Pusat Kesihatan Universiti, UUM

Call Directions Website

Pusat Kesihatan Universiti, UUM KESEJAHTERAAN ANDA KEUTAMAAN KAMI.

1.Memberi perkhidmatan rawatan yang cekap kepada warga kampus dan masyarakat sekitarnya.
2.Mengesan penyakit yang dihidapi oleh pesakit dan memberikan rawatan.
3.Mencegah dan mengawal penyakit di dalam kampus dan kawasan sekitarnya.
4.Memastikan kawasan kampus bersih dan jauh dari gejala penyakit.
5.Meningkatkan pengetahuan kesihatan keseluruhan warga kampus

22 SEPTEMBER 2026 / 10 RABIULAKHIR 1448H====================================="UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"(THE...
23/09/2026

22 SEPTEMBER 2026 / 10 RABIULAKHIR 1448H
=====================================
"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

TINTA KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN WARGA UUM:

TEKANAN DARAH TINGGI DALAM KONTEKS WARGA UNIVERSITI
Tekanan darah tinggi atau hipertensi bukan terhad untuk golongan 50-an ke atas. Warga universiti seperti pensyarah, staf sokongan, dan bahkan pelajar pascasiswazah semakin ramai yang terkena dengan masalah ini tanpa mereka sedari.
Ini fakta yang disokong oleh Malaysian Clinical Practice Guidelines (CPG) for Hypertension 2023.



RUJUKAN
1. Ministry of Health Malaysia. (2023). Clinical Practice Guidelines: Management of Hypertension (6th ed.). Putrajaya: MOH Malaysia.
2. National Institute for Health and Care Excellence. (2019). Hypertension in Adults: Diagnosis and Management (NG136). London: NICE.
3. World Health Organization. (2023). Hypertension. Geneva: WHO. Dicapai daripada https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/hypertension
4. Kjeldsen, S. E. (2018). Hypertension and cardiovascular risk: General aspects. Pharmacological Research, 129, 95–99.
5. Putnam, K., McKibbin, L., Breitkopf, C. R., & Yee, B. (2021). Workplace wellness programs and hypertension: A systematic review. Journal of Occupational Health, 63(1), e12204.



“MALAYSIA MADANI”
“KEDAH SEJAHTERA – NIKMAT UNTUK SEMUA”
“ILMU BUDI BAKTI”
=======================================
Pusat Kesihatan dan Kesejahteraan Universiti

Universiti Utara Malaysia

06010 Sintok /Kedah Darulaman

Malaysia

Tel. : +604 928 2455

Fax : +604 928 2450

E-mail: [email protected]

09 SEPTEMBER 2026 / 27 RABIULAWAL 1448H======================================"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"(THE...
09/09/2026

09 SEPTEMBER 2026 / 27 RABIULAWAL 1448H
======================================
"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)


SELAMAT DATANG STAF BAHARU KE PUSAT KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN UNIVERSITI, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (PKKU UUM)


Semoga kehadiran dan sumbangan yang diberikan dapat bersama-sama memperkukuh penyampaian perkhidmatan kesihatan dan kesejahteraan kepada seluruh warga universiti.

“MALAYSIA MADANI”
“KEDAH SEJAHTERA – NIKMAT UNTUK SEMUA”
“ILMU BUDI BAKTI”

=======================================

Pusat Kesihatan dan Kesejahteraan Universiti
Universiti Utara Malaysia
06010 Sintok /Kedah Darulaman
Malaysia

Tel. : +604 928 2455
Fax : +604 928 2450
E-mail: [email protected]

09 SEPTEMBER 2026 / 27 RABIULAWAL 1448H======================================"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"(THE...
09/09/2026

09 SEPTEMBER 2026 / 27 RABIULAWAL 1448H
======================================
"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

MAKLUMAN PENGAMBILAN UBAT BERKALA DI PUSAT KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN UNIVERSITI (PKKU)

Sekian, terima kasih.
“MALAYSIA MADANI”
“KEDAH SEJAHTERA – NIKMAT UNTUK SEMUA”
“ILMU BUDI BAKTI”

=======================================

Pusat Kesihatan dan Kesejahteraan Universiti
Universiti Utara Malaysia
06010 Sintok /Kedah Darulaman
Malaysia

Tel. : +604 928 2455
Fax : +604 928 2450
E-mail: [email protected]

KEKAL SIHAT SEMASA JEREBUBagi mengurangkan pendedahan kepada kualiti udara yang tidak sihat, Pusat Kesihatan dan Kesejah...
03/09/2026

