AKPS - Pintu Masuk Pelabuhan Melaka

Directions Website

AKPS - Pintu Masuk Pelabuhan Melaka Laman Facebook Rasmi Agensi Kawalan & Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) - Pintu Masuk Pelabuhan Melaka.

𝐀𝐊𝐏𝐒 𝐏𝐀𝐓𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 𝐂𝐔𝐁𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐖𝐀 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑 𝐖𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐔𝐍𝐀𝐈 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐈𝐒𝐘𝐓𝐈𝐇𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐁𝐒𝐈
28/10/2026

𝐀𝐊𝐏𝐒 𝐏𝐀𝐓𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 𝐂𝐔𝐁𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐖𝐀 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑 𝐖𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐔𝐍𝐀𝐈 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐈𝐒𝐘𝐓𝐈𝐇𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐁𝐒𝐈

𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧 𝗞𝗢𝗠𝗔𝗡𝗗𝗘𝗥 𝗔𝗞𝗣𝗦 𝗣𝗜𝗡𝗧𝗨 𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗕𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗜𝗠𝗜𝗚𝗥𝗘𝗦𝗘𝗡 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡SEREMBAN, 27 ...
27/10/2026

𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧 𝗞𝗢𝗠𝗔𝗡𝗗𝗘𝗥 𝗔𝗞𝗣𝗦 𝗣𝗜𝗡𝗧𝗨 𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗕𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗜𝗠𝗜𝗚𝗥𝗘𝗦𝗘𝗡 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡

SEREMBAN, 27 Oktober 2026 – Komander AKPS Pintu Masuk Pelabuhan Melaka, YBrs. Tuan Mohd Khafez bin Mudry, bersama Timbalan Komander (Pengurusan), Tuan Zain Azman bin Muhamad, telah mengadakan kunjung hormat kepada Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sembilan, YBrs. Tuan Mohd Razip bin Yasin.

Kunjung hormat ini menjadi platform memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua agensi, khususnya dalam mempertingkat penyelarasan dan kesiapsiagaan operasi bagi memastikan kelancaran pengurusan serta keberkesanan kawalan keselamatan di pintu masuk negara.

AKPS merakamkan penghargaan kepada JIM Negeri Sembilan atas sambutan baik dan komitmen kerjasama yang diberikan.

“𝑩𝒆𝒏𝒕𝒆𝒏𝒈 𝑲𝒖𝒌𝒖𝒉, 𝑵𝒆𝒈𝒂𝒓𝒂 𝑺𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒕”

27/10/2026

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗨𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗞𝗘-𝟮 𝗔𝗚𝗘𝗡𝗦𝗜 𝗞𝗔𝗪𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗜𝗡𝗗𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗔𝗗𝗔𝗡 (𝗔𝗞𝗣𝗦)

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan selamat menyambut Hari Ulang Tahun Ke-2 kepada seluruh warga Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS).

Semoga AKPS terus maju dan cemerlang dalam memperkukuh kawalan serta keselamatan sempadan negara demi kedaulatan dan kesejahteraan Malaysia.

Ikhlas daripada:
Dato’ Zakaria bin Shaaban
Ketua Pengarah Imigresen
dan seluruh warga Jabatan Imigresen Malaysia.

27/10/2026

DUA TAHUN AKPS, MEMPERKUKUH BENTENG NEGARA

Genap dua tahun penubuhan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), usaha memperkukuh kawalan sempadan bersepadu terus dipacu bagi memelihara kedaulatan, melindungi hasil negara dan meningkatkan integriti penguatkuasaan.

“Galaslah amanah mulia ini dengan penuh integriti, taat setia, dan rasa bangga demi mempertahankan kedaulatan tanah air tercinta,” pesan YBhg. Datuk Dr. Awang Alik bin Jeman, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-2 AKPS.

Sehingga Oktober 2026, nilai rampasan AKPS mencecah RM322.74 juta, iaitu empat kali ganda berbanding tahun lalu. Pengukuhan keupayaan turut disokong melalui latihan kepada 408 pegawai perintis Penguasa Sempadan dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

AKPS juga menerajui tiga syor utama keselamatan negara dan sempadan, merangkumi saringan bersasar berasaskan risiko, pengukuhan Unit Anjing Pengesan (K9) serta penyelarasan risikan antara agensi.

Empat amanat KSU menjadi panduan warga AKPS: memperkukuh keselamatan tanpa kompromi, melancarkan urusan pengembara dan perdagangan, membanteras ketirisan hasil negara serta memperkasa integriti, disiplin dan pematuhan SOP.

Selamat menyambut Hari Ulang Tahun Ke-2 AKPS. Terus berbakti demi keselamatan rakyat dan kedaulatan negara.

KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Sumber: Teks Ucapan KSU KDN sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-2 AKPS, 26 Oktober 2026.

27/10/2026
26/10/2026
25/10/2026

⏳ 1 HARI LAGI!

Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-2 AKPS Tahun 2026!

Saksikan secara langsung bersama kami!

📅 26 Oktober 2026 (Isnin), 11.00 pagi
🔴 Secara langsung di Laman Facebook dan TikTok Rasmi AKPS





[𝗛𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗜𝗟𝗜𝗛𝗔𝗡]
24/10/2026

[𝗛𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗜𝗟𝗜𝗛𝗔𝗡]






Address

Kompleks ICQS Muara Sungai Melaka
Melaka
75050

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 05:00
Friday 08:00 - 05:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AKPS - Pintu Masuk Pelabuhan Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby government services