Pejabat Kesihatan Daerah Baling

Call Directions

Pejabat Kesihatan Daerah Baling PEJABAT KESIHATAN DAERAH BALING

09/11/2026

💙 JOM MERIAHKAN SAMBUTAN HARI DIABETES SEDUNIA 2026! 💙

Peringkat Negeri Kedah

📅 12 November 2026 (Khamis)
⏰ 7.30 pagi – 1.00 tengah hari
📍 Ukir Mall, Alor Setar

🌟 Tema: Early Action on Diabetes
(Diagnosis Awal, Cegah Komplikasi)

🎉 APA YANG MENANTI ANDA?
🩺 Saringan kesihatan & pergigian
👓 Pemeriksaan optometri
🎪 Pelbagai booth kesihatan, pameran dan wellness
🍜 Laksa Sarawak, kopi, makanan & minuman
💃 Senamrobik, karaoke & demonstrasi Basic Life Support
🛍️ Jualan barangan kesihatan

Antara penyertaan: Zaharah Optometris, Lifetech, Vitagen, Farm Fresh, Ecobrown, Wellness Hub, Hospis, NKF dan banyak lagi!

💙 Bukan sekadar sambutan, ini peluang untuk anda dan keluarga mengambil langkah awal menjaga kesihatan!

📣 Ajak keluarga, sahabat dan rakan sekerja. Jangan lepaskan peluang ini!

JUMPA ANDA DI UKIR MALL! 🥳


09/11/2026

🌿 BUDAYA HIDUP SIHAT, KESEJAHTERAAN MENTAL DAN FIZIKAL TERJAGA

Pejabat Kesihatan Daerah Pendang menyeru seluruh warga Pendang agar terus membudayakan amalan hidup sihat dalam kehidupan seharian demi meningkatkan kesejahteraan mental dan fizikal.

Kesihatan yang baik bermula dengan pilihan dan amalan yang kita lakukan setiap hari. Marilah bersama-sama mengamalkan 5 langkah ke arah kehidupan lebih sihat:

💚 Aktif melakukan aktiviti fizikal – Luangkan masa sekurang-kurangnya 30 minit sehari untuk bergerak aktif dan kekal cergas.

🥗 Makan secara sihat – Amalkan pemakanan seimbang, lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan serta kurangkan pengambilan gula, garam dan lemak.

🧠 Pupuk minda sihat – Jaga kesihatan mental, urus tekanan dengan baik dan luangkan masa untuk aktiviti yang memberikan ketenangan serta kegembiraan.

🚭 Tidak merokok dan v**e – Lindungi diri serta orang sekeliling daripada bahaya asap rokok dan aerosol v**e.

✨ Ingat, kesihatan bukan sekadar bebas daripada penyakit, tetapi merangkumi kesejahteraan fizikal, mental dan sosial.

Ayuh warga Pendang! Jadikan amalan hidup sihat sebagai budaya demi kehidupan yang lebih berkualiti, sejahtera dan bermakna.

📲 Layari moh.gov.my/anms untuk maklumat lanjut.

Kesihatan tanggungjawab bersama. Mulakan perubahan hari ini!







06/11/2026

𝐒𝐀𝐑𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐔𝐓𝐈𝐒𝐌𝐄 (𝐌-𝐂𝐇𝐀𝐓) 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐁𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐃𝐈𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐀𝐏𝐋𝐈𝐊𝐀𝐒𝐈 𝐌𝐲𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀

Gangguan Spektrum Autisme (Autism Spectrum Disorder, ASD) merupakan gangguan perkembangan neurologi yang menunjukkan peningkatan prevalens di Malaysia. Pengesanan dan intervensi awal amat penting dalam menyokong perkembangan dan meningkatkan kefungsian kanak-kanak dengan ASD, khususnya dari aspek komunikasi, interaksi sosial dan tingkah laku.

Modified Checklist for Autism in Toddlers (M-CHAT) merupakan instrumen saringan awal yang digunakan untuk mengenal pasti kanak-kanak yang berisiko mengalami ASD dan memerlukan penilaian lanjut.

𝐁𝐞𝐫𝐦𝐮𝐥𝐚 𝟏𝟓 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔, 𝐬𝐚𝐫𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐌-𝐂𝐇𝐀𝐓 𝐤𝐢𝐧𝐢 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐝𝐢𝐥𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐮𝐝𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐚𝐩𝐥𝐢𝐤𝐚𝐬𝐢 𝐌𝐲𝐒𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚. Ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak berumur 18 hingga 36 bulan digalakkan untuk melengkapkan saringan ini bagi membantu mengenal pasti risiko ASD pada peringkat awal. Kanak-kanak yang berumur lebih daripada 36 bulan tetapi belum mencapai usia 48 bulan juga disyorkan untuk menjalani saringan sekiranya belum pernah disaring.

