13/07/2026
PROGRAM CERIMOVE: GERAK AKTIF, MINDA POSITIF
Rumah Seri Kenangan Taman Kemumin dengan kerjasama pelajar Tahun Akhir Ijazah Sarjana Muda Pemulihan Cara Kerja, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam telah berjaya menganjurkan Program CERIMOVE: Gerak Aktif, Minda Positif pada 9 Julai 2026 (Khamis) bertempat di Taman Perbandaran Tengku Anis.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan, antaranya senaman pemanasan badan, morning walk, senamrobik dan tarian poco-poco, aktiviti berkumpulan, mewarna batik, penyampaian hadiah serta sesi bergambar.
Program ini bertujuan meningkatkan kecergasan fizikal, fungsi kognitif, interaksi sosial dan kesejahteraan emosi warga emas melalui aktiviti yang menyeronokkan serta bermakna
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada para penaja yang telah menyumbang dan memberikan sokongan dalam menjayakan program ini:
Turut dirakamkan penghargaan kepada semua kakitangan Rumah Seri Kenangan Taman Kemumin, para pelajar Tahun Akhir Ijazah Sarjana Muda Pemulihan Cara Kerja UiTM Puncak Alam serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen sepanjang program berlangsung.