02/11/2026
*Penglibatan Lembaga Koko Malaysia (LKM) dalam Hari Inovasi Nuklear Malaysia (HINM) dan Technology Preview & Showcase (TPS) 2026.*
Agensi Nuklear Malaysia (ANM) telah mengadakan Hari Inovasi Nuklear Malaysia (HINM) dan Technology Preview & Showcase (TPS) 2026 yang berlangsung pada 28 dan 29 Oktober 2026 di Agensi Nuklear Malaysia. Bertemakan “Nuklear Untuk Rakyat (NUR)”, program dua hari itu menampilkan pelbagai aktiviti termasuk klinik harta intelek, pameran teknologi, lawatan ke fasiliti penyelidikan, program advokasi nuklear, Sudut Sains dan aktiviti interaktif bersama pelajar sekolah.
Sementara itu, HINM 2026 turut memberikan pengiktirafan terhadap kecemerlangan penyelidikan dan inovasi melalui Anugerah Inovasi Nuklear Kebangsaan.Lebih 50 penyertaan diterima bagi anugerah tersebut untuk tahun ini, dengan 24 daripadanya berjaya ke peringkat akhir. Majlis berkenaan turut menyaksikan pelancaran logo rasmi baharu anugerah tersebut.
Terdapat dua projek inovasi terpilih ke saringan peringkat akhir yang disertai oleh dua pegawai penyelidik (En Mohd Zaini bin Nanyan dan Dr Hj. Zainal bin Baharum) daripada LKM di dalam acara Pertandingan Inovasi Nuklear Malaysia semasa HINM tersebut berlangsung.
Projek bertajuk "Isotope-Based Cocoa Authenticity and Traceability System Using Stable Isotope Ratio Mass Spectrometry (IRMS)" yang diketuai oleh En. Mohd Zaini bin Nanyan, dan penyelidik bersama, Dr Badrul Hisyam Zainudin, En. Ea An A/L Lim Tek, En. Mohammed Yusof Ishak, Pn. Nuraziawati Mat Yazik, Pn. Noor Farizah Ikhmal, En. Muhammad Hakim Azlan, Cik Fatin Nabilah Mustafa, Dr Albert Ling Sheng Chang, and En. Shahrir Azmie Saidon. Manakala penyelidik bersama daripada Agensi Nuklear Malaysia adalah En. Ahmad Nazrul Abd Wahid, Dr Nurul Elma Sabri, En. Mohd Noor Hidayat Adenan, Nur Hafizati Halim, Dr Azilah Abdul Malek.
Manakala projek berkaitan koko yang diketuai oleh pensyarah University of Cyberjaya (UoC) iaitu Dr. Intan Barul Akma binti Bakhtiar, bertajuk "Cocoa-Derived Bioactive Nanoparticles: A Green Platform with Potential for Nuclear Medicine and Theranostic Applications". Penyelidik bersama daripada UoC adalah Assoc. Prof. Dr. Mahani binti Mahadi, Hikkaduwage Nathasha Gimhani, Shangkary Karuppayah, dan Dr. Faradiba Abdul Rasyid. Penyelidik bersama daripada LKM terlibat dalam projek ini adalah Dr. Hj. Zainal bin Baharum. Projek ini memenangi medal gangsa.
Penglibatan ini memperkuatkan lagi kerjasama penyelidikan dan mengetengahkan lagi industri koko dalam bidang inovasi. Tahniah kepada yang terlibat.