Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar

Call Directions Website Contact the organization

Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar, Government Organization, Kuala Kangsar.

Penafian - Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Kangsar tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

📢 𝗛𝗘𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗨𝗧𝗨𝗣𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗟𝗔𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗣𝗨𝗧𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗟𝗧𝗔𝗡 𝗡𝗔𝗭𝗥𝗜𝗡 𝗦𝗛𝗔𝗛Dimaklumkan bahawa beberapa laluan di sekitar...
22/10/2026

📢 𝗛𝗘𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗨𝗧𝗨𝗣𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗟𝗔𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗣𝗨𝗧𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗟𝗧𝗔𝗡 𝗡𝗔𝗭𝗥𝗜𝗡 𝗦𝗛𝗔𝗛

Dimaklumkan bahawa beberapa laluan di sekitar Kuala Kangsar akan ditutup sementara pada 22 November 2026 (Ahad), sehingga pukul 12.00 tengah hari, sempena penganjuran Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah.

Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal, mematuhi arahan pihak berkuasa serta menggunakan laluan alternatif yang bersesuaian.

Kerjasama dan perhatian semua pengguna jalan raya amat dihargai. Terima kasih.



KURSUS PEMANTAPAN PENULISAN SURAT RASMI DAN MEMO JABATAN19 Oktober 2026: Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar telah me...
20/10/2026

KURSUS PEMANTAPAN PENULISAN SURAT RASMI DAN MEMO JABATAN

19 Oktober 2026: Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar telah menganjurkan Kursus Pemantapan Penulisan Surat Rasmi dan Memo Jabatan bertempat di Tulip Hall, Aras MH Sentral, Sungai Siput.

Kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kakitangan dalam menghasilkan penulisan surat rasmi dan memo jabatan yang tepat, teratur serta menepati format dan tatacara penulisan rasmi yang ditetapkan.

Melalui kursus ini, para peserta berpeluang memperkukuh kefahaman tentang penggunaan bahasa yang betul, penyusunan ayat yang jelas serta penyampaian maklumat secara profesional bagi memastikan urusan pentadbiran jabatan berjalan dengan lebih cekap dan berkesan.

Semoga ilmu dan pengetahuan yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam pelaksanaan tugas harian, sekali gus meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar.



𝒮ℰℒ𝒜ℳ𝒜𝒯 𝒟𝒜𝒯𝒜𝒩𝒢 𝒦𝒜𝒦ℐ𝒯𝒜𝒩𝒢𝒜𝒩 ℬ𝒜ℋ𝒜ℛ𝒰SESI BERTEMU PEGAWAI DAERAH BERSAMA PEGAWAI LANTIKAN BAHARU1. MUHAMMAD ESREEN BIN MOHD R...
16/10/2026

𝒮ℰℒ𝒜ℳ𝒜𝒯 𝒟𝒜𝒯𝒜𝒩𝒢 𝒦𝒜𝒦ℐ𝒯𝒜𝒩𝒢𝒜𝒩 ℬ𝒜ℋ𝒜ℛ𝒰

SESI BERTEMU PEGAWAI DAERAH BERSAMA PEGAWAI LANTIKAN BAHARU

1. MUHAMMAD ESREEN BIN MOHD RADZI
𝘗𝘌𝘔𝘉𝘈𝘕𝘛𝘜 𝘛𝘈𝘋𝘉𝘐𝘙 / 𝘕1

2. NOR ATIRAH BINTI MOHD IBRAHIM
𝘗𝘌𝘔𝘉𝘈𝘕𝘛𝘜 𝘛𝘈𝘋𝘉𝘐𝘙 / 𝘕1

3. NABILAH BINTI BANI AMIN
𝘗𝘌𝘔𝘉𝘈𝘕𝘛𝘜 𝘛𝘈𝘋𝘉𝘐𝘙 / 𝘕1

Seluruh warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar mengucapkan 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗗𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴 dan 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗕𝗲𝗿𝘁𝘂𝗴𝗮𝘀 kepada semua kakitangan baharu. Semoga kehadiran tuan/puan dapat memperkukuhkan lagi kecemerlangan perkhidmatan serta membawa semangat dan pengalaman baharu kepada organisasi.



