ADTEC JTM Kampus Kota Bharu

Call Directions Website Contact the organization

ADTEC JTM Kampus Kota Bharu Facebook Rasmi ADTEC JTM Kampus Kota Bharu , Jabatan Tenaga Manusia (JTM), KSM

𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐀𝐃𝐓𝐄𝐂 𝐉𝐓𝐌 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐒 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐁𝐈𝐋. 𝟔/𝟐𝟎𝟐𝟔📅 10 NOVEMBER 2026📍 Dewan Kuliah...
10/11/2026

𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐀𝐃𝐓𝐄𝐂 𝐉𝐓𝐌 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐒 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐁𝐈𝐋. 𝟔/𝟐𝟎𝟐𝟔

📅 10 NOVEMBER 2026
📍 Dewan Kuliah Utama (DKU), ADTEC JTM Kampus Kota Bharu

ADTEC JTM Kampus Kota Bharu telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Pengarah Bersama Warga Kerja Bil. 6/2026 bertempat di Dewan Kuliah Utama (DKU). Perhimpunan ini menjadi platform penting dalam menyampaikan maklumat terkini, berkongsi perkembangan semasa serta memperkukuh komunikasi dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga kerja.

Sesi perkongsian dimulakan oleh Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber dan Multimedia (BPSM), Ts. Nik Mohd Farid bin Nik Hassan, yang memberi tumpuan kepada kemudahan Wi-Fi yang disediakan di ADTEC JTM Kampus Kota Bharu.

Selain itu, Ustaz Abd Aziz bin Ibrahim, Ketua Unit Subjek Umum, menyampaikan perkongsian berkaitan kepentingan pemilihan makanan halal. Penerangan ini memberi kesedaran kepada warga kerja mengenai status halal, kebersihan dan keselamatan makanan serta kepentingan mengamalkan konsep Halalan Toyyiban dalam pemilihan makanan dan kehidupan seharian.

Seterusnya, Penolong Pengarah Bahagian Kawalan Kualiti Latihan (BKKL), Puan Shiadri bt. Saleh@Aman, menyampaikan perkongsian berkaitan Latihan Sangkutan Industri dan Panduan Pentauliahan Sistem Latihan Program Bertauliah (SLAPB). Perkongsian ini memberi penerangan mengenai kepentingan pelaksanaan latihan sangkutan industri dalam meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan pendedahan warga pengajar terhadap perkembangan teknologi serta amalan kerja sebenar di industri. Selain itu, penerangan turut menyentuh panduan pentauliahan SLAPB bagi memastikan pelaksanaan latihan mematuhi standard dan keperluan yang telah ditetapkan, sekali gus memperkukuh kualiti penyampaian latihan TVET.

Sesi perkongsian diteruskan oleh Puan Mazirawati bt. Md. Zain daripada Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) yang memberikan penerangan berkaitan pengurusan cuti serta tatacara pengurusan tuntutan perjalanan. Perkongsian ini merangkumi panduan permohonan cuti, pengurusan rekod perkhidmatan dan prosedur tuntutan perjalanan mengikut peraturan yang sedang berkuat kuasa. Penerangan ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman warga kerja dalam menguruskan urusan perkhidmatan dengan lebih teratur, tepat dan sistematik.

Perkongsian berkaitan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) p**a disampaikan oleh Timbalan Pengarah Latihan, Ts. Haji Zulkifli bin Mat Daud. Beliau menekankan kepentingan membudayakan amalan kerja yang sistematik serta mewujudkan persekitaran tempat kerja yang bersih, kemas, selamat dan kondusif. Pelaksanaan EKSA merupakan tanggungjawab bersama seluruh warga kerja dalam memastikan persekitaran kampus sentiasa berada pada tahap yang berkualiti dan profesional.

Sebagai pengisian terakhir, perhimpunan diteruskan dengan amanat daripada YBrs. Ts. Zaid bin Zahari, Pengarah ADTEC JTM Kampus Kota Bharu. Dalam amanatnya, beliau menekankan kepentingan seluruh warga kerja untuk terus mengamalkan budaya kerja yang positif, berintegriti dan bertanggungjawab serta memperkukuh komitmen dan semangat kerja berpasukan dalam melaksanakan amanah yang diberikan.

