Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Melaka

Call Directions Contact the organization

Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Melaka Dahulunya di bawah JAIM, kini berdiri sendiri.

Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Puan Norazita binti Mohd Ali ...
25/10/2026

Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Puan Norazita binti Mohd Ali atas pemergian beliau.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa arwah, melimpahkan rahmat ke atas rohnya, melapangkan kuburnya serta menempatkan arwah dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh ahli keluarga diberi kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah. 🤲🏻

Setulus ikhlas daripada :
Seluruh Warga Kerja Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Melaka (JPeNM)




22/10/2026

JADUAL HARI KELEPASAN AM NEGERI MELAKA 2027

Sumber: Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Ketua Menteri Melaka



𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒𝑰𝒏𝒅𝒂𝒉 𝒃𝒆𝒓𝒔𝒆𝒓𝒊 𝒃𝒖𝒏𝒈𝒂 𝒎𝒆𝒍𝒂𝒕𝒊,  𝑯𝒂𝒓𝒖𝒎 𝒎𝒆𝒘𝒂𝒏𝒈𝒊 𝒅𝒊 𝒘𝒂𝒌𝒕𝒖 𝒑𝒂𝒈𝒊;  𝑲𝒆𝒉𝒂𝒅𝒊𝒓𝒂𝒏 𝒅𝒊𝒔𝒂𝒎𝒃𝒖...
12/10/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒

𝑰𝒏𝒅𝒂𝒉 𝒃𝒆𝒓𝒔𝒆𝒓𝒊 𝒃𝒖𝒏𝒈𝒂 𝒎𝒆𝒍𝒂𝒕𝒊,
𝑯𝒂𝒓𝒖𝒎 𝒎𝒆𝒘𝒂𝒏𝒈𝒊 𝒅𝒊 𝒘𝒂𝒌𝒕𝒖 𝒑𝒂𝒈𝒊;
𝑲𝒆𝒉𝒂𝒅𝒊𝒓𝒂𝒏 𝒅𝒊𝒔𝒂𝒎𝒃𝒖𝒕 𝒔𝒆𝒏𝒂𝒏𝒈 𝒅𝒊 𝒉𝒂𝒕𝒊,
𝑺𝒆𝒎𝒐𝒈𝒂 𝒄𝒆𝒎𝒆𝒓𝒍𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒆𝒓𝒖𝒔 𝒃𝒆𝒓𝒃𝒂𝒌𝒕𝒊.

12 Oktober 2026 bersamaan 1 Jamadilawal 1448H – Seluruh warga kerja Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Melaka (JPeNM) dengan penuh sukacita mengalu-alukan kehadiran PUAN SITI AISHAH BINTI KAMARUDIN, Pegawai Syariah Gred LS12 (Memangku) (KUP), yang bertukar masuk ke Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Melaka berkuat kuasa pada 12 Oktober 2026.

Kehadiran puan amat dialu-alukan dan diharapkan dapat membawa semangat baharu, memperkukuh kerjasama serta menyumbang kepada kecemerlangan dan kemajuan jabatan.

Selamat datang dan selamat menjalankan tugas. Semoga terus cemerlang dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

Ikhlas daripada:
Ketua Pendakwa Syarie dan Seluruh Warga Kerja
Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Melaka (JPeNM)




𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐉𝐄𝐍𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐁𝐀𝐒 𝐓𝐀𝐏𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐀𝐓𝐀𝐒: 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐂𝐄𝐋𝐈𝐊 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇MELAKA – 8 OKTOBER 2026 (KHAMIS) BERSAMAAN...
12/10/2026

𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐉𝐄𝐍𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐁𝐀𝐒 𝐓𝐀𝐏𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐀𝐓𝐀𝐒: 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐂𝐄𝐋𝐈𝐊 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇

MELAKA – 8 OKTOBER 2026 (KHAMIS) BERSAMAAN 26 RABIULAKHIR 1448: Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Melaka (JPeNM) telah berjaya menganjurkan Seminar Kesedaran Jenayah Syariah Bebas Tapi Terbatas: Mahasiswa Celik Syariah dengan kerjasama Politeknik Merlimau Melaka bertempat di Dewan Platinum, Politeknik Merlimau Melaka. Seminar ini menghimpunkan 700 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa dari daripada Politeknik Merlimau Melaka, Kolej Komuniti Jasin, Kolej Komuniti Selandar dan Kolej Profesional Mara Ayer Molek. Seminar ini diadakan sebagai platform untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang batas pergaulan menurut hukum syarak dan undang-undang syariah dalam kehidupan seharian.

