05/11/2026
LAWATAN SAMBIL BELAJAR TABIKA KEMAS TAMAN INDUSTRI LEMBAH JAYA KE BBP PANDAN INDAH
Khamis | 5 November 2026 – BBP Pandan Indah telah menerima lawatan sambil belajar daripada Tabika KEMAS Taman Industri Lembah Jaya, Ampang yang melibatkan seramai 48 orang murid dan empat orang guru.
Program diisi dengan taklimat bahaya kebakaran, pengenalan dan penggunaan alat pemadam api, demonstrasi kebakaran dapur serta aktiviti bermain air.
Taklimat disampaikan oleh PBK I Ameran Bin Hj Muda dan PB Fakrullah Bin Zakaria.
Jumlah peserta: 52 orang.