Beliau turut menyeru agar setiap warga kerja bersama-sama menjaga imej dan nama baik kampus, memelihara kebersihan persekitaran serta memastikan kemudahan dan aset kampus sentiasa dijaga dengan baik. Setiap individu mempunyai peranan penting dalam memastikan kelestarian kampus terus dipelihara demi mencapai kecemerlangan organisasi secara berterusan.

Majlis turut diserikan dengan sambutan hari lahir warga kampus yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan Oktober, November dan Disember. Sambutan ini merupakan tanda penghargaan dan ingatan pihak pengurusan kepada warga kerja yang diraikan, selain mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kekeluargaan dalam kalangan warga kampus.

Selamat hari lahir diucapkan kepada semua warga kampus yang diraikan. Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki dan terus cemerlang dalam kehidupan serta kerjaya.

Semoga segala perkongsian dan amanat yang disampaikan dapat dijadikan panduan serta suntikan semangat kepada seluruh warga kerja untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik, memperkukuh budaya kerja cemerlang dan bersama-sama membawa ADTEC JTM Kampus Kota Bharu ke arah kecemerlangan yang berterusan.

"𝑬𝒎𝒑𝒐𝒘𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈 𝑺𝒌𝒊𝒍𝒍𝒔, 𝑰𝒈𝒏𝒊𝒕𝒊𝒏𝒈 𝑭𝒖𝒕𝒖𝒓𝒆𝒔"
"𝑴𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒌𝒂𝒔𝒂 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒉𝒊𝒓𝒂𝒏, 𝑴𝒆𝒏𝒚𝒆𝒎𝒂𝒓𝒂𝒌𝒌𝒂𝒏 𝑴𝒂𝒔𝒂 𝑯𝒂𝒅𝒂𝒑𝒂𝒏"
#𝐉𝐓𝐌𝐌𝐄𝐊𝐀𝐑𝐃𝐈𝐇𝐀𝐓𝐈𝐊𝐔
#𝗧𝗩𝗘𝗧 #𝗧𝗩𝗘𝗧𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮
#𝗝𝗧𝗠 #𝗜𝗟𝗝𝗧𝗠 #𝗞𝗦𝗠
#𝗹𝗶𝗳𝗲𝗹𝗼𝗻𝗴𝗹𝗲𝗮𝗿𝗻𝗶𝗻𝗴
#𝗦𝗸𝗶𝗹𝗹𝘀𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮𝟮.𝟬
#𝗦𝗸𝗶𝗹𝗹𝘀𝟰𝗔𝗹𝗹
#𝐚𝐝𝐭𝐞𝐜𝐣𝐭𝐦𝐤𝐚𝐦𝐩𝐮𝐬𝐤𝐨𝐭𝐚𝐛𝐡𝐚𝐫𝐮

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐃𝐄𝐄𝐏𝐀𝐕𝐀𝐋𝐈Daripada Pengarah dan seluruh warga ADTEC JTM Kampus Kota Bharu.
07/11/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐃𝐄𝐄𝐏𝐀𝐕𝐀𝐋𝐈
Daripada Pengarah dan seluruh warga ADTEC JTM Kampus Kota Bharu.

05/11/2026
𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐋𝐀 𝐓𝐔𝐉𝐔 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐒𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒 𝐒𝐏𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐀𝐃𝐓𝐄𝐂 𝐉𝐓𝐌 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐒 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔📅 5 NOVEMBER 2026📍 SMK SULTAN IBRAHIM (1)ADTEC...
05/11/2026

𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐋𝐀 𝐓𝐔𝐉𝐔 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐒𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒 𝐒𝐏𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐀𝐃𝐓𝐄𝐂 𝐉𝐓𝐌 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐒 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔

📅 5 NOVEMBER 2026
📍 SMK SULTAN IBRAHIM (1)

ADTEC JTM Kampus Kota Bharu telah mengadakan sesi perkongsian ilmu di SMK Sultan Ibrahim (1) menerusi Taklimat Hala Tuju Kerjaya Selepas SPM kepada para pelajar Tingkatan 5 yang berlangsung di Dewan Besar Sultan Ibrahim.

Taklimat telah disampaikan oleh En. Kamarul Anuar bin Haron, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan, yang berkongsi pelbagai informasi berkaitan peluang melanjutkan pengajian dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), khususnya program-program kemahiran yang ditawarkan di ADTEC JTM.