Inisiatif KKM ini bertujuan memperluas akses kepada saringan awal ASD, sekali gus membolehkan kanak-kanak yang dikenal pasti berisiko mendapatkan penilaian lanjut dan intervensi yang bersesuaian seawal mungkin di fasiliti kesihatan berhampiran.

𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐬𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐀𝐰𝐚𝐥, 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐫𝐯𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐓𝐞𝐩𝐚𝐭, 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐋𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐁𝐚𝐢𝐤

BENGKEL SIMULASI WABAK DAN BENCANA DAERAH BALING TAHUN 2026📅 5 November 2026 (Khamis)📍 Pejabat Kesihatan Daerah Baling🏥 ...
05/11/2026

BENGKEL SIMULASI WABAK DAN BENCANA DAERAH BALING TAHUN 2026

📅 5 November 2026 (Khamis)
📍 Pejabat Kesihatan Daerah Baling
🏥 Anjuran: Unit KPAS/CDC, PKD Baling

Memperkukuh Kesiapsiagaan, Memantapkan Kerjasama, Menghadapi Cabaran Bersama.

Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Baling telah berjaya menganjurkan Bengkel Simulasi Wabak dan Bencana Daerah Baling Tahun 2026 sebagai salah satu inisiatif untuk memperkukuh tahap kesiapsiagaan, meningkatkan pengetahuan serta memantapkan keupayaan anggota kesihatan dalam menghadapi kemungkinan berlakunya wabak penyakit dan bencana di peringkat daerah.

Bengkel ini melibatkan penyertaan anggota daripada PKD Baling dan Hospital Baling, sekali gus menjadi platform penting untuk memperkukuh kerjasama serta penyelarasan antara perkhidmatan kesihatan awam, penjagaan kesihatan primer dan perkhidmatan hospital.

Melalui pendekatan simulasi berasaskan senario, para peserta berpeluang untuk berbincang, menilai situasi, membuat keputusan serta memahami dengan lebih jelas peranan dan tanggungjawab masing-masing apabila berhadapan dengan situasi wabak atau bencana.
Penekanan turut diberikan kepada aspek komunikasi, koordinasi, pengurusan sumber dan kerjasama antara pasukan. Ini penting bagi memastikan setiap anggota bukan sahaja memahami bidang tugas masing-masing, malah mampu bekerjasama, saling melengkapi dan bertindak secara bersepadu dalam menghadapi situasi kecemasan.

Setiap unit mempunyai peranan, kepakaran dan tanggungjawab tersendiri, namun semuanya saling melengkapi sebagai satu perkhidmatan kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kesepaduan inilah yang menjadi kekuatan kita dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang menyeluruh, berkualiti dan berkesan demi melindungi kesihatan serta kesejahteraan rakyat.

🌷 PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada Dr. Nurul Afzan Binti Aminuddin, Pegawai Kesihatan Daerah Baling, atas kepimpinan, sokongan dan komitmen beliau dalam menjayakan penganjuran bengkel ini, serta kesudian beliau untuk turut bertindak sebagai Pemerhati dan Penilai (Observer and Evaluator).

Penghargaan turut ditujukan kepada barisan Pemerhati dan Penilai yang telah memberikan pandangan, penilaian serta maklum balas sepanjang pelaksanaan simulasi:
🔹 Dr. Norzazalina Bt Samsudin
Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Kupang
🔹 Dr. Nursyazana Binti Nazee Mudeen
Pakar Perubatan Kecemasan, Hospital Baling
🔹 Dr. Noor Fariha Binti Mohd Tubillah
Pakar Perubatan Dalaman, Hospital Baling

Ribuan terima kasih dan penghargaan turut diberikan kepada Dr. Winda Zulaiha Binti Shahabudin, Pegawai Kesihatan Epidemiologi Daerah Baling, atas segala usaha, komitmen dan dedikasi dalam merancang, menyelaras serta memastikan kelancaran pelaksanaan bengkel ini.
Tidak dilupakan, jutaan terima kasih kepada semua fasilitator, urus setia dan peserta daripada PKD Baling serta Hospital Baling yang telah memberikan kerjasama dan komitmen sepenuhnya sepanjang bengkel berlangsung.

Semoga segala ilmu, pengalaman dan hasil perbincangan yang diperoleh melalui bengkel ini dapat diterjemahkan kepada tindakan yang lebih cekap, tersusun dan berkesan sekiranya berlaku wabak atau bencana pada masa hadapan.

🤝 SATU PASUKAN, SATU MATLAMAT, BERSEDIA MENGHADAPI CABARAN.






