02/06/2026
Hati-hati dengan tawaran kerja dalam talian! 🚨
Jika nampak terlalu mudah dengan gaji lumayan, semak dulu kesahihannya.
Jangan terpedaya—berhenti, fikir, dan lindungi diri anda daripada scam. 💻❗️
02/06/2026
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini mengumumkan penguatkuasaan Kod Perlindungan Kanak-Kanak (CPC) dan Kod Pengurangan Risiko (RMC) di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA), menandakan satu langkah penting ke arah mewujudkan persekitaran digital lebih selamat untuk kanak-kanak di Malaysia.
Berita penuh : https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2563587
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Kementerian Komunikasi
02/06/2026
TUNGGU 16.
Media sosial membuka ruang untuk belajar, berhubung dan berkongsi. Namun, tanpa tahap kematangan yang sesuai, kanak-kanak juga berdepan risiko seperti buli siber, eksploitasi s*ksual, penipuan dalam talian dan kandungan memudaratkan.
Mulai hari ini, inisiatif Tunggu 16 diperkenalkan bagi memperkukuh perlindungan kanak-kanak di alam siber melalui pelaksanaan keperluan pengesahan umur untuk akses kepada platform media sosial tertentu.
Kerana bukan semua perkara sesuai untuk semua peringkat usia.
Belum 16? Belum Sedia Untuk Media Sosial.
Soalan-soalan lazim (FAQ):
https://mcmc.gov.my/en/onsa/resources/frequently-asked-questions
Maklumat lanjut:
https://www.mcmc.gov.my/en/onsa/under-16
02/06/2026
Scammer kini gunakan kod QR dalam e-mel mencurigakan!
Jaga keselamatan anda, pastikan e-mel dan kod QR yang diterima sahih. 🛡️
02/06/2026
📌Rakyat harus bersatu hati, bertolak ansur, saling hormat menghormati, serta pegang teguh prinsip Rukun Negara
📌Semua pihak perlu hayati prinsip Rukun Negara, jadikan amalan dan garis panduan hidup sebagai rakyat Malaysia
📌Rakyat yang tidak mahu ikut prinsip Rukun Negara, tidak layak digelar warganegara Malaysia
📌Agong nasihat semua pemimpin politik jaga adab dan tutur kata, berhati-hati apabila membuat sebarang kenyataan
📌Kebebasan bersuara di media sosial bukan medan tabur fitnah dan kebencian dalam kalangan rakyat
📌Agong seru pihak berkuasa tingkatkan pemantauan, ambil tindakan bendung penyalahgunaan media sosial
-- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim
02/06/2026
📌 Agong utamakan tatakelola teratur, perangi pungutan kekayaan dan rasuah
📌 Usaha bendung kos sara hidup dilaksanakan secara berperingkat, berhemah agar rakyat dapat nikmati kehidupan lebih stabil, sejahtera
📌 Kerajaan tekad laksana dasar saksama jamin pengagihan kepada semua negeri, wilayah terutama kalangan rakyat miskin, terpinggir
-- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim