JAWI Food Bank

Call

JAWI Food Bank "Anda Sumbang, Kami Sampaikan"

🤲 SAYYIDUL AYYAM IPD SENTUL: MENYANTUNI ASNAF, MENGUKIR KASIH, MENYEMAI KEBERKATANAlhamdulillah, dengan izin dan rahmat ...
13/11/2026

🤲 SAYYIDUL AYYAM IPD SENTUL: MENYANTUNI ASNAF, MENGUKIR KASIH, MENYEMAI KEBERKATAN

Alhamdulillah, dengan izin dan rahmat Allah SWT, Program Sayyidul Ayyam Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul telah berlangsung pada 13 November 2026 (Jumaat) bertempat di Surau Al-Aman, IPD Sentul.

Program dimulakan dengan bacaan Surah Yasin, tahlil dan doa selamat, diikuti sesi penyampaian sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Dalam majlis ini, JAWI Food Bank telah menyumbangkan sebanyak 27 bakul makanan kepada golongan asnaf dan mualaf. Turut disampaikan sumbangan Wakalah Zakat PDRM kepada penerima yang terpilih.

Majlis turut dihadiri oleh YDH ACP Anuar Bakri bin Abdul Salam, Ketua Polis Daerah Sentul, YDH Supt. Jasni bin Zolpa, Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, ASP Azharuddin bin Amin Musakir, KBIPS merangkap Pengerusi Surau Al-Aman, serta ketua-ketua bahagian dan ketua-ketua polis balai IPD Sentul.

Semoga sumbangan ini membawa manfaat, meringankan beban penerima dan menyuburkan semangat ukhuwah serta keprihatinan. Kerana setiap sumbangan membawa harapan, setiap keprihatinan menyemai keberkatan.

🕌 PENGURUSAN TABUNG RAHMAH MADANI DIPERKUKUH, BANTUAN PENGEBUMIAN DIPERMUDAH10 November 2026 (Selasa) – Bahagian Penguru...
10/11/2026

🕌 PENGURUSAN TABUNG RAHMAH MADANI DIPERKUKUH, BANTUAN PENGEBUMIAN DIPERMUDAH

10 November 2026 (Selasa) – Bahagian Pengurusan Masjid (BPM), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Cawangan JAWI Food Bank telah mengadakan Taklimat Pengurusan Tabung Kecemasan Tabung Rahmah MADANI (TRM) bagi Pembiayaan Kos Pengurusan Pengebumian bertempat di Dewan Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati, Setapak, Kuala Lumpur.

Taklimat telah disampaikan oleh YBrs. Ustaz Mohd Arif bin Abdul Samat, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid (BPM) JAWI.

Seramai 40 orang pegawai dan penyelia daripada 40 buah masjid yang terlibat dalam pelaksanaan TRM telah menghadiri taklimat ini.

Taklimat ini bertujuan memberikan penerangan dan pemahaman kepada para pegawai serta penyelia berkaitan tatacara dan kaedah pelaksanaan Tabung Kecemasan TRM, khususnya dalam urusan pembiayaan kos pengurusan pengebumian agar setiap bantuan dapat disalurkan dengan teratur, cekap dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Selain sesi taklimat, majlis turut disusuli dengan perbincangan berkaitan pelaksanaan TRM di masjid yang terlibat serta cadangan penambahbaikan dalam aspek pengurusan dan penyelarasan bagi memastikan pelaksanaan tabung ini berjalan dengan lebih sistematik, telus dan berkesan.

Semoga inisiatif ini terus memperkukuh peranan masjid sebagai institusi yang sentiasa prihatin dan dekat dengan keperluan masyarakat.

06/11/2026

Malam Ini Kita Kongsi Rezeki, Menyantuni Rakan Jalanan di Ibu Kota.

🌙 DI SEBALIK HUJAN MALAM, ADA KASIH YANG TERUS MENYANTUNISaat sebahagian besar warga kota lena dibuai mimpi, pasukan JAW...
06/11/2026

🌙 DI SEBALIK HUJAN MALAM, ADA KASIH YANG TERUS MENYANTUNI

Saat sebahagian besar warga kota lena dibuai mimpi, pasukan JAWI Food Bank bersama para pelajar Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM), dengan kerjasama Food For Gelandangan (FFG), turun meredah hujan ke sekitar pusat bandar Kuala Lumpur bagi menyantuni rakan jalanan. Misi kemanusiaan ini diketuai oleh Encik Mohd Azizan bin Haji Zainal Abidin.

Misi ini bukan sekadar menghulurkan bantuan, tetapi turut membawa mesej bahawa setiap insan berhak menerima perhatian, kasih sayang dan peluang untuk menjalani kehidupan yang lebih baik. Golongan miskin bandar dan gelandangan tidak seharusnya dipinggirkan, sebaliknya perlu terus disantuni dengan penuh keikhlasan dan keprihatinan.

Inilah manifestasi MADANI Membantu – menyemai nilai ihsan, mengangkat martabat insan dan memastikan tiada golongan yang tercicir daripada arus kesejahteraan masyarakat. Walaupun hujan membasahi bumi dan malam semakin larut, langkah menyantuni mereka yang memerlukan tetap diteruskan.

Sesungguhnya, nilai sesebuah bantuan bukan hanya terletak pada apa yang diberikan, tetapi juga pada keikhlasan untuk hadir, mendengar dan menyantuni mereka yang memerlukan.

Kerana di sebalik setiap titisan hujan, ada insan yang menanti perhatian. Dan di sebalik setiap huluran bantuan, tersimpan seribu makna kasih dan harapan.