Antara pengisian utama seminar ini ialah ceramah bertajuk “Cinta, Nafsu dan Syariah: Memilih Jalan Yang Diredhai Allah” yang disampaikan oleh Mohamad Amirul Amin Maula Lokmanhakim atau lebih dikenali sebagai PU Amin, seorang Pendakwah Selebriti. Ceramah ini memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang kepentingan memahami batas pergaulan, mengawal hawa nafsuserta membuat pilihan yang selari dengan tuntutan syariah demi meraih keredaan Allah SWT.

Manakala ceramah kedua p**a bertajuk “Kesalahan Berkaitan Seksual Meurut Enakmen Syariah:Satu Kesedaran Perundangan yang disampaikan oleh Tuan Atras bin Mohamad Zin, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Dasar dan Penyelidikan, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Ceramah ini memberi pendedahan kepada mahasiswa mengenai aspek perundangan berkaitan kesalahan seksual di bawah Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 termasuk kepentingan memahami peruntukan undang-undang serta implikasi terhadap perbuatan tersebut.

Program ini turut dimeriahkan dengan penyertaan reruai pameran daripada Bahagian Penguatkuasaan JAIM, Muzium Penjara, Bahagian Sokongan Keluarga dan Sulh, Mahkamah Syariah Negeri Melaka. Pameran ini menjadi platform interaktif yang memberi peluang kepada peserta untuk mendapatkan maklumat secara lebih dekat mengenai fungsi, peranan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi-agensi berkaitan.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB Datuk Rahmad bin Mariman, EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka. Dalam ucapan perasmian beliau, YB Datuk Rahmad bin Mariman menekankan bahawa penganjuran seminar ini amat bermakna sebagai manifestasi kerjasama strategik antara JPeNM dengan Politeknik Merlimau Melaka dalam usaha memperkasakan kesedaran masyarakat khususnya golongan mahasiswa terhadap kesalahan jenayah syariah.Kerjasama ini diharap dapat menjadi platform berterusan dalam menyampaikan pendidikan perundangan syariah kepada generasi muda serta membentuk mahasiswa yang berakhlak mulia.

Pihak JPeNM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Politeknik Merlimau Melaka selaku rakan strategik program atas kerjasama yang amat baik dalam menjayakan program ini. Ucapan terima kasih juga kepada Kolej Komuniti Jasin dan Selandar serta Kolej Profesioanal Mara Ayer Molek yang turut sama mengambil bhagian dalam menjayakan program seminar ini.

“𝐁𝐞𝐛𝐚𝐬 𝐓𝐚𝐩𝐢 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐚𝐭𝐚𝐬:𝐌𝐚𝐡𝐚𝐬𝐢𝐬𝐰𝐚 𝐂𝐞𝐥𝐢𝐤 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐚𝐡” –𝑺𝒆𝒎𝒐𝒈𝒂 𝒑𝒓𝒐𝒈𝒓𝒂𝒎 𝒊𝒏𝒊 𝒅𝒂𝒑𝒂𝒕 𝒎𝒆𝒏𝒊𝒏𝒈𝒌𝒂𝒕𝒌𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒔𝒆𝒅𝒂𝒓𝒂𝒏 𝒎𝒂𝒉𝒂𝒔𝒊𝒔𝒘𝒂 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒆𝒏𝒂𝒊 𝒌𝒆𝒔𝒂𝒍𝒂𝒉𝒂𝒏 𝒋𝒆𝒏𝒂𝒚𝒂𝒉 𝒔𝒚𝒂𝒓𝒊𝒂𝒉 𝒅𝒂𝒏 𝒊𝒎𝒑𝒍𝒊𝒌𝒂𝒔𝒊 𝒑𝒆𝒓𝒖𝒏𝒅𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒃𝒆𝒓𝒌𝒂𝒊𝒕𝒂𝒏.

