Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam

Directions Website

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam Pihak Berkuasa Tempatan

“Menutup aurat bukan sekadar tuntutan, tetapi lambang ketaatan dan penjagaan maruah diri.”Jom bersama-sama memeriahkan P...
03/11/2026

“Menutup aurat bukan sekadar tuntutan, tetapi lambang ketaatan dan penjagaan maruah diri.”

Jom bersama-sama memeriahkan Program Forum “Auratmu Maruahmu” Anjuran MPKB-BRI, yang bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menutup aurat sebagai tuntutan agama serta lambang kehormatan dan maruah diri.

Ayuh hadir untuk menambah ilmu, menghayati pengisian dan mengambil manfaat daripada perkongsian panel jemputan.

📅 Tarikh: 24 November 2026 (Selasa)
⏰ Masa: 9.00 Pagi - 1.00 Tenghari
📍 Tempat: Mydin Tunjong Hypermarket




𝗡𝗢𝗧𝗜𝗦 𝗧𝗔𝗪𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗝𝗔𝗞 𝗣𝗔𝗦𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗡𝗗𝗔𝗦 𝗔𝗪𝗔𝗠 𝗠𝗣𝗞𝗕-𝗕𝗥𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟳
02/11/2026

𝗡𝗢𝗧𝗜𝗦 𝗧𝗔𝗪𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗝𝗔𝗞 𝗣𝗔𝗦𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗡𝗗𝗔𝗦 𝗔𝗪𝗔𝗠 𝗠𝗣𝗞𝗕-𝗕𝗥𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟳

30/10/2026

OPERASI MEROBOH BINAAN HARAM DI ATAS TANAH RIZAB KERAJAAN

KENYATAAN SEBUTHARGA
30/10/2026

KENYATAAN SEBUTHARGA

29/10/2026

𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍

Kerajaan Negeri Kelantan dengan penuh keprihatinan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan RM1,500 kepada semua penjawat awam negeri Gred Utama B dan ke bawah, termasuk lantikan kontrak.

Pembayaran Bantuan Khas Kewangan ini akan dilaksanakan dalam dua peringkat, iaitu sebelum Hari Raya Aidilfitri dan menjelang ambang Hari Kebangsaan dengan implikasi kewangan keseluruhan sebanyak RM7.13 juta.

𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗕𝗨𝗧𝗛𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗠𝗣𝗞𝗕-𝗕𝗥𝗜
29/10/2026

𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗕𝗨𝗧𝗛𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗠𝗣𝗞𝗕-𝗕𝗥𝗜

𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗠𝗘𝗥𝗢𝗕𝗢𝗛 𝗕𝗜𝗡𝗔𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗔𝗠 𝗗𝗜 𝗔𝗧𝗔𝗦 𝗧𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗥𝗜𝗭𝗔𝗕 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡Operasi meroboh binaan haram yang didirikan di atas tanah rizab...
28/10/2026

𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗠𝗘𝗥𝗢𝗕𝗢𝗛 𝗕𝗜𝗡𝗔𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗔𝗠 𝗗𝗜 𝗔𝗧𝗔𝗦 𝗧𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗥𝗜𝗭𝗔𝗕 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡

Operasi meroboh binaan haram yang didirikan di atas tanah rizab kerajaan telah dilaksanakan sebagai langkah penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa.

Operasi ini diketuai oleh Pejabat Tanah Jajahan Kota Bharu melibatkan kerjasama strategik antara Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tenaga Nasional Berhad, Air Kelantan Sdn Bhd dan Bahagian Penguatkuasaan Negeri Kelantan bagi memastikan tindakan penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan teratur dan lancar.

Tindakan ini bertujuan memastikan tanah rizab kerajaan tidak dicerobohi atau digunakan tanpa kebenaran pihak berkuasa, di samping memelihara kepentingan awam serta memastikan penggunaan tanah mematuhi peruntukan undang-undang yang ditetapkan.

MPKB-BRI akan terus bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi memastikan peraturan dipatuhi demi mewujudkan persekitaran bandar yang teratur, selamat dan sejahtera.

Kerjasama semua pihak amatlah dihargai dalam membantu pihak berkuasa memastikan kawasan pentadbiran Kota Bharu sentiasa terpelihara dan diurus dengan baik.

26/10/2026

SIARAN LANGSUNG KERJA SECARA UNDIAN BIL 2 MPKB-BRI 2026

PENYELENGGARAAN JALAN DI JALAN TAMAN MUTTAQIN, KOTA BHARU.

KOS PROJEK RM50,000.00

📢 [PENGUMUMAN RASMI] SENARAI KONTRAKTOR LAYAK & PINDAAN TARIKH CABUTAN UNDI PROJEK MPKB-BRISukacita dimaklumkan bahawa S...
25/10/2026

📢 [PENGUMUMAN RASMI] SENARAI KONTRAKTOR LAYAK & PINDAAN TARIKH CABUTAN UNDI PROJEK MPKB-BRI

Sukacita dimaklumkan bahawa Senarai Kontraktor Yang Layak untuk menyertai proses cabutan undi bagi projek-projek di bawah Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) adalah seperti di dalam gambar yang dilampirkan.

📌 PERHATIAN: PEMAKLUMAN PERUBAHAN TARIKH UNDI
Sila ambil maklum bahawa tarikh pelaksanaan cabutan undi telah DIPINDA kepada ketetapan baharu berikut:

🗓 Tarikh Baharu: 26 Oktober 2026 (Isnin)

⏰ Masa: 12:00 Tengah Hari

💻 Saluran Siaran Langsung: Secara Live di Facebook Rasmi MPKB-BRI

🖼 Semakan Senarai:

Sila semak senarai nama syarikat/kontraktor yang layak pada lampiran gambar di atas/bawah.

Pihak MPKB-BRI memohon maaf atas sebarang kesulitan berikutan perubahan tarikh ini. Kerjasama dan keprihatinan daripada semua kontraktor yang terlibat amatlah dihargai.

Address

Jalan Hospital
Kota Bharu
15000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share