Antara pengisian yang diketengahkan termasuklah pengenalan program pengajian, syarat kelayakan kemasukan, peluang kerjaya selepas tamat latihan serta kemudahan pembiayaan pengajian yang boleh dimanfaatkan oleh para pelajar.

Melalui sesi perkongsian ini, para pelajar berpeluang mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai laluan pendidikan berasaskan kemahiran serta prospek kerjaya dalam pelbagai sektor industri.

Semoga perkongsian ini dapat menyuntik inspirasi dan meningkatkan keyakinan para pelajar untuk menjadikan TVET sebagai salah satu pilihan utama dalam merancang masa depan selepas SPM.

"𝑬𝒎𝒑𝒐𝒘𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈 𝑺𝒌𝒊𝒍𝒍𝒔, 𝑰𝒈𝒏𝒊𝒕𝒊𝒏𝒈 𝑭𝒖𝒕𝒖𝒓𝒆𝒔"
"𝑴𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒌𝒂𝒔𝒂 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒉𝒊𝒓𝒂𝒏, 𝑴𝒆𝒏𝒚𝒆𝒎𝒂𝒓𝒂𝒌𝒌𝒂𝒏 𝑴𝒂𝒔𝒂 𝑯𝒂𝒅𝒂𝒑𝒂𝒏"
#𝐉𝐓𝐌𝐌𝐄𝐊𝐀𝐑𝐃𝐈𝐇𝐀𝐓𝐈𝐊𝐔
#𝗧𝗩𝗘𝗧 #𝗧𝗩𝗘𝗧𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮
#𝗝𝗧𝗠 #𝗜𝗟𝗝𝗧𝗠 #𝗞𝗦𝗠
#𝗹𝗶𝗳𝗲𝗹𝗼𝗻𝗴𝗹𝗲𝗮𝗿𝗻𝗶𝗻𝗴
#𝗦𝗸𝗶𝗹𝗹𝘀𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮𝟮.𝟬
#𝗦𝗸𝗶𝗹𝗹𝘀𝟰𝗔𝗹𝗹
#𝐚𝐝𝐭𝐞𝐜𝐣𝐭𝐦𝐤𝐚𝐦𝐩𝐮𝐬𝐤𝐨𝐭𝐚𝐛𝐡𝐚𝐫𝐮

𝐏𝐄𝐑𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐇𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐀𝐃𝐓𝐄𝐂 𝐉𝐓𝐌 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐒 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐈𝐓𝐔𝐓 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐇𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 (𝐈𝐊𝐓𝐁𝐍) 𝐁𝐀𝐂𝐇𝐎...
04/11/2026

𝐏𝐄𝐑𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐇𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐀𝐃𝐓𝐄𝐂 𝐉𝐓𝐌 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐒 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐈𝐓𝐔𝐓 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐇𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 (𝐈𝐊𝐓𝐁𝐍) 𝐁𝐀𝐂𝐇𝐎𝐊, 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍

3 NOVEMBER 2026 || SELASA | ADTEC JTM Kampus Kota Bharu telah mengadakan perlawanan persahabatan pelajar bersama Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok, Kelantan yang bertempat di IKTBN Bachok.

Program ini melibatkan penyertaan pegawai, kakitangan dan pelajar ADTEC JTM Kampus Kota Bharu sebagai satu inisiatif untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuh jaringan kerjasama antara kedua-dua institusi TVET.

Selain menjadi platform untuk mengasah bakat dan kemahiran sukan, perlawanan persahabatan ini turut memberi peluang kepada para pelajar untuk memupuk semangat kesukanan, kerjasama berpasukan, disiplin dan ukhuwah dalam suasana yang sihat dan positif.

Semoga jalinan persahabatan antara ADTEC JTM Kampus Kota Bharu dan IKTBN Bachok terus diperkukuh melalui pelbagai aktiviti serta program bersama pada masa akan datang.