KEKAL SIHAT SEMASA JEREBU

Bagi mengurangkan pendedahan kepada kualiti udara yang tidak sihat, Pusat Kesihatan dan Kesejahteraan Universiti (PKKU), Universiti Utara Malaysia (UUM) menyarankan agar orang ramai mempraktikkan 7 langkah pencegahan utama berikut:

“MALAYSIA MADANI”
“KEDAH SEJAHTERA – NIKMAT UNTUK SEMUA”
“ILMU BUDI BAKTI”

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KALI KE-69 IKHLAS DARIPADA SELURUH WARGA KERJA PUSAT KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN UNIV...
01/09/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KALI KE-69 IKHLAS DARIPADA SELURUH WARGA KERJA PUSAT KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN UNIVERSITI


“MALAYSIA MADANI”
“KEDAH SEJAHTERA – NIKMAT UNTUK SEMUA”
“ILMU BUDI BAKTI”


=======================================
Pusat Kesihatan dan Kesejahteraan Universiti
Universiti Utara Malaysia
06010 Sintok /Kedah Darulaman
Malaysia
Tel. : +604 928 2455
Fax : +604 928 2450
E-mail: [email protected]

UUM PERKUKUH KOMITMEN KESEJAHTERAAN PESARA UUM MENERUSI KARNIVAL KESIHATAN PESARA TAHUN 2026PKKU Online, 24 Ogos 2026 – ...
26/08/2026

UUM PERKUKUH KOMITMEN KESEJAHTERAAN PESARA UUM MENERUSI KARNIVAL KESIHATAN PESARA TAHUN 2026

PKKU Online, 24 Ogos 2026 – Pusat Kesihatan dan Kesejahteraan Universiti (PKKU), Universiti Utara Malaysia (UUM), dengan kerjasama Persatuan Pesara UUM (PPUUM), telah menganjurkan Karnival Kesihatan Pesara Tahun 2026 yang disertai seramai 75 orang pesara UUM.

Sebagai tanda keprihatinan dan penghargaan terhadap kebajikan warga pesara, Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Bakti bin Hasan Basri, Timb Naib Canselor (HEP & Alumni) dan Yang Berbahagia Prof. Dr. Ahmad Martadha Bin Mohamed, Naib Canselor UUM telah meluluskan pelaksanaan pemeriksaan kesihatan tanpa caj khusus kepada para pesara UUM yang menyertai program ini. Inisiatif tersebut memberi peluang kepada para pesara mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara percuma, di samping menggalakkan mereka mengambil langkah proaktif dalam memantau tahap kesihatan.

Program dimulakan dengan sesi pemeriksaan kesihatan bagi membantu para peserta mengetahui status kesihatan masing-masing, di samping meningkatkan kesedaran tentang kepentingan melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala sebagai langkah pencegahan dan pengesanan awal masalah kesihatan. Selain itu, para peserta turut mengikuti ceramah kesihatan fizikal yang disampaikan oleh Pengarah PKKU, Dr. Adi Azhar bin Abdul Razak, serta ceramah kesihatan mental oleh Pegawai Psikologi PKKU, Dr. Asma binti Mat.

Sesi perkongsian tersebut memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada para pesara mengenai kepentingan penjagaan kesihatan secara menyeluruh yang merangkumi aspek fizikal, mental dan kesejahteraan emosi. Pendekatan ini selaras dengan usaha UUM untuk memastikan golongan pesara terus diberi perhatian dan sokongan dalam menjalani kehidupan yang aktif, sihat dan sejahtera.

Karnival ini turut menjadi wadah untuk memperkukuh hubungan antara PKKU dengan warga pesara UUM, selain menzahirkan penghargaan terhadap jasa, khidmat bakti dan sumbangan mereka yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan universiti.
Program berlangsung dalam suasana mesra dan harmoni serta mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para peserta. Penganjuran Karnival Kesihatan Pesara ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan UUM dalam memperkasa aspek kebajikan, kesihatan dan kesejahteraan warga pesara universiti.

Berita Oleh: Cik Nor Hanis binti Subri

BENGKEL SEJAHTERA MERDEKA MADANI PERKASA KESEJAHTERAAN STAF23 Ogos 2026, UUM – Pusat Kesihatan dan Kesejahteraan (PKKU),...
24/08/2026

BENGKEL SEJAHTERA MERDEKA MADANI PERKASA KESEJAHTERAAN STAF

23 Ogos 2026, UUM – Pusat Kesihatan dan Kesejahteraan (PKKU), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan Bengkel Sejahtera Merdeka Madani: Memperkasa Swadiri, Memperkukuh Organisasi yang berlangsung di EDC Hotels & Resorts UUM.

