Polis Daerah Kulai

Call Directions

Polis Daerah Kulai Facebook Rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai, Polis DiRaja Malaysia
Hotline : 07-6637222 | Telefon : 07-6632222 | Fax : 07-6622522

Laman ini merupakan Facebook Rasmi Polis Derah Kulai, 81000 Kulai, Johor
Hotline: 07-6637222
Faks: 07-6622522
Email: [email protected]

Description

Ketua Polis Daerah Kulai
ACP. Tan Seng Lee

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulai
SUPT. Kamaluddin bin Othman

Ketua Bahagian Pengurusan
DSP. Aida Fatihah binti Tarif

Ketua Bahagian Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam
DSP. Mohd Mustaffa bin Yaacob

Ketua Bahagian Cawangan Khas
ASP. Suzaimi bin Che Man

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah
ASP. Ridzaudin bin Che Ismail

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik
ASP. Mohd Faizal bin Ibrahim

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil
ASP. Azamain bin Naim

Ketua Bahagian Logistik Dan Teknologi
ASP. Murni binti A Abdul Mutalif

Ketua Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik
ASP. Mohd Yusop bin Mohd Ali

Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti
ASP. Nik Samsuriah binti Daud

Ketua Bahagian Integriti Dan Pematuhan Standard
ASP. Siti Rafizah binti Johari

Ketua Polis Balai Kulai
INSP. Mohd Fatin bin Radzi

Ketua Polis Balai Senai
INSP. Ketua Polis Balai Kelapa Sawit
INSP. Mohd Khairul Asyraf bin Ashaari

Ketua Polis Balai Lapangan Terbang Antarabangsa Senai
INSP. Mohd Azuan bin Mohd Arif

Ketua Polis Balai Air Bemban
SI Zamri bin Mohd Ali

SELAMAT DATANG ke Laman Rasmi Polis Daerah Kulai di Facebook, dimana anda akan menemui cerita-cerita berita yang paling terkini, video dan gambar yang diedarkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai. Di Facebook, kami berharap anda akan menyertai kami disini dan menyemak profil kami. Walaupun ini adalah forum terbuka, ia juga satu yang mesra keluarga, jadi sila pastikan komen anda dan jawatan dinding bersih. Disamping untuk menjaga ia mesra keluarga, kami meminta bahawa anda mengikuti garis panduan posting kami di sini. Jika anda tidak mematuhi, mesej anda akan dikeluarkan:

Kami tidak membenarkan grafik, lucah, jelas atau perkauman komen atau penghujahan kami juga tidak membenarkan komen yang kesat, kebencian atau bertujuan untuk memfitnah sesiapa atau mana-mana organisasi.

-Kami tidak membenarkan mencari pelanggan atau iklan. Ini termasuk promosi atau pengesahan mana-mana agensi kewangan, komersial atau bukan kerajaan. Begitu juga, kita tidak membenarkan percubaan untuk memfitnah atau menipu mana-mana kewangan, agensi komersial atau bukan kerajaan.

-Kami tidak membenarkan komen yang mencadangkan atau menggalakkan aktiviti haram.

-Anda menyertai pada risiko anda sendiri, mengambil tanggungjawab peribadi untuk komen anda, nama pengguna anda dan apa-apa maklumat yang disediakan.

10/11/2026
10/11/2026

⚠️ AWAS DEEPFAKE AI: JANGAN MUDAH TERPEDAYA!

Perkembangan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) kini membolehkan wajah, suara dan video seseorang dihasilkan atau dimanip**asi sehingga kelihatan seolah-olah benar.

Teknologi DEEPFAKE boleh disalahgunakan oleh penjenayah untuk menyamar sebagai ahli keluarga, individu dikenali, pegawai kerajaan, pihak bank atau individu tertentu bagi memperdaya mangsa.

Antara taktik yang perlu diberi perhatian ialah panggilan video palsu, peniruan suara, penyamaran identiti serta penggunaan video atau testimoni palsu bagi mempromosikan skim pelaburan.

SEBELUM BERTINDAK:
• Sahkan identiti individu melalui saluran rasmi.
• Jangan mudah percaya kepada video, suara atau mesej yang mencurigakan.
• Jangan sesekali berkongsi OTP, TAC, kata laluan atau maklumat perbankan.
• Berhati-hati sekiranya anda didesak untuk membuat bayaran atau tindakan segera.

🔐 Amalkan Konsep 3S: Soal. Sekat. Sebar.
1️⃣ Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;
2️⃣ Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;
3️⃣ Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan.

🚨 Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:
📞 Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.
📍 Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
👮 Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.

