I ♥ PAHANG

Directions Website Contact the organization

I ♥ PAHANG FANPAGE I ♥ PAHANG! Halaman untuk anak-anak Pahang berkumpul dan memartabatkan "Loghat Pahang".

Monsun Timur Laut: Peniaga ikan patin sangkar jual murahJERANTUT: Seorang peniaga ikan patin dan tilapia sangkar di Kamp...
13/11/2026

Monsun Timur Laut: Peniaga ikan patin sangkar jual murah

JERANTUT: Seorang peniaga ikan patin dan tilapia sangkar di Kampung Jerantut Feri di sini terpaksa menurunkan harga jualan kepada RM19 sekilogram berbanding RM22 sekilogram sebelum ini bagi menghabiskan stok simpanan ikan yang dimilikinya.

Peniaga ikan sangkar Jerantut Feri, Muhairi Azman, 26, berkata, dia perlu menghabiskan stok ikan yang masih ada di sangkar bagi mengelakkan kerugian berikutan Monsun Timur Laut (MTL) yang me­landa menyebabkan banjir dan memusnahkan sangkar ikan.

“Saya perlu menghabiskan stok kira-kira 20,000 ekor ikan patin dan ikan tilapia yang masih ada diternak di sangkar Sungai Pahang milik bapa, Azman Zainuddin kerana MTL sudah bermula menyebabkan air sungai naik mendadak dan kemungkinan berlaku banjir,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Tambahnya, stok ikan yang masih ada di sangkar perlu dihabiskan sebelum berlaku banjir kerana bencana setiap tahun itu kerap menghanyutkan sangkar termasuk ternakan ikan berkenaan.

“Sebagai usaha awal, kami perlu menghabiskan ikan patin dan ikan tilapia yang mencapai usia matang lebih lima bulan dijual di gerai berdekatan Jalan Jerantut ke Maran di kampung itu sebelum menarik dan menambat sangkar di tempat selamat bagi mengelak dihanyut air Sungai Pahang,” katanya lagi. – UTUSAN

ADA PORT MAKAN, LEPAK, HEALING BARU ATAS BUKIT DI BENTONG!!!!Kalau aokmer ada lalu atau berkunjung ke Bandar Bentong, mo...
12/11/2026

ADA PORT MAKAN, LEPAK, HEALING BARU ATAS BUKIT DI BENTONG!!!!

Kalau aokmer ada lalu atau berkunjung ke Bandar Bentong, moh la singgah ke SERIMBUN KITCHEN, port baru untuk menjamu selera sambil menikmati vibe nature di kaki bukit DO… Kedai yang menyajikan menu western, pasta, dan juga asian fusion 😋

Yang lagi menarik,, selain menu western, Serimbun juga ada sediakan menu berasaskan nasi dan ikan sungai iaitu patin tempoyak dan talapia garing yang diambil segar di sungai pahang… semua bahan 💯 segar dan original Serimbun Kitchen ketengahkan… jangan lupa juga cuba menu Udang Galah masak lemak cili api dengan saiz udang galah nye sebesar lengan….

Nasi lemak juga antara pilihan di sini dengan pelbagai jenis… ni korang boleh pilih sendiri di menu.. nak lepak2 menu side dish pun ade tau…

Apa lagi,, jom try Serimbun Kitchen…. lokasi di kaki Bukit DO Bentong, parking pun luas yer…
4.00 petang - 12.00 malam…

Bagus dia bagi peringatan 👍🏻💪🏻
12/11/2026

Bagus dia bagi peringatan 👍🏻💪🏻

Tular di FB & Whatsapp seorang lelaki warga asing mengamuk, anggota polis parah putus tangan.Kejadian berlaku di Desa Ja...
11/11/2026

Tular di FB & Whatsapp seorang lelaki warga asing mengamuk, anggota polis parah putus tangan.

Kejadian berlaku di Desa Jaya, Kepong. Suspek seorang lelaki warga asing telah ditembak mat1.

Semoga anggota yang terlibat diberi kesembuhan dan dipermudahkan urusan.

Kredit tuan punya gambar

11/11/2026

Harga RON97 turun 50 sen, RON95 tanpa subsidi turun 40 sen ⛽️

KUANTAN: Kediaman Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota Datuk Mustaffar Kamal Ab Hamid di Taman Seri Kuantan terbakar dalam...
11/11/2026

KUANTAN: Kediaman Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota Datuk Mustaffar Kamal Ab Hamid di Taman Seri Kuantan terbakar dalam kejadian membabitkan dua rumah teres dua tingkat malam semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.26 malam.

