Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Pulau Pinang

Call Directions

Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Pulau Pinang Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Pulau Pinang (Official)

PROGRAM KHAS AKU KASIH MALAYSIA: KOMUNITI PEKAK ZON UTARA1 November 2026 | Ahad | Dewan Pembangunan Siswa, USM Kampus In...
01/11/2026

PROGRAM KHAS AKU KASIH MALAYSIA: KOMUNITI PEKAK ZON UTARA
1 November 2026 | Ahad | Dewan Pembangunan Siswa, USM Kampus Induk Pulau Pinang

AKM, aktiviti, kefahaman, peranan, MADANI

01/11/2026
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐀𝐊𝐔 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀: 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐊𝐀𝐊 𝐙𝐎𝐍 𝐔𝐓𝐀𝐑𝐀𝟏 𝐍𝐨𝐯𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐀𝐡𝐚𝐝 | 𝐃𝐞𝐰𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐬𝐰𝐚, 𝐔𝐒𝐌 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐬 𝐈𝐧...
01/11/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐀𝐊𝐔 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀: 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐊𝐀𝐊 𝐙𝐎𝐍 𝐔𝐓𝐀𝐑𝐀

𝟏 𝐍𝐨𝐯𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐀𝐡𝐚𝐝 | 𝐃𝐞𝐰𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐬𝐰𝐚, 𝐔𝐒𝐌 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐬 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐤

Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Program Khas Aku Kasih Malaysia: Komuniti Pekak Zon Utara yang bertujuan memberikan pendedahan serta meningkatkan kesedaran dalam kalangan komuniti pekak mengenai hak, peluang dan pelbagai bentuk bantuan serta sokongan yang boleh dimanfaatkan bagi meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup mereka.

Program ini menampilkan slot perkongsian daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang disampaikan oleh En. Mohd Hafiz Bin Mohamad Ghazali berkaitan Skim Lindung 24 Jam. Perkongsian ini memberikan pendedahan dan pemahaman kepada komuniti pekak mengenai kepentingan perlindungan keselamatan sosial, skop perlindungan serta manfaat yang disediakan melalui skim tersebut.

Selain pengisian berbentuk perkongsian ilmu, pihak penganjur menyediakan reruai pameran dan penyampaian informasi daripada beberapa agensi dan organisasi yang terdiri daripada Yayasan Restu Wilayah Utara, Jabatan Tenaga Kerja Negeri Pulau Pinang, Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut serta Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang (ICU). Penyertaan agensi-agensi ini membuka peluang kepada komuniti pekak bagi mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan perkhidmatan, kemudahan, bantuan serta inisiatif yang disediakan, sekali gus memudahkan mereka mendapatkan akses kepada perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing secara langsung.

Slot interaktif Kenegaraan turut dilaksanakan bagi memperkukuh pengetahuan dan kefahaman peserta mengenai asas pembinaan negara bangsa, sejarah pembentukan Malaysia serta perkembangan negara. Pengisian turut merangkumi penghayatan terhadap Rukun Negara sebagai ideologi kebangsaan, Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara serta kepentingan memahami hak, tanggungjawab dan peranan setiap warganegara dalam memelihara keharmonian dan perpaduan negara.

Program ini diserikan dengan sesi perkongsian oleh YBhg. Dato' Dr. Haji Roslan bin Hj. Hussin, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia, yang menyentuh kepentingan penghayatan kenegaraan, semangat patriotisme serta peranan setiap warganegara dalam membina sebuah negara yang menyeluruh. Sesi ini juga menjadi platform untuk menyemarakkan semangat cintakan negara serta memperkukuh hubungan antara AKM dengan komuniti pekak.

Turut hadir sama dalam program ini ialah Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Pulau Pinang, Pengarah AKM Negeri Kedah, wakil AKM Negeri Perlis serta wakil-wakil persatuan orang pekak dari negeri-negeri dari Zon Utara. Kehadiran barisan kepimpinan serta wakil persatuan ini mencerminkan komitmen serta kerjasama erat dalam memperkukuh hubungan strategik antara AKM dengan komuniti pekak, khususnya dalam usaha memperluas penyampaian maklumat, meningkatkan kesedaran kenegaraan dan memperjuangkan kesejahteraan komuniti pekak.