Assalamualaikum dan salam sejahtera 🌸📢 JEMPUTAN KE PROGRAM JELAJAH KEDAH MINDA SEJAHTERA (KMS) PERINGKAT PKD BALING: JEL...
04/11/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera 🌸

📢 JEMPUTAN KE PROGRAM JELAJAH KEDAH MINDA SEJAHTERA (KMS) PERINGKAT PKD BALING: JELAJAH MUKIM PULAI

Sukacita menjemput semua untuk hadir memeriahkan program seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 11 November 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 1.00 petang
📍 Tempat: Masjid Intan Safinaz, Kampung Lanai

✨ Antara pengisian program:
🔹 Funwalk
🔹 Pemeriksaan kesihatan
🔹 Pameran daripada pelbagai agensi
🔹 Pocket Talk Kesihatan Mental
🔹 Pocket Talk Relaksasi: Progressive Muscle Relaxation (PMR)
🔹 Cabutan bertuah 🎁
🔹 Aktiviti interaktif dan permainan
🔹 Kahoot! Hentikan Stigma
🔹 Jualan Agro Madani daripada pihak peladang

💜 Marilah bersama-sama memeriahkan program ini bagi meningkatkan kesedaran tentang kesihatan mental, menyokong antara satu sama lain dan bersama-sama menghentikan stigma dalam masyarakat.

🌿 Minda Sihat, Hidup Lebih Baik!

Jom hadir, belajar, beraktiviti dan bersama-sama menyokong kesihatan mental! 💚

Terima kasih atas sokongan semua. 🌸

04/11/2026

🎙️ PODCAST KESIHATAN | KESIHATAN MENTAL 🧠💚

Kesihatan mental sama pentingnya dengan kesihatan fizikal. Namun, sejauh mana kita mengambil berat tentang kesejahteraan emosi dan minda kita? 🤔

Tekanan, kebimbangan dan cabaran kehidupan seharian boleh memberi kesan kepada kesihatan mental sekiranya tidak diurus dengan baik.

🎧 Jom ikuti perkongsian menarik dari Pn Iliyana binti Fahmi, pegawai psikologi dalam episod podcast kali ini mengenai kepentingan menjaga kesihatan mental serta langkah-langkah untuk mengekalkan kesejahteraan emosi.

💚 Minda Sihat, Hidup Sejahtera!

04/11/2026

KERACUNAN MAKANAN BOLEH BERLAKU KEPADA SESIAPA SAHAJA! 🤢🍛

Pernah mengalami sakit perut, muntah atau cirit-birit selepas menikmati makanan? Awas! Itu mungkin tanda-tanda keracunan makanan.

🔎 KENALI PUNCA KERACUNAN MAKANAN:
❌ Makanan atau minuman tercemar dengan bakteria, virus atau toksin.
❌ Makanan dibiarkan terlalu lama pada suhu bilik.
❌ Pengendalian dan penyimpanan makanan yang tidak bersih atau tidak sempurna.

🛡️ LANGKAH PENCEGAHAN:
✅ Sentiasa menjaga kebersihan tangan.
✅ Masak makanan sehingga sempurna.
✅ Hidangkan makanan dengan segera selepas dimasak.
✅ Simpan makanan pada suhu yang sesuai.
✅ Pastikan makanan sentiasa bertutup dan terlindung daripada pencemaran.

⚠️ JANGAN AMBIL MUDAH!
Dapatkan rawatan segera sekiranya mengalami gejala keracunan makanan, terutamanya jika gejala berterusan, semakin teruk atau terdapat tanda dehidrasi.

04/11/2026
04/11/2026

Sepanjang November adalah Bulan Kesedaran Kesihatan Lelaki Sedunia.

Antara kesedaran kesihatan kepada masyarakat khususnya kaum lelaki ialah mengenai kesihatan mental dan kanser prostat.

Dan, sekiranya anda berusia 40 tahun dan ke atas, lakukan ujian saringan kesihatan.
Ketahui angka anda.

04/11/2026

POLIO: LINDUNGI ANAK ANDA MELALUI IMUNISASI LENGKAP

PENDANG | Polio atau Poliomyelitis merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus Poliovirus. Penyakit ini menyerang sistem saraf dan boleh menyebabkan kelumpuhan kekal dalam tempoh beberapa jam sekiranya melibatkan saraf yang mengawal pergerakan otot.

Justeru, ibu bapa memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak menerima imunisasi polio (IPV) mengikut jadual yang ditetapkan bagi memberikan perlindungan optimum daripada jangkitan penyakit ini.

Jadual pemberian imunisasi IPV:

* 2 bulan
* 3 bulan
* 5 bulan
* 18 bulan (dos tambahan)

Pastikan anak anda menerima semua dos imunisasi yang disyorkan. Jangan tangguh atau terlepas janji temu imunisasi kerana pencegahan melalui imunisasi merupakan langkah terbaik untuk melindungi anak daripada penyakit polio.

Lindungi anak hari ini, demi masa depan yang lebih sihat.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila dapatkan nasihat daripada anggota kesihatan di Klinik Kesihatan berhampiran anda.








Address

Pejabat Kesihatan Daerah Baling
Baling
09100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6044701351

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Baling posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby government services