03/11/2026
Repost
🚨 𝐑𝐌𝟖𝟎𝟎 𝐓𝐀𝐊 𝐁𝐀𝐘𝐀𝐑, 𝟏 𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐑𝐀! 🚨
KES MEROKOK DI LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUCHING: DENDA GAGAL DIBAYAR, OKS DIHANTAR KE PENJARA!
Satu kes pendakwaan di Mahkamah Majistret 3, Kuching pada 3 November 2026 menyaksikan OKS didapati bersalah di bawah Seksyen 16(2), Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852].
⚖️ Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM800.00 atau penjara selama satu (1) minggu sekiranya gagal membayar denda.
Akibat kegagalan menjelaskan denda, OKS telah dihantar ke Penjara Puncak Borneo untuk menjalani hukuman penjara selama satu minggu.
📢 PERINGATAN KERAS KEPADA ORANG AWAM!
Jangan ambil mudah pelanggaran undang-undang. Setiap kesalahan boleh membawa kepada tindakan pendakwaan dan hukuman mahkamah.
🚭 Patuhi Akta 852. Jangan biarkan kesalahan membawa padah!
Pematuhan undang-undang bukan pilihan, tetapi tanggungjawab bersama.
Disediakan oleh:
Seksyen Inspektorat dan Perundangan
Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak