Bersatu Bahagian Pulai P161

Bersatu Bahagian Pulai P161 PULAI mesti BERSATU . Berkhidmat untuk rakyat

KENYATAAN MEDIABERSATU BAHAGIAN PULAIBERSATU Bahagian Pulai menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa lebih 120 ahli dan...
09/07/2026

KENYATAAN MEDIA
BERSATU BAHAGIAN PULAI

BERSATU Bahagian Pulai menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa lebih 120 ahli dan pimpinan BERSATU Bahagian Pulai telah mengisytiharkan sokongan kepada Pakatan Harapan (PH).

Individu yang membuat kenyataan tersebut bukan lagi ahli aktif BERSATU. Sebahagian daripada mereka telah lama meninggalkan parti, bertanding sebagai calon Bebas, menyertai parti lain atau tidak lagi terlibat dalam pentadbiran dan aktiviti BERSATU Bahagian Pulai. Justeru, mereka tidak mewakili pendirian rasmi parti.

Kami turut menolak dakwaan bahawa BERSATU mengabaikan ahli-ahlinya. Sepanjang penubuhannya, pelbagai program kebajikan, khidmat masyarakat dan bantuan kepada ahli serta rakyat telah dilaksanakan mengikut kemampuan parti.

Dakwaan kononnya "120 ahli BERSATU menyokong PH" juga tidak disertakan dengan bukti yang boleh disahkan dan dilihat sebagai cubaan membentuk persepsi negatif terhadap BERSATU menjelang Pilihan Raya Negeri Johor.

Oleh yang demikian, BERSATU Bahagian Pulai yakin bahawa sokongan pengundi Perikatan Nasional kekal utuh dan tidak akan beralih kepada calon Pakatan Harapan.

BERSATU Bahagian Pulai menyeru semua pihak agar berpolitik secara matang, beretika dan tidak menyalahgunakan nama parti demi kepentingan politik tertentu.

BERSATU Bahagian Pulai

17/06/2026

BERSATU DEMI JOHOR

Ayuh bangkit bersama, satukan kekuatan dan gerakkan jentera menuju PRN Negeri Johor 2026!

Dengan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur, kita melangkah demi rakyat dan masa depan Johor yang lebih gemilang.

21 Jun 2026 | 8.00 Malam
SLF Ballroom, Bakri, Muar
https://share.google/0XrqleabNw0m1OYYm

04/06/2026

KENYATAAN MEDIA
KETUA BADAN PIMPINAN BERSATU JOHOR

BERSATU MERSING KEKAL UTUH DAN TERUS DIPERKASA

BERSATU Negeri Johor mengambil maklum kenyataan yang dibuat oleh YB Alwiyah Talib melalui sidang media yang diadakan sebentar tadi berhubung keputusan beliau meninggalkan parti dan kembali menyertai UMNO.

Sehingga kenyataan tersebut dibuat, pihak BERSATU Negeri Johor tidak menerima sebarang pemakluman awal mahupun surat rasmi daripada beliau berkenaan hasrat untuk keluar daripada parti. Justeru, kami hanya mengetahui perkara tersebut melalui laporan media dan sidang akhbar yang telah diadakan.

Walau bagaimanapun, BERSATU Johor menghormati hak dan keputusan peribadi beliau serta mengambil maklum tindakan yang telah dibuat.
Kita memahami bahawa cabaran dan tekanan yang dihadapi oleh pemimpin serta anggota parti pembangkang pada masa ini adalah amat tinggi. Namun, perjuangan politik yang berteraskan prinsip, integriti dan kepentingan rakyat memerlukan ketabahan serta kesetiaan yang berterusan.

BERSATU Johor ingin menegaskan bahawa keputusan seorang individu tidak akan menggugat kekuatan organisasi parti di Mersing mahupun di kawasan Endau. Parti ini mempunyai ramai pelapis terdiri daripada pemimpin lama yang berpengalaman serta muka-muka baharu yang bersemangat untuk meneruskan perjuangan dan menggerakkan parti di semua peringkat.
Malah, kita mempunyai ramai pemimpin pengganti daripada kalangan anak muda dan anggota yang kekal setia bersama perjuangan parti. Mereka bersedia memikul amanah dan meneruskan agenda memperjuangkan nasib rakyat serta memperkukuhkan kedudukan parti di kawasan ini.

