Kah Yong KY

Contact the organization

Kah Yong KY Community Service

30/10/2026
Tindakan selesai.Kerosakan lampu di Perhentian Teksi di Jalan 6/27a, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur. (Hadapan Ayam...
29/10/2026

Tindakan selesai.

Kerosakan lampu di Perhentian Teksi di Jalan 6/27a, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur. (Hadapan Ayam Gepuk Jogja Wangsa Maju, Jalan Wangsa Delima 6 / Berdekatan Simpang Jalan Wangsa Melawati 1)

Nik Nazmi

Semalam, lokasi aduan berhampiran Jalan Arena 1. Kali ini, kita beralih sedikit ke hadapan.Tindakan telah selesai.📍 Loka...
28/10/2026

Semalam, lokasi aduan berhampiran Jalan Arena 1. Kali ini, kita beralih sedikit ke hadapan.

Tindakan telah selesai.

📍 Lokasi: Jalan Ayer Jerneh, Taman Ayer Panas, 53200 Kuala Lumpur (di hadapan Lot B.Base Setapak).

Nik Nazmi

28/10/2026

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗪𝗔𝗧𝗜𝗞𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝟭𝟲 𝗖𝗔𝗟𝗢𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔

Majlis Penyerahan Watikah kepada 16 Calon BERSAMA Melaka akan berlangsung pada 30 Oktober 2026, bertempat di Tapak Tira Parking, Taman Melaka Raya, Melaka.

Majlis ini merupakan acara penyerahan rasmi watikah kepada 16 calon BERSAMA Melaka. Orang ramai boleh merujuk butiran acara, mendaftarkan kehadiran dan menyemak maklumat calon melalui pautan yang disediakan.

Butiran Acara:

📅 Tarikh: 30 Oktober 2026

🕗 Masa: 8.00 malam - 12.00 tengah malam

📍 Lokasi: Tapak Tira Parking, Jalan M Raya 25, Taman Melaka Raya, Melaka

https://maps.app.goo.gl/gtjmBQ8bQkpWERh87?g_st=ic

Bagi yang bercadang untuk hadir, boleh lengkapkan pendaftaran melalui pautan di bawah. Maklumat kehadiran akan membantu pihak penganjur menganggarkan jumlah peserta serta menyelaras persiapan dan urusan logistik majlis.

🔗 Pendaftaran:
https://bersama.org/ms/acara/majlis-penyerahan-watikah-kepada-16-calon-bersama-melaka

Orang ramai juga boleh meneliti profil calon serta maklumat pengisytiharan aset melalui pautan berikut. Semakan ini memberi ruang kepada orang ramai untuk mengenali latar belakang calon dan menilai maklumat yang diterbitkan.

🔗 Profil calon dan pengisytiharan aset:
https://bersama.org/ms/calon

Kita jumpa beramai-ramai pada 30 Oktober nanti. Saya jemput semua ahli dan penyokong BERSAMA untuk bersama-sama menyatakan sokongan kepada calon-calon BERSAMA.

Aduan selesai.Permohonan untuk mengecat petak kuning dan garisan kuning di persimpangan Jalan Ayer Jerneh dan Jalan Aren...
27/10/2026

Aduan selesai.

Permohonan untuk mengecat petak kuning dan garisan kuning di persimpangan Jalan Ayer Jerneh dan Jalan Arena 1, Taman Ayer Panas, 53200 Kuala Lumpur.

Nik Nazmi

Kerja-kerja mengalihkan batang pokok yang berisiko telah dilaksanakan oleh Skuad Kecemasan bagi memastikan keselamatan p...
26/10/2026

Kerja-kerja mengalihkan batang pokok yang berisiko telah dilaksanakan oleh Skuad Kecemasan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan pejalan kaki.

Lokasi : Kawasan luar sekolah SK Marian Convent, Jalan Air Jernih, Taman Air Panas, 53200 Kuala Lumpur.

Nik Nazmi

Tindakan selesai.Lokasi : Jalan Taman Setiawangsa, Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur. (Hadapan Petronas Taman Setiaw...
25/10/2026

Tindakan selesai.

Lokasi : Jalan Taman Setiawangsa, Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur. (Hadapan Petronas Taman Setiawangsa)

Nik Nazmi

Tindakan selesai.Kerosakan lampu di Perhentian Bas di Hadapan Pangsapuri ATM, Jalan Taman Setiawangsa, Taman Setiawangsa...
23/10/2026

Tindakan selesai.