"𝑬𝒎𝒑𝒐𝒘𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈 𝑺𝒌𝒊𝒍𝒍𝒔, 𝑰𝒈𝒏𝒊𝒕𝒊𝒏𝒈 𝑭𝒖𝒕𝒖𝒓𝒆𝒔"
"𝑴𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒌𝒂𝒔𝒂 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒉𝒊𝒓𝒂𝒏, 𝑴𝒆𝒏𝒚𝒆𝒎𝒂𝒓𝒂𝒌𝒌𝒂𝒏 𝑴𝒂𝒔𝒂 𝑯𝒂𝒅𝒂𝒑𝒂𝒏"
#𝐉𝐓𝐌𝐌𝐄𝐊𝐀𝐑𝐃𝐈𝐇𝐀𝐓𝐈𝐊𝐔
#𝗧𝗩𝗘𝗧 #𝗧𝗩𝗘𝗧𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮
#𝗝𝗧𝗠 #𝗜𝗟𝗝𝗧𝗠 #𝗞𝗦𝗠
#𝗹𝗶𝗳𝗲𝗹𝗼𝗻𝗴𝗹𝗲𝗮𝗿𝗻𝗶𝗻𝗴
#𝗦𝗸𝗶𝗹𝗹𝘀𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮𝟮.𝟬
#𝗦𝗸𝗶𝗹𝗹𝘀𝟰𝗔𝗹𝗹
#𝐚𝐝𝐭𝐞𝐜𝐣𝐭𝐦𝐤𝐚𝐦𝐩𝐮𝐬𝐤𝐨𝐭𝐚𝐛𝐡𝐚𝐫𝐮

03/11/2026
𝐂𝐄𝐑𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐎𝐍𝐆𝐒𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 (𝐏𝐊𝐈) 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐎𝐍𝐀𝐒 𝐋𝐔𝐁𝐑𝐈𝐂𝐀𝐍𝐓𝐒 (𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀) 𝐒𝐃𝐍. 𝐁𝐇𝐃.2 NOVEMBER 2026 || ADTEC JT...
02/11/2026

𝐂𝐄𝐑𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐎𝐍𝐆𝐒𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 (𝐏𝐊𝐈) 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐎𝐍𝐀𝐒 𝐋𝐔𝐁𝐑𝐈𝐂𝐀𝐍𝐓𝐒 (𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀) 𝐒𝐃𝐍. 𝐁𝐇𝐃.

2 NOVEMBER 2026 || ADTEC JTM Kampus Kota Bharu telah menganjurkan Ceramah Perkongsian Kepakaran Industri (PKI) dengan kerjasama PETRONAS Lubricants (Malaysia) Sdn. Bhd.

Ceramah ini telah disampaikan oleh Encik Wan Muhamad Zulhakimin bin Wan Zulkifli, Certified Machinery Lubrication Engineer (MLE), MLA III daripada Technical Services Department (TSD), PETRONAS Lubricants (Malaysia) Sdn. Bhd.

Program ini bertujuan memberikan pendedahan serta perkongsian ilmu dan pengalaman industri berkaitan teknologi pelinciran mesin, amalan penyelenggaraan serta kepentingan penggunaan pelincir yang betul dalam memastikan prestasi dan jangka hayat mesin berada pada tahap optimum.

Perkongsian kepakaran ini turut membuka ruang kepada para peserta untuk memahami dengan lebih mendalam keperluan sebenar industri, sekali gus merapatkan jurang antara pembelajaran teori di kampus dengan amalan dan teknologi yang digunakan di industri.

"𝑬𝒎𝒑𝒐𝒘𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈 𝑺𝒌𝒊𝒍𝒍𝒔, 𝑰𝒈𝒏𝒊𝒕𝒊𝒏𝒈 𝑭𝒖𝒕𝒖𝒓𝒆𝒔"
"𝑴𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒌𝒂𝒔𝒂 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒉𝒊𝒓𝒂𝒏, 𝑴𝒆𝒏𝒚𝒆𝒎𝒂𝒓𝒂𝒌𝒌𝒂𝒏 𝑴𝒂𝒔𝒂 𝑯𝒂𝒅𝒂𝒑𝒂𝒏"
#𝐉𝐓𝐌𝐌𝐄𝐊𝐀𝐑𝐃𝐈𝐇𝐀𝐓𝐈𝐊𝐔
#𝗧𝗩𝗘𝗧 #𝗧𝗩𝗘𝗧𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮
#𝗝𝗧𝗠 #𝗜𝗟𝗝𝗧𝗠 #𝗞𝗦𝗠
#𝗹𝗶𝗳𝗲𝗹𝗼𝗻𝗴𝗹𝗲𝗮𝗿𝗻𝗶𝗻𝗴
#𝗦𝗸𝗶𝗹𝗹𝘀𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮𝟮.𝟬
#𝗦𝗸𝗶𝗹𝗹𝘀𝟰𝗔𝗹𝗹
#𝐚𝐝𝐭𝐞𝐜𝐣𝐭𝐦𝐤𝐚𝐦𝐩𝐮𝐬𝐤𝐨𝐭𝐚𝐛𝐡𝐚𝐫𝐮

