23/10/2026
Jika kita tidak mahu menerima perubahan mereka, apakah sebenarnya yang kita harapkan daripada mereka?
Kita selalu meminta individu yang terlibat dengan dadah supaya berubah. Kita mahu mereka meninggalkan ketagihan, memperbaiki kehidupan dan kembali menjadi sebahagian daripada masyarakat. Namun, apabila mereka mula berusaha, kita p**a yang terus mengungkit masa silam mereka. Persoalannya, jika kita tidak mahu menerima perubahan mereka, apakah sebenarnya yang kita harapkan daripada mereka?
Pemulihan bukan proses yang berlaku dalam sekelip mata. Ia memerlukan komitmen, ketabahan, sokongan keluarga dan peluang untuk membina semula kehidupan. Individu yang sedang menjalani pemulihan juga perlu berhadapan dengan pandangan masyarakat yang kadangkala lebih menghukum daripada membantu. Kesilapan masa lalu tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menutup setiap pintu yang boleh membawa kepada perubahan positif.
Memberi peluang kedua bukan bermaksud membenarkan kesalahan atau mengabaikan tanggungjawab. Sebaliknya, kita perlu belajar membezakan antara menegur perbuatan dengan melabel seseorang selama-lamanya. Jika kita benar-benar mahukan masyarakat bebas daripada dadah, sokonglah usaha pemulihan dan berikan ruang untuk perubahan dibuktikan melalui tindakan. Jangan hanya menuntut mereka berubah, tetapi pada masa yang sama menolak mereka apabila mereka mencuba. Mereka memerlukan peluang untuk berubah, bukan label untuk selamanya.
______________________________
Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235(AADK) atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.
../pmd4