Kerosakan lampu di Perhentian Bas di Hadapan Pangsapuri ATM, Jalan Taman Setiawangsa, Taman Setiawangsa 54200 Kuala Lumpur.

Nik Nazmi

Tindakan sementara selesai.Lokasi : Jalan 1/56, Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur. (Roundabout AU3) Nik Nazmi
22/10/2026

Tindakan sementara selesai.

Lokasi : Jalan 1/56, Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur. (Roundabout AU3)

Nik Nazmi

22/10/2026

【中马双语文告】【Kenyataan Media Dwibahasa: Mandarin & Bahasa Melayu】

同心党文告|2026年10月22 日

企业黑帮不能与白领犯罪混为一谈
李健聪质疑为何不直接成立皇委会?

企业黑帮丑闻爆发近一年后,首相拿督斯里安华于10月20日终于在国会宣布,由总检察长领导特别小组,并在三个月内完成调查及公开报告。

同心党欢迎政府终于设下期限,但我们必须严正指出,自己调查自己的方式,并不能够服众。唯有成立皇委会并由独立的第三方展开听证会,才能公平、透明且专业地完成与公布调查。

我们也提醒,首相尝试混淆视听,把组织性犯罪与白领犯罪的定义混为一谈。

“企业黑手党”(Corporate Mafia)的核心指控,从来不是普通商人之间的欺诈、背信或商业纠纷,而是执法人员被指与商人勾结,利用公权力向企业施压,甚至逼迫企业创办人交出公司。

如果这些指控属实,这绝不是一般所谓的“白领犯罪”。我国法律虽然没有“白领犯罪”这一独立罪名,但欺诈、刑事失信、伪造及资本市场违法行为,本来就有相应法律处理。

相反,《刑事法典》第130U条已经明确界定“有组织犯罪集团”:两人或以上一致行动,旨在犯下严重罪行,以获取物质利益、权力或影响力。

因此,如果企业黑手党案件涉及商人与执法人员合作,利用国家机器对企业施压,那么这更接近有组织犯罪和滥用公权力的问题。

政府如果只把它包装成“企业犯罪”或“白领犯罪”,就是把一个可能涉及执法机构遭渗透的严重指控,降格成普通商业犯罪。

这不是字眼上的差别,而是决定到底查谁。

如果当成白领犯罪查,调查对象很可能集中在商家、公司账目和商业交易;如果当成有组织犯罪调查,就必须追查是否有人利用执法权力、内部关系及国家机构,对企业实施威逼或利益输送。

最令人无法接受的是,安华至今仍未清楚说明,这个特别小组究竟会不会调查执法人员被指与商人勾结这一核心指控。政府不能一边宣布成立调查小组,一边回避案件最严重的部分。

更何况,安华早在3月3日就曾表示,相关工作小组将在一两天内提交报告。如今超过七个月,有关报告依然没有公开。

现在政府又要求人民再等三个月。这是在忽悠人民吗?如果连上一份报告去了哪里都无法交代,政府凭什么要求人民相信,这一次不会再次不了了之?

因此,同心党重申成立皇委会的必要,同时不认为特别小组会带来实质的意义,反而容易误导民众。

但若政府执意要成立“缩水版”的特别小组,同心党提出三项明确要求:

一、公开调查范围。
政府必须明确说明,特别小组是否会调查执法人员与商人勾结、利用执法权力向企业施压,以及企业被迫转手等相关指控。不能再以含糊的“企业犯罪”四个字带过。

二、若证据涉及有组织犯罪,就必须援引《刑事法典》第六B章调查。调查不能只停留在白领犯罪、公司交易或财务违规。若涉及多人协调、权力运作及获取利益,就必须按照有组织犯罪的方向彻查。

三、立即公开今年3月工作小组的报告。
政府必须交代当时调查了什么、得出什么结论,以及为什么报告至今没有公开。不能一份报告消失后,再成立另一支小组重新开始。

首相已经给出三个月期限。按照10月20日计算,政府应在2027年1月20日前后向人民交代。

同心党会一天一天数下去。

如果三个月后的报告,只谈企业欺诈、金融犯罪和白领犯罪,却对执法机构是否遭渗透、是否有人利用公权力逼迫企业只字不提,那么人民就有理由质疑:

政府调查的,不是企业黑手党,而是在想办法把“企业黑手党”这四个字从调查里消失。

对守法经营的商家而言,最基本的要求并不过分,当他们受到威胁、向执法机构求助时,他们必须能够相信,前来执法的人是在保护他们,而不是他们需要害怕的人。

同心党全国领袖李健聪
同心党发言人谢仁佩 陈宏耀 岑达祖

=======================================

𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 | 𝟐𝟐 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔

𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧 “𝐂𝐨𝐫𝐩𝐨𝐫𝐚𝐭𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚” 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐉𝐞𝐧𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐊𝐨𝐥𝐚𝐫 𝐏𝐮𝐭𝐢𝐡
𝐌𝐞𝐧𝐠𝐚𝐩𝐚 𝐀𝐧𝐰𝐚𝐫 𝐄𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐛𝐮𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐑𝐂𝐈?

Selepas hampir setahun isu “corporate mafia” dibangkitkan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya mengumumkan di Dewan Rakyat pada 20 Oktober bahawa satu pasukan petugas khas yang diketuai Peguam Negara akan menjalankan siasatan dan mengemukakan laporan dalam tempoh tiga bulan.

BERSAMA mengalu-alukan keputusan kerajaan menetapkan satu tempoh masa yang jelas. Namun, kami ingin menegaskan bahawa mekanisme “menyiasat diri sendiri” tidak akan mampu meyakinkan rakyat.

Hanya sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang bebas, dengan proses pendengaran oleh pihak ketiga yang benar-benar berkecuali, mampu memastikan siasatan dijalankan secara adil, telus dan profesional, serta hasilnya diumumkan kepada umum.

Kami juga bimbang apabila Perdana Menteri cuba menyamakan isu jenayah terancang dengan jenayah kolar putih, sedangkan kedua-duanya membawa implikasi siasatan yang sangat berbeza.

Inti pati dakwaan “corporate mafia” bukanlah semata-mata penipuan, pecah amanah atau pertikaian komersial antara ahli perniagaan.

Dakwaan yang dibangkitkan jauh lebih serius, ia melibatkan dakwaan bahawa pegawai penguat kuasa bersekongkol dengan pihak perniagaan, menggunakan kuasa penguatkuasaan untuk menekan syarikat, malah memaksa pengasas menyerahkan syarikat mereka.

Sekiranya dakwaan ini benar, ia tidak boleh dianggap sekadar jenayah kolar putih.
Undang-undang Malaysia sendiri tidak mempunyai satu kesalahan khusus yang dinamakan “jenayah kolar putih”. Kesalahan seperti penipuan, pecah amanah jenayah, pemalsuan dan kesalahan pasaran modal telah pun diperuntukkan di bawah undang-undang sedia ada.

Sebaliknya, Seksyen 130U Kanun Keseksaan memberikan takrif jelas mengenai “kumpulan jenayah terancang”, iaitu sekumpulan dua orang atau lebih yang bertindak bersama untuk melakukan kesalahan serius bagi memperoleh manfaat material, kuasa atau pengaruh.

Justeru, jika isu “corporate mafia” melibatkan kerjasama antara ahli perniagaan dan pegawai penguat kuasa, serta penggunaan jentera negara untuk menekan syarikat, maka perkara ini lebih hampir kepada persoalan jenayah terancang dan penyalahgunaan kuasa, bukannya semata-mata jenayah korporat.

Jika kerajaan memilih untuk membingkaikan perkara ini hanya sebagai “jenayah korporat” atau “jenayah kolar putih”, maka satu dakwaan serius mengenai kemungkinan institusi penguatkuasaan telah disusupi kepentingan tertentu sedang diturunkan taraf menjadi kesalahan perniagaan biasa.

Ini bukan sekadar perbezaan istilah. Ia menentukan siapa yang akan disiasat.

Jika ia dilihat hanya sebagai jenayah kolar putih, siasatan mungkin tertumpu kepada syarikat, akaun dan transaksi perniagaan.

Tetapi jika ia disiasat sebagai jenayah terancang, maka siasatan mesti meneliti sama ada terdapat pihak yang menggunakan kuasa penguatkuasaan, hubungan dalaman dan institusi negara untuk mengugut, menekan atau memperoleh manfaat daripada syarikat tertentu.