𝐀𝐃𝐓𝐄𝐂 𝐉𝐓𝐌 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐒 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐈 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝟏𝟎𝟎 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐒𝐊 𝐏𝐀𝐒𝐈𝐑 𝐏𝐄𝐊𝐀𝐍30 OKTOBER 2026 || ADTEC JTM Kampu...
01/11/2026

𝐀𝐃𝐓𝐄𝐂 𝐉𝐓𝐌 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐒 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐈 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝟏𝟎𝟎 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐒𝐊 𝐏𝐀𝐒𝐈𝐑 𝐏𝐄𝐊𝐀𝐍

30 OKTOBER 2026 || ADTEC JTM Kampus Kota Bharu telah mengambil bahagian dalam Sambutan Jubli 100 Tahun Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan (SKPP), Wakaf Bharu, Kelantan menerusi sumbangan kepakaran teknikal dan pelaksanaan aktiviti khidmat komuniti.

Antara penglibatan utama ADTEC JTM Kampus Kota Bharu ialah kerja-kerja pembuatan mercu tanda sempena sambutan bersejarah tersebut. Sumbangan ini merupakan hasil kreativiti dan kemahiran teknikal warga ADTEC dalam menghasilkan elemen yang menjadi simbol kenangan serta identiti sambutan 100 tahun SK Pasir Pekan.

Selain itu, Bahagian Teknologi Automotif Servis turut melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) menerusi aktiviti penukaran minyak hitam motosikal secara percuma kepada komuniti setempat.

Program ini melibatkan seramai 11 orang pelajar Semester 2 hingga Semester 4 dengan bimbingan dua orang tenaga pengajar, iaitu En. Muhamad Zuhaida bin Arifin dan En. Mohd Azdha bin Ibrahim.

Penglibatan pelajar dalam aktiviti ini memberi peluang kepada mereka mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam situasi sebenar, di samping memupuk kreativiti, semangat kerjasama, kesukarelawanan dan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat.

Penyertaan ADTEC JTM Kampus Kota Bharu dalam sambutan ini mencerminkan komitmen institusi untuk terus memperkukuh hubungan dengan komuniti setempat serta membuktikan bahawa kemahiran TVET mampu menyumbang secara langsung kepada pembangunan masyarakat.

"𝑬𝒎𝒑𝒐𝒘𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈 𝑺𝒌𝒊𝒍𝒍𝒔, 𝑰𝒈𝒏𝒊𝒕𝒊𝒏𝒈 𝑭𝒖𝒕𝒖𝒓𝒆𝒔"
"𝑴𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒌𝒂𝒔𝒂 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒉𝒊𝒓𝒂𝒏, 𝑴𝒆𝒏𝒚𝒆𝒎𝒂𝒓𝒂𝒌𝒌𝒂𝒏 𝑴𝒂𝒔𝒂 𝑯𝒂𝒅𝒂𝒑𝒂𝒏"

#𝐉𝐓𝐌𝐌𝐄𝐊𝐀𝐑𝐃𝐈𝐇𝐀𝐓𝐈𝐊𝐔
#𝗧𝗩𝗘𝗧 #𝗧𝗩𝗘𝗧𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮
#𝗝𝗧𝗠 #𝗜𝗟𝗝𝗧𝗠 #𝗞𝗦𝗠
#𝗹𝗶𝗳𝗲𝗹𝗼𝗻𝗴𝗹𝗲𝗮𝗿𝗻𝗶𝗻𝗴
#𝗦𝗸𝗶𝗹𝗹𝘀𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮𝟮.𝟬
#𝗦𝗸𝗶𝗹𝗹𝘀𝟰𝗔𝗹𝗹
#𝐚𝐝𝐭𝐞𝐜𝐣𝐭𝐦𝐤𝐚𝐦𝐩𝐮𝐬𝐤𝐨𝐭𝐚𝐛𝐡𝐚𝐫𝐮 See