BERSATU Mersing akan terus diperkasa, disusun dan diperkukuhkan dengan semangat kebersamaan seluruh ahli serta kepimpinan parti. Fokus kami adalah untuk memperkukuhkan organisasi, mendekati rakyat dan memastikan BERSATU terus menjadi wadah perjuangan yang relevan serta diyakini oleh masyarakat.

Perjuangan tidak terhenti dengan pemergian seseorang. BERSATU Mersing akan terus mara ke hadapan dengan saf kepimpinan yang lebih mantap dan komited demi agama, bangsa dan tanah air.

"Bersatu, Beramanah, Bermaruah"

Dikeluarkan oleh:
YB Dato' Dr Sahruddin Jamal.
Ketua BPN Negeri Johor
Tarikh: 4 Jun 2026

04/06/2026

KENYATAAN MEDIA
PENGERUSI PERIKATAN NASIONAL (PN) JOHOR

PEMBUBARAN DUN JOHOR: JENTERA PERIKATAN NASIONAL SIAP SEDIA DIGERAKKAN

Perikatan Nasional (PN) Johor mengambil maklum pengumuman rasmi pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berkuat kuasa 1 Jun 2026 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16.

Sehubungan itu, seluruh jentera PN Johor di semua peringkat negeri, bahagian, DUN, PDM dan cawangan berada dalam keadaan siap siaga sepenuhnya untuk digerakkan bagi menghadapi PRN yang bakal diadakan.

PN Johor telah membuat persiapan awal sejak sekian lama melibatkan penyusunan organisasi, pengukuhan gerak kerja akar umbi, latihan petugas pilihan raya serta pemetaan strategi di seluruh 56 kawasan DUN. Fokus utama kami adalah memastikan setiap jentera bergerak secara tersusun, berdisiplin dan berkesan bagi menyampaikan mesej perjuangan PN kepada rakyat Johor.

Pilihan raya ini bukan sekadar pertandingan politik, tetapi medan untuk rakyat menentukan masa depan negeri Johor. PN menawarkan sebuah perjuangan yang berteraskan integriti, kestabilan, kebajikan rakyat serta tadbir urus yang bersih dan bertanggungjawab.

Saya menyeru seluruh pimpinan, anggota parti serta penyokong PN supaya memperkukuhkan saf perjuangan, mengetepikan segala perbezaan dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada gerak kerja pilihan raya. Semangat kebersamaan dan kesatuan adalah kekuatan utama kita dalam menghadapi cabaran yang mendatang.

Pada masa yang sama, PN Johor akan terus mendekati rakyat, mendengar denyut nadi mereka serta membawa suara dan harapan rakyat ke hadapan. Kita yakin rakyat Johor mahukan sebuah kerajaan yang benar-benar memahami kesusahan mereka serta mampu menawarkan penyelesaian kepada isu kos sara hidup, peluang pekerjaan, pembangunan seimbang dan kesejahteraan rakyat.

Insya-Allah, dengan izin Allah SWT, kerja keras seluruh jentera dan sokongan rakyat, PN Johor akan memberikan saingan yang kuat serta berusaha memperoleh mandat rakyat demi masa depan Johor yang lebih baik.

"HEBATKAN JOHOR , KAMI PRIHATIN" dan Berintegriti Demi Johor.”

Dato' Dr. Sahruddin Jamal
Sahruddin Jamal
Pengerusi
Perikatan Nasional Johor
2 Jun 2026

30/05/2026
24/05/2026
21/05/2026

“Pas tidak bertanding di Johor? Itu hanyalah gerak saraf yang dimainkan oleh pihak tertentu bagi membentuk persepsi dan melemahkan semangat jentera," kata Mohd Firdaus.

21/05/2026

Pihaknya menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta pihak berkuasa berkaitan agar menjalankan siasatan segera dan mengambil tindakan pantas terhadap individu atau kumpulan terlibat dalam pengendalian akaun palsu tersebut.

Address

Johor Bahru

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bersatu Bahagian Pulai P161 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share