Malaysia Productivity Corporation - MPC Sabah

Call Directions Website Contact the organization

Malaysia Productivity Corporation - MPC Sabah Malaysia Productivity Corporation (MPC) is a statutory body under the Ministry of International Trade and Industry (MITI).

SBO | 29 - 30 September 2026 (Selasa - Rabu) | 9.00am - 5.00pm | Bengkel Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) Bukan Pelesen...
01/10/2026

SBO | 29 - 30 September 2026 (Selasa - Rabu) | 9.00am - 5.00pm | Bengkel Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) Bukan Pelesenan: Fasa 1 - 5 (Asas & Pemetaan Projek, Analisis, Penambahbaikan, Uji Kaji Peraturan dan Menginstitusi) | Kota Kinabalu, Sabah.

Yang Berusaha TPr. Stanley Chong Hon Chung, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Sabah selaku Penyelaras RKB Negeri Sabah, telah menyampaikan ucapan perasmian bengkel. Seterusnya, Pengarah MPC Wilayah Sabah menyampaikan taklimat mengenai pelaksanaan Program RKB, khususnya RKB Pelesenan dan RKB Bukan Pelesenan di Sabah.

Sebanyak 26 projek RKB telah didaftarkan dan bimbingan penyediaan laporan Fasa 1 hingga 5 mengikut pendekatan RKB telah dilaksanakan semasa bengkel. Sesi perbincangan dan pembentangan kumpulan peserta juga turut dijalankan bagi memperkukuh pemahaman tentang pendekatan RKB serta mengenal pasti penambahbaikan bagi projek masing-masing.

Peserta turut menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI), khususnya ChatGPT, sebagai alat sokongan untuk menambah baik penulisan laporan dan analisis projek. Penggunaan ini membantu peserta menyusun maklumat serta memperincikan cadangan penambahbaikan proses kerja dan peraturan sedia ada.

Bengkel ini melibatkan 50 peserta daripada UPEN Sabah, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Majlis Perbandaran Penampang, Majlis Perbandaran Tawau, Lembaga Bandaran Kudat, Majlis Daerah Beaufort, Majlis Daerah Keningau, Majlis Daerah Kota Belud, Majlis Daerah Kuala Penyu, Majlis Daerah Lahad Datu, Majlis Daerah Sipitang, Majlis Daerah Tambunan dan Majlis Daerah Tenom.

Sila tonton sorotan video dan lihat gambar sepanjang bengkel melalui pautan berikut:
https://vt.tiktok.com/ZSbUgSnAq/

SBO | 28 Sept 2026 (Isnin) | 9.30am – 11.00am | Mesyuarat Penyelarasan Pemerkasaan Amalan Baik Peraturan (Good Regulator...
01/10/2026

SBO | 28 Sept 2026 (Isnin) | 9.30am – 11.00am | Mesyuarat Penyelarasan Pemerkasaan Amalan Baik Peraturan (Good Regulatory Practice – GRP) Berkaitan Pelaksanaan Electronic Regulatory Impact Analysis (S-ERIA) di Bilik Mesyuarat, Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran), Menara Kinabalu

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBrs. Puan Faridah Ilah, Ketua Penolong Setiausaha, Pejabat TSKN (A) dan turut dihadiri oleh pegawai dari Bahagian Kerajaan Digital, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS).

Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan pembangunan, penyelarasan dan pelaksanaan S-ERIA sebagai satu (1) mekanisme sokongan dalam memperkukuhkan amalan baik peraturan di negeri Sabah, khususnya dalam memastikan proses penggubalan dan semakan peraturan dilaksanakan secara lebih sistematik, telus dan berasaskan bukti.

SBO | 28 September 2026 (Isnin) | 9.00 pagi | Sesi Taklimat Akademi Dalam Industri (ADI) Sempena Program Advokasi Bersas...
01/10/2026

SBO | 28 September 2026 (Isnin) | 9.00 pagi | Sesi Taklimat Akademi Dalam Industri (ADI) Sempena Program Advokasi Bersasar Bersama Majikan di Penjara Kota Kinabalu

MPC Wilayah Sabah telah dijemput untuk menyampaikan sesi taklimat berkaitan Akademi Dalam Industri (ADI) sempena Program Advokasi Majikan Bersasar Negeri Sabah. Program ini melibatkan majikan yang telah mengemukakan permohonan penggajian pekerja asing dan dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif untuk menggalakkan pengambilan tenaga kerja tempatan, khususnya dalam kalangan prospek penjara.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YDH TKP Tey Hock Soon, Pengarah Penjara Negeri Sabah & WP Labuan, diikuti dengan taklimat bertajuk “Pengambilan Prospek Melalui MYFutureJobs” yang disampaikan oleh Pn. Vallimayil A/P S. Perumal, Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan, Strategic Focus Group & Government Initiatives, Ibu Pejabat PERKESO.