✍️🏻 Harian Metro

Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), mengeluarkan amaran banjir di Jerant...
10/11/2026

Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), mengeluarkan amaran banjir di Jerantut dan Rompin membabitkan kawasan dalam lembangan sungai terbabit terutama di lokasi mudah banjir, kawasan rendah dan berisiko bermula 1 pagi 11 November hingga 11.59 malam Sabtu ini.

Antara lokasi terbabit di Jerantut ialah kawasan rendah dalam lingkungan lima kilometer di sekitar Lembangan Sungai Pahang di Perumahan Felda Jengka 24 di Blok 11, Taman Ria, Perumahan Sungai Jan, Felda Gelanggi 1 dan 3, Kampung Baharu, Kampung Besul dan Kampung Jerangsang.

Turut terbabit Kampung Sungai Siam, Kampung Lata Kasah, Kampung Kuala Pengau, Kampung Kuala Teh, Kampung Batu Balai, Kampung Sempadan, Felda Sungai Retang, Felda Padang Piol dan Kampung Paya Garuk.

Selain itu, lokasi terbabit di Rompin ialah kawasan rendah dalam lingkungan lima kilometer di sekitar Lembangan Sungai Rompin di Kampung Aur, Kampung Meripoh, Kampung Tebu Hitam, Pantai Bernas, Kampung Ayau, Leban Chondong, Kampung Gading dan Kampung Sarang Tiong.

Lokasi lain terbabit ialah kawasan rendah dalam lingkungan lima kilometer Lembangan Sungai Pahang di sekitar Kampung Mikang, Kampung Buluh Nipis, Kampung Simpang Sepayang, Kampung Sepayang, Kampung Tebu Hitam, Kampung Tengah, Kampung Tekek, Perumahan Murah Kampung Tekek, Kampung Serinkin, Kampung Janglau 1, 2 dan 3.

Klinik Kesihatan IM...Nak SISPAA ke tidak ya?Appointment untuk follow up pukul 2.Sampai2 sebelum pukul 2, Q kat luar pin...
10/11/2026

Klinik Kesihatan IM...
Nak SISPAA ke tidak ya?

Appointment untuk follow up pukul 2.
Sampai2 sebelum pukul 2, Q kat luar pintu panjang berjela.

Tapi macamana ya... Sebelum pukul 3.30 semua dah siap...

Kaunter daftar dapat nombor ➡️ kaunter bayar RM1 ➡️ check BP & Weight B10 ➡️ Check urine B20 ➡️ ECG B19 ➡️ Jumpa doktor B14 ➡️ appointment date B10 -➡️farmasi ambik ubat.

All for RM1.
Selesai semua dalam masa tak sampai sejam setengah.

Kalau kat hospital dah biasa menunggu berjam jam for whatever reason... Belum kira tunggu ubat lagi...

MasyaAllah tabarakallah Alhamdulillah 🤩. Tahniah . Keep up the good service 👍

Nak SISPAA yg puji punya... Tapi tak pernah sispa kan siapa2. Macamana caranya ya?
Dah banyak kali dah service KKIM ni macam ni ... Bukan sekali dua ... Most of the time, gini lah... Excellent 👍

10.11.2026

✍️🏻 Kamarul Bahyah Mustafa

Anthony Loke mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta-merta.Ia susulan keputusa...
10/11/2026

Anthony Loke mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta-merta.

Ia susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung permohonan tahanan rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa.

Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota bersama pimpinan Pemuda PAS diketuai oleh Ustaz Haji Zulfadli Zakariah, Ketua Pemuda...
07/11/2026

Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota bersama pimpinan Pemuda PAS diketuai oleh Ustaz Haji Zulfadli Zakariah, Ketua Pemuda PAS Negeri Pahang, serta wakil kepimpinan UMNO Bahagian Indera Mahkota yang terdiri daripada Bendahari UMNO Bahagian dan pimpinan Wanita UMNO Bahagian Indera Mahkota telah membuat laporan polis di IPD Kuantan berhubung isu penangguhan pelaksanaan titah pengampunan diraja melibatkan Dato’ Sri Najib Tun Razak.

Tindakan ini diambil susulan kenyataan media Jabatan Peguam Negara bertarikh 6 November 2026 berhubung penangguhan sementara pelaksanaan titah berkaitan tahanan di rumah.

Sumber: Nik Mohd Ridzuan Kamarudin

Address

BENTONG, BERA, CAMERON HIGHLANDS, JERANTUT, KUANTAN, KUALA LIPIS, MARAN, PEKAN, RAUB, ROMPIN & TEMERLOH
Pahang Tua

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when I ♥ PAHANG posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to I ♥ PAHANG:

Shortcuts

Share

Nearby government services