Bengkel ini melibatkan seramai 24 orang staf PKKU yang terpilih dan bertujuan memperkukuh kesejahteraan diri, memupuk semangat kerjasama serta memperkasa warga kerja dalam organisasi.

Program telah disampaikan oleh Puan Sabasiah, Pensyarah Kanan UUM, manakala majlis turut dikendalikan oleh Dr. Asma, Pegawai Psikologi Kanan UUM. Program ini turut dibantu oleh urusetia Unit Kesejahteraan PKKU.

Bengkel yang berlangsung dalam suasana santai dan interaktif ini memberi ruang kepada para peserta untuk meningkatkan kesedaran kendiri, membina hubungan kerja yang positif serta memperkukuh semangat berpasukan.

Diharapkan program ini dapat memberi manfaat kepada para peserta dan seterusnya menyumbang kepada pembentukan warga PKKU yang lebih sejahtera, positif dan berdaya saing.

Berita oleh : Pn. Farah Dina bt Mohd Khairuldin

Sesi Perkongsian Refleksi Diri Bersama Warga Unit Harta Benda dan Kemudahan19 Ogos 2026 – Unit Psikologi Klinikal, Pusat...
24/08/2026

Sesi Perkongsian Refleksi Diri Bersama Warga Unit Harta Benda dan Kemudahan

19 Ogos 2026 – Unit Psikologi Klinikal, Pusat Kesihatan dan Kesejahteraan Universiti (PKKU) telah dijemput oleh Unit Harta Benda dan Kemudahan (UHBK), Jabatan Pembangunan dan Penyenggaraan Infrastruktur (JPPI) untuk menyampaikan sesi perkongsian bertajuk “Refleksi Diri: Bekerja Dengan Tenang, Hidup Dengan Bermakna”.

Sesi yang dilaksanakan secara fizikal ini melibatkan kesemua 17 orang staf UHBK. Penganjuran sesi ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk memberikan ruang kepada warga kerja membuat refleksi terhadap diri, kehidupan dan pengalaman di tempat kerja, di samping memperkukuh aspek motivasi, daya tahan mental dan semangat berpasukan.

Perkongsian memberi fokus kepada kepentingan mengenali diri, memahami tekanan dan cabaran dalam kehidupan seharian, mengurus kesejahteraan psikologi serta membina daya tahan dalam menghadapi tuntutan pekerjaan. Pendekatan yang digunakan turut menekankan aspek praktikal dan refleksi supaya peserta dapat mengaitkan kandungan perkongsian dengan pengalaman serta situasi yang mereka lalui dalam kehidupan dan pekerjaan.

Selaras dengan objektif yang digariskan oleh pihak UHBK, sesi ini turut memberi penekanan kepada usaha meningkatkan motivasi, membina daya tahan mental, memperkukuh semangat berpasukan serta menyuntik semangat baharu dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebagai warga kerja.

Sesi berlangsung dalam suasana yang santai dan interaktif dengan penglibatan aktif daripada para peserta. Perkongsian yang disampaikan turut menerima maklum balas positif daripada warga UHBK, khususnya dari segi perkaitan topik dengan pengalaman mereka serta peluang yang diberikan untuk berhenti seketika dan melakukan refleksi terhadap diri sendiri.

Semoga sesi perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada warga UHBK dalam mengukuhkan kesejahteraan psikologi, meningkatkan daya tahan mental serta membina semangat yang lebih positif dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah di tempat kerja.

Berita oleh: Cik Nur Hafizah Bt Zainol

19 OGOS 2026 / 6 RABIULAWAL 1448H================================Oleh: Muhammad Syafiz OmarGambar oleh: Unit Latihan, Ja...
19/08/2026

19 OGOS 2026 / 6 RABIULAWAL 1448H
================================
Oleh: Muhammad Syafiz Omar
Gambar oleh: Unit Latihan, Jabatan Sumber Manusia

Kursus Pemindahan dan Pengendalian Pesakit Tingkat Kesiapsiagaan Staf Hadapi Situasi Kecemasan

UUM ONLINE: Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui kerjasama Unit Pembangunan Bakat dan Kompetensi, Jabatan Sumber Manusia bersama Pusat Kesihatan dan Kesejahteraan Universiti (PKKU) telah menganjurkan Kursus Pemindahan dan Pengendalian Pesakit bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta kesiapsiagaan staf dalam mengendalikan situasi kecemasan di kampus.

