Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sabah

Directions Website

Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sabah FACEBOOK RASMI JABATAN PENGANGKUTAN JALAN NEGERI SABAH Fungsi Bahagian Penguatkuasa

1.

Merancang, menyelaraskan dan memantau aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan untuk mempertingkatkan keberkesanan penguatkuasaan APJ 1987/ALPKP 1987.

2. Menguruskan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan senarai hitam, rekod KEJARA, penggantungan atau pembatalan lesen memandu.

3. Merancang, melaksana, memantau dan menilai program atau dasar baru penguatkuasaan.

4. Mengurus dan menyelenggara peralatan penguatkuasaan seperti senjata api, kenderaan dan pakaian seragam.

30/10/2026
𝐉𝐏𝐉 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀 @ 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐍𝐆𝐆𝐀𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔KOTA KINABALU, 24 Oktober 2026 – JPJ Negeri Sabah telah meny...
29/10/2026

𝐉𝐏𝐉 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀 @ 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐍𝐆𝐆𝐀𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔

KOTA KINABALU, 24 Oktober 2026 – JPJ Negeri Sabah telah menyertai Program MADANI KITA (PMK) bertemakan “𝐴𝑘𝑡𝑖𝑓 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑚𝑎 𝐾𝑜𝑚𝑢𝑛𝑖𝑡𝑖” anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sabah bertempat di Dewan Masyarakat Manggatal dan Padang Pekan Menggatal.

Program telah disempurnakan oleh YB Datuk Ir. Ts. Mustapha bin Sakmud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) merangkap Ahli Parlimen P171 Sepanggar. Majlis turut dihadiri oleh dif-dif kehormat, para jemputan serta komuniti setempat yang bersama-sama memberikan sokongan bagi menjayakan program tersebut.

Antara Perkhidmatan yang disediakan oleh JPJ Negeri Sabah ialah pertukaran topi keledar dewasa dan pemberian topi keledar kepada kanak-kanak sebagai usaha menyokong keselamatan jalan raya serta mendekatkan perkhidmatan jabatan kepada masyarakat.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen JPJ Negeri Sabah dalam menyokong inisiatif Kerajaan MADANI melalui kerjasama strategik antara jabatan, agensi, pihak swasta dan NGO demi kesejahteraan komuniti setempat.

𝑇𝑒𝑟𝑢𝑠𝑘𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑖𝑘𝑢𝑡𝑖 𝑙𝑎𝑚𝑎𝑛 𝑠𝑜𝑠𝑖𝑎𝑙 𝑟𝑎𝑠𝑚𝑖 𝐽𝑃𝐽 𝑁𝑒𝑔𝑒𝑟𝑖 𝑆𝑎𝑏𝑎ℎ 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑠𝑒𝑏𝑎𝑟𝑎𝑛 𝑖𝑛𝑓𝑜𝑟𝑚𝑎𝑠𝑖 𝑡𝑒𝑟𝑘𝑖𝑛𝑖

Facebook: https://shorturl.at/YnAjg
Instagram: https://shorturl.at/BLebO
Tik Tok: https://shorturl.at/Vd46X
TwitterX: https://rb.gy/2ihz7l
Youtube: https://shorturl.at/RCLKB

𝙇𝒊𝙠𝒆, 𝙁𝒐𝙡𝒍𝙤𝒘, 𝘾𝒐𝙢𝒎𝙚𝒏𝙩 & 𝙎𝒉𝙖𝒓𝙚!

29/10/2026

JOM MERIAHKAN MINI KARNIVAL INOVASI 2026!

Orang ramai dijemput hadir ke Mini Karnival Inovasi Kursus Profesionalisme Pegawai Pengangkutan Jalan Malaysia Tahun 2026.

📅 30 & 31 Oktober 2026 | Jumaat & Sabtu
⏰ 8.00 pagi – 6.00 petang
📍 Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia, Air Molek, Melaka

Terokai pameran pelbagai agensi dan syarikat serta aktiviti menarik seperti pertukaran topi keledar, cabutan bertuah dan kuiz interaktif. Turut menanti anda: Klinik Motosikal JPJ, Van Mobile JPJ dan food truck!

TERBUKA KEPADA ORANG RAMAI!
Ajak keluarga dan rakan-rakan. Rebut peluang untuk turut serta!









29/10/2026

MAJLIS PENTAULIAHAN TAMAT KURSUS PROFESIONALISME PEGAWAI PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA TAHUN 2026

DARI LATIHAN KEPADA KOMPETENSI, MENUJU KECEMERLANGAN PERKHIDMATAN

Sebuah perjalanan latihan menuju kecemerlangan profesional. Majlis pentauliahan ini menjadi simbol pengiktirafan terhadap komitmen, disiplin dan kompetensi kadet yang bersedia menggalas amanah serta tanggungjawab dalam perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.