Secara keseluruhannya, program ini bukan sahaja menjadi platform penyampaian maklumat dan perkongsian ilmu, malah turut membuka ruang kepada komuniti pekak untuk memahami hak dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara serta menghayati semangat patriotisme, perpaduan dan nilai-nilai kenegaraan. Usaha ini diharap dapat memperkukuh penyertaan komuniti pekak dalam pembangunan negara selaras dengan aspirasi membentuk sebuah Malaysia yang inklusif, harmoni dan bersatu padu.

𝐀𝐤𝐮 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 🇲🇾
𝐌𝐞𝐦𝐚𝐤𝐧𝐚𝐢 𝐇𝐚𝐫𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭






𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀 (𝐏𝐌𝐊) 𝐏𝐀𝐑𝐋𝐈𝐌𝐄𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐉𝐎𝐍𝐆𝟑𝟏 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮 | 𝐒𝐉𝐊 (𝐂) 𝐋𝐢 𝐓𝐞𝐤, 𝐆𝐞𝐨𝐫𝐠𝐞𝐭𝐨𝐰𝐧, 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠.Program MAD...
31/10/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀 (𝐏𝐌𝐊) 𝐏𝐀𝐑𝐋𝐈𝐌𝐄𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐉𝐎𝐍𝐆

𝟑𝟏 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮 | 𝐒𝐉𝐊 (𝐂) 𝐋𝐢 𝐓𝐞𝐤, 𝐆𝐞𝐨𝐫𝐠𝐞𝐭𝐨𝐰𝐧, 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠.

Program MADANI Kita Parlimen Tanjong anjuran Jabatan Belia & Sukan Negeri Pulau Pinang telah berlangsung dengan meriahnya dengan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan bersama komuniti setempat dalam usaha memperkukuh hubungan serta komunikasi dua hala antara kerajaan dengan rakyat.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Wong Yuee Harng, Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kota. Turut hadir YBrs. Encik Shamsuhaime Bin Basie, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda, YBrs. Puan Wan Nor Iza Binti Mohd Nor, Pengarah JBSN Pulau Pinang, YBrs. Miss Ong Ching Shi Timbalan Pengerusi Besar, Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang dan YBrs. Encik Vincent Tan Chor Lim, Presiden Majlis Belia Negeri Pulau Pinang.

Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Pulau Pinang turut mengambil bahagian dengan membuka reruai AKM yang mengetengahkan pelbagai aktiviti berkaitan kenegaraan serta turut mengendalikan Slot Pentas Interaktif Kenegaraan yang menguji pengetahuan peserta berkaitan kenegaraan dalam suasana interaktif santai. Reruai AKM mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran pengunjung seramai 530 orang sepanjang program berlangsung.

Diharapkan penglibatan AKM dalam program ini menjadi salah satu medium untuk mendekatkan pengisian kenegaraan kepada masyarakat serta memperluas kefahaman dan penghayatan terhadap nilai-nilai kenegaraan.

𝐀𝐤𝐮 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 🇲🇾
“𝐌𝐞𝐦𝐚𝐤𝐧𝐚𝐢 𝐇𝐚𝐫𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭” 🇲🇾







Penang has just outranked 25 other cities as the world's best-value base for digital nomads.Click Intelligence scored 26...
30/10/2026

Penang has just outranked 25 other cities as the world's best-value base for digital nomads.

Click Intelligence scored 26 cities across 15 countries on monthly living costs, internet access, safety and visa options. Penang took first place with 0.78, ahead of Busan in South Korea and Kuala Lumpur in third.

All-in living costs, rent included, came to €850 a month, about RM3,860. The DE Rantau Nomad Pass then lets remote workers stay 12 months.