Disediakan Oleh :
Urus Setia BPP, JPeNM
12 Oktober 2026





𝐒𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈-𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐉𝐔 𝐉𝐀𝐘𝐀𝑷𝒆𝒓𝒈𝒊 𝒌𝒆 𝒕𝒂𝒎𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒎𝒆𝒕𝒊𝒌 𝒔𝒆𝒍𝒂𝒔𝒊𝒉,  𝑯𝒂𝒓𝒖𝒎 𝒎𝒆𝒘𝒂𝒏𝒈𝒊 𝒅𝒊 𝒘𝒂𝒌𝒕𝒖 𝒑𝒂𝒈𝒊; 𝑩𝒖𝒅𝒊 𝒅𝒂𝒏 ...
12/10/2026

𝐒𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈-𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐉𝐔 𝐉𝐀𝐘𝐀

𝑷𝒆𝒓𝒈𝒊 𝒌𝒆 𝒕𝒂𝒎𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒎𝒆𝒕𝒊𝒌 𝒔𝒆𝒍𝒂𝒔𝒊𝒉,
𝑯𝒂𝒓𝒖𝒎 𝒎𝒆𝒘𝒂𝒏𝒈𝒊 𝒅𝒊 𝒘𝒂𝒌𝒕𝒖 𝒑𝒂𝒈𝒊;
𝑩𝒖𝒅𝒊 𝒅𝒂𝒏 𝒋𝒂𝒔𝒂 𝒔𝒆𝒕𝒖𝒍𝒖𝒔 𝒌𝒂𝒔𝒊𝒉,
𝑲𝒆𝒌𝒂𝒍 𝒅𝒊𝒌𝒆𝒏𝒂𝒏𝒈 𝒔𝒆𝒑𝒂𝒏𝒋𝒂𝒏𝒈 𝒉𝒂𝒓𝒊.

12 Oktober 2026 bersamaan 1 Jamadilawal 1448H– Seluruh warga kerja Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Melaka (JPeNM) merakamkan ucapan terima kasih dan selamat maju jaya kepada dua (2) orang pegawai yang bertukar ke tempat bertugas baharu, iaitu:

TUAN RADZWAN BIN ABDULLAH
Pegawai Syariah Gred LS10
Bahagian Sokongan Keluarga (Seksyen Negeri Sembilan) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

PUAN MARINA BINTI MOHAMMAD
Pegawai Syariah Gred LS10
Jabatan Bantuan Guaman Negeri Melaka (JBG).

Sesungguhnya, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Namun, kenangan, jasa dan ukhuwah yang terjalin akan terus terpahat dalam ingatan seluruh warga JPeNM.

Semoga pertukaran ini menjadi titik permulaan kepada kejayaan yang lebih cemerlang serta membuka ruang dan peluang baharu untuk terus menabur bakti dengan penuh dedikasi, amanah dan integriti.

𝑨𝒏𝒂𝒌 𝒊𝒕𝒊𝒌 𝒃𝒆𝒓𝒆𝒏𝒂𝒏𝒈-𝒓𝒆𝒏𝒂𝒏𝒈,
𝑨𝒊𝒓 𝒑𝒂𝒔𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒆𝒏𝒂𝒏𝒈-𝒕𝒆𝒏𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏;
𝑩𝒖𝒅𝒊 𝒔𝒆𝒅𝒊𝒌𝒊𝒕 𝒃𝒊𝒍𝒂 𝒌𝒂𝒏 𝒉𝒊𝒍𝒂𝒏𝒈,
𝑰𝒕𝒖 𝒎𝒆𝒏𝒋𝒂𝒅𝒊 𝒌𝒆𝒏𝒂𝒏𝒈-𝒌𝒆𝒏𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏.

