Pegawai Pergigian Daerah Kampar

Directions

Pegawai Pergigian Daerah Kampar Laman rasmi bagi Pegawai Pergigian Daerah Kampar untuk hebahan maklumat dan pengumuman rasmi

Selamat Hari Juruterapi Pergigian! 🦷✨Saya, mewakili Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah (PKPD) Kampar ingin merakamkan se...
01/07/2026

Selamat Hari Juruterapi Pergigian! 🦷✨

Saya, mewakili Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah (PKPD) Kampar ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua Juruterapi Pergigian, khususnya di PKPD Kampar, serta seluruh warga juruterapi pergigian di Malaysia.

Terima kasih atas segala komitmen, keikhlasan, dan usaha gigih anda dalam memastikan kesihatan pergigian masyarakat—terutamanya kanak-kanak—sentiasa terpelihara. Senyuman sihat yang terukir di wajah komuniti hari ini adalah hasil daripada sentuhan dedikasi dan kesabaran anda semua. Jasamu tiada galang ganti! Selamat menyambut Hari Juruterapi Pergigian, teruskan kecemerlangan dan bakti murni anda! 💙👏

Tahniah kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 dari PKPD Kampar. Dr. Wyncs Low Dr Wong Sok Mun, En. Five-z...
25/06/2026

Tahniah kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 dari PKPD Kampar. Dr. Wyncs Low Dr Wong Sok Mun, En. Five-zal Brutalz Puan effa dan En. Mohd Yuswan Yusof. Kecemerlangan bukanlah satu tindakan, melainkan satu tabiat.
Saya turut berbangga dengan pencapaian cemerlang tuan/puan. Terima kasih atas segala komitmen dan khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang tahun 2025.

Terus bersinar dan selamat maju jaya!

Selamat menyambut Maal Hijrah kepada warga kerja PKPD Kampar dan komuniti daerah Kampar.
17/06/2026

Selamat menyambut Maal Hijrah kepada warga kerja PKPD Kampar dan komuniti daerah Kampar.

Kini tiba bulan Muharram 1448 Hijrah. Semoga dapat menyinari hidup kita dengan memperbaiki diri, meningkatkan lagi keimanan, dan menjadikan tahun ini lebih baik dari tahun lalu.

Salam Maal Hijrah 1448H.

Sempena Hari Pembantu Pembedahan Pergigian ini, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan sekalung penghargaan dan...
13/06/2026

Sempena Hari Pembantu Pembedahan Pergigian ini, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan Pembantu Pembedahan Pergigian (PPP) di PKPD Kampar dan seluruh negara atas dedikasi dan khidmat bakti yang dicurahkan. Sebagai tunjang belakang dalam perkhidmatan kesihatan pergigian, peranan mereka amatlah besar—bermula daripada menguruskan pendaftaran pesakit dan memastikan ketersediaan peralatan klinikal, sehinggalah menyantuni serta menenangkan pesakit di kerusi rawatan. Komitmen tinggi yang dipamerkan oleh warga PPP bukan sahaja melancarkan urusan para pegawai pergigian, malah berjaya memastikan setiap pesakit menerima rawatan yang selamat, selesa, dan berkualiti demi senyuman yang lebih sihat. Sifat sabar dan keikhlasan anda semua amat saya hargai!

Say NO to quack dentists.
03/06/2026

Say NO to quack dentists.

🛑 JANGAN PERTARUHKAN KESIHATAN MULUT ANDA! 🛑

Bahaya menanti jika anda memilih pengamal pergigian haram atau 'Doktor Gigi Palsu'.

Rawatan pergigian haram yang tidak mengikut standard keselamatan boleh menyebabkan:
❌ Kecederaan kekal pada struktur gigi dan gusi
❌ Jangkitan kuman yang berbahaya
❌ Komplikasi kesihatan yang serius

Kesihatan mulut adalah aset berharga anda. Sayangilah diri sebelum terlambat!

📌 Ambil tindakan bijak sekarang:

🔍 KENALI ciri-ciri doktor gigi palsu.
💻 PERIKSA status pendaftaran pengamal pergigian anda di sini:
👉 https://mhps.moh.gov.my/SEARCH/
📢 LAPORKAN sebarang keraguan dengan SEGERA.

Dapatkan rawatan hanya daripada pengamal pergigian bertauliah di klinik pergigian yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

31/05/2026

Selamat Menyambut Hari Wesak kepada semua yang meraikannya. Semoga hari yang penuh keberkatan ini membawa ketenangan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua.

