29/09/2026
𝙋𝙍𝙊𝙂𝙍𝘼𝙈 𝙊𝙋 𝙊𝙎𝘾𝘼𝙍 (𝙏𝘼𝙇𝙆 𝙒𝙄𝙏𝙃 𝙋𝘿𝙍𝙈) 𝘽𝙀𝙍𝙎𝘼𝙈𝘼 𝙈𝘼𝙎𝙔𝘼𝙍𝘼𝙆𝘼𝙏 𝙆𝘼𝙈𝙋𝙐𝙉𝙂 𝙏𝙀𝙇𝙐𝙆 𝙋𝙄𝘼𝙃
Kuala Selangor, 23 September 2026 - Program Oscar Sembang Santai YDH Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, SUPT. Azaharudin Bin Tajudin bersama masyarakat Kg Teluk Piah
Program ini bertujuan memperkukuhkan hubungan antara PDRM dan komuniti melalui sesi dialog secara santai bagi meningkatkan kepercayaan, kerjasama dan persefahaman dalam usaha menjaga keselamatan setempat. Meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu-isu keselamatan semasa seperti jenayah komersial, penyalahgunaan dadah, jenayah siber, keselamatan kediaman dan pencegahan jenayah.
Memberi ruang kepada penduduk untuk menyuarakan pandangan, aduan dan cadangan secara terus kepada Ketua Polis Daerah Kuala Selangor serta pihak PDRM berkaitan isu keselamatan di kawasan mereka.
Program telah berlangsung dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk , sekali gus membuktikan komitmen masyarakat terhadap usaha memperkukuh keselamatan komuniti. Sesi dialog bersama Ketua-Ketua Bahagian IPD Kuala Selangor untuk memberi peluang kepada masyarakat untuk mengemukakan persoalan, berkongsi isu keselamatan setempat serta menerima penjelasan secara terus daripada pihak PDRM.
Hadir sama ASP Muhamad Izam Bin Ibrahim - Ketua Bahagian Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah Kuala Selangor, ASP Khairul Nazmi Bin Mohamad Khalid - Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuala Selangor, INSP Nurul Ain - Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Daerah Kuala Selangor, INSP Eizuddin - Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Kuala Selangor, SM Noor Hadi bin Sulaiman - Pen Ketua Polis Balai Kuala Selangor, anggota Balai Polis Kuala Selangor, Ketua Kg Teluk Piah Encik Rahim Bin Tengol dan (30) Penduduk sekitar Kg Teluk Piah.