Full story in the comments.

Source : Penang Today

BELANJAWAN TAHUN 2027 NEGERI PULAU PINANG“ MERAKYATKAN VISI, MENEMPA LEGASI “
30/10/2026

BELANJAWAN TAHUN 2027 NEGERI PULAU PINANG
“ MERAKYATKAN VISI, MENEMPA LEGASI “

Alhamdulillah lewat petang semalam direzekikan kami warga AKM Pulau Pinang meraikan Pre-Convo Cik Nor Athirah binti Abdu...
27/10/2026

Alhamdulillah lewat petang semalam direzekikan kami warga AKM Pulau Pinang meraikan Pre-Convo Cik Nor Athirah binti Abdul Ghani (Penolong Pegawai Latihan) yang akan bergraduasi pada tanggal 5 November, 2026 di USIM. Tahniah diucapkan kepada , semoga terus cemerlang dan mencapai segala impian yang dihasratkan..👏🏼👏🏼👏🏼




27/10/2026

𝐑𝐀𝐍𝐆𝐊𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐕𝐈𝐃𝐄𝐎 𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇
𝐉𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐇 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐊𝐔 : 𝐀𝐊𝐔 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 @ 𝐍𝐈𝐁𝐎𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐁𝐀𝐋

𝟐𝟒 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔







27/10/2026

𝐑𝐀𝐍𝐆𝐊𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐕𝐈𝐃𝐄𝐎 𝐉𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐇 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐊𝐔 : 𝐀𝐊𝐔 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 @ 𝐍𝐈𝐁𝐎𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐁𝐀𝐋

𝟐𝟒 - 𝟐𝟓 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔







𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐆𝐄𝐍𝐍𝐄𝐗𝐓 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍𝐆 𝟐𝟎𝟐𝟔𝟐𝟒–𝟐𝟓 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮 - 𝐀𝐡𝐚𝐝 | 𝐔𝐒𝐌 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐬 𝐊𝐞𝐣𝐮𝐫𝐮𝐭...
25/10/2026

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐆𝐄𝐍𝐍𝐄𝐗𝐓 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍𝐆 𝟐𝟎𝟐𝟔

𝟐𝟒–𝟐𝟓 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮 - 𝐀𝐡𝐚𝐝 | 𝐔𝐒𝐌 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐬 𝐊𝐞𝐣𝐮𝐫𝐮𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧

Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Pulau Pinang telah mengendalikan Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI: Belia Gennext Pulau Pinang 2026 dengan penyertaan seramai 70 orang peserta bertempat di Universiti Sains Malaysia (USM), Kampus Kejuruteraan, Transkrian.

Kursus ini bertujuan meningkatkan kefahaman generasi muda terhadap kenegaraan, memupuk semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta membentuk jati diri belia yang berwawasan dan bertanggungjawab dalam mendepani cabaran masa hadapan.

Program ini turut dihadiri oleh YBrs. Encik Mohd Termizi bin Mat Bunor @ Mohamed Nadzri, Pengarah AKM Negeri Pulau Pinang.

Sepanjang kursus berlangsung, para peserta menyertai pelbagai aktiviti interaktif termasuk penetapan matlamat dan agenda bertindak, aktiviti mencari identiti diri, outreach, bicara tokoh, jalinan pasukan, komunikasi serta pengukuhan. Aktiviti-aktiviti ini memberi peluang kepada peserta untuk meningkatkan kemahiran komunikasi, membina keyakinan diri, memupuk semangat kerjasama dan mengukuhkan hubungan sesama peserta dalam suasana pembelajaran yang aktif dan berkesan.

Kursus ini dikendalikan oleh Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Angkatan Belia Madani (ABM) Pulau Pinang, sebagai usaha berterusan memperkasa golongan belia melalui penghayatan nilai kenegaraan dan pembentukan generasi MADANI yang berilmu, berintegriti serta cintakan negara.







Address

Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri, Negeri Pulau Pinang
Kepala Batas
11020

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6048661496

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby government services