Apa yang paling tidak boleh diterima ialah sehingga kini Anwar masih belum menjelaskan sama ada pasukan petugas khas itu akan menyiasat dakwaan utama bahawa pegawai penguat kuasa mungkin bersekongkol dengan pihak perniagaan.

Kerajaan tidak boleh mengumumkan sebuah pasukan siasatan, tetapi pada masa yang sama mengelak daripada menyentuh bahagian paling serius dalam dakwaan tersebut.

Lebih membimbangkan, pada 3 Mac lalu Anwar sendiri pernah menyatakan bahawa satu pasukan kerja berkaitan isu ini akan mengemukakan laporan dalam tempoh satu atau dua hari.

Lebih tujuh bulan telah berlalu, tetapi laporan tersebut masih belum didedahkan.

Kini rakyat diminta menunggu tiga bulan lagi.

Adakah rakyat sekali lagi diminta menunggu tanpa kepastian? Jika kerajaan sendiri tidak dapat menjelaskan apa yang telah berlaku kepada laporan terdahulu, atas dasar apa rakyat perlu percaya bahawa siasatan kali ini tidak akan berakhir dengan cara yang sama?

Atas sebab itu, BERSAMA menegaskan sekali lagi bahawa RCI perlu ditubuhkan. Kami tidak melihat pasukan petugas khas ini sebagai pengganti yang memadai kepada sebuah siasatan bebas, malah terdapat risiko ia mengelirukan orang ramai mengenai skop sebenar isu yang perlu disiasat.

Namun, sekiranya kerajaan tetap mahu meneruskan mekanisme yang lebih terhad ini, BERSAMA mengemukakan tiga tuntutan:

1. Dedahkan skop siasatan.
Kerajaan mesti menjelaskan sama ada pasukan petugas khas akan menyiasat dakwaan bahawa pegawai penguat kuasa bersekongkol dengan ahli perniagaan, menggunakan kuasa untuk menekan syarikat, serta dakwaan syarikat dipaksa bertukar tangan. Kerajaan tidak boleh terus berlindung di sebalik istilah umum “jenayah korporat”.

2. Jika bukti menunjukkan unsur jenayah terancang, siasatan mesti menggunakan peruntukan Bab VIB Kanun Keseksaan.
Siasatan tidak boleh berhenti pada aspek jenayah kolar putih, transaksi syarikat atau pelanggaran kewangan semata-mata. Jika terdapat unsur koordinasi antara beberapa pihak, penggunaan kuasa dan manfaat material, perkara itu mesti disiasat sebagai kemungkinan jenayah terancang.

3. Dedahkan segera laporan pasukan kerja yang ditubuhkan pada Mac lalu.
Kerajaan mesti menjelaskan apa yang telah disiasat, apakah kesimpulannya, dan mengapa laporan tersebut masih belum diumumkan. Tidak boleh ada satu laporan yang “hilang”, kemudian sebuah pasukan baharu ditubuhkan seolah-olah proses bermula dari kosong.

Perdana Menteri telah menetapkan tempoh tiga bulan. Berdasarkan tarikh 20 Oktober, kerajaan sepatutnya memberikan penjelasan kepada rakyat sekitar 20 Januari 2027.

BERSAMA akan terus memantau tempoh ini dari hari ke hari.

Jika selepas tiga bulan laporan yang diterbitkan hanya menyentuh penipuan korporat, jenayah kewangan dan jenayah kolar putih, tetapi langsung tidak menjawab persoalan sama ada institusi penguatkuasaan telah disusupi atau sama ada kuasa awam telah digunakan untuk menekan syarikat, maka rakyat berhak bertanya:

Adakah kerajaan benar-benar menyiasat “corporate mafia”, atau sekadar cuba memastikan istilah “corporate mafia” itu sendiri hilang daripada siasatan?

Bagi mana-mana peniaga yang menjalankan perniagaan secara sah, tuntutan mereka sebenarnya sangat asas.

Apabila mereka diugut dan mendapatkan perlindungan daripada pihak berkuasa, mereka mesti boleh yakin bahawa pegawai yang datang adalah untuk melindungi mereka — bukan individu yang mereka sendiri perlu takuti.

Pemimpin BERSAMA
LEE CHEAN CHUNG

Jurucakap BERSAMA
SEAH JHEN PEI
TANG HONG YAU
SUM DEK JOE

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kah Yong KY posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kah Yong KY:

Shortcuts

Share