🤲 MENYANTUNI SAUDARA KITA, MEMPERKUKUH LANGKAH MENUJU REDA-NYAAlhamdulillah, hari ini Team JAWI Food Bank telah menyampa...
05/11/2026

🤲 MENYANTUNI SAUDARA KITA, MEMPERKUKUH LANGKAH MENUJU REDA-NYA

Alhamdulillah, hari ini Team JAWI Food Bank telah menyampaikan sumbangan sebanyak 2 kotak makanan ringan (jajan) kepada Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan (JAM’IYAH) menerusi Biro Saudara Kita.

Sumbangan ini adalah sebagai tanda sokongan terhadap penganjuran Bengkel Solat Tahun 2026 yang melibatkan golongan mualaf. Program ini merupakan satu usaha murni dalam meningkatkan kefahaman, memperkukuh penghayatan serta memberikan bimbingan mengenai tatacara pelaksanaan solat yang betul mengikut syariat Islam.

Bagi saudara baharu, setiap ilmu yang dipelajari adalah satu langkah penting dalam perjalanan mengenali, memahami dan menghayati keindahan Islam. Semoga bengkel ini menjadi ruang pembelajaran yang bermanfaat serta meningkatkan keyakinan mereka dalam menunaikan ibadah solat.

Semoga sumbangan kecil ini dapat menceriakan para peserta dan sedikit sebanyak membantu menjayakan program yang dirancang. Mudah-mudahan setiap usaha dan sumbangan ini mendapat keberkatan serta menjadi amal jariah yang berpanjangan.

JAWI FOOD BANK – MADANI MEMBANTU, KASIH DISEMAI, UKHUWAH DIPERKUKUH.

04/11/2026
🤝 MENYANTUNI WIRA BARISAN HADAPAN, MENYEMAI KASIH MELALUI INFAKAlhamdulillah, hari ini Team JAWI Food Bank meneruskan us...
04/11/2026

🤝 MENYANTUNI WIRA BARISAN HADAPAN, MENYEMAI KASIH MELALUI INFAK

Alhamdulillah, hari ini Team JAWI Food Bank meneruskan usaha menyemarakkan semangat kebersamaan dan keprihatinan melalui penyampaian sumbangan makanan kepada petugas kesihatan serta komuniti yang memerlukan.

Sumbangan berupa pek maruku daripada KK Mart dan makanan ringan daripada Yayasan Al Manjie telah disampaikan untuk diagihkan kepada petugas pembantu kesihatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan serta mengisi Gerobok Rezeki di Masjid Az-Zarawi, Hospital Kuala Lumpur.

Walaupun kecil nilainya, setiap sumbangan membawa makna yang besar. Semoga sedikit perkongsian ini dapat menceriakan penerima, menyuntik semangat kepada petugas kesihatan yang berkhidmat tanpa mengenal penat serta memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.

JAWI Food Bank – Madani Membantu, Kasih Disemai, Kebajikan Disantuni.

29/10/2026
❤️ DI SEBALIK SEBUAH SUMBANGAN, ADA HARAPAN YANG DIKONGSIKANAlhamdulillah, setiap sumbangan membawa makna dan setiap keb...
28/10/2026

❤️ DI SEBALIK SEBUAH SUMBANGAN, ADA HARAPAN YANG DIKONGSIKAN

Alhamdulillah, setiap sumbangan membawa makna dan setiap kebaikan mampu mencipta senyuman.

Hari ini, JAWI Food Bank menerima sumbangan daripada rakan strategik, Yayasan Al Manjie sebanyak 30 kotak pek jajan dan KK Mart sebanyak 900 pek maruku untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

Amanah ini kemudiannya diteruskan dengan penyaluran pek makanan kepada rakan jalanan di Singgah Teduh, Chow Kit, Pusat Khidmat Gelandangan Medan Mara dan Pusat Gelandangan Jalan Pahang.

Bagi sesetengah orang, mungkin ia sekadar pek makanan ringan. Namun, bagi mereka yang memerlukan, ia adalah tanda bahawa masih ada insan yang prihatin, masih ada tangan yang sudi menghulur dan masih ada harapan yang boleh dikongsi bersama.

Terima kasih KK Mart dan Yayasan Al Manjie kerana bersama-sama JAWI Food Bank menyemarakkan semangat keprihatinan dan membantu mereka yang memerlukan.

Kerana kebaikan bukan sekadar tentang apa yang kita berikan, tetapi tentang keikhlasan untuk berkongsi rezeki dan menyantuni sesama insan.

MADANI MEMBANTU ❤️
Berkongsi rezeki, menyemai harapan, menyentuh kehidupan.

Tahniah Brigedier Jeneral Datuk Dr. Mohd Ajib bin Ismail.
24/10/2026

Tahniah Brigedier Jeneral Datuk Dr. Mohd Ajib bin Ismail.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBhg. Brigedier Jeneral Datuk Dr. Mohd Ajib bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, di atas penganugerahan Ijazah Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) di Majlis Konvokesyen Asia e University (AeU) Ke-15 yang berlangsung di IDCC, Shah Alam.

Semoga segala ilmu yang diperoleh diberkati Allah SWT serta terus memberi manfaat kepada agama, masyarakat dan negara.

Ikhlas daripada Ketua Pengarah dan seluruh warga JAKIM.

Address

Kuala Lumpur
50676

Telephone

+60322749333

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JAWI Food Bank posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share