Pusat Sebaran Maklumat Nasional- NADI Air Panas

Call Website Contact the organization

Pusat Sebaran Maklumat Nasional- NADI Air Panas Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI merupakan pusat pembelajaran ICT & Kelas Keusahawanan.

Mengenai NADI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP). Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar. Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menyediakan latihan dan perisian komputer. Melalui penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI). Objektif NADI

- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan

𝐀𝐒𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐔𝐌 & 𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀Untuk makluman, Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Air Panas 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 seperti ...
15/11/2026

𝐀𝐒𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐔𝐌 & 𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀

Untuk makluman, Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Air Panas 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 seperti maklumat berikut :

Tarikh : 16 November 2026
Hari : Isnin
Cuti : Cuti peristiwa sempena Pilihanraya Melaka ke -16

NADI Air Panas akan beroperasi pada hari berikutnya iaitu 17 November 2026 (Selasa) seperti biasa.

Terima Kasih.

Lawatan Kerja dari pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia  Malaysia (MCMC) , Ybrs. Prof. Dr Mohamad Salmi Bin Mohd ...
12/11/2026

Lawatan Kerja dari pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) , Ybrs. Prof. Dr Mohamad Salmi Bin Mohd Sohod di Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Felda Ayer Kangkong, Melaka.

Tarikh lawatan : 12 November 2026 (Khamis)
Masa : 11.00 pagi

Turut hadir wakil daripada pihak MCMC Negeri Melaka, Celcomdigi dan Creative Century Management.

11/11/2026
11/11/2026

Malaysia menggesa peluasan ketersambungan digital melangkaui kawasan berpenduduk dengan memberi tumpuan kepada lokasi ekonomi utama seperti pelabuhan, rangkaian kereta api dan lebuh raya melalui penerokaan konsep Coverage of Economic Areas (CoEA). 🌐📶

Setakat September 2026, liputan Internet di kawasan berpenduduk mencapai 99.75% manakala langganan 5G mencecah 31.3 juta. Usaha turut diperkukuh melalui 1,099 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), kempen keselamatan Internet serta pengukuhan keselamatan dalam talian. 💻🛡️





11/11/2026

Malaysia sedang membangunkan pelan nasional bagi peralihan infrastruktur maklumat kritikal negara kepada kriptografi pascakuantum sebagai persediaan menghadapi ancaman baharu susulan perkembangan pengkomputeran kuantum. 🔐💻

Pelaksanaan akan dibuat secara berperingkat dan terselaras melalui kerjasama MCMC, MKN, NACSA serta syarikat telekomunikasi, termasuk penyelidikan dan pembangunan bagi menguji penyelesaian serta memastikan perkhidmatan penting tidak terjejas. 🛡️⚙️





📱✨ SHORT LEARNING SERIES: THREADS – Stop Scrolling, Start Posting!Masih sekadar membaca di Threads? Jom ubah langkah men...
09/11/2026

📱✨ SHORT LEARNING SERIES: THREADS – Stop Scrolling, Start Posting!

Masih sekadar membaca di Threads? Jom ubah langkah menjadi pencipta content yang lebih yakin dan kreatif! 💡

Sertai sesi NADI MAHIR Foto bersama Miss Pena untuk belajar bagaimana menggunakan Threads dengan lebih menarik dan berkesan. 🚀

📅 Tarikh: 10 November 2026 (Selasa)
⏰ Masa: 11.30 pagi – 12.15 tengah hari

🔥 Jangan lepaskan peluang untuk tambah ilmu dan mula hasilkan content anda sendiri!

hubungi NADI Air Panas untuk pendaftaran :
http://www.wasap.my/+60162334209/SLSMahir

🌱 SHORT LEARNING SERIES (SLS): JAMINAN MAKANAN (FOOD SECURITY) 🥬Tahukah anda betapa pentingnya jaminan makanan dalam mem...
09/11/2026

🌱 SHORT LEARNING SERIES (SLS): JAMINAN MAKANAN (FOOD SECURITY) 🥬

Tahukah anda betapa pentingnya jaminan makanan dalam memastikan bekalan makanan yang mencukupi dan berterusan? 🤔

Jom sertai sesi NADI MAHIR Pertanian Pintar bersama Cikgu Hanif untuk memahami kepentingan jaminan makanan serta peranan pertanian pintar dalam menjamin masa depan yang lebih mampan! 🌾

📅 Tarikh: 10 November 2026 (Selasa)
⏰ Masa: 10.30 pagi – 11.15 pagi

💡 Jangan lepaskan peluang untuk menambah ilmu dan pengetahuan dalam bidang pertanian pintar!

hubungi NADI Air Panas untuk pendaftaran :
http://www.wasap.my/+60162334209/SLSMahir

📱 SHORT LEARNING SERIES: BOOTLOOP SMARTPHONE 🔧Jom sertai sesi NADI MAHIR Baiki Gajet bersama Cikgu Que untuk memahami ma...
09/11/2026

📱 SHORT LEARNING SERIES: BOOTLOOP SMARTPHONE 🔧

Jom sertai sesi NADI MAHIR Baiki Gajet bersama Cikgu Que untuk memahami masalah bootloop pada smartphone serta cara mengatasinya!

📅 Tarikh: 10 November 2026 (Selasa)
⏰ Masa: 9.30 pagi – 10.15 pagi

💡 Jangan lepaskan peluang untuk menambah ilmu dan kemahiran dalam dunia baik pulih gajet!

hubungi NADI Air Panas untuk pendaftaran
http://www.wasap.my/+60162334209/SLSMahir

𝐀𝐒𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐔𝐌 & 𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀Untuk makluman, Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Air Panas 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 seperti ...
07/11/2026

𝐀𝐒𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐔𝐌 & 𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀

Untuk makluman, Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Air Panas 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 seperti maklumat berikut :

Tarikh : 08 November 2026
Hari : Ahad
Cuti : HARI Deepavali

NADI Air Panas akan beroperasi pada hari berikutnya iaitu 09 November 2026 (Isnin) seperti biasa.

Terima Kasih.


🩺 TELE-KONSULTASI DI NADI : JUMPA DOKTOR SECARA ONLINE! 💻❤️Ingin mendapatkan nasihat doktor tanpa perlu menunggu lama di...
06/11/2026

🩺 TELE-KONSULTASI DI NADI : JUMPA DOKTOR SECARA ONLINE! 💻❤️

Ingin mendapatkan nasihat doktor tanpa perlu menunggu lama di klinik? Kini anda boleh mendapatkan khidmat telekonsultasi secara online melalui NADI! 💻

🗓️ Waktu telekonsultasi:
📅 𝐈𝐬𝐧𝐢𝐧 – 𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭
⏰ 𝟗.𝟑𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢 – 𝟒.𝟑𝟎 𝐩𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠

📌 Tempahan janji temu perlu dibuat sekurang-kurangnya *𝟒𝟖 𝐣𝐚𝐦 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐚𝐰𝐚𝐥*.

👩‍⚕️ SIAPA YANG SESUAI MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN INI?
Perkhidmatan ini sesuai untuk anda yang :
✅ Memerlukan pemeriksaan susulan selepas menjalani saringan kesihatan.
✅ Mendapat keputusan saringan yang tinggi atau tidak normal dan memerlukan penjelasan lanjut.
✅ Ingin memahami laporan ujian darah, keputusan imbasan (scan) atau penggunaan ubat-ubatan.
✅ Memerlukan nasihat doktor berkaitan masalah kesihatan bukan kecemasan.
✅ Memerlukan surat rujukan untuk pemeriksaan atau rawatan lanjut.

Syarat penyertaan:
✅ Ahli NADI
✅ Pernah menjalani saringan kesihatan di NADI
❌ Bukan untuk kes kecemasan

📍 hubungi NADI Air Panas untuk maklumat lanjut dan bantuan
http://www.wasap.my/+0162334209/TELE-KONSULTASI

❤️ Jangan abaikan kesihatan anda! Ambil langkah awal dan manfaatkan kemudahan Tele-Konsultasi yang disediakan di NADI.

Address

PUSAT KEGIATAN MASYARAKAT JKKK AIR PANAS
Bemban
77200

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+60162334209

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Sebaran Maklumat Nasional- NADI Air Panas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Sebaran Maklumat Nasional- NADI Air Panas:

Shortcuts

Share

Nearby government services