"TAKLIMAT PELAKSANAAN LATIHAN TENTERA"Kulai, 10 November 2026 – YDH ACP Tan Seng Lee, Ketua Polis Daerah Kulai telah men...
10/11/2026

"TAKLIMAT PELAKSANAAN LATIHAN TENTERA"

Kulai, 10 November 2026 – YDH ACP Tan Seng Lee, Ketua Polis Daerah Kulai telah menghadiri Taklimat Pelaksanaan Latihan Tentera yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Melati, Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai.

Taklimat ini telah diketuai oleh YBhg. Mejar Mohd Amir bin Mohd Alid, Ketua Cawangan Sniper dan Tinjau Infantri, Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) Ulu Tiram, Johor.

Taklimat ini bertujuan memberikan penerangan berhubung perancangan, jadual pelaksanaan, kawasan latihan, pergerakan anggota serta perkara-perkara lain yang berkaitan bagi memastikan penyelarasan antara pihak Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjalan dengan lancar. Selain itu, kerjasama antara Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) amat penting bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, gangguan keselamatan awam atau kejadian tidak diingini sepanjang latihan berlangsung dari 16 November hingga 26 November 2026.

Turut hadir ialah YDH Supt. Kamaluddin Bin Othman, Timbalan Ketua Polis Daerah Kulai; DSP Aida Fatihah binti Tarif, Ketua Bahagian Pengurusan IPD Kulai; DSP Mohd Mustaffa Bin Yaacob, Ketua Bahagian KDNKA IPD Kulai; ASP Suzaimi bin Che Man, Ketua Cawangan Khas IPD Kulai; ASP Nik Samsuriah binti Daud, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti IPD Kulai serta Ketua-Ketua Polis Balai.

“PELAKSANAAN AMALAN NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN LAFAZ IKRAR RUKUN NEGARA PERINGKAT IBU PEJABAT POLIS DAERAH KULAI”Kulai, ...
10/11/2026

“PELAKSANAAN AMALAN NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN LAFAZ IKRAR RUKUN NEGARA PERINGKAT IBU PEJABAT POLIS DAERAH KULAI”

Kulai, 10 November 2026 - Telah berlangsung satu program pelaksanaan Amalan Nyanyian Lagu Negaraku dan Lafaz Ikrar Rukun Negara peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai yang diadakan di Dewan Alamanda, Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai.

YDH Supt. Kamaluddin bin Othman, Timbalan Ketua Polis Daerah Kulai telah hadir menyempurnakan majlis tersebut. Turut hadir sama Ketua-Ketua Bahagian, Pegawai-pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis serta Pegawai Awam IPD Kulai.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyemarakkan semangat cintakan negara serta menerapkan semangat patriotisme dalam kalangan warga PDRM khususnya IPD Kulai.

"SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI 2026"YDH ACP TAN SENG LEE, Ketua Polis Daerah Kulai dan YBHG. PUAN JENNY LIM SOO CHEN,...
07/11/2026

"SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI 2026"

YDH ACP TAN SENG LEE, Ketua Polis Daerah Kulai dan YBHG. PUAN JENNY LIM SOO CHEN, Pengerusi PERKEP Daerah Kulai serta warga POLIS KULAI mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali 2026 kepada seluruh masyarakat Hindu di Daerah Kulai.
Semoga perayaan ini membawa sinar kebahagiaan, kedamaian, keharmonian dan kesejahteraan kepada semua.



PROGRAM SOLAT SUNAT DHUHA, KULIAH DHUHA DAN 'QURAN HOURS' PERINGKAT IBU PEJABAT POLIS DAERAH KULAIKulai, 5 November 2026...
05/11/2026

PROGRAM SOLAT SUNAT DHUHA, KULIAH DHUHA DAN 'QURAN HOURS' PERINGKAT IBU PEJABAT POLIS DAERAH KULAI

Kulai, 5 November 2026 - Telah berlangsung satu Program Solat Sunat Dhuha Berjemaah, Kuliah Dhuha dan 'Quran Hours' Peringkat IPD Kulai pagi ini yang bertempat di Surau Al-Amin, IPD Kulai.

YDH Supt. Kamaluddin Bin Othman, Timbalan Ketua Polis Daerah Kulai telah hadir dalam majlis ini. Turut hadir sama adalah Ketua-ketua Bahagian, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam IPD Kulai.

Program dimulakan dengan Solat Sunat Dhuha yang diimamkan oleh Bilal Mohd Shukri, Imam Surau Al Amin, IPD Kulai. Seterusnya, program diteruskan dengan Quran Hour, di mana para peserta membaca ayat-ayat daripada Surah Al-Imran secara bersama-sama. Terjemahan ayat-ayat tersebut telah dibacakan oleh Kpl Muhammad Ikhwan bin Mohamad Ibrahim bagi memberi penghayatan dan kefahaman kepada para peserta.