Ikhlas daripada:
Ketua Pendakwa Syarie dan Seluruh Warga Kerja
Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Melaka (JPeNM)




𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐄𝐍𝐒𝐈 𝐀𝐆𝐀𝐌𝐀 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐁𝐈𝐋. 𝟑/𝟐𝟎𝟐𝟔MELAKA – 25 SEPTEMBER 2026 (JUMAAT) BERSAMAAN 13 RABIULA...
01/10/2026

𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐄𝐍𝐒𝐈 𝐀𝐆𝐀𝐌𝐀 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐁𝐈𝐋. 𝟑/𝟐𝟎𝟐𝟔

MELAKA – 25 SEPTEMBER 2026 (JUMAAT) BERSAMAAN 13 RABIULAKHIR 1448: Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Melaka (JPeNM) telah menganjurkan Perhimpunan Bulanan Agensi Agama Islam Negeri Melaka Bil. 3/2026 bertempat di Auditorium Masjid Al-Azim, Bukit Palah, Melaka. Perhimpunan ini telah menghimpunkan pegawai dan kakitangan daripada agensi-agensi agama Islam di Negeri Melaka sebagai wadah untuk memperkukuh jalinan kerjasama dan ukhuwah, menyemarakkan semangat kebersamaan serta memperkasa komitmen bersama dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan agama yang cekap dan berimpak kepada masyarakat.

Majlis dimulakan dengan bacaan al-Quran dan terjemahan, diikuti dengan ucapan aluan oleh Tuan Wan Mahyuddin bin Wan Muhammad, Ketua Pendakwa Syarie, JPeNM. Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh YB Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama. Dalam ucapannya beliau berharap agar seluruh agensi agama Islam Negeri Melaka terus memperkukuh kerjasama dan mengurangkan jurang antara institusi. “Kita bukan sekadar bekerja untuk jabatan masing-masing, tetapi bersama-sama memikul amanah yang lebih besar kepada agama, masyarakat, negeri dan negara”.

Antara pengisian istimewa perhimpunan ialah gimik peluncuan laman web rasmi JPeNM yang melambangkan komitmen jabatan dalam memperkukuh penyampaian maklumat secara digital. Laman web ini menjadi medium rasmi penyampaian maklumat berkaitan peranan, perkhidmatan dan aktiviti JPeNM kepada masyarakat. Perhimpunan turut diserikan dengan Majlis Penyampaian Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan (APCB) kepada dua (2) orang kakitangan daripada Jabatan Mufti Melaka sebagai penghargaan atas komitmen, dedikasi dan prestasi warga kerjanya dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan. Turut memeriahkan perhimpunan ini ialah majlis memotong pulut kuning sebagai simbolik sempena ulang tahun ke-66 Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), tanda penghargaan terhadap peranan dan sumbangan MAIM dalam pembangunan hal ehwal Islam di Negeri Melaka.

Pihak JPeNM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Datuk Rahmad bin Mariman kerana telah sudi hadir dan merasmikan perhimpunan pada kali ini, dan Zakat Melaka telah diberikan mandat untuk menjadi tuan rumah bagi perhimpunan bulanan agensi agama yang akan datang.

Disediakan Oleh :
Urus Setia BPP, JPeNM
1 Oktober 2026





𝐃𝐖𝐈𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌: 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐊𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐊𝐖𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 (𝐉𝐏𝐞𝐍𝐌)13 – 15 September 2026 bersamaan 1 hingga ...
21/09/2026

𝐃𝐖𝐈𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌: 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐊𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐊𝐖𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 (𝐉𝐏𝐞𝐍𝐌)

13 – 15 September 2026 bersamaan 1 hingga 3 Rabiulakhir, Peladang Setiu Agrotourism & Resort Terengganu – Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Melaka (JPeNM) telah melaksanakan Kursus Pengukuhan JPeNM yang bertempat di Peladang Setiu Agrotourism & Resort, Terengganu pada 13 hingga 15 September 2026.

