Perpustakaan Desa Kampung Semarak

Directions Contact the organization

Perpustakaan Desa Kampung Semarak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Perpustakaan Desa Kampung Semarak, Government Organization, Sepang New Village.

PERPUSTAKAAN DESA KAMPUNG SEMARAK, JALAN LOOP 70100 SEREMBAN NSDK

MINGGU PERTAMA&KETIGA ISNIN HINGGA KHAMIS 10PG-5.45PTG

MINGGU KEDUA, KEEMPAT & KELIMA SELASA HINGGA KHAMIS & SABTU 10PG-5.45PTG

SETIAP JUMAAT 10PG-12.15(REHAT) 2.45PTG-5.45

4.10.2026  I RABU
04/11/2026

4.10.2026 I RABU

Hujan turun mencurah. Wiper laju pun tak mampu kejar.

Kereta depan terus pasang lampu hazard. Kereta sebelah pun ikut. Tak lama, separuh highway berkelip-kelip oren.

Rasa macam lebih selamat, kan?

Ramai yang ingat inilah cara untuk 'nampak' dalam hujan lebat.


Rupa-rupanya, pihak polis trafik dah berkali-kali ingatkan perkara sebaliknya.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman menjelaskan, lampu hazard hanya untuk bila kenderaan berhenti atau dalam keadaan kecemasan. Bukan ketika kereta masih bergerak dalam hujan.

Sebabnya mudah, tapi jarang orang fikir.

Bila semua kereta berkelip hazard, pemandu belakang tak dapat beza mana kereta yang masih bergerak, mana yang dah berhenti atau rosak di bahu jalan. Kereta rosak yang sepatutnya jadi amaran, tenggelam dalam lautan lampu oren.

Lebih bahaya, bila lampu hazard menyala, lampu isyarat belok tak berfungsi macam biasa. Kalau anda nak tukar lorong, pemandu lain tak tahu anda nak ke kiri atau ke kanan. Di sinilah risiko dilanggar dari belakang atau dari sisi.

Niat nak selamat, akhirnya mengelirukan semua orang.


Jadi apa yang patut dibuat bila hujan lebat?

Pasang lampu besar. Polis trafik menyebut lampu utama sudah cukup jelas kelihatan dalam hujan lebat.

Kalau jarak penglihatan kurang 100 meter, pasang lampu kabus depan, dan lampu kabus belakang jika perlu.

Perlahankan kenderaan. Pada kelajuan melebihi 80 km/j di jalan yang bertakung air, tayar boleh hilang cengkaman dan kereta mudah tergelincir.

Jarakkan diri dari kenderaan di depan lebih daripada biasa. Jalan basah perlukan jarak brek yang lebih panjang.

Kalau penglihatan terlalu terhad sampai anda rasa tak mampu kawal kenderaan, berhenti. Cari tempat selamat seperti R&R atau kawasan rehat. Bila dah betul-betul berhenti, barulah lampu hazard digunakan.


Bila hujan lebat datang lagi dalam perjalanan anda nanti, ingat satu formula ringkas.

Bergerak, lampu besar.

Berhenti, lampu hazard.

Lampu oren yang berkelip itu bukan untuk tolong anda nampak jalan. Ia untuk beritahu orang lain yang anda dah tak bergerak.

4.10.2026  I RABU
04/11/2026

4.10.2026 I RABU

📜🌊 𝐉𝐄𝐉𝐀𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐔𝐑𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐘𝐔 𝐃𝐈 𝐒𝐑𝐈 𝐋𝐀𝐍𝐊𝐀: 𝐊𝐇𝐀𝐙𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐍𝐔𝐒𝐊𝐑𝐈𝐏 𝐌𝐄𝐑𝐄𝐍𝐓𝐀𝐒 𝐒𝐀𝐌𝐔𝐃𝐄𝐑𝐀

Tahukah anda bahawa warisan persuratan Melayu turut tersebar hingga ke Sri Lanka? Sertai Wacana Manuskrip Melayu Bil. 2/2026 anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan terokai sejarah, keunikan serta khazanah manuskrip Melayu yang merentasi samudera bersama YBrs. Ts. Dr. Ros Mahwati Ahmad Zakaria, Felo Penyelidik, Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM.

📅 6 November 2026 (Jumaat)
🕤 9.30 pagi – 11.30 pagi
📺 Siaran langsung PNM TV Channel
🔗 https://youtube.com/live/Q4tjZ3wauq8?feature=share

🎓 e-Sijil disediakan kepada peserta yang melengkapkan Borang Keberkesanan Program.

Jangan lepaskan peluang mengenali warisan persuratan Melayu yang melangkaui sempadan negara!

4.10.2026  I RABU
04/11/2026

4.10.2026 I RABU

Pernah selit bunga di celah buku? 🌸 Bagi yang pernah mencubanya, membuka semula halaman dan menemui kelopak yang l***r mungkin membawa kenangan zaman belajar.

Bunga apa yang anda simpan dahulu? Kongsi kenangan dan ikuti Malaysia Mendidik.

4.10.2026  I RABU
04/11/2026

4.10.2026 I RABU

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

Seluruh warga kerja Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) dan Perpustakaan Desa PNM Negeri Sembilan merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Berdiana binti Haji Berahim atas pelantikan sebagai Timbalan Pengarah Gred S12 (Memangku), Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan berkuat kuasa secara rasmi mulai 1 November 2026.

Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen, dedikasi serta sumbangan beliau dalam memperkukuh kecemerlangan organisasi dan penyampaian perkhidmatan perpustakaan kepada masyarakat.

