07/10/2026
PROGRAM INTERVENSI 3M SK SPAOH TAHUN 2025
Program Intervensi 3M merupakan satu program hasil pembentangan data Pentaksiran Bilik Darjah pada bulan Julai 2026 yang lepas.
Daripada data yang dibentang, di dapati bahawa masih terdapat murid-murid yang belum mencapai Tahap Penguasaan Minimum dalam matapelajaran Bahasa Melayu, Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.
Program Intervensi 3M ini melibatkan murid-murid tahun 2,3,4,5 dan 6 yang masih berada pada Tahap Penguasaan 1 dan 2 untuk matapelajaran yang dinyatakan diatas.
Matlamat:
Pada akhir program ini kelak, sekolah mengharapkan sekurang-kurangnya 50% daripada murid yang terlibat dapat mencapai tahap penguasaan asas iaitu TP3.
Pendekatan:
Setiap matapelajaran akan melibatkan 8 orang guru yang akan dibahagikan dengan 6 atau 7 orang murid yang telah ditentukan. Pembahagian sebegini akan memudahkan tumpuan lebih khusus kepada masalah murid yang telah dikenal pasti.
Pembudayaan:
Kejayaan program ini akan menjadi budaya dan pendekatan sekolah pada masa akan datang. Ia akan digiatkan lagi dengan Program Mentor-Mentee, Kesejahteraan Fizikal dan Emosi dan as against.
Maka adalah diharapkan agar Program Intervensi 3M ini akan memberikan impak yang diharapkan
SK Spaoh
Memacu Perubahan, Menjulang Kecemerlangan, Menjadi Teladan.