📅 Tarikh: 31 Oktober 2026 (Sabtu)
🕗 Masa: 8.00 pagi
📍 Tempat: Dataran Kawad, Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia, Melaka

✨ Semua dijemput hadir bagi menyaksikan detik bermakna yang melambangkan lahirnya pegawai berkompetensi, berintegriti dan berjiwa profesional.









𝐉𝐏𝐉 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐔 𝐒𝐈𝐓𝐀 𝐊𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐋𝐎𝐑𝐈 𝐑𝐈𝐆𝐈𝐃-𝐊𝐀𝐑𝐆𝐎 𝐀𝐌 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐎𝐏𝐒 𝐊𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍TAWAU, 26 Oktober 2026 ...
26/10/2026

𝐉𝐏𝐉 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐔 𝐒𝐈𝐓𝐀 𝐊𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐋𝐎𝐑𝐈 𝐑𝐈𝐆𝐈𝐃-𝐊𝐀𝐑𝐆𝐎 𝐀𝐌 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐎𝐏𝐒 𝐊𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍

TAWAU, 26 Oktober 2026 – Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sabah (JPJ) melalui JPJ Cawangan Tawau telah menyita sebuah kenderaan perdagangan dalam Ops Kenderaan Perdagangan di Jalan Kuhara, Tawau.

Hasil pemeriksaan mendapati kenderaan perdagangan tersebut Lesen Kenderaan Motor Telah Tamat Tempoh & Perakuan Pemeriksaan Berkala (Puspakom) Tamat Tempoh.

Susulan kesalahan tersebut, tindakan berikut telah diambil:
✅ Kenderaan disita dan dibawa ke Jabatan Pengangkutan Jalan Tawau untuk tindakan lanjut.
✅ Notis Sita dikeluarkan.
✅ Notis saman dikeluarkan kepada pemandu dan pemilik kenderaan.

JPJ Negeri Sabah akan sentiasa melaksanakan penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan undang-undang serta meningkatkan keselamatan semua pengguna jalan raya.

𝑇𝑒𝑟𝑢𝑠𝑘𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑖𝑘𝑢𝑡𝑖 𝑙𝑎𝑚𝑎𝑛 𝑠𝑜𝑠𝑖𝑎𝑙 𝑟𝑎𝑠𝑚𝑖 𝐽𝑃𝐽 𝑁𝑒𝑔𝑒𝑟𝑖 𝑆𝑎𝑏𝑎ℎ 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑠𝑒𝑏𝑎𝑟𝑎𝑛 𝑖𝑛𝑓𝑜𝑟𝑚𝑎𝑠𝑖 𝑡𝑒𝑟𝑘𝑖𝑛𝑖

Facebook: https://shorturl.at/YnAjg
Instagram: https://shorturl.at/BLebO
Tik Tok: https://shorturl.at/Vd46X
TwitterX: https://rb.gy/2ihz7l
Youtube: https://shorturl.at/RCLKB

𝙇𝒊𝙠𝒆, 𝙁𝒐𝙡𝒍𝙤𝒘, 𝘾𝒐𝙢𝒎𝙚𝒏𝙩 & 𝙎𝒉𝙖𝒓𝙚!

𝐉𝐏𝐉 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐔 𝐒𝐈𝐓𝐀 𝐊𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐖𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐎𝐏𝐒 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐋𝐔𝐗𝐔𝐑𝐘TAWAU, 25 Oktober 2026 – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) C...
26/10/2026

𝐉𝐏𝐉 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐔 𝐒𝐈𝐓𝐀 𝐊𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐖𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐎𝐏𝐒 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐋𝐔𝐗𝐔𝐑𝐘

TAWAU, 25 Oktober 2026 – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Tawau telah menyita sebuah kenderaan mewah jenis Mercedes-Benz S320(A) di Jalan DR Yamamoto, Tawau menerusi Ops Khas Luxury.

Hasil pemeriksaan mendapati kenderaan berkenaan melakukan kesalahan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh.

JPJ Negeri Sabah akan terus mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan bagi memastikan setiap pemilik dan pengguna kenderaan mematuhi peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa. Langkah ini penting bagi memastikan setiap kenderaan yang digunakan di jalan raya memenuhi keperluan perundangan yang ditetapkan.

Orang ramai diingatkan supaya sentiasa memastikan Lesen Kenderaan Motor (LKM) masing-masing masih sah sebelum menggunakan kenderaan di jalan raya.

Pematuhan undang-undang jalan raya merupakan tanggungjawab bersama demi keselamatan dan kesejahteraan semua pengguna jalan raya.

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓 𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐀𝐃𝐕𝐎𝐊𝐀𝐒𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐄𝐒𝐎: 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐄𝐌𝐀𝐇KOTA KINABALU, 21 Oktober 2026 – Jabatan P...
21/10/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓 𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐀𝐃𝐕𝐎𝐊𝐀𝐒𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐄𝐒𝐎: 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐄𝐌𝐀𝐇

KOTA KINABALU, 21 Oktober 2026 – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah melaksanakan Program Libat Urus Advokasi Bersama Majikan PERKESO bertemakan Pemanduan Secara Berhemah bagi meningkatkan kesedaran majikan dan pekerja mengenai keselamatan jalan raya, pematuhan undang-undang lalu lintas serta amalan pemanduan yang bertanggungjawab.

Program ini turut memperkukuh kerjasama antara JPJ dan PERKESO dalam menyampaikan advokasi keselamatan jalan raya, khususnya kepada pekerja yang menggunakan kenderaan untuk urusan pekerjaan dan perjalanan harian.

Para peserta diberikan pendedahan mengenai kepentingan mematuhi peraturan jalan raya, memastikan kenderaan berada dalam keadaan selamat serta mengelakkan penggunaan telefon bimbit ketika memandu, memandu melebihi had laju dan memandu dalam keadaan letih. Majikan turut digalakkan memainkan peranan aktif dalam membudayakan keselamatan jalan raya di tempat kerja.

JPJ berharap program ini dapat meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab semua pihak dalam mengurangkan risiko kemalangan serta mewujudkan persekitaran jalan raya yang lebih selamat.

𝑇𝑒𝑟𝑢𝑠𝑘𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑖𝑘𝑢𝑡𝑖 𝑙𝑎𝑚𝑎𝑛 𝑠𝑜𝑠𝑖𝑎𝑙 𝑟𝑎𝑠𝑚𝑖 𝐽𝑃𝐽 𝑁𝑒𝑔𝑒𝑟𝑖 𝑆𝑎𝑏𝑎ℎ 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑠𝑒𝑏𝑎𝑟𝑎𝑛 𝑖𝑛𝑓𝑜𝑟𝑚𝑎𝑠𝑖 𝑡𝑒𝑟𝑘𝑖𝑛𝑖

Facebook: https://shorturl.at/YnAjg
Instagram: https://shorturl.at/BLebO
Tik Tok: https://shorturl.at/Vd46X
TwitterX: https://rb.gy/2ihz7l
Youtube: https://shorturl.at/RCLKB

𝙇𝒊𝙠𝒆, 𝙁𝒐𝙡𝒍𝙤𝒘, 𝘾𝒐𝙢𝒎𝙚𝒏𝙩 & 𝙎𝒉𝙖𝒓𝙚!

𝐉𝐏𝐉 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐔 𝐒𝐈𝐓𝐀 𝐌𝐎𝐓𝐎𝐒𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐎𝐏𝐒 𝐄𝐊𝐒𝐓𝐑𝐄𝐌TAWAU, 21 Oktober 2026 – Unit UPB Falcon JPJ Tawau melalui Ops Extrem...
21/10/2026

𝐉𝐏𝐉 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐔 𝐒𝐈𝐓𝐀 𝐌𝐎𝐓𝐎𝐒𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐎𝐏𝐒 𝐄𝐊𝐒𝐓𝐑𝐄𝐌

TAWAU, 21 Oktober 2026 – Unit UPB Falcon JPJ Tawau melalui Ops Extrem telah menahan sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC di Jalan Dunlop, di hadapan Laksaman Executive & Boutique Hotel.

Penahanan di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 itu dilakukan susulan beberapa kesalahan yang dikenal pasti

⛔️ Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh
⛔️ Tiada perlindungan insurans
⛔️ Kegagalan mempamerkan nombor pendaftaran di bahagian hadapan dan belakang
⛔️ Pengubahsuaian bentuk serta peralatan kenderaan
⛔️ Brek tidak disenggara
⛔️ Penyenyap bunyi tidak mengikut spesifikasi
⛔️ Tiada Cermin Pembalik (Pemantul)

JPJ Negeri Sabah akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan bagi memastikan setiap kenderaan mematuhi peruntukan undang-undang serta spesifikasi keselamatan yang ditetapkan demi keselamatan dan kesejahteraan semua pengguna jalan raya.

𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐆𝐄𝐌𝐏𝐔𝐑 𝐊𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐉𝐏𝐉 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐁𝐄𝐋𝐔𝐃KOTA BELUD, 21 Oktober 2026 – Jabatan Pengangkutan Jalan (JP...
21/10/2026

𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐆𝐄𝐌𝐏𝐔𝐑 𝐊𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐉𝐏𝐉 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐁𝐄𝐋𝐔𝐃

KOTA BELUD, 21 Oktober 2026 – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Kota Belud telah melaksanakan Operasi Gempur Kenderaan Perdagangan di Jalan Kota Belud–Kudat.

Operasi ini bertujuan meningkatkan tahap pematuhan pengusaha dan pemandu kenderaan perdagangan terhadap undang-undang serta peraturan pengangkutan jalan raya yang berkuat kuasa, selain memastikan kenderaan yang beroperasi mematuhi spesifikasi dan standard keselamatan yang ditetapkan.

JPJ Negeri Sabah akan terus mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan undang-undang, mengurangkan kesalahan melibatkan kenderaan perdagangan serta menjamin keselamatan semua pengguna jalan raya.

𝑇𝑒𝑟𝑢𝑠𝑘𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑖𝑘𝑢𝑡𝑖 𝑙𝑎𝑚𝑎𝑛 𝑠𝑜𝑠𝑖𝑎𝑙 𝑟𝑎𝑠𝑚𝑖 𝐽𝑃𝐽 𝑁𝑒𝑔𝑒𝑟𝑖 𝑆𝑎𝑏𝑎ℎ 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑠𝑒𝑏𝑎𝑟𝑎𝑛 𝑖𝑛𝑓𝑜𝑟𝑚𝑎𝑠𝑖 𝑡𝑒𝑟𝑘𝑖𝑛𝑖

Facebook: https://shorturl.at/YnAjg
Instagram: https://shorturl.at/BLebO
Tik Tok: https://shorturl.at/Vd46X
TwitterX: https://rb.gy/2ihz7l
Youtube: https://shorturl.at/RCLKB

𝙇𝒊𝙠𝒆, 𝙁𝒐𝙡𝒍𝙤𝒘, 𝘾𝒐𝙢𝒎𝙚𝒏𝙩 & 𝙎𝒉𝙖𝒓𝙚!

𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐒𝐓𝐄𝐒𝐄𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓 𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐓𝐄𝐋𝐈𝐏𝐎𝐊TELIPOK, 21 Oktober 2026 – Anggota Stesen Penguat Kuasa (SPK) Te...
21/10/2026

𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐒𝐓𝐄𝐒𝐄𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓 𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐓𝐄𝐋𝐈𝐏𝐎𝐊

TELIPOK, 21 Oktober 2026 – Anggota Stesen Penguat Kuasa (SPK) Telipok telah membantu seorang pengguna jalan raya yang mengalami masalah tayar kenderaan di bahu Jalan Tuaran, berhampiran Telipok.

Bantuan menukar tayar tersebut mencerminkan keprihatinan dan komitmen anggota JPJ dalam membantu masyarakat yang menghadapi kesulitan di jalan raya.

JPJ Negeri Sabah merakamkan penghargaan kepada anggota yang terlibat atas inisiatif dan keprihatinan yang ditunjukkan, selaras dengan usaha jabatan untuk terus memberikan perkhidmatan yang berintegriti, profesional dan mesra masyarakat.

𝑇𝑒𝑟𝑢𝑠𝑘𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑖𝑘𝑢𝑡𝑖 𝑙𝑎𝑚𝑎𝑛 𝑠𝑜𝑠𝑖𝑎𝑙 𝑟𝑎𝑠𝑚𝑖 𝐽𝑃𝐽 𝑁𝑒𝑔𝑒𝑟𝑖 𝑆𝑎𝑏𝑎ℎ 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑠𝑒𝑏𝑎𝑟𝑎𝑛 𝑖𝑛𝑓𝑜𝑟𝑚𝑎𝑠𝑖 𝑡𝑒𝑟𝑘𝑖𝑛𝑖

Facebook: https://shorturl.at/YnAjg
Instagram: https://shorturl.at/BLebO
Tik Tok: https://shorturl.at/Vd46X
TwitterX: https://rb.gy/2ihz7l
Youtube: https://shorturl.at/RCLKB

𝙇𝒊𝙠𝒆, 𝙁𝒐𝙡𝒍𝙤𝒘, 𝘾𝒐𝙢𝒎𝙚𝒏𝙩 & 𝙎𝒉𝙖𝒓𝙚!

Address

JPJ Negeri Sabah, Jalan Bundusan, Penampang
Kota Kinabalu
88998

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby government services