Program turut merangkumi perkongsian bertajuk “Prospek Sebagai Tenaga Kerja Tempatan: Kesediaan, Kemahiran & Peluang Pekerjaan Kedua” oleh KIP Nicky @ Nezuan Bin Zaini, Pegawai Parol Daerah Pantai Barat. Sesi ini memberi penerangan mengenai profil dan potensi prospek, kesediaan untuk bekerja serta latihan dan persediaan ke arah peluang pekerjaan kedua.

MPC Wilayah Sabah seterusnya menyampaikan taklimat bertajuk “Sokongan Majikan Melalui Akademi Dalam Industri (ADI)” yang memfokuskan kepada sokongan dan inisiatif kepada majikan serta pembangunan dan peningkatan kemahiran tenaga kerja.

Penyertaan MPC dalam program ini menjadi platform untuk memperluas promosi Program ADI kepada majikan serta meningkatkan kefahaman mengenai peluang kerjasama dalam pembangunan kemahiran tenaga kerja berdasarkan keperluan industri.

SBO | 28 September 2026 (Isnin) | 9.00am - 1.00pm | Majlis Pelancaran National BIM e-Submission (NBeS) Dewan Bandaraya K...
01/10/2026

SBO | 28 September 2026 (Isnin) | 9.00am - 1.00pm | Majlis Pelancaran National BIM e-Submission (NBeS) Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) | Sabah International Convention Centre (SICC).

MPC telah menerima jemputan untuk menghadiri Majlis Pelancaran National BIM e-Submission (NBeS) Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK). YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, telah menyampaikan ucapan alu-aluan. Seterusnya, YB Datuk Joniston Bangkuai, JP, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap Menteri yang Bertanggungjawab kepada DBKK telah menyempurnakan perasmian majlis.

NBeS merupakan salah satu projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) DBKK yang menggunakan teknologi Building Information Modelling (BIM) bagi menyemak pelan bangunan secara digital dan automatik pada peringkat awal. Pendekatan ini membantu pemohon mengenal pasti ketidakpatuhan sebelum mengemukakan pelan kepada DBKK.

Pelaksanaan projek ini menyokong usaha RKB untuk meningkatkan kecekapan proses kelulusan pelan dan mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat serta industri. Proses semakan turut menitikberatkan aspek keselamatan dan pematuhan teknikal, seiring dengan usaha meningkatkan kecekapan industri pembinaan melalui pendigitalan.

SBO & PP | 21 September 2026 (Isnin) | 2.30 petang | Sesi Taklimat Akademi Dalam Industri (ADI) Bersama Persatuan Pengus...
24/09/2026

SBO & PP | 21 September 2026 (Isnin) | 2.30 petang | Sesi Taklimat Akademi Dalam Industri (ADI) Bersama Persatuan Pengusaha Syarikat Pelancongan Bumiputera Tempatan Semporna (PUSPABUMI)

Sesi Taklimat Akademi Dalam Industri (ADI) telah diadakan bersama Persatuan Pengusaha Syarikat Pelancongan Bumiputera Tempatan Semporna (PUSPABUMI) bagi memberikan penerangan mengenai pelaksanaan serta peluang penyertaan dalam Program Akademi Dalam Industri (ADI).

Sesi ini memberi pendedahan kepada pihak PUSPABUMI mengenai pendekatan ADI yang memberi penekanan kepada pembangunan kemahiran melalui latihan berasaskan industri. Turut dikongsikan ialah kaedah pelaksanaan program, peranan pihak industri serta peluang kerjasama yang boleh diterokai bersama syarikat-syarikat di bawah PUSPABUMI.

Melalui sesi ini, pihak PUSPABUMI memperoleh pemahaman yang lebih jelas mengenai Program ADI dan potensi pelaksanaannya dalam sektor pelancongan. Perbincangan turut memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk mengenal pasti peluang kerjasama bagi menyokong pembangunan tenaga kerja berkemahiran serta meningkatkan produktiviti industri pelancongan di Sabah.