Pelaksanaan kursus ini merupakan salah satu inisiatif JPeNM dalam memperkukuh semangat kerja berpasukan, meningkatkan komunikasi dan kerjasama antara pegawai dan kakitangan serta membina budaya kerja yang positif, harmoni dan produktif.

Sepanjang kursus ini berlangsung, para peserta telah menyertai pelbagai aktiviti interaktif, santai dan mencabar yang bukan sahaja mencetuskan suasana ceria, malah membuka ruang untuk mengeratkan hubungan, membina kepercayaan serta memperkukuh semangat kerja berpasukan. Pengisian yang dilaksanakan turut menyemarakkan motivasi dan semangat kebersamaan dalam kalangan pegawai dan kakitangan JPeNM, seterusnya diterjemahkan melalui kerjasama yang lebih mantap dalam pelaksanaan tugas.

Semoga pengisian dan pengalaman yang diperoleh sepanjang kursus ini dapat diterjemahkan dalam pelaksanaan tugas harian, sekali gus memperkukuh hubungan silaturahim, semangat kebersamaan dan kerjasama dalam kalangan pegawai dan kakitangan JPeNM demi meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan.




𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐊𝐖𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐊𝐄 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐊𝐖𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔MELAKA – 13 SEPTEM...
21/09/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐊𝐖𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐊𝐄 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐊𝐖𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔

MELAKA – 13 SEPTEMBER 2026 (AHAD) BERSAMAAN 1 RABIULAKHIR 1448: Satu lawatan kerja ke Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Terengganu (JPSNT) telah diadakan bagi mendapatkan pendedahan dan perkongsian ilmu berkaitan Sistem Pendakwaan Syariah Terengganu (SPST) yang telah dibangunkan dan digunakan secara rasmi oleh jabatan berkenaan.

Delegasi lawatan kerja dari Melaka seramai 19 orang ini telah diketuai oleh Tuan Wan Mahyuddin bin Wan Muhammad selaku Ketua Pendakwa Syarie Negeri Melaka bersama lapan belas (18) orang pegawai dan kakitangan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Melaka (JPeNM). Delegasi kami telah disambut mesra oleh Tuan Haji Kamalruazmi bin Ismail yang merupakan Pengarah merangkap Ketua Pendakwa Syarie Negeri Terengganu bersama barisan pegawai dan kakitangan JPSNT.

Sepanjang lawatan kerja ini berlangsung, para peserta telah diberikan taklimat dan perkongsian berkenaan Sistem Pendakwaan Syariah Terengganu (SPST) oleh Puan Wan Fatimatul Hanina binti Wan Mansor. Seterusnya sesi perkongsian, bertukar pandangan dan pengalaman berkaitan pembangunan serta penggunaan sistem tersebut yang dapat membantu meningkatkan kecekapan pengurusan dan penyampaian perkhidmatan di jabatan.

Di akhir lawatan ini, Tuan Wan Mahyuddin bin Wan Muhammad, Ketua Pendakwa Syarie Melaka telah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian JPSNT menerima kunjungan warga JPeNM. Diharapkan lawatan kerja ini dapat mengeratkan jalinan Kerjasama antara kedua-dua jabatan di samping menjadi platform/medium perkongsian, input dan rujukan dalam menambahbaik kualiti penyampaian perkhidmatan.

Disediakan Oleh :
Urus Setia BPP, JPeNM
21 September 2026





🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾Malaysia MADANI: Kesejahteraan DinikmatiIkhlas daripada:Ketua Pendakwa Syarie & Seluruh ...
16/09/2026

🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

Ikhlas daripada:
Ketua Pendakwa Syarie & Seluruh Warga Kerja
Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Melaka (JPeNM)




13/09/2026

Address

Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Melaka, No 1 & 3 , Jalan KPAA 1 , Kompleks Perniagaan Al-Azim, Bukit Palah, Melaka
Bukit Baru
75400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6062881416

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Melaka:

Share

Nearby government services