Ikhlas daripada,
PKPD Kampar

30/05/2026

𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐕𝐢𝐝𝐞𝐨 𝐓𝐢𝐤𝐭𝐨𝐤:
𝐌𝐢𝐧𝐠𝐠𝐮 𝐏𝐫𝐨𝐦𝐨𝐬𝐢 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐠𝐢𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤 𝟐𝟎𝟐𝟔

Saya sebenarnya ingin membantu pasukan pergigian menghebahkan Pertandingan Video TikTok sempena Minggu Promosi Kesihatan Pergigian Negeri Perak 2026 yang bertemakan:

“𝑇𝑖𝑎𝑑𝑎 𝐾𝑒𝑠𝑖ℎ𝑎𝑡𝑎𝑛 𝑇𝑎𝑛𝑝𝑎 𝐾𝑒𝑠𝑖ℎ𝑎𝑡𝑎𝑛 𝑃𝑒𝑟𝑔𝑖𝑔𝑖𝑎𝑛.”

Pada mulanya, saya melihat hebahan yang telah disediakan dan bercadang untuk sekadar menekan butang share.

Tetapi selepas berfikir semula, rasanya sekadar berkongsi semula tidak mencukupi.

Jadi, entah bagaimana…

…𝒔𝒂𝒚𝒂 𝒑𝒖𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒕𝒖𝒌𝒂𝒓 𝒎𝒆𝒏𝒋𝒂𝒅𝒊 𝑻𝒐𝒐𝒕𝒉 𝑭𝒂𝒊𝒓𝒚 𝒑𝒖𝒍𝒂. 🧚‍♂️🦷

Jika Pengarah Kesihatan Negeri Perak pun sanggup memakai sayap demi membantu pasukan pergigian, apa p**a alasan kita untuk tidak menjadi kreatif?

Sama ada anda anggota kesihatan, pelajar, 𝘤𝘰𝘯𝘵𝘦𝘯𝘵 𝘤𝘳𝘦𝘢𝘵𝘰𝘳, artis, atau orang awam di negeri Perak yang mempunyai idea menarik; inilah masanya untuk anda tampilkan sisi kreatif anda dengan berkongsi mesej kesihatan pergigian dengan cara yang kreatif, segar dan dekat dengan masyarakat.

Kerana setiap senyuman ada penjaganya.

Dan kali ini, mungkin penjaga itu adalah anda.

Saya tahu rakyat Perak sememangnya kreatif.
Saya tidak sabar untuk melihat idea, bakat dan mesej kesihatan pergigian terbaik dari seluruh negeri.

Dan kepada warga Jabatan Kesihatan Negeri Perak,
saya mengharapkan sekurang-kurangnya satu penyertaan daripada setiap PTJ.

𝑻𝒉𝒆 𝑻𝒐𝒐𝒕𝒉 𝑭𝒂𝒊𝒓𝒚 𝒊𝒔 𝒘𝒂𝒕𝒄𝒉𝒊𝒏𝒈. 👀

Imbas kod QR pada poster untuk maklumat lanjut.
Jom bantu rakyat Perak tersenyum dengan lebih sihat.

Semoga pengorbanan yang dilalui hari ini diganti dengan rahmat dan rezeki yang melimpah ruah.Selamat Hari Raya Aidiladha...
26/05/2026

Semoga pengorbanan yang dilalui hari ini diganti dengan rahmat dan rezeki yang melimpah ruah.
Selamat Hari Raya Aidiladha.

SELAMAT HARI PEKERJA 2026: MENGHARGAI WIRA SENYUMAN KAMPAR🦷✨Sempena Hari Pekerja 2026 ini, saya ingin merakamkan setingg...
01/05/2026

SELAMAT HARI PEKERJA 2026: MENGHARGAI WIRA SENYUMAN KAMPAR🦷✨

Sempena Hari Pekerja 2026 ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga kerja di:

📍 Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kampar
📍 Klinik Pergigian Kampar
📍 Klinik Pergigian Gopeng
📍 Klinik Pergigian Malim Nawar

Terima kasih atas dedikasi, komitmen, dan penat lelah anda semua dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik. Daripada rawatan di kerusi pergigian hingga ke program kesedaran komuniti, sumbangan anda adalah nadi dalam meningkatkan status kesihatan pergigian masyarakat.

Keringat anda bukan sekadar tugasan, tetapi ibadah dalam memastikan komuniti daerah Kampar memiliki senyuman yang sihat dan yakin.

Selamat Hari Pekerja kepada semua warga daerah Kampar, khususnya anggota Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kampar 🇲🇾

Gaya Hidup Aktif Bermula Dengan Kita!Mulai esok, kita onz... Ahli pasukan Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kampar, tog...
26/04/2026

Gaya Hidup Aktif Bermula Dengan Kita!

Mulai esok, kita onz... Ahli pasukan Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kampar, together we can do it!

Pasukan PR243 menuju 20 points/sehari.
Bukan sekadar bicara, boss pun masuk 🏃‍♀️


Address

Aras 1, Klinik Kesihatan Kampar, Jalan Degong
Kampar
31900

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pegawai Pergigian Daerah Kampar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby government services