Sebagai tindakan susulan, satu Bengkel Outreach Akademi Dalam Industri (ADI) akan diadakan pada 17 Oktober 2026 dengan penglibatan syarikat-syarikat di bawah PUSPABUMI. Bengkel ini bertujuan memberikan penerangan yang lebih terperinci mengenai pelaksanaan ADI serta membantu syarikat yang berminat mengenal pasti peluang penyertaan dalam program tersebut.

📢 UNDANGAN KE SEMINAR AI MENDEPANI INOVASI MEMBANGUN NEGARA📢Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,YBhg. Datuk/Dato’/Datin/...
22/09/2026

📢 UNDANGAN KE SEMINAR AI MENDEPANI INOVASI MEMBANGUN NEGARA📢

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

INTAN Kampus Sabah dengan sukacitanya menjemput pegawai daripada semua kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan serta Kerajaan Negeri untuk menyertai:

SEMINAR AI MENDEPANI INOVASI MEMBANGUN NEGARA

đź“… 14 Oktober 2026 (Rabu)
⏰ 8.00 pagi – 1.00 tengah hari
📍 Dewan Seminar Mengkabong, INTAN Kampus Sabah

Seminar ini akan membincangkan peranan dan potensi kecerdasan buatan (AI) dalam merangsang inovasi, mempertingkat kecekapan organisasi serta menyokong pembangunan negara.

Sehubungan itu, Ketua Jabatan/Agensi dipohon untuk memanjangkan hebahan serta mencalonkan lima (5) orang pegawai yang bersesuaian untuk menyertai seminar ini.

đź”— Pendaftaran:
https://www.iemg.intan.my/event/WlXd1qdNnLN6uyxj

Kerjasama dan sokongan YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

SBO | 17 September 2026 (Khamis) | 9.00am - 12.00pm | Sesi Taklimat Program Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) bersama Ke...
18/09/2026

SBO | 17 September 2026 (Khamis) | 9.00am - 12.00pm | Sesi Taklimat Program Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) bersama Kementerian Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) | Bilik Mesyuarat Utama, Wisma Pertanian Sabah.

Sesi taklimat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Ts. Hj. Jifrin Hj. Mohamad, Setiausaha Tetap, Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI). Sesi ini diadakan bagi memberikan penerangan mengenai pelaksanaan Program Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) di peringkat Negeri Sabah serta memperkukuh kefahaman mengenai pelaksanaan inisiatif RKB dalam kalangan kementerian, jabatan dan agensi berkaitan.

Dalam sesi tersebut, Pengarah MPC Wilayah Sabah telah menyampaikan taklimat mengenai pelaksanaan RKB Pelesenan, RKB Bukan Pelesenan dan RKB Mudah Sabah. Taklimat turut memberi penekanan kepada usaha mengenal pasti proses, prosedur dan perkhidmatan di bawah MAFFI serta jabatan dan agensi berkaitan yang berpotensi untuk didaftarkan dan dilaksanakan sebagai projek RKB.

YBhg. Datuk Setiausaha Tetap menyambut baik pelaksanaan inisiatif RKB dan menyatakan komitmen MAFFI untuk bekerjasama dengan MPC dalam mengenal pasti serta melaksanakan projek RKB yang bersesuaian. Beliau turut mencadangkan penubuhan sebuah jawatankuasa di peringkat kementerian bagi menyelaras dan memantau kemajuan pelaksanaan projek RKB secara berterusan. Langkah ini akan membantu memastikan setiap projek yang dikenal pasti dapat dilaksanakan secara teratur serta mencapai hasil yang disasarkan.

Turut hadir dalam sesi taklimat ini ialah wakil daripada jabatan dan agensi di bawah MAFFI, antaranya Sabah Fish Marketing Sdn. Bhd. (SAFMA), Jabatan Pertanian Sabah (DOA), Jabatan Perikanan Sabah (DOFS), Sabah Agricultural Marketing Authority (SAMA), Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), Jabatan Pengairan dan Saliran Sabah (JPS), Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (DVS), Korporasi Pembangunan Desa (KPD), Lembaga Padi dan Beras Sabah (LPBS) serta Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan).