Kursus yang berlangsung di Dewan Seminar, Pusat Islam itu menghimpunkan seramai 95 peserta yang terdiri daripada anggota Pasukan Tindak Balas Kecemasan (Emergency Response Team), pemandu kenderaan, dan lain-lain kumpulan staf UUM. Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh tenaga pakar daripada PKKU yang berkongsi ilmu serta pengalaman berkaitan teknik pemindahan dan pengendalian pesakit secara selamat.

Penganjuran kursus ini bertujuan memperkukuhkan kemahiran peserta dalam mengangkat, memindahkan dan mengendalikan pesakit menggunakan teknik manual serta peralatan bantuan yang betul.

Selain itu, program ini turut memberi penekanan kepada aspek keselamatan bagi mengurangkan risiko kecederaan kepada pesakit dan anggota penyelamat, di samping meningkatkan tahap keyakinan staf dalam memberikan respons yang pantas dan berkesan ketika berhadapan dengan insiden kecemasan.


Sepanjang program berlangsung, peserta didedahkan dengan pelbagai modul merangkumi prinsip ergonomik dan mekanik badan, teknik pemindahan pesakit secara praktikal, penggunaan peralatan bantuan seperti stretcher dan ‘sliding board’, serta pengendalian situasi khas termasuk pesakit terjatuh dan kecemasan lain.Sesi soal jawab dan penilaian pada penghujung program turut memberi peluang kepada peserta memperkukuhkan kefahaman terhadap setiap modul yang dipelajari.

Timbalan Pendaftar, Mohd Zulkifli Bin Mohd Noor @ Muhammad berkata, melalui penganjuran kursus ini, UUM berharap semua peserta dapat mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang diperoleh dalam tugasan harian, sekali gus meningkatkan tahap keselamatan di kampus serta memastikan kebajikan warga universiti sentiasa terpelihara.Menurutnya, inisiatif ini juga mencerminkan komitmen berterusan universiti dalam membangunkan tenaga kerja yang kompeten, berkemahiran dan bersedia menghadapi sebarang situasi kecemasan secara profesional.

AUDIT KUALITI DALAMAN 2026 PKKU UUM BERJALAN LANCAR, MANTAPKAN PERKHIDMATAN KESIHATAN WARGA KAMPUSPKKU ONLINE -12 Ogos 2...
13/08/2026

AUDIT KUALITI DALAMAN 2026 PKKU UUM BERJALAN LANCAR, MANTAPKAN PERKHIDMATAN KESIHATAN WARGA KAMPUS

PKKU ONLINE -12 Ogos 2026 (Rabu), Pusat Kesihatan dan Kesejahteraan Universiti (PKKU), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah dihadiri pasukan juruaudit Kualiti Dalaman UUM yang dilantik oleh Pusat Pengurusan Kualiti dan Akrediti UUM. Tujuan audit dilaksanakan adalah bagi memastikan amalan pengurusan serta penyampaian perkhidmatan pusat tanggungjawab atau pusat pengajian sentiasa mematuhi standard MS ISO 9001:2015 selaras dengan hala tuju universiti.

Sesi audit bermula pada jam 9.00 pagi dengan ucapan aluan daripada Pengarah PKKU, Dr. Adi Azhar bin Abdul Razak. Beliau melahirkan rasa penghargaan atas kehadiran pasukan juruaudit serta menegaskan komitmen berterusan PKKU dalam memperkasa kualiti perkhidmatan perubatan dan kesihatan warga kampus.
Pasukan juruaudit bagi sesi audit kali ini diketuai oleh Puan Nurul Hamiza binti Hamzah, bersama tiga ahli juruaudit iaitu Puan Nur Afiqah binti Abu Bakar, Dr. Rawiyah binti Abd Hamid, dan Dr. Nurul Sharniza binti Husin.

Pelaksanaan audit merangkumi semakan dokumen, temubual bersama auditee, dan pemerhatian terhadap subproses berkaitan.
Secara keseluruhannya, proses pengauditan telah berjalan dengan amat lancar dan dalam majlis penutupan, pihak juruaudit membentangkan rumusan dapatan serta mengemukakan beberapa cadangan penambahbaikan berterusan (continuous improvement) yang konstruktif bagi memantapkan lagi keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) di PKKU.

Pihak pengurusan PKKU merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan juruaudit serta seluruh warga kerja PKKU di atas komitmen dan kerjasama cemerlang sepanjang program audit berlangsung.

Berita Oleh: Hasliza Hassan
Gambar: PKKU UUM

Address

Sintok
06010

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00

Telephone

+6049282525

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Kesihatan Universiti, UUM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby government services