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih gemilang serta memberikan semangat baharu dalam menggalas amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Diharapkan Puan Berdiana terus cemerlang dalam kepimpinan, dipermudahkan segala urusan serta terus membawa PPANS ke arah kecemerlangan yang lebih membanggakan.

Tahniah dan selamat menjalankan tugas!


===========================================
Laman web : www.nslibrary.gov.my
Tiktok : www.tiktok.com/
Youtube : www.youtube.com/
Kunjungi kami di :
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan
Kompleks PKNNS, Jalan Persiaran S2 B2,
Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
No.Telefon : 06-7635989
No. Fax : 06-7635944

4.10.2026  I RABU
04/11/2026

4.10.2026 I RABU

📚🌊 JOM MERIAHKAN BOOKWAVE & INNOVATION: KEMBARA ILMU 2026!

Dah ada plan untuk 10 hingga 12 November nanti? 👀

Jom luangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan untuk berkunjung ke BOOKWAVE & INNOVATION: Kembara Ilmu 2026! Pelbagai aktiviti, pameran, jualan dan pengalaman menarik menanti anda sepanjang tiga hari berlangsungnya program ini! 💙

Bukan sekadar pesta buku, BOOKWAVE turut menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan, organisasi, penerbit, usahawan tempatan serta vendor makanan untuk memberikan pengalaman yang lebih meriah dan bermanfaat kepada semua pengunjung!

📅 Tarikh: 10–12 November 2026
⏰ Masa: 10.00 Pagi – 10.00 Malam
📍 Tempat: Dewan Biduanda, UiTM Kampus Rembau

Jom tengok apa yang menarik menanti anda di BOOKWAVE! ✨

🤝 KOLABORASI STRATEGIK: BOOKWAVE X PPANS X PUTRA!

Dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) dan Persatuan Perpustakaan UiTM (PUTRA), BOOKWAVE membawakan inisiatif bersama dalam memperkasa budaya membaca, menyebarluaskan ilmu serta menyemarakkan inovasi dalam komuniti!

🏛️ AGENSI KERAJAAN & ORGANISASI

✨ Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
✨ Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP / EPF)
✨ Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
✨ Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)
✨ Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)
✨ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) – Jualan Rahmah MADANI
✨ Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
✨ BERNAMA
✨ Persatuan Pustakawan Malaysia
✨ Amanah Saham Nasional Berhad

📚 BOOKS & BUSINESS VENDORS

✨ Jualan buku dengan pelbagai pilihan bacaan
✨ Booth penerbit
✨ AMZ Lab Solutions
✨ Pelbagai produk menarik daripada vendor yang menyertai!

🍔 FOOD & LOCAL VENDORS

✨ Pelbagai pilihan makanan dan minuman
✨ Menu istimewa
✨ Jualan Rahmah
✨ Sokong usahawan dan peniaga tempatan!

🎉 AKTIVITI & TARIKAN MENARIK

✨ Pertandingan Mewarna bersama Pelajar Prasekolah
✨ Sesi Perkongsian
✨ Photobooth – abadikan kenangan bersama rakan-rakan!
✨ Spin Camera – rakam momen menarik dengan gaya tersendiri!
✨ Pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung!

Banyak perkara menarik yang boleh diterokai sepanjang tiga hari ini! Sama ada anda pencinta buku, ingin mendapatkan maklumat daripada agensi kerajaan, mencari makanan menarik atau sekadar ingin meluangkan masa bersama rakan-rakan, semuanya ada di BOOKWAVE! 🥰

Jadi, jangan lepaskan peluang ini. Ajak keluarga, kawan-kawan dan orang tersayang untuk sama-sama memeriahkan BOOKWAVE! 💙

SAVE THE DATE & SEE YOU THERE! 👋🏻

✨ Kembara Ilmu, Membina Komuniti ✨

4.10.2026  I RABU
04/11/2026

4.10.2026 I RABU

KUALA LUMPUR: Bahasa Melayu bukan sekadar bahasa pertuturan, tetapi lambang jati diri, kedaulatan dan penyatuan rakyat Malaysia.

4.10.2026  I RABU
04/11/2026

4.10.2026 I RABU

📚✨ 𝐁𝐄𝐑𝐈𝐓𝐀 𝐁𝐀𝐈𝐊! 𝐌𝐲𝐏𝐍𝐌 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐃𝐈 𝐇𝐔𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐉𝐀𝐑𝐈 𝐀𝐍𝐃𝐀! 🤩

Nak cari buku, semak pinjaman atau perbaharui tempoh pinjaman? Kini semuanya lebih mudah dengan aplikasi MyPNM! 📱

💥 Cari koleksi buku 🔎
💥 Semak & perbaharui pinjaman 📚
💥 Urus akaun keahlian 👤
💥 Cari perpustakaan berdekatan 📍

📲 JOM MUAT TURUN MyPNM SEKARANG!

👇 Imbas kod QR pada poster dan nikmati kemudahan digital Perpustakaan Negara Malaysia!

💙📚 MyPNM — DEKAT DI JARI, DEKAT DI HATI!

04/11/2026

4.10.2026 I RABU

4.10.2026  I RABU
04/11/2026

4.10.2026 I RABU

🚨 𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐈𝐍𝐆 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐈! ⚠️

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) ingin menegaskan bahawa PNM tidak pernah menawarkan sebarang Kupon Masuk Perpustakaan seperti yang sedang tular di media sosial.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada serta tidak mengimbas kod QR atau klik pada pautan yang meragukan bagi mengelakkan risiko menjadi mangsa skim penipuan.

Berhati-hati dan pastikan kesahihan maklumat sebelum mengambil sebarang tindakan.

Address

Sepang New Village

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Desa Kampung Semarak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perpustakaan Desa Kampung Semarak:

Shortcuts

Share

Nearby government services