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾16 September menjadi simbol penyatuan, keharmonian dan semangat kebersamaan se...
15/09/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾

16 September menjadi simbol penyatuan, keharmonian dan semangat kebersamaan seluruh rakyat Malaysia.

Semoga semangat perpaduan terus diperkukuh seiring dengan usaha membudayakan produktiviti, meningkatkan kecekapan dan memacu kemajuan negara demi kesejahteraan rakyat serta kemakmuran Malaysia.

Bersama kita menyemarakkan semangat produktiviti ke arah Malaysia yang lebih berdaya saing dan sejahtera. 🇲🇾

“Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”

SBO | 14 September 2026 (Isnin) | 9.00am - 12.00pm | Sesi Taklimat Program Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) bersama Uni...
15/09/2026

SBO | 14 September 2026 (Isnin) | 9.00am - 12.00pm | Sesi Taklimat Program Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) bersama Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Sabah | Bilik Mesyuarat, Pejabat UPEN.

Sesi taklimat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. TPr. Stanley Chong, Pengarah, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Sabah. Sebagai penyelaras Program Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) di peringkat Negeri Sabah, UPEN memainkan peranan penting dalam menyelaras dan memantau pelaksanaan inisiatif RKB bagi memastikan pelaksanaannya berjalan secara teratur dan berkesan.

Dalam sesi tersebut, Pengarah MPC Wilayah Sabah telah menyampaikan taklimat mengenai pelaksanaan RKB Pelesenan, RKB Bukan Pelesenan dan RKB Mudah Sabah. Turut dikongsikan perkembangan semasa pelaksanaan RKB, termasuk Bengkel RKB Pelesenan Fasa 1 yang telah dilaksanakan, manakala Bengkel RKB Bukan Pelesenan dijadualkan pada penghujung September 2026. Pihak UPEN turut memaklumkan bahawa satu projek RKB Bukan Pelesenan telah didaftarkan bagi tahun 2026.

Pengerusi menyambut baik pelaksanaan inisiatif RKB di Negeri Sabah dan menyatakan komitmen UPEN untuk terus bekerjasama rapat dengan MPC dalam memperkukuh pelaksanaan program ini. Kerjasama strategik antara UPEN dan MPC akan diteruskan bagi menyelaras pelaksanaan projek RKB bersama kementerian, jabatan dan agensi berkaitan, seterusnya menyokong usaha penambahbaikan proses kerja serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam di Negeri Sabah.

SBO | 11 September 2026 (Jumaat) | 9.00 am | Sesi Taklimat Program Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) bersama Kementerian...
15/09/2026

SBO | 11 September 2026 (Jumaat) | 9.00 am | Sesi Taklimat Program Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) bersama Kementerian Kerja Raya dan Utiliti Negeri Sabah (KKRU)

Sesi taklimat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Ridhwan Roger Linus, Setiausaha Tetap, Kementerian Kerja Raya dan Utiliti Negeri Sabah (KKRU). Turut hadir ialah wakil pegawai daripada Jabatan Air Negeri Sabah, Sabah Electricity Sdn Bhd dan JKR Sabah.

Dalam sesi tersebut, Pengarah MPC Wilayah Sabah telah menyampaikan taklimat mengenai pelaksanaan Program RKB Pelesenan, RKB Bukan Pelesenan dan RKB Mudah Sabah. RKB Mudah Sabah merupakan inisiatif yang memberi fokus kepada penambahbaikan proses kerja dan penyampaian perkhidmatan dalaman yang boleh dilaksanakan dalam tempoh tiga (3) bulan.

Pengerusi menyambut baik pelaksanaan inisiatif RKB ini dan memaklumkan bahawa beberapa projek di bawah KKRU serta jabatan dan agensi berkaitan akan dikenal pasti untuk didaftarkan sebagai Projek RKB Pelesenan dan RKB Bukan Pelesenan. Beliau turut menyeru semua wakil jabatan dan agensi untuk memberikan kerjasama serta mengambil bahagian secara aktif dalam pelaksanaan projek RKB bagi menyokong usaha meningkatkan kecekapan proses kerja dan penyampaian perkhidmatan di Negeri Sabah.

Address

Level 2, MAA Tower, No. 6, Lorong Api-Api 1
Kota Kinabalu
88000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088-233245

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Malaysia Productivity Corporation - MPC Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Malaysia Productivity Corporation - MPC Sabah:

Shortcuts

Share

Nearby government services