31/05/2026
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN YANG DI-PERTUAN AGONG 2026
Merafak Sembah Setinggi-Tinggi Tahniah Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Sembah Takzim daripada kami, Majlis Keselamatan Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
DIRGAHAYU TUANKU
31/05/2026
SELAMAT MENYAMBUT HARI WESAK πͺ·
Semoga sambutan Hari Wesak membawa sinar kedamaian, kasih sayang serta menyemai nilai toleransi, belas ihsan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat. Semoga setiap insan terus hidup dalam suasana saling menghormati, memahami dan menghargai kepelbagaian yang menjadi kekuatan negara kita. πͺ·β¨
28/05/2026
π βTak semua perlu dikongsi.β
Dalam dunia hari ini, terlalu mudah untuk kita berkongsi segalanya β lokasi semasa, masalah keluarga, emosi, malah hal peribadi di media sosial. Kadangkala kita fikir semua orang perlu tahu apa yang sedang kita lalui. Namun hakikatnya, tidak semua perkara perlu dibuka kepada umum demi mendapatkan perhatian atau pengiktirafan.
Privasi bukan bermaksud menyembunyikan diri daripada orang lain, tetapi menjaga ruang ketenangan untuk diri sendiri. Setiap individu berhak mempunyai batas peribadi agar hidup lebih tenang, selamat dan seimbang. Kajian psikologi juga menunjukkan bahawa perkongsian berlebihan di media sosial boleh meningkatkan tekanan emosi, salah faham serta risiko gangguan privasi dan keselamatan digital.
Ada perkara yang lebih indah disimpan sebagai kekuatan diri daripada dijadikan bahan tontonan. Tidak semua kata perlu diluahkan, tidak semua masalah perlu diumumkan. Kadangkala diam itu matang, dan menjaga privasi itu adalah satu bentuk kebijaksanaan.
β¨ Fikir sebelum berkongsi.
β¨ Hormati privasi diri dan orang lain.
β¨ Jadikan ketenangan lebih bernilai daripada perhatian sementara.
Kerana ketenangan sebenar bermula apabila kita tahu apa yang patut dikongsi, dan apa yang wajar dilindungi. ποΈ
28/05/2026
π« πππ₯ππ‘πππ‘ π£ππ‘πππ¨π‘πππ‘ ππ’π§π’ πππππ‘π ππ§ππ¨ πππ¨πππ π¦π¨ππ πππ‘πππ‘ ππ
Jabatan Imigresen Malaysia ingin menegaskan bahawa penggunaan foto dijana, diubah suai menggunakan Artificial Intelligence (AI) atau pengemukaan maklumat palsu bagi permohonan Pasport Malaysia adalah satu kesalahan serius.
Pemohon hendaklah memastikan foto yang dikemukakan adalah foto asli, jelas serta mematuhi spesifikasi yang telah ditetapkan.
Sebarang foto atau maklumat palsu yang dikemukakan boleh menyebabkan permohonan ditolak dan pemohon boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pasport 1966 (Akta 150).
Pastikan foto anda:
β
Asli dan tidak diubah suai
β
Pencahayaan sekata
β
Wajah jelas tanpa bayang
β
Mematuhi spesifikasi ditetapkan
Gunakan foto sebenar. Elakkan manipulasi AI.
26/05/2026
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHAβ¨
Semoga ibadah korban yang dilaksanakan pada tahun ini diterima Allah SWT serta membawa keberkatan, rahmat dan hidayah buat kita semua. Aidiladha mengajar kita erti keikhlasan, pengorbanan dan kepentingan berkongsi rezeki bersama insan yang memerlukan. π«
Semoga sambutan Aidiladha kali ini juga dapat mengeratkan silaturahim, menyemai kasih sayang dan mengeratkan perpaduan untuk melahirkan Malaysia yang lebih harmoni. β¨