PKEM KEMAS Daerah Putatan

Directions

PKEM KEMAS Daerah Putatan Kelas kemahiran kemas putatan

17/09/2026

𝐏𝐄𝐑𝐌𝐎𝐇𝐎𝐍𝐀𝐍 𝐀𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀

Hebahan Permohonan Dan 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐭𝐢𝐡 𝐒𝐞𝐬𝐢 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟕 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐚𝐮𝐥𝐢𝐚𝐡 𝐀𝐤𝐚𝐝𝐞𝐦𝐢 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐡𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐒𝐞𝐫𝐢 𝐈𝐬𝐤𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 𝐃𝐚𝐧 𝐀𝐤𝐚𝐝𝐞𝐦𝐢 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐡𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐆𝐨𝐩𝐞𝐧𝐠 melalui sistem UP_TVET @ TVET MADANI

Permohonan boleh dibuat pada ketetapan berikut :

𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐦𝐨𝐡𝐨𝐧𝐚𝐧 : 𝟏 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐬𝐞𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝟏𝟔 𝐍𝐨𝐯𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝟒𝟒 𝐇𝐚𝐫𝐢)

Pautan Permohonan : https://mohon.tvet.gov.my

Kursus Yang ditawarkan:

𝐀𝐤𝐚𝐝𝐞𝐦𝐢 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐡𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐒𝐞𝐫𝐢 𝐈𝐬𝐤𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 (𝐀𝐊𝐊𝐒𝐈)

SKM Tahap 3
1. Operasi Teknikal Pakaian Wanita (C141-005-3:2021)

DKM Tahap 4
1. Operasi Pengeluaran Pakaian (C141-006-4:2021)

DLKM Tahap 5
1. Reka Bentuk Dan Pengeluaran Pakaian
(C141-006-5:2021)

Kursus Yang ditawarkan :

𝐀𝐤𝐚𝐝𝐞𝐦𝐢 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐡𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐆𝐨𝐩𝐞𝐧𝐠 (𝐀𝐊𝐊𝐆𝐎)

SKM Tahap 2
1. Jahitan Pakaian Lelaki (C141-001-2:2017)

SKM Tahap 2
1. Penyediaan Dan Penghasilan Makanan (I561-005-2:2022)

SKM Tahap 3
1. Penyeliaan Dan Jahitan Pakaian Lelaki (C141-001-3:2017)

SKM Tahap 3
1. Operasi Seni Kulinari (I561-005-3:2022)

Pemohon mesti mendaftar akaun jika tidak mempunyai akaun (myspike) sebelum membuat permohonan.

Tatacara Permohonan Kursus boleh di muat turun di laman web UP_TVET (Manual Pengguna)

Sebarang pertanyaan Dan maklumat lanjut boleh terus berhubung ke talian 013-7513645 / 016-9610651 (Cik Hazeliany-AKKSI) Dan 016-4474515 (En. Azraf-AKKGO).

Prasyarat Kemas**an ke AKKSI dan AKKGO melalui sistem UP-TVET adalah :-

1. Lepasan SPM @ Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis (mengikut kursus / tahap)
2. Umur 18 tahun hingga 30 tahun
3. Bujang / Belum berkahwin
4. Warganegara
5. Bumiputera / Sabah / Sarawak
6. Memiliki Sijil SKM terdahulu Dalam bidang Yang Sama bagi permohonan SKM Tahap 3,
7. Tidak buta warna
8. Sihat tubuh badan
9. Keutamaan kepada golongan B40
10. Bukan pemegang kad OKU

Cara Mohon boleh download manual pengguna Dalam portal UP_TVET

18/08/2026

3 Days Ago !!!
3 Days Ago !!!

'Jangan takut untuk mencuba, jangan gentar untuk bersaing. Setiap jahitan adalah hasil daripada usaha, ketelitian dan kreativiti. Menang atau kalah bukan ukuran utama, tetapi keberanian untuk tampil menunjukkan bakat adalah satu kemenangan. Jahitlah dengan penuh yakin, teliti dan ikhlas. Semoga setiap hasil jahitan menjadi kebanggaan dan pengalaman yang berharga.”

“Kualiti bukan tentang seberapa cepat kita menyiapkan jahitan, tetapi seberapa teliti kita menghasilkan sesuatu yang terbaik.”

Selamat bertanding! Jahit dengan kemahiran, hasilkan dengan kreativiti, dan berikan yang terbaik. ✂️🧵🌸.. Good luck peserta pertandingan jahitan kemas daerah putatan.

03/07/2026
17/06/2026

SALAM MAAL HIJRAH 1448H

Semoga kedatangan tahun baharu Hijrah ini akan menjadi titik permulaan kepada peningkatan keimanan, penyatuan ukhuwah serta pengukuhan semangat dalam menabur bakti kepada agama, bangsa dan negara.

Dengan mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Rasulullah SAW, marilah kita melangkah ke hadapan dengan semangat yang lebih bermakna, berfikiran positif, keikhlasan, perpaduan dan istiqamah.

Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H.
Salam Maal Hijrah ❤️

“Madani Dihayati, Ummah Diberkati”

Ikhlas daripada
Seluruh Warga
Jabatan KEMAS Daerah Putatan

14/06/2026
30/05/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Puan Felecia Dora binti Tiongin Lumbok atas segala jasa, komitmen dan khidmat bakti sepanjang berkhidmat di Jabatan KEMAS Daerah Putatan.

Warga KEMAS Daerah Putatan mendoakan semoga puan terus cemerlang dan sukses dalam menjalankan amanah baharu di tempat baharu.

Terima kasih untuk perkongsian kejayaan, s**a duka dan kenangan sepanjang berkhidmat bersama kami di Jabatan KEMAS Daerah Putatan.

Orang yang baik mungkin akan pergi meninggalkan tempatnya. Namun, kebaikannya akan terus hidup dalam hati mereka yang pernah merasainya.

Semoga puan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan terus melakar kejayaan dan kecemerlangan di tempat yang baharu.

Selamat maju jaya dan selamat selamat bertugas di tempat baharu. Jasamu dikenang dan kenangan bersamamu akan sentiasa kami abadikan ❤️

Dengan ingatan tulus ikhlas,
Seluruh Warga Jabatan KEMAS Daerah Putatan.

Address

Lot 3A & 5 First Floor
Kota Kinabalu
88200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PKEM KEMAS Daerah Putatan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby government services