MARA Negeri Kelantan

Directions Website

MARA Negeri Kelantan Keusahawanan Dan Pendidikan Global

𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡𝗞𝗔𝗡 𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗥𝗨Setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dr. Azmi Amat Murjan atas pelantikan s...
01/11/2026

𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡𝗞𝗔𝗡 𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗥𝗨

Setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dr. Azmi Amat Murjan atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Pengarah MARA (Keusahawanan) dan YBhg. Encik Zahari Aziz sebagai Timbalan Ketua Pengarah MARA (Khidmat Pengurusan), berkuat kuasa 2 November 2026.

Perubahan portfolio ini menjadi sebahagian daripada usaha berterusan MARA dalam menerajui agenda pembangunan organisasi, meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta memperluas impak kepada usahawan dan masyarakat.

Ikhlas daripada Pengurusan dan warga kerja MARA.

𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡𝗞𝗔𝗡 𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗛Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Encik Shahrizal Mohd Saderi atas pelantik...
01/11/2026

𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡𝗞𝗔𝗡 𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗛

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Encik Shahrizal Mohd Saderi atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Pengarah MARA (Pendidikan), berkuat kuasa 2 November 2026.

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada kesinambungan kecemerlangan agenda pendidikan MARA dalam melahirkan modal insan Bumiputera yang berilmu, berkemahiran dan berdaya saing.

01/11/2026
01/11/2026

THE WAIT IS OVER! INILAH MALAM PENENTUAN!

50 SEKOLAH. 5 MINGGU PERSAINGAN. 10 FINALIS. HANYA SATU GELARAN JUARA! 🏆🔥

Dari seluruh pelosok negara, mereka hadir membawa impian, mempertaruhkan kreativiti dan membuktikan bahawa usia muda bukan penghalang untuk mencipta sesuatu yang LUAR BIASA! 💡🚀

Kini, perjalanan panjang itu tiba di kemuncaknya!

10 PASUKAN TERBAIK bakal bertarung di pentas paling berprestij untuk merebut gelaran yang menjadi impian setiap peserta…

🏆 JUARA JUNIOR INNOVATHON 2026! 🏆

Siapakah yang bakal mencipta sejarah? Inovasi manakah yang mampu memukau barisan juri? Dan pasukan mana yang bakal berdiri megah sebagai JUARA? 🔥

Bersama pengacara penuh karisma, ALIF SATAR, malam kemuncak ini turut digegarkan dengan kehadiran dua bintang hebat, NABILA RAZALI dan ARRA G, serta persembahan bertenaga yang bakal menghangatkan lagi pentas final! 🎤⚡

💥 INI BUKAN SEKADAR PERTANDINGAN!
🔥 INI PERTARUNGAN IDEA!
🚀 INI PENTAS GENERASI PENCIPTA MASA DEPAN!

SATU PENTAS. SATU IMPIAN. SATU GELARAN JUARA!








01/11/2026
01/11/2026

TERKINI | Sekumpulan pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Bagan Datuk muncul juara keseluruhan pertandingan Samsung Solve for Tomorrow 2026 menerusi inovasi set kepala rehabilitasi pintar yang direka untuk membantu individu yang mengalami masalah penglihatan bergerak dengan lebih selamat dan berdikari.

Pasukan InnovateZ menghasilkan peranti dikenali sebagai TheVisionSense, yang menggunakan teknologi penderia LiDAR dan ultrabunyi untuk mengesan halangan di persekitaran pengguna serta memberikan amaran audio secara masa nyata.

Menurut Samsung Malaysia Electronics, inovasi itu dibangunkan bagi membantu khususnya..

[Berita Penuh Diruangan Komen]

01/11/2026

💙 𝐌𝐄𝐌𝐈𝐌𝐏𝐈𝐍 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐓𝐈, 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐈𝐌𝐁𝐈𝐍𝐆 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐈𝐊𝐌𝐀𝐇

Kepimpinan bukan sekadar memberi arahan, tetapi amanah untuk membimbing dengan kebijaksanaan, memahami dengan empati dan membuat keputusan dengan adil.

✨ Pemimpin yang hebat bukan sekadar mencipta kejayaan, tetapi turut membina insan yang lebih baik.

𝗖𝗜𝗣𝗧𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗡𝗜𝗔𝗚𝗔𝗔𝗡 𝗝𝗨𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗥𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜𝗧, 𝗕𝗨𝗞𝗔 𝟱𝟱 𝗣𝗘𝗟𝗨𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗔𝗡𝗞𝗘𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔𝗪𝗔𝗡𝗔𝗡 | Kemahiran yang diperoleh melalui latihan GIATMA...
01/11/2026

𝗖𝗜𝗣𝗧𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗡𝗜𝗔𝗚𝗔𝗔𝗡 𝗝𝗨𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗥𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜𝗧, 𝗕𝗨𝗞𝗔 𝟱𝟱 𝗣𝗘𝗟𝗨𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗔𝗡

𝗞𝗘𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔𝗪𝗔𝗡𝗔𝗡 | Kemahiran yang diperoleh melalui latihan GIATMARA bukan sahaja menjadi asas kejayaan alumni membina perniagaan bernilai jutaan ringgit, malah turut membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat dan membawa produk tempatan menembusi pasaran antarabangsa. Kejayaan ini membuktikan bahawa pendidikan TVET mampu melahirkan usahawan yang bukan sahaja berdikari, malah menjadi penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.

Berita penuh di ruangan komen.

Address

Pejabat MARA Negeri Kelantan, Tingkat 6, Kompleks MARA, Jalan Dato Pati
Kota Bharu
15000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MARA Negeri Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby government services