Tambahan ruang sedia ada (Rak server) untuk menampung pertambahan kapasiti peralatan ICT dan pengurusan ruang yang lebih efisien.
> Pengukuhan Keselamatan Fizikal Premis Pusat Data: Pemasangan 11 unit CCTV pelbagai jenis dengan sistem NVR berkapasiti tinggi bagi kawalan dan pemantauan keselamatan fizikal 24/7.
YBhg. Dato' Naib Canselor memberikan kepercayaan penuh terhadap keberkesanan infrastruktur baharu ini dalam memacu transformasi digital universiti serta berharap dapat memberi impak besar kepada kelestarian ekosistem ICT di UniMAP.