Program turut diisi dengan Kuliah Dhuha bertajuk "Hak Orang Islam Ke Atas Orang Islam Yang Lain" yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Hazuan Bin Hazmi, Pegawai Pendidikan Daerah Kulai.

Program diakhiri dengan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta sesi bersalam-salaman, yang melambangkan semangat ukhuwah dan perpaduan dalam kalangan warga IPD Kulai.

Solat Sunat Dhuha merupakan amalan sunnah yang mencerminkan rasa syukur kepada Allah SWT atas nikmat kesihatan, masa dan rezeki, di samping membantu memulakan tugas harian dengan ketenangan, fokus dan sikap positif.

Amalan membaca Al-Quran p**a berperanan sebagai panduan hidup yang mampu menenangkan jiwa, mengurangkan tekanan, serta membentuk akhlak mulia seperti sabar, jujur, hormat dan bertanggungjawab.

Program seumpama ini diharapkan dapat menyumbang kepada keseimbangan rohani dan profesionalisme dalam kalangan warga IPD Kulai, sejajar dengan usaha melahirkan anggota polis yang berintegriti dan berakhlak tinggi.







"KUNJUNGAN HORMAT UNIT RISIKAN SEMPADAN (URS) ZON SELATAN KE IBU PEJABAT POLIS DAERAH KULAI"Kulai, 4 Nov. 2026 – YDH ACP...
04/11/2026

"KUNJUNGAN HORMAT UNIT RISIKAN SEMPADAN (URS) ZON SELATAN KE IBU PEJABAT POLIS DAERAH KULAI"

Kulai, 4 Nov. 2026 – YDH ACP Tan Seng Lee, Ketua Polis Daerah Kulai telah menerima Kunjungan Hormat daripada Insp. Meor Mohd Aidid bin Meor Jamaluddin, Ketua Unit Risikan Sempadan (URS) Zon Selatan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bersama rombongan di Bilik Tetamu Ketua Polis Daerah Kulai, Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai.

Kunjungan hormat tersebut bertujuan mengeratkan hubungan kerja dan memperkukuh kerjasama antara Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai dengan Unit Risikan Sempadan (URS) Zon Selatan, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman khususnya dalam aspek keselamatan dan perkongsian maklumat.

Turut hadir sama adalah YDH Supt. Kamaluddin bin Othman, Timbalan Ketua Polis Daerah Kulai; YDH DSP Aida Fatihah binti Tarif, Ketua Bahagian Pengurusan IPD Kulai; ASP Ridzaudin bin Che Ismail, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kulai; ASP Suzaimi bin Che Man, Ketua Cawangan Khas Daerah Kulai; ASP Nur Aniyah binti Ismail, Pegawai Penyiasat Kanan BSJ IPD Kulai; ASP Ahmad Nazri bin Yahya @ Yaakub, Pegawai Penyiasat Kanan BSJ IPD Kulai; Insp. Paw Keh Tai, Ketua Cawangan TSM IPD Kulai; Insp. Muhammad Hazwan bin Mohd Amin, Insp. Risikan dan Operasi BSJ IPD Kulai; Insp. Ramlee bin Abd Hamid, Insp. D4 BSJ IPD Kulai; Insp. Mohd Azri bin Isa, Insp. D9 BSJ IPD Kulai; SI Haizat bin Abd. Jalil, Penolong Ketua Polis Balai Kulai serta Sjn Nasrudin bin Ramlin, wakil Ketua Bahagian KDNKA IPD Kulai.

“PELAKSANAAN AMALAN NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN LAFAZ IKRAR RUKUN NEGARA PERINGKAT IBU PEJABAT POLIS DAERAH KULAI”Kulai, ...
02/11/2026

“PELAKSANAAN AMALAN NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN LAFAZ IKRAR RUKUN NEGARA PERINGKAT IBU PEJABAT POLIS DAERAH KULAI”

Kulai, 2 November 2026 - Telah berlangsung satu program pelaksanaan Amalan Nyanyian Lagu Negaraku dan Lafaz Ikrar Rukun Negara peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai yang diadakan di Dewan Alamanda, Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai.

YDH ACP Tan Seng Lee, Ketua Polis Daerah Kulai telah hadir menyempurnakan majlis tersebut. Turut hadir sama YDH Supt. Kamaluddin bin Othman, Timbalan Ketua Polis Daerah Kulai; DSP Mohd Mustaffa Bin Yaacob, Ketua Bahagian KDNKA IPD Kulai; Ketua-Ketua Bahagian, Pegawai-pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis serta Pegawai Awam IPD Kulai.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyemarakkan semangat cintakan negara serta menerapkan semangat patriotisme dalam kalangan warga PDRM khususnya IPD Kulai.

02/11/2026
01/11/2026

Address

Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai
Kulai
81000

Telephone

+6076632222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Daerah Kulai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share





Enable notifications