📌 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐎𝐃𝐀𝐋 𝐈𝐍𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔29-30 OKTOBER 2026 || Kontinjen ADTEC JTM Kampus Kota Bharu telah menyerta...
30/10/2026

📌 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐎𝐃𝐀𝐋 𝐈𝐍𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

29-30 OKTOBER 2026 || Kontinjen ADTEC JTM Kampus Kota Bharu telah menyertai Program Kecemerlangan Modal Insan Tahun 2026 yang berlangsung pada 29 hingga 30 Oktober 2026 bertempat di ADTEC JTM Kampus Marang, Terengganu.

Program ini merupakan platform untuk mengeratkan ukhuwah, memperkukuh semangat kerja berpasukan serta meningkatkan kecemerlangan modal insan dalam kalangan warga Jabatan Tenaga Manusia (JTM).

Semoga segala pengalaman dan penglibatan sepanjang program ini menjadi pemangkin kepada pembentukan warga JTM yang lebih kompeten, berintegriti, berdaya saing dan cemerlang.

"𝑬𝒎𝒑𝒐𝒘𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈 𝑺𝒌𝒊𝒍𝒍𝒔, 𝑰𝒈𝒏𝒊𝒕𝒊𝒏𝒈 𝑭𝒖𝒕𝒖𝒓𝒆𝒔"
"𝑴𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒌𝒂𝒔𝒂 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒉𝒊𝒓𝒂𝒏, 𝑴𝒆𝒏𝒚𝒆𝒎𝒂𝒓𝒂𝒌𝒌𝒂𝒏 𝑴𝒂𝒔𝒂 𝑯𝒂𝒅𝒂𝒑𝒂𝒏"

#𝐉𝐓𝐌𝐌𝐄𝐊𝐀𝐑𝐃𝐈𝐇𝐀𝐓𝐈𝐊𝐔
#𝗧𝗩𝗘𝗧 #𝗧𝗩𝗘𝗧𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮
#𝗝𝗧𝗠 #𝗜𝗟𝗝𝗧𝗠 #𝗞𝗦𝗠
#𝗹𝗶𝗳𝗲𝗹𝗼𝗻𝗴𝗹𝗲𝗮𝗿𝗻𝗶𝗻𝗴
#𝗦𝗸𝗶𝗹𝗹𝘀𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮𝟮.𝟬
#𝗦𝗸𝗶𝗹𝗹𝘀𝟰𝗔𝗹𝗹
#𝐚𝐝𝐭𝐞𝐜𝐣𝐭𝐦𝐤𝐚𝐦𝐩𝐮𝐬𝐤𝐨𝐭𝐚𝐛𝐡𝐚𝐫𝐮

📣 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐉𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐈𝐍𝐉𝐄𝐍 𝐀𝐃𝐓𝐄𝐂 𝐉𝐓𝐌 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐒 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔! 💪🏆Perlepasan kontinjen ADTEC JTM Kampus Kota Bharu bagi menyer...
29/10/2026

📣 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐉𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐈𝐍𝐉𝐄𝐍 𝐀𝐃𝐓𝐄𝐂 𝐉𝐓𝐌 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐒 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔! 💪🏆

Perlepasan kontinjen ADTEC JTM Kampus Kota Bharu bagi menyertai Program Kecemerlangan Modal Insan Tahun 2026 yang berlangsung pada 29 hingga 30 Oktober 2026 bertempat di ADTEC JTM Kampus Marang, Terengganu.

Seluruh warga ADTEC JTM Kampus Kota Bharu mengucapkan selamat maju jaya.Semoga setiap langkah dipermudahkan dan kejayaan menjadi milik kita bersama.

🔥 SATU PASUKAN, SATU SEMANGAT, SATU KECEMERLANGAN!

Address

ADTEC JTM Kampus Kota Bharu
Pengkalan Chepa
16100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6097742448

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ADTEC JTM Kampus Kota Bharu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to ADTEC JTM Kampus Kota Bharu:

Shortcuts

Share

Nearby government services