📣 MOH KOME KITA PENUHKAN PADANG SMK TUN PERAK! 📣   Berita baik untuk semua warga Kuala Kangsar! Jom beramai-ramai turun ...
13/10/2026

📣 MOH KOME KITA PENUHKAN PADANG SMK TUN PERAK! 📣

Berita baik untuk semua warga Kuala Kangsar! Jom beramai-ramai turun padang dan meriahkan sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Kuala Kangsar anjuran Pejabat Belia dan Sukan Kuala Kangsar. 🇲🇾

🔥 Berikut adalah butiran program:

📅 Tarikh: 17 Oktober 2026
⏰ Masa: 7.30 Pagi
📍 Tempat: Padang SMK Tun Perak, Padang Rengas

Pelbagai aktiviti dan acara sukan menarik menanti anda, antaranya: 🏃‍♂️ Larian Ria Madani
🚶‍♀️ Berjalan Ria Madani
🤸‍♂️ Senamrobik
🏐 Pertandingan Bola Jaring
⚽ Pertandingan Sepak Penalti Berpasukan
🥅 Pertandingan Sepak Raga Ratus
🏃 Pertandingan Galah Panjang Lelaki dan Wanita
🎁 Dan jangan lepaskan peluang memenangi Cabutan Bertuah!

Ajak keluarga, rakan-rakan, dan jiran tetangga untuk kekal aktif dan sihat bersama-sama.

📞 Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi: En. Basri : 016 6031130

Jumpa anda di sana!



12/10/2026
10/10/2026

𝗝𝗢𝗠 𝗠𝗘𝗥𝗜𝗔𝗛𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗟𝗨𝗡𝗖𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗜𝗔𝗣𝗦𝗜𝗔𝗚𝗔𝗔𝗡 𝗡𝗔𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 𝟮𝟬𝟮𝟲! 🇲🇾

Semua dijemput hadir bagi memeriahkan Majlis Peluncuran Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2026 dengan tema “MADANI Siaga, Tanggungjawab Bersama”.

📅 Tarikh: Ahad, 11 Oktober 2026
⏰ Masa: 11.00 pagi
📍 Tempat: Pusat Konvensyen Ipoh, Perak

Majlis akan dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri.

Ayuh bersama-sama menyemarakkan budaya kesiapsiagaan dan memperkukuh tanggungjawab bersama dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana!

Jangan lepaskan peluang, jumpa anda di sana! 🇲🇾💪

07/10/2026

Kaunter perkhidmatan bergerak Kembara MyPesara bakal tiba di negeri Perak!
 
Orang Manjung dan Kuala Kangsar, jangan lepaskan peluang ini untuk berjumpa dan mengajukan apa-apa soalan atau isu secara terus kepada pasukan KWAP, Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Antara perkhidmatan persaraan yang akan disediakan termasuk:
 
✅ Khidmat nasihat persaraan
✅ Cetakan Kad Pesara
✅ Muat turun aplikasi MyPesara
✅ Cetakan Penyata Pencen
  
Jumpa kami, Teman Persaraan Anda di Kembara MyPesara Perak! Datang kome!
 

𝗣𝗘𝗥𝗛𝗜𝗠𝗣𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗞𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗥 & 𝗦𝗨𝗡𝗚𝗔𝗜 𝗦𝗜𝗣𝗨𝗧 𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝟰 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲5 Oktober 2026 (Isnin), P...
06/10/2026

𝗣𝗘𝗥𝗛𝗜𝗠𝗣𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗞𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗥 & 𝗦𝗨𝗡𝗚𝗔𝗜 𝗦𝗜𝗣𝗨𝗧 𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝟰 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲

5 Oktober 2026 (Isnin), Perhimpunan Bulanan warga Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar serta Sungai Siput (PDTKK/SS) Bilangan 4 Tahun 2026 telah diadakan di Rumah Tamu Kuala Kangsar.

Perhimpunan kali ini turut disusuli dengan Majlis Bacaan Yasin yang diadakan pada jam 3.30 petang sebagai tanda kesyukuran serta memohon keberkatan dan kelancaran segala urusan.

Majlis Bacaan Yasin ini turut mendapat kerjasama dua (2) orang pegawai daripada Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Kangsar, iaitu:

Muhammad Alif Fatihin bin Baharum
Pegawai Hal Ehwal Islam
Pejabat Pentadbiran Agama Islam Kuala Kangsar

Anas bin Mohd Asri
Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam
Pejabat Pentadbiran Agama Islam Kuala Kangsar

Turut hadir ialah Tuan Pegawai Daerah Kuala Kangsar, Encik Azrul Sani bin Ibrahim, serta pegawai dan kakitangan daripada kedua-dua pejabat daerah. Kehadiran ibu bapa Taska Genius Kuala Kangsar turut menyerlahkan semangat kebersamaan dan sokongan dalam menjayakan majlis tersebut.

Perhimpunan Bulanan PDTKK/SS Bilangan 4 Tahun 2026 telah berlangsung dengan lancar dan teratur. Majlis ini bukan sahaja menjadi wadah penyampaian amanat dan maklumat semasa, malah turut memperkukuh hubungan silaturahim, semangat kerjasama serta kebersamaan dalam kalangan warga pejabat.



Address

Kuala Kangsar

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6